Yeay bertemu lagi kita dengan cerpen yang baru. Hihiks. Sebelum tu rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan takziah buat mangsa MH17. Moga mereka ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman. Amenn.
Okay semua? Dah ready untuk membaca? Here we go! :D
“ Awak! Jangan sakiti hati saya lagi. Pleaselah! Tolong
pergi dari sini. Dari hidup saya. Pergi!”
“ Tak! Saya takkan berganjak dari sini dan dari hidup awak
selagi awak tak maafkan saya. Saya tahu saya salah. Tapi saya dah insaf awak. saya
baru sedar yang saya tak boleh kehilangan awak. kalau awak pergi, saya tak tahu
bagaimana hidup saya tanpa awak.”
Miza memandang sinis ke arah Farez. Mudahnya dia berkata
kan? Tapi adakah dia tahu sepanjang dia pergi, hidup aku ni bagai bangkai tak
bernyawa. Semuanya jadi tunggang langgang. Dan sekarang dia datang menagih
simpati? Nak semuanya kembali seperti sebelum ni? Oh! Tolonglah!
“ Saya takkan ulangi lagi kesilapan bodoh saya dulu. Saya
mungkin boleh maafkan awak tapi saya tak bodoh nak kembali pada awak. Awak
kejam!”
Farez terdiam. Miza pula terus teresak-esak di hadapan Farez.
Dah hilang rasa malunya itu. Apa nak jadi, jadilah. Yang pasti, dia dah tak
sanggup menahan kesakitan dan berpura-pura kuat di depan Farez ni.
“ Miza…”
“ Go! Go from my life!”
Miza terus melarikan diri daripada situ dengan seribu
perasaan yang dia sendiri tidak dapat gambarkan. Kecewa, sakit hati dan hampa!
Itu yang dia rasakan. Memang benar dia masih ada perasaan dekat Farez. Tapi
tidak seutuh dulu lagi. Dia dah redha dengan ketentuan Ilahi. Maybe, jodohnya
masih belum sampai.
‘Ya Allah. Kuatkanlah hati aku ni. Aku perlukan kekuatan
itu.’
Farez tertunduk memandang kakinya. Tanpa disedari, air
matanya mengalir setitis dan jatuh atas kasutnya. Apabila menyedari hal itu, dia
pantas menyekanya. Kini, dia sedar yang cintanya ikhlas pada Miza. Ini cinta
sejatinya. Salahnya juga sebab dulu buat sambil lewa terhadap Miza sampai Miza
kecewa padanya.
Tapi itu dulu. Kini tak lagi. Dia benar-benar menyesal. Ya
Allah. Andai dia untukku, satukanlah kami kembali. Andai dia bukan untuk aku,
jauhkanlah perasaan ini. Pada ketika ini, Farez hanya mampu berdoa. Itu jalan
yang terbaik.
**
Lepas satu dokumen, dokumen lain pula jadi tatapannya. Entah
bila kerjanya akan habis. Sedangkan waktu kerja dah tamat. Penat pula dia jadi
macam ni. Tu la. Sebelum ni gatal sangat ambil cuti panjang. Tengok! Kerja kan
dah bertimbun.
“ Mil? Kau tak nak balik lagi ke?”
Syamil mendongak ke arah pintu. Kepalanya di gelengkan.
Matanya dah jadi kabur sedikit. Gara-gara asyik menatap skrin komputer daripada
pagi tadi lagi.
“ Kerja aku banyak lagi yang tak siap. Kau baliklah dulu.
Aku okay je.”
Dia kembali menatap skrin komputer. Rasanya sejam lagi baru
kerjanya siap. Haih! Sabar je lah Syamil.
“ Okay. Tapi jangan lewat sangat. Kesihatan pun perlu dijaga
bro!” Pesan Naim pada kawan baiknya tu. Dia akui Syamil seorang yang suka
bekerja keras tanpa menyusahkan orang lain. Jadi tak hairanlah dia balik lewat
daripada orang lain walaupun dia seorang bos.
“ Aku tahulah. Thanks!”
Selepas Naim beredar, dia meraup mukanya perlahan bagi
hilangkan ngantuk. Matanya rasa nak terpejam je. tengoklah dah pukul berapa.
Dah dekat 8 malam pun. Keseorangan lagilah aku malam ni. Mama dekat rumah pasti
dah bising sebab aku sentiasa pulang lambat. Sorry mama! Terdesak!
Asyik termenung, dia dikejutkan dengan panggilan telefon.
Tengok je nama di skrin. Senyumannya jadi lebar.
“ Helo ma. Panjang umur mama. Baru je teringat dekat mama
ni.”
“ Yeke? Kalau rindu kenapa tak balik lagi ni? mama penat
tunggu Mil dari tadi lagi. Ke Mil memang tak nak balik rumah?”
“ Eh! Taklah mama. Kejap lagi Mil balik kay. Ada lagi kerja
yang tak siap ni. lagi sejam Mil balik.” Syamil cuba memujuk mamanya yang
merajuk itu.
“ Yelah. Cepat sikit tau. Mama ada benda nak bincang sikit.”
Syamil terdiam. Benda yang nak dibincang? Apa? Ha! Sudah!
Aku dah mula saspen. Mama ni kan?
“ Okay madam!”
**
Tangannya lembut mengusap rambut budak kecil yang sedang
tidur itu. Masalahnya bagaikan lenyap apabila menatap wajah budak yang polos
itu. tersenyum juga dibuatnya. Tak sangka dalam diam kawan mak aku ni jadi
pengasuh.
“ Miza.. Jom kita makan. Anak makcik tu lambat lagi nak
balik. Sudahlah layan budak tu. Terjaga pula dia nanti.” teguran Puan Isah
mengejutkan Miza yang sedang berada dalam angannya sendiri waktu tu.
“ Saya singgah kejap je makcik. Lepas ni kena balik Perak
pula. Mak saya suruh balik.” Miza melangkah ke meja makan dengan senyuman
nipis.
“ Tak penat ke? Dah lewat ni. bahaya kalau kamu balik
seorang diri ke sana.” Jelas riak keriasauan pada wajah Puan Isah.
“ Dah terbiasa makcik.” Miza mengambil tempat di meja makan.
Ternyata aroma makanan itu telah membuatkan dia lapar.
“ Kita makan dulu ye. Makcik tahu kamu lapar.”
Miza tersengih lantas membaca doa sebelum menyuapkan makanan
ke dalam mulut.
“ Makcik tengok kamu dah semakin kurus sekarang ni. kenapa?
Ada masalah ke?”
Miza hanya tersenyum hambar. Teringat dia tentang kejadian
seminggu yang lalu. Dia dah hampir ingin melupakan lelaki itu tetapi lelaki itu
pula muncul saat-saat dia sudah berjaya ingin melupakan perbuatan lelaki
tersebut.
