Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Monday 10 February 2014

Cerpen : Be Mine?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Akhirnya siap juga cerpen ni. Maaflah buat korang tertunggu-tunggu. Disebabkan busy dan badan tak berapa nak sihat ni. Jadi tak sempat nak sambung. Hari ni boleh tahan okey sikitlah. Tapi sebabkan korang. Gagahkan jugalah menyambungnyer.. Hihi.. Tak guna aku membebel lagi. So? happy reading!




Aku lihat keadaan di sekeliling. Banyak pekerja yang sudah memulakan tugas. Tak kurang juga ada yang tengah melayan tetamu. Alhamdulillah! Setakat ini aku sangat berpuas hati. Tiada lagi masalah yang timbul. Syukur sangat.

“ Cik Dina! Cik Dina!”

Panggilan daripada pembantu aku membuatkan aku terus menoleh ke belakang. Dia kelihatan sangat cemas sekali. Ada masalah ke?

“ Kenapa ni Tirah? Ada masalah ke?”  Aku turut jadi cemas. Aku ni bukan boleh. Kalau tengok orang cemas. Aku pun turut sekali jadi macam tu. Dah memang tabiat aku sejak kecil lagi.

“ Kita ada masalah dekat dalam. Ada pelanggan yang merungut. Cik Dina pergi tengok.”

Tanpa berlengah, aku pantas melangkah masuk ke dalam kedai dengan perasaan yang berdebar-debar. Masalah apa pula ni?

“ Eh! Korang tak tahu nak buat kerja ke? Saya dah kata saya hanya nak bunga teluki ni dihantar ke hotel. Bukan ke rumah saya. Kan saya dah kata bahagikan kepada dua. Korang ni tak pernah buat kerja ke?”

Aku menarik nafas dalam-dalam. Nampaknya pelanggan yang tak berpuas hati kali ni sedikit panas baran lah. Dahlah lelaki. Mahu tak mahu aku kena menenteramkan dia kembali.

“ Maaf encik? Ada apa yang saya boleh bantu?” Aku menyoalnya dengan lembut. Kalau dia dah angin satu badan macam ni. Kita mana boleh buat dia marah lagi.

“ Ha. Awak ni siapa?” Tajam dia merenung aku.

“ Saya pemilik kedai bunga ni. Ada apa yang saya boleh bantu?”

“ Ha. Baguslah awak datang. Pekerja awak ni tak pandai buat kerja ke? Saya suruh lain mereka buat lain. Apa ni?”

Alamak! Dia makin marah nampaknya. Sabar Dina! Sabar!

“ Saya minta maaf di atas kesilapan yang telah kami lakukan ni. Saya janji selepas ni saya akan perbetulkan semula apa yang encik nak. Encik Cuma perlu beritahu je. Dan kami sedia memperbaiki semula.” Ujarku tenang.

“ Arh! Tak usah. Semua dah terlewat.” Dia memeluk tubuh dengan perasaan tidak puas hati.

Aku pula dah jadi gelisah. Papa! I need your help! Tak pernah-pernah aku hadap pelanggan macam ni.

“ Maafkan saya. Encik Cuma perlu beritahu saya apa yang perlu saya buat agar encik sudi memaafkan pekerja saya. Saya tahu semua itu salah saya sebab tak ajar mereka baik-baik.”

Aku mengetap bibir. Harap-harap dia sudi memaafkan kami semua. Berlagak sangatlah pelanggan ni. Tapi aku tahu semua ini salah pekerja aku juga.

“ Okey. Boleh. Tapi dengan satu syarat.”

Aku terteguk air liur apabila melihat senyuman sinisnya itu. Mesti dia minta yang bukan-bukan ni.

“ Awak kena keluar dengan saya untuk sehari esok.”

“ What?”

Aku terlopong. Pekerja-pekerja aku juga terlopong selepas mendengar syarat lelaki ini. Memang tak munasabah langsung lah.

“ Maaf tapi..”

“ Tak boleh tak apa. Nanti saya akan saman kedai ni. Saya tak peduli dah.”

Sekali lagi aku terlopong. Lelaki ni memang dah gila lah! Argh! Apa perlu aku buat ni?

“ Beri saya waktu? Saya perlu periksa jadual saya untuk esok. Saya takut saya busy.” Ujarku memberikan alasan.

“ Urm. Okey. Saya tunggu.”

Dia terus keluar dan tunggu depan kedai sambil memeluk tubuh. Aku pula dah tak tahu nak buat apa. Takkan nak terima permintaan lelaki tu. ish! Tak kuasa aku.

“ Cik Dina. Maafkan kami.” Suara pekerja-pekerja membuatkan aku terus menoleh ke arah mereka.

“ Eh? Tak apa. Korang tak salah pun. Jangan risau. Lelaki tu yang mengarut. Dahlah panas baran. Lepas tu minta yang bukan-bukan pula tu. Benci arh..” Rungutku tak puas hati.

Aku mengetap bibir. Aku perlu buat keputusan. Esok memang aku free sebab aku cuti. Tapi takkan nak keluar dengan lelaki panas baran tu? hish! Ya Allah. Please help me!

“ Lagi lima minit!”

Tiba-tiba lelaki itu melaung dari luar. Aku pula terus duduk di kerusi yang terletak di kaunter. Kepalaku picit dengan perlahan.

“ Cik Dina okey ke ni?”

Aku tersenyum kecil.

“ Okey. Cuma pening nak buat keputusan.”

Aku pandang pekerja-pekerja dengan perasaan kosong. Kemudian aku toleh ke arah lelaki yang berada di luar kedai. Terhambur juga keluhan kecil daripada mulutku. Arh! Aku tak nak keluar dengan lelaki berlagak macam tu. never! Tapi kalau tak keluar kau mahu kena saman ke? Itulah fasal. Apa aku nak buat ni?

“ Time’s up!”

Aku tersentak apabila tiba-tiba saja dia muncul di depan aku. Aku baru nak berfikir dengan lancar. Dia dah datang. Aku dah buat keputusan aku tak nak terima. Biarlah kena saman sekalipun. Aku boleh bayar.

“ So?” Dia merenungku denagn senyuman sinisnya.

Aku membalas senyumannya itu dengan senyuman manis. Kemudian aku menggelengkan kepala dengan selambanya.

“ No! I said no! Ikutlah encik nak