" Biasalah makcik. Kerja sana kerja sini. Selagi tak
selesai selagi tu lah saya tak boleh duduk diam. Tambah-tambah saya ni seorang
cikgu. Banyak kerja makcik.” Nafi Miza dengan sebaik mungkin.
“ Yeke? Kerja tu kerja jugak Miza. Tapi kesihatan jangan
lupa. Jaga diri baik-baik. Makcik yakin nanti bila kamu balik pasti mak kamu
akan soal macam-macam.”
Miza terdiam. Mak. Mak dia pun dah tahu akan hal dia dan
Farez. Tak mungkinlah dia akan sembunyikan perkara ini sedangkan masa tu mereka
hampir saja ingin bertunang. Tapi majlis dibatalkan seminggu sebelum itu. Siapa
orang yang paling marah dan kecewa? Tentu mak Miza dan dirinya sendiri.
“ Makcik rasa anak makcik dah balik. kamu makan dulu ye.
Nanti makcik datang balik.”
Miza menyuapkan nasi dengan perlahan ke dalam mulut. Tiba-tiba
seleranya hilang. Benar, sepanjang tiga bulan ni, dia hilang selera makan.
Sebab tu lah tubuhnya kini semakin kurus. Daripada 50 kg turun ke 45 kg.
“ Dah balik pun kamu.”
Miza menghabiskan suapannya yang terakhir sebelum bangun dan
menuju ke dapur. Dia sebenarnya tidak tahu menahu langsung tentang anak tunggal
Puan Isah. Memang sebelum ni dia rajin datang ke sini tapi Puan Isah pun tidak
cerita soal anaknya pada diri dia.
Usai membasuh tangan, dia kembali ke ruang tamu dengan
senyuman yang cuba untuk dimaniskan.
“ Makcik.. saya rasa saya kena gerak dulu. Dah lewat sangat
ni. Nanti sampai lewat pula dekat rumah mak.” Pinta Miza dengan sopan.
“ La.. Miza nak balik dah ke? Tunggulah kejap lagi.
Ha…Kenalkan. Ini satu-satunya anak tunggal makcik.”
Miza menoleh ke arah Syamil yang sedang tersenyum ke arahnya
itu. Dengan hati yang berat, dia membalas jua senyuman Syamil.
“ Hai. Saya Syamil. Hero family ni. boleh panggil Mil atau
pun Syamil. Saya tak kisah.” Ujar Syamil dengan nada yang cerianya tu.
Syamil. Penat macam mana sekalipun. Dia tetap akan ceria dan
menghiburkan hati orang di sekelilingnya. Dia rasa dia tak patut tunjukkan
keletihannya kepada orang lain. Nanti jatuhkan mood ceria pula. Tak gitu?
Miza terdiam. Eh. Lelaki ni. Selambanya dia.
“ Erk.. Miza. Ainnur Miza. Panggil je Miza.” Dengan kekoknya
Miza memperkenalkan dirinya pula.
Puan Isah yang melihat mereka berdua tersenyum dalam hati.
Pada pandangan matanya saat ini, dia melihat Syamil dan Miza bagaikan pinang di
belah dua. Masing-masing ada kelebihan tersendiri.
“ Syamil. Ikut mama jap.” Ditarik tangan anaknya itu menuju
ke dapur.
Syamil hanya menurut. Dia tahu pasti ada sesuatu yang
mamanya ingin cakapkan.
“ Syamil penat tak?”
Syamil tersengih. Apa jenis soalan yang mama tanya ni?
“ Of courselah penat. Baru balik kerja kan? Papa mana ma?
Dari tadi tak nampak pun.”
“ papa kamu outstation dua hari. Lusa dia balik. kamu penat
sangat ke? Baru mama nak minta tolong.”
Syamil menjongketkan keningnya sambil tersenyum senget.
“ Nak minta tolong apa mama? Macam penting je.”
Puan Isah tersenyum lebar. Lengan anaknya itu dirangkul
dengan penuh kasih sayang.
“ Betul ni kamu boleh tolong mama? Tak penat?”
Syamil merenung wajah mamanya yang kelihatan teruja tu. Demi
mama Syamil sanggup. Penat tolak ke tepi jap.
“ InsyaAllah. Kenapa ni? Buat Mil saspen pulak.” Syamil
tertawa kecil.
“ ikut mama.”
Ditarik lengan Syamil hingga ke ruang tamu dan berdepan
dengan Miza yang ralit termenung daripada tadi. Entah apa yang difikirnya pun
tak tahulah.
“ Miza..”
Miza tersedar dan memandang dua insan itu dengan kerutan di
dahi.
“ Anak makcik boleh tolong hantarkan Miza balik. Makcik
bukan apa. makcik risau kalau orang perempuan balik lewat macam ni ke rumah.
Bukan rumah sendiri tapi rumah mak pula tu. jauh pula. Jadi tak apa kan makcik
suruh anak makcik tolong hantarkan?”
Miza dan Syamil. Masing-masing terkedu. Tak jangka akan
permintaan Puan Isah. Dan mereka saling berpandangan buat sementara sebelum
mengalih pandangan ke arah Puan Isah.
“ Tak payahlah makcik. Bukannya jauh mana pun. Dalam 4 jam
sampailah.” Dengan baik Miza menolak tawaran Puan Isah. Dia rasa permintaan
Puan Isah terlalu berat buat dia. Apatah lagi dengan anak tunggalnya. Lagilah
dia tak mahu. Segan!
“ 4 jam tu kira lamala. Sekarang dah nak dekat pukul 9.
Rasanya kira-kira pukul 1 baru kamu sampai sana. Bahaya tu. pagi-pagi pula tu.
makcik risau. Mak kamu tentu lebih risau.”
Miza dah jadi makin serba salah nak tolak. Mak. Kenapa kawan
mak ni terlalu baik.
“ tak apa. jangan risau. Awak tak susahkan saya pun. Saya
yang jadi volunteer nak hantar awak. lagipun bahayalah awak. nanti jadi apa-apa
dekat tengah jalan. Siapa yang susah?” Syamil membalas dengan senyuman.
Dia berfikir ada betul juga kata-kata mama dia tu. jadi,
ingin selamat dia sudi menghantar Miza balik ke rumah. Rumah kawan mama dia
juga. Rasanya tak salah kan?
“ Anak makcik pun dah setuju. Jangan risau. Nanti makcik
telefon mak kamu. Dah.. Syamil. Kamu pergi salin pakaian. Kalau boleh pergi
mandi dan solat dulu. Miza.. kamu pun pergilah solat Isyak dulu. Nanti tak
payah stop dekat R n R dah.” Saran Puan Isah lantas menolak Syamil ke atas.
Miza hanya melihat Puan Isah dan Syamil melangkah naik masuk
ke dalam bilik. Akhirnya, terhambur keluhan kecil daripada mulutnya. Mak..
Doakan anak mak ni agar selamat sampai.
**
Sunyi! Ya itu yang dirasakan Miza saat ini. rasa sangatlah
kekok. Macam nak keluar je daripada kereta ni. dahlah ni kereta orang. Haih..
Sabar Miza. Baru sejam kot perjalanan kau ke Ipoh tu.
“ maafkanlah mama saya tu. dia Cuma nak pastikan awak
selamat.” Setelah sejam masing-masing berdiam diri. Akhirnya Syamil bersuara.
Dia sendiri pun dah tak tahan kalau asyik diam. Dia bukanlah jenis suka berdiam
diri ni. dia lebih suka bercakap dan memeriahkan suasana.
“ Tak apa. Saya faham.”
Miza tunduk memandang jari. Mulutnya diketap kuat. Entah
kenapa dia rasa sangatlah kekok saat ini. selalunya tak macam ni pun. Okay je.
tapi bila dengan lelaki ni dia jadi lain pula. Dengan kawan lelaki okay je pun.
Kau ni dah kenapa Miza? Buang tabiat ke?
“ Awak kerja apa erk?” Syamil menyoal lagi.
“ Cikgu.” Tanpa memandang ke arah Syamil dia menjawab. Dia
masih setia tundukkan kepala.
“ Really? Wah! Mesti best kan?”
“ Erk.. best gak lah. Tapi mesti minat. Walau susah mana pun
kerja tu tapi kalau minat tak jadi masalah.” Terang Miza dengan senyuman
senget. Dia dah tak mampu nak tersenyum masa ni. rasanya dah hampir tiga bulan
dia tak mampu nak tersenyum seperti orang lain.
“ Baguslah kalau awak minat dan dapat apa yang awak ingini.
Tahniah.”
Miza hanya menganggukkan kepalanya. dia pandang sekilas ke
arah Syamil yang sedang memandu itu. tenang sekali wajah dia. Buat Miza cemburu
pula. Macam mana Syamil boleh setenang itu sedangkan dia? Berdebar dan gelisah
habis. Tak aci la!
“ Awak ni memang pendiam ke orangnya?”
Miza tersentak. Soalan itu mengejutkan Miza. Terus dia
menoleh ke arah Syamil.
“ Maksud awak?”
“ yelah. Asyik saya je tanya. Awak tak tanya pun. Tak acilah
macam ni.”
“ Aci kat India. Eh!”
Miza pantas menutup mulutnya dengan tangan dan menoleh ke
arah lain. Reaksi spontannya sebentar tadi buatkan dia malu sendiri. Syamil
yang mendengar tersenyum lebar.
“ Aci kat Malaysia pun ada ma… Cuma awak je tak tahu.
Sekarang awak tanyalah saya apa-apa. bosanlah. Boleh tertidur kot kalau macam
ni.”
Miza mengetap bibir. Macam mana ni? aku nak tanya apa? haih!
Dah kenapa dengan aku ni. jadi segan terlebih.
“ Erk.. nak tanya apa? saya tak tau.” Jujur Miza.
“ Tanyalah saya ni kerja apa. dah berkahwin ke belum? Or
berpunya ke belum. Suka makan apa ke.”
Miza memandang pelik ke arah Syamil. Eh? Soalan macam tu dia
suruh aku tanya? Betul ke tak dia ni?
“ Tu awak dah gitau. Sekarang awak jawablah apa yang awak
suruh saya tanya tadi.” Balas Miza dengan muka peliknya.
Syamil tersengih kerang busuk. Macam perli aku ja. Haha.
“ Ok. Saya bekerja dekat sebuah syarikat milik papa saya.
Saya sebagai CEO dekat situ. Kerja saya ni arkitek. Erm.. Memang saya tak
nafikan kerja ni amat memenatkan. Tapi kalau minat, macam awak kata tadi tu. ia
tak jadi masalah. Lagi.. saya dah berkahwin tu kan? ehehe. Belumlah. Kalau dah
saya takkan berani hantar awak.”
Miza tersenyum tanpa sedar. Sedar pula.
“ Berpunya? Ermm.. Buat masa ni tak ada. insya-Allah lepas
ni? saya pun tak tahu bila sebab belum ada calon. Hehe.. Saya ni raja laksa.
Hehe.. Terutama laksa buatan mama saya. Sehingga menjilat jari.”
Tersenyum lagi Miza melihat gelagat Syamil yang cuba meniru
aksi iklan makanan dekat tv. Dah macam budak-budak pun ada dia tengok.
“ Lagi? Apa yang awak nak tahu?”
“ Erkk… Tak ada kot.” Miza memandang ke hadapan dengan
kerutan di dahi. Dia terfikir sesuatu yang boleh membuatkan dia menitiskan air
mata. Kenapa perlu tiba-tiba bandingkan Syamil dengan lelaki tu pula ni.
pleaselah!
“ Awak okay ke? Kenapa muka awak nampak pucat.” Sekilas
Syamil menoleh ke arah Miza yang tiba-tiba berdiam diri.
“ Tak ada apa-apa. saya okay. Saya mengantuk agaknya.” Nafi
Miza dengan senyuman hambar.
“ mengantuk? Janganlah tidur. Temankan saya. Saya takut
tertidur pula jap lagi. Siapa yang susah? Kita juga.” Syamil buat muka sedih.
Mulutnya dicebikkan dengan tangannya yang sebelah kiri buat-buat mengelap air
mata.
Gelagat Syamil itu ternyata buatkan hati Miza terhibur.
Akhirnya, dia berjaya ketawa dengan seikhlas hati. Dari luhur hatinya. Rasanya
dah lama dia tak gelak macam ni.
Syamil yang melihat rasa pelik tapi dia pun tersenyum juga
akhirnya. Tak tau kenapa dia rasa gembira sebab dapat tengok Miza ketawa
daripada asyik muram dan masam je dari tadi.
“ A..awak.. awak ni kelakar lah. Ingat comel sangat ke buat
muka macam budak-budak tu?” Dalam sisa tawa Miza berkata.
“ Kan bagus awak gelak macam ni daripada muram je.”
Miza terdiam terus. Kata-kata Syamil tadi buat dia tersedar
yang dia dah melebih-lebih. Malu!
“ Erk.. pandulah kereta tu. saya nak dengar lagu.” Pantas
Miza mengeluarkan earphone dan menyumbatkannya ke dalam telinga yang terdapat
di sebalik tudungnya itu.
Syamil yang melihat tersengih. Aku tau dia malu tapi comel.
**
Kakinya dihentakkan beberapa kali sampai dia rasa kurang
lenguh barulah dia bangun dan masuk ke dalam shopping kompleks semula. Penat.
Ya itu yang dia rasakan sekarang. Kena terima hakikat apabila shopping dengan
mamanya ni buat dia sangatlah penat. Perempuan lah katakan.
“ Syamil! Kamu ke mana tadi? Puas mama cari.”
“ Syamil ronda-ronda jap. Mama dah habis ke belum ni? Mil
lapar lah.” Ngadu Syamil dengan muka letihnya. Rasa nak balik tidur je.
“ Dah. Dah habis pun. Kesian anak mama kena teman mama. Mama
minta maaf erk. Dah jom kita pergi makan dulu sebelum balik.”
Syamil akhirnya tersenyum lega. Yalah. Dah nak balik kan?
mestilah happy. Katil! Tunggu aku. aku akan pergi dekat kau selepas ni. ahak!
Puan Isah masuk ke dalam restoran kemudian mengambil tempat
kosong. Perut pun dah mula berkeroncong.
“ Kamu nak makan apa?”
Syamil melihat menu yang diberi. Semuanya sedap. Ermm..
“ Bagi nasi goreng ayamlah. Air pzula jus tembikai.” Ujar
Syamil lalu memberikan menu pada pelayan itu semula.
“ Mil.. mama nak tanya kamu something boleh?”
“ Boleh je. apa mama?”
“ Apa pendapat kamu tentang Miza?”
Syamil terkedu. Miza? Kenapa mama tiba-tiba tanya aku macam
tu pula.
“ Kenapa mama tanya fasal Miza pada Mil pula ni.” Syamil
tersengih. Pasti mamanya ada agenda tersembunyi ni.
“ Saja. Kenapa tak boleh?”
“ Boleh tapi peliklah.”
Puan Isah terdiam. Dia sebenarnya sedang merancangkan
sesuatu. Iaitu menyatukan anaknya dengan Miza. Dah lama dia teringin nak tengok
Syamil mendirikan rumah tangga. Dan dia rasa Miza adalah permaisuri yang
sepadan dengan Syamil.
“ Jawab je lah pertanyaan mama tu.” Suruh Puan Isah dengan
geram.
“ Ermm.. Miza tu. Dia comel, seorang pendiam dan dalam diam
tu ada juga kelakarnya juga.” Dia berikan pendapat berdasarkan penglihatannya
sewaktu menghantar Miza tempoh hari.
“ Tapi kan ma? Masa Mil hantar dia tu. dia nampak masam je.
kenapa?”
Teringat Syamil selepas menghantar Miza pada malam itu.
Mukanya nampak tak bermaya dan letih semacam. Apabila dia berdepan dengan mak dia,
aku nampak dia menitiskan air mata lalu memeluk mak dia tu. kenapa erk? Rindu
maybe.
“ Entahlah. Tapi dia kata kerana kerja. tak payah risaulah.
Sekarang kan dia dekat rumah mak dia. kenapa? Rindu ke?”
Syamil tersedak. Rindu? Haih mama aku ni. agak-agaklah nak
rindu pun. Baru kenal sehari.
“ Eh Mil! Tu bukan dia ke?”
Syamil tersengih. Haih mama aku ni. kalau nak perkena aku
pun agak-agaklah.
“ Mama.. dahlah. Tak payah nak perkena Mil.”
Puan Isah masih memandang kelibat seperti Miza itu dari
jauh. Dia yakin tu Miza. Tapi kenapa Miza nampak sedih? Dan siapa lelaki yang
berdepan dengan dia tu? eh? Ingatkan dia masih ada dekat rumah mak dia.
“ Mama.. kenapa yang berkerut semacam je ni?” Syamil rasa
sangsi pula. Takkan mama dia tak tipu kot.
“ Jom ikut mama.”
**
“ Awak nak apa lagi? Kan saya dah cakap kita dah tak ada
apa-apa hubungan lagi dan takkan ada. Saya benci awak! pleaselah pergi!”
Miza mengepal tangannya dengan penuh perasaan benci. Dia
rasa nak tumbuk wajah lelaki yang tak bertanggungjawab itu. biar dia rasa puas.
Tapi hakikatnya dia tak mampu. Dia tak nak gara-gara dia lelaki itu tercedera.
Bukan sebab dia risau tapi dia takut selepas kejadian itu dia akan terjumpa
lagi dengan Farez.
“ Saya ikhlas nak kembali kepada awak Miza. Tolonglah Miza.
Saya masih sayangkan awak. jangan buat saya macam ni.”
“ Jangan buat awak macam ni?! Habis sebelum ni boleh pula
buat saya menangis macam ni? boleh pula buat saya kecewa dan marah dekat awak?
begitu?”
Matanya mencerun ke arah Farez dengan penuh kemarahan.
Apabila teringatkan kejadian itu, dia rasa sangat kecewa dan marah.
“ Awak..”
“ Stop! Please Farez! Please pergi dari hidup saya! Awak
takkan dan tak boleh lagi bersama dengan saya. Saya ni hak orang lain!”
Air matanya mengalir jua akhirnya. Puas dia tahan tapi dia
tak berjaya. Perkara ini terlalu menyakitkan buat dirinya. Dia lebih sanggup
tipu Farez daripada dia sendiri yang terseksa lebih teruk.
“ Hak orang lain? Maksud awak?”
Farez mula berasa tak sedap hati. Tajam dia merenung wajah
Miza yang berlinangan air mata itu. dia rasa sayu melihat air mata itu. dia
ingin menyekanya tapi dia tahu dia takkan boleh dan selamanya tak boleh.
“ Miza!”
Serentak mereka berdua menoleh ke arah kiri di mana suara
itu datang. Dan Miza sama sekali terkejut melihat dua insan tersebut. Syamil
dan Puan Isah! Macam mana mereka boleh ada dekat sini.
“ Ya Allah Miza. Kamu okay ke ni?” Puan Isah meluru ke arah
Miza dengan wajah yang sangat risau. Manakala Syamil pula memandang Miza dan
lelaki itu silih berganti. Agaknya siapa lelaki ni? adakah dia buat Miza
menangis?
“ Awak.. siapa mereka ni?” Soal Farez dalam keadaan buntu.
Miza menyeka air matanya dengan senyuman hambar. Ya Allah
adakah mereka ni petunjuk yang kau sampaikan padaku? Rasanya Syamil dan Puan Isah
dapat bantu aku masa ni. maafkan aku Syamil kerana terpaksa menggunakan kau.
Aku harap kau tak marah.
“ Ini bakal mak mertua saya dan itu bakal suami saya.” Luah
Miza dalam satu nafas.
Seperti yang Miza jangka, mereka bertiga amatlah terkejut
akan luahan dia sebentar tadi. Tapi dia benar-benar terdesak saat ini.
“ Ba..bakal suami? Awak jangan nak tipu saya Miza. Saya tahu
awak hanya nak melarikan diri daripada saya.”
Miza tersenyum sinis. Tahu pula dia takut? Sebelum ni dia
fikir tak apa perasaan aku apabila melihat dia dengan orang lain?
“ Yes! Saya memang sedang melarikan diri dari awak. tapi
saya tak tipu Farez! Mereka ni keluarga saya. Mereka akan menjadi orang penting
dalam hidup saya. Saya tak perlukan lelaki tak guna macam awak! lebih baik awak
pergi atau saya report polis!”
Wajah Miza yang kelihatan masam tadi bertukar merah
gara-gara marah yang amat. Dia dah tak tahan akan sikap Farez yang suka
mendesak saat ini. Dia benci!
“ Kau tunggu apa lagi? Dia dah cakap kan yang aku ni future
husband dia. so kau tunggu apa lagi? Lebih baik kau pergi.” Suara Syamil
setelah asyik berdiam diri melihat Miza dengan Farez. Dia rasa Miza sangat
perlukan bantuan dia saat ini.
“ Tapi Miza saya..”
“ Go! Saya tak nak tengok muka awak lagi! Saya benci awak!
segala-galanya tentang awak. Jadi tolong jangan muncul lagi depan muka saya!
Kalau tak saya takkan munculkan lagi diri saya depan awak ataupun depan mereka.
Awak sanggup ke?!” Miza mula mengugut. Tapi dalam diam dia maksudkan kata-kata
tu.
“ Tak! Saya tak sanggup. Baik saya akan pergi. Semoga awak
bahagia Miza.”
Dengan langkah yang berat, akhirnya Farez melangkah
meninggalkan mereka bertiga. Dia sangat sedih dan kecewa akan sikap Miza.
Miza.. saya masih sayangkan awak. saya harap suatu hari nanti awak boleh
kembali pada pangkuan saya.
Miza melihat Farez pergi dengan linangan air mata. Dia
tersenyum hambar. Dia rasa lega kerana akhirnya Farez pergi dari hidup dia. dia
lega. Alhamdulillah.
“ Miza..” Puan Isah jadi risau pula tengok reaksi Miza saat
ini.
Miza menoleh ke arah Puan ISah dan Syamil dengan senyuman.
“ terima kasih sebab bantu saya tadi. Kalau korang tak ada
saya tak tahu apa yang akan saya lakukan. Dan maaf sebab kaitkan makcik dan
Syamil tadi.”
Syamil melihat Miza dengan renungan yang penuh tanda tanya.
Apa yang terjadi sebenarnya?
“ Miza.. what happen?” Soal Syamil.
Miza menggelengkan kepalanya perlahan. Biar ia menjadi
rahsia. Dia tak nak buka semula kisah lama.
“ Saya minta maaf. Saya pergi dulu. Terima kasih again.”
Baru saja Miza ingin melangkah, tiba-tiba kepalanya jadi
berat. Pandangannya juga jadi kabur. Akhirnya, dia jatuh pengsan tanpa sempat
tahan.
“ ya Allah Miza!”
Syamil pantas mencempung Miza dan berjalan menuju ke kereta.
“ Kita ke hospital Mil.”
Syamil melihat wajah Miza dengan seribu persoalan. Kenapa
dengan awak Miza?
**
“ Makcik.. jangan risau. Kejap lagi dia sedarlah tu. doktor
kata dia tengah tidur.”
Syamil melihat Mak Mirla dengan riak kerisauan. Rupanya Miza
ni anak yatim. Ayahnya dah lama meninggal. Sayu hati dia mendengar cerita Mak
Mirla tadi.
“ Maafkan makcik. Anak makcik mesti dah banyak menyusahkan
kalian. Isah.. aku minta maaf. Kalaulah aku cerita dekat kau lebih awal siapa
lelaki yang kacau anak aku tu. Aku rasa semua ini takkan terjadi.”
Puan Isah memaut lembut bahu kawannya itu. kepalanya
digelenggkan perlahan.
“ Tak apa. aku faham. Lagipun ni hal keluarga kau kan. aku
faham. Tapi kesian aku tengok anak kau Mirla. Patutlah aku tengok dia semakin
kurus sekarang ni. rupanya dia ada masalah besar.”
Mak Mirla tersenyum hambar. Tangannya masih setia
menggenggam jari anaknya yang masih tidak sedarkan diri itu.
“ Dia dah banyak menderita Isah. Hampir dua bulan juga dia
duduk di bawah jagaan aku sebelum dia benar-benar pulih untuk ke kerja.
kejadian itu benar-benar beri kesan dekat diri dia Isah. Makan tak lalu, tidur
pun tak cukup. Dia lebih suka menyendiri dan termenung sendiri. Aku risau
tengok keadaan dia sebelum ni. Tapi alhamdulillah. Selepas dia tengok satu
rancangan usrah ni. dia tersedar dan terus bangkit. Dia kata dekat aku, dia nak
lupakan semuanya yang berlaku. Dia nak mulakan hidup baru.”
Syamil masih setia memandang ke arah Miza yang tidak
sedarkan diri itu.
“ Dia juga kata selepas ni soal jodoh dia serahkan dekat
aku. aku tahu sekarang ni dia cuba nak buat aku gembira. Tapi hakikatnya hati
dia terseksa. Syamil.. makcik tahu sepanjang kamu hantar dia tempoh hari kamu
pasti hairan kan kenapa dia tiba-tiba menangis dalam pelukan makcik.”
Syamil tersentak lantas mengangguk perlahan.
“ Dia cerita dekat makcik yang kamu cuba bergurau dengan dia.
Dia terbandingkan kamu dengan Farez tu. dia kata Mil benar-benar berbeza dengan
Farez. Dia kata alangkah bagusnya kalau dulu sikap Farez macam kamu. Dia juga
terharu kerana Mil berjaya buat dia gelak. Dia ucap terima kasih.”
Syamil terkedu. Puan Isah pula sudah tersenyum. Di paut pula
bahu anaknya itu.
“ Mirla. Jom kita keluar. Biarkan mereka berdua.”
Syamil duduk di kerusi kosong sambil merenung wajah lemah
Miza. Miza.. kenapa perlu awak lalui semua tu? saya tak tahu pula yang awak
bandingkan saya dengan dia. tapi rasanya awak tak perlu bandingkan lagi sebab
saya rasa saya mampu jadikan ia realiti.
“ Eh!”
Syamil terus bangun dan meraup wajahnya perlahan. Kenapa
dengan aku ni? Gila ke apa? tiba-tiba nak jadikan ia realiti. Adakah kau nak
kahwin dengan dia? what?! Ish! Mengarut Syamil! Tapi kalau benar tak salah kan?
Erk!
“ A..awak..”
Syamil tersentak. Dia menoleh ke arah Miza yang sudah
tersedar itu.
“ Awak dah sedar? Alhamdulillah.”
Miza tersenyum kecil lantas cuba bangun untuk duduk.
Kepalanya masih terasa berat.
“ Saya dekat mana?” Soal Miza sambil memandang Syamil.
“ Hospital. Awak pengsan tadi. Tapi awak tak apa-apa dah.
Doktor kata awak Cuma tertekan je.”
“ Oh. Mana mak saya?”
“ Ada dekat luar. Awak rehatlah.”
Keadaan kembali sunyi antara mereka. Syamil tiba-tiba
bertukar pendiam. Miza pula rasa rimas dengan keadaan itu.
“ Maafkan saya!” Serentak mereka berkata. Dan mereka terdiam
sendiri.
“ Awak cakap dulu.” Suruh Syamil dengan senyuman.
“ Erk.. awaklah.” Miza pula rasa serba salah.
“ Okay. Saya nak minta maaf sebab tak tahu pula awak dah
banyak menderita selama ni. awak kata awak akan beruntung kalau dapat lelaki
macam saya kan? tak apa. awak dah dapat saya pun.” Ujar Syamil masih dengan
senyuman. Dia sedar ke tak apa yang dia cakap tu?
Miza terkedu. Ha? Apa yang dia cuba maksudkan ni?
“ Lupakan lelaki tak guna tu. saya akan tunaikan permintaan
awak. bukan ke saya ni future husband awak?” Syamil terus mengenyitkan matanya
ke arah Miza dan dia tertawa sendiri.
Manakala Miza pula terus menoleh ke arah lain. Dia termalu
sendiri. Hatinya juga jadi berdebar tiba-tiba.
“ Baiklah my future wife. Mulai hari ni saya ni future
husband awak tau.”
“ Eh! Siapa cakap? Saya
terdesaklah masa tu!” Pintas Miza.
“ Tak ada! Awak dah cakap masa tu. terdesak ke tak ke, dah
jadi doa tau.” Syamil masih ingin main-main dengan Miza. Dia nak tengok Miza
tersenyum.
“ Mana aci!” Miza terjerit gara-gara geram.
“ Aci kat India ma.. Lu tak tahu ke?”
“ Kat Malaysia pun adalah! Awak je tak tahu.”
“ Oh ya? Mana buktinya? Cer cite dekat saya.” Syamil
bertukar wajah serius pula. Seronok tengok Miza yang kelam kabut tu.
“ Erk.. ha! Awak yang cakap!” Miza masih tidak mahu
mengalah. Dia rasa tercabar pula.
“ Masa bila? Tak ada-tak ada! Now you my future wife. Full
stop!”
Terus Syamil menutup telinganya dengan kedua-dua belah
tangan. Saja nak buat Miza bertambah geram.
“ Awak! I hate you!”
Terus Miza memukul kepala Syamil dengan bantal. Sekuat hati!
Rasa puas pula buat orang macam tu. Teruskan Miza teruskan. Biar dia rasa sikit
kegeraman kau tu.
“ Ouch! Sakitlah! Stop!” Syamil cuba menepis bantal tu tapi
tak berjaya. Tak sakit pun sebenarnya. Saja buat-buat sakit.
“ Biarkan! Nak sangat kan! I hate you!”
“ But I love you.” Suara Syamil dengan sengihan tiba-tiba.
Terus terhenti perlakuan Miza.
“ I..I..hate you.” Perlahan pula Miza bercakap. Matanya
masih tidak berganjak ke arah wajah Syamil yang tengah tersengih itu.
“ But I love you. Tak kisahlah perempuan mana pun yang cuba
memikat hati saya. Tapi saya pilih awak. I choose you. Ainnur Miza.”
Terkelip-kelip Miza melihat ke arah Syamil. Dadanya dah dua
kali ganda bergetar. Hebat!
“ Kenapa diam?” Syamil jadi risau pula tengok Miza sekarang
ni.
“ Awak?”
Syamil melambai-lambaikan tangannya di depan mata Miza. Miza
bagaikan patung. Eh! Aku dah salah cakap kot. Memang salah pun! Kau ni pun Mil.
Agak-agak arh nak mainkan hati dia. dahlah dia baru lepas sembuh.
“ Saya gurau je lah! Awak.. Janganlah terkejut macam ni.”
Syamil dah jadi makin risau. Dia menggoncang bahu Miza agar tersedar.
“ What?! I hate you!”
Terus Miza memukul bahu Syamil dengan bantal tadi. Mulanya
dia memang rasa terharu. Tapi bila Syamil kata gurauan. Terus dia geram semula.
Syamil dah terkekek ketawa.
“ Sakitlah!”
“ I don’t care!”
Dari jauh, Puan Isah dan Mak Mirla melihat mereka berdua
dengan senyuman. Masing-masing bersyukur tengok Miza dah boleh tersenyum.
Agaknya Syamil orang yang benar buat Miza.
**
‘ Saya nak jumpa awak.
Please. Kali ni je.’
Miza membaca message itu beberapa kali. Dia jadi buntu.
Patut atau tak dia pergi jumpa dengan Farez? Bukankah baru seminggu yang lepas
aku cakap aku tak nak jumpa dia lagi. Tapi sekarang?
“ Kenapa ni?”
Tiba-tiba Syamil muncul daripada belakang dan duduk di sisi
Miza. Miza menoleh sekilas sebelum memandang skrin telefon. Mentang-mentang mak
suruh dia jadi bodyguard aku. ke mana saja aku pergi mesti dia ada. Tapi aku
tak nafikan, kadang-kadang aku rasa dilindungi daripada jauh.
“ Tak ada apa-apa.”
Miza merenung sungai di hadapan matanya itu. serius! Dia dah
sedar yang dia berjaya melupakan Farez. Tapi itu tak bermakna dia boleh maafkan
Farez begitu saja. Dan dia tersedar sesuatu. Semenjak Syamil hadir di sisinya, dia
sering ketawa dengan telatah Syamil. Mak dia pun perasan. Adakah Syamil ni
penyembuh lukaku?
Tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar. Tanda pesanan ringkas
masuk.
‘ Please… Buat kali
terakhir.’
Terhambur keluhan kecil daripada mulutnya. Dia dah merayu
bagai. Apa aku nak buat ni? minta tolong Syamil? Tak mungkin. Mesti dia akan
laporkan pada mak.
“ Awak pergilah balik. perlu ke ikut saya sepanjang masa?”
Soal Miza.
“ Saya tak ikut tapi teman awak. saya ikhlas nak ikut awak.
saya nak lindungi awak.” Jawab Syamil sambil melilau melihat sekeliling.
Perutnya rasa lapar tiba-tiba.
“ Saya nak ke lain selepas ni. tolong jangan ikut saya. Saya
rimaslah.”
Miza terus bangkit tanpa menunggu Syamil. Laju kakinya
melangkah ke arah kereta. Tapi Syamil lebih pantas mendahuluinya.
“ Awak nak ke mana?”
“ Jumpa kawan. Awak tak perlu sibuk. Pergi balik.”
Langkah Syamil terhenti. Kawan? Siapa kawan dia?
“ Hati-hati!”
Akhirnya Syamil membiarkan Miza pergi seorang diri tanpa
dirinya. Ya Allah. Aku rasa aku dah mula sayang dekat dia. haih.. Parah kau
Syamil. Sampai dia nak pergi jumpa kawan pun kau risau bukan main. Macam dah
suami orang pula kau ni. Haha. Betullah kan? aku ni kan future husband dia.
hehe..
**
“ Nak apa? cepat cakap. Saya ada hal pula selepas ni.”
Dingin sekali perilaku Miza terhadap Farez ketika ini.
Farez sama sekali terasa akan sikap Miza. Tapi dia reda
sebab memang itu balasan yang patut dia dapat di atas perbuatannya selama ini.
perbuatannya langsung tidak dapat dimaafkan. Dia tak patut menduakan Miza. Dia
juga tak patut pergi jumpa Miza dengan teman wanitanya dulu tu. dia juga tak
patut batalkan majlis pertunangan mereka di saat-saat akhir. Semuanya tak
patut.
Tapi ini semua dah terjadi. Semuanya ketentuan Allah. Dia
pun dah dapat balasan. Teman wanitanya tu dah berjaya tipu duit dia. dan kini,
dia dah hampir muflis.
“ Saya nak minta maaf.”
Miza masih berdiam diri dan memandang ke arah lain. Tiada
hati nak pandang muka Farez. Buat sakit hati.
“ Saya nak minta maaf sebab buat awak terseksa. Saya dah
dapat balasan di atas perbuatan saya dulu. Saya menyesal. Tapi saya reda.”
Farez tersenyum hambar lalu tiba-tiba melutut di depan Miza.
Miza yang melihat terkejut lantas terundur dua langkah ke belakang.
“ Saya juga tak tipu. saya masih sayangkan awak. saya
cintakan awak Miza. Tak boleh ke awak berikan peluang kedua pada saya? Saya
hanya manusia biasa Miza.”
Miza tersenyum sinis.
“ Peluang kedua? Yes. Setiap orang layak diberi peluang
kedua. Yes. Kita hanya manusia biasa. Tapi selemah-lemah saya pun saya takkan
sanggup menduakan bakal tunang saya. Saya takkan sanggup menyakitkan hati bakal
tunang saya. Saya tak bodoh nak buat semua tu untuk bakal tunang saya sebab
saya percaya dia boleh bahagiakan saya. Tapi apa yang saya dapat? Kepercayaan saya
dikhianati.”
Sayu Farez mendengar luahan hati Miza. Dia memang menyesal
kerana buat Miza begitu.
“ Sekali saya percayakan awak saya akan percaya buat
selamanya. Tapi bila awak hancurkan kepercayaan saya. Maaf.. saya tak boleh
maafkan perbuatan awak dulu. Amat menyakitkan tahu tak?! Hanya Allah yang tahu
apa perasaan saya masa tu.”
Miza mengetap bibir menahan daripada menitiskan air mata.
Rasanya dia tak perlu menitiskan air mata demi lelaki tak guna ni.
“ Jadi.. Awak benar-benar pilih dia?”
Miza terdiam. Dia? Siapa yang Farez maksudkan?
“ Awak pilih lelaki di belakang awak tu?”
Pantas Miza menoleh ke belakang. Dari jauh dia dapat lihat
Syamil sedang melangkah ke arahnya. Dan dia dapat rasakan sesuatu. Syamil
bagaikan datang memberikan cahaya baru buat dia.
Miza menoleh semula ke arah Farez yang masih setia melutut
itu.
“ Yes. Saya pilih dia. saya pilih hati dia yang baik tu.
saya pilih dia yang sentiasa cuba menceriakan hati saya.” Tegas Miza dengan
senyuman kecil.
Farez terkedu. Senyuman Miza tu menyentakkan tangkai
hatinya. Dah lama dia tak lihat senyuman Miza itu. senyuman yang sangat dia
rindui.
“ Miza.. Awak kata awak nak jumpa kawan. Kenapa awak tipu
saya?” Muncul Syamil dengan wajah yang penuh curiga. Wajahnya serius memandang
ke arah Farez.
“ Maaf…” Miza meminta maaf sambil tertunduk. Dia rasa serba
salah pula.
“ Bro. dia tak bersalah. Aku yang suruh dia datang sini.”
Farez bangun berdiri dengan senyuman tipis. Dia menepuk
perlahan bahu Syamil sebelum mengundurkan dua langkah ke belakang.
“ Bro.. aku harap kau takkan kecewakan dia seperti mana aku
kecewakan dia dulu. Aku harap kau dapat buat dia bahagia. Buat dia seorang
perempuan yang beruntung apabila berada di samping kau. Aku harap kau sabar
saja dengan setiap kerenahnya. Dia terlalu istimewa bro. aku yang terlambat
sebab baru sedar.”
Matanya beralih pula pada Miza.
“ Miza.. saya doakan kebahagiaan awak. jangan risau. Saya
takkan muncul lagi di depan awak selepas ni. saya tahu pilihan awak yang
terbaik.”
“ Farez… moga awak bertemu dengan orang yang lebih baik
daripada saya.” Ujar Miza lantas memberikan senyuman nipis.
Farez hanya tersenyum hambar. Kini, dia terus memusingkan
badan dan melangkah pergi tanpa menoleh lagi ke belakang. Selamat tinggal Miza.
Semoga awak bahagia dengan dia.
“ Kenapa dia cakap macam tu dekat saya?” Syamil menyoal
sambil melihat Farez melangkah.
Miza tersentak. Tapi akhirnya dia tersenyum kembali. Sebab
saya pilih awak!
“ Saya hairanlah. Awak.. jawablah.”
Apabila Syamil menoleh, kelibat Miza dah hilang. Bila dia
pusing ke belakang. Ternyata Miza dah jauh meninggalkan dia. haih minah ni.
suka buat aku saspen macam ni.
“ Awak!” Syamil mengejar dan tepat berdiri di depan Miza.
Miza hanya tersenyum dan mengangguk. Kenapa?
“ Tersenyum pula dia. Orang tanya ni.” Syamil jadi geram.
“ I want to forget everything about my past. I want to be a
new girl. I think I can and I want to be with you. Yes, I choose your heart. I
know you surprised. But, you can make me smile everyday even I always make you
angry. And yes, you also so annoying.”
Syamil terlopong. Apa dia tak salah dengar? Dahlah tiba-tiba
cakap mat salleh depan aku.
“ You know what? You will never find the right person if you
never let go of the wrong one. And that right person is you.”
Miza tersenyum lagi. Dan kali ni membiarkan Syamil berfikir
sendiri. Dia kembali melangkah ke arah kereta. Syamil. Saya yakin dan saya
pilih awak.
Syamil masih terkaku pada tempatnya tadi. Dia masih cuba
mendalami ayat Miza tadi. Setelah tersedar, dia pantas mengejar Miza yang sudah
hampir dengan kereta.
“ Miza!”
Tapi dah terlambat apabila Miza telah pun beredar. Penat je
dia kejar.
“ Miza. Saya dah faham maksud awak. Jangan risau. Saya
memang menantikan kata-kata awak tu. terima kasih.”
Syamil tersenyum lantas mendongak ke langit. Ya Allah.
Terima kasih bukakan pintu hati dia untuk mencintai orang lain dan orangnya
adalah aku. InsyaAllah aku mencintai dia keranaMu ya Allah.
**
“ Awak!”
“ Ye?”
“ Tengok ni!”
Matanya terus tertumpu pada pregnancy test yang dipegang
oleh isterinya itu. bulat terus matanya.
“ Maksudnya?”
“ Saya mengandung! Arh!”
Terus Miza berlari dan memeluk Syamil dengan senang hati.
Syamil yang tak sempat berbuat apa-apa hanya ketawa kecil melihat reaksi Miza
seperti kanak-kanak itu.
“ Alhamdulillah lah awak. Ucap alhamdulillah. Rezeki kita.”
Kepala Miza diusapnya perlahan.
“ Alhamdulillah. Tak sabarnya saya rasa.”
Miza meleraikan pelukan dan tersenyum lebar. Berita gembira
itu harus dikongsi dengan mak dan mama di kampung.
“ Nampaknya lepas ni awak boleh panggil saya dengan
panggilan lain dah kot.”
Syamil menjongket keningnya lantas tersengih ke arah Miza.
Miza mengerutkan dahi tanda tak faham.
“ maksud awak?”
“ Maksud saya.. Abang nak sayang panggil saya dengan abang.
Bolehkan sayang?” Syamil mencuit hidung Miza dengan nakal.
Miza terdiam. Dia tersenyum malu.
“ Tak nak. Malas. Lagipun awak kita sama umur je kan?”
“ Mana boleh. Awak kena hormat saya sebagai suami awaklah.”
Syamil dah mula memuncung. Serupa kanak-kanak Ribena pulak
lagaknya. Miza yang melihat sudah ketawa kecil.
“ Buruknya wajah dia macam tu. suami siapalah ni.”
“ Suami oranglah. Takkan suami beruk pula.”
“ Eh? Yeke suami beruk? Tak sangka pula kita. Ya Allah.”
Miza buat-buat terkejut dengan menekup mulutnya dengan tangan.
“ La..ada orang mengaku beruk ke dekat sini?” Syamil kembali
mengusik. Dia boleh buat juga. Ingat Miza je boleh perkena dia?
“ Abang!!!”
Syamil terus ketawa kecil. dan yang buat dia lagi geli hati
Miza dah berjaya memanggilnya dengan panggilan ‘Abang’.
“ Yes! Haha. Abang dah berjaya. Ingatkan mengaku beruk
tadi.” Syamil masih terkekek ketawa. Manakala Miza pula dah mencubit lengan
Syamil agar diam. Benci!
“ Tak aci!”
“ Aci kat India.”
“ Eh tak! Aci kat Melbourne.”
Syamil ketawa. Melbourne? Amboi! Jauhnya isteri aku
berfikir.
“ Mana ada! Kat India lah. Ada dekat Taj mahal.”
Syamil mula melangkah masuk ke dalam rumah. Dah lama dia
berdiri dekat luar ni. dahlah sejuk.
“ Taj Mahal? Mana abang tahu?” Miza mendekati Syamil.
“ Sebab abang siasatlah. Nanti kan abang nak flight ke sana.
Jadi abang mestilah siasat.” Syamil tersengih. Yela tu. siasaatlah sangat. Tipu
je lebih. Haha.
“ Nak ikut!”
“ tak boleh. Dah terlambat.”
“ Ala..” Miza sudah memuncung.
“ Tak ada ala-ala.”
“ Tak aci!”
“ Aci kat India arr. Pi Taj Mahal tu. kat situ banyak aci.”
Syamil tersengih kerang busuk. Rajuk isterinya makin menjadi-jadi. Nak jadi mak
ni makin menjadi-jadi pula nakalnya. Isteri kau juga Syamil.
“ Ya Allah. Bantulah aku Ya Allah. Datangkanlah kepadaku
seorang putera katak yang sangat hensem dan mampu membawa aku terbang ke Taj
mahal. Ingin ku tahu di mana keacian yang disebut suamiku itu.”
Syamil tersentak. Amboi dia. tanpa berlengah dia terus
menggeletek Miza sampai Miza terduduk pada sofa.
“ Abang! Berhenti!”
“ Tak nak!”
“ Abang!”
“ Siapa suruh mengarut lagi!”
Syamil menghentikan perbuatannya dan terduduk sekali sebelah
Miza.
“ terima kasih abang. Dan baby ni anugerah buat kita. Thanks
again abang.” Ucap Miza jujur.
“ Sama-sama kasih sayang.”
“ Sekarang giliran Miza pula. Here we go!”
“ ya Allah sayang! Geli!”
Dalam usaha ingin mendapatkan kebahagiaan, derita perlu
dilalui terlebih dahulu. Memang semua inginkan kebahagiaan. Tapi tidak semua
mampu mendapatkannya tanpa mendahului derita dahulu. Dan kini, Miza rasa sangat
bahagia dan bersyukur di atas kurniaan dari Dia. Dia sedar ini ujian buat
dirinya.
Miza tersenyum melihat wajah ceria Syamil. Aku
lebih memilih hatimu kerana hatimu saja mampu memahami diriku. Syamil. I loveyou. ~Tamat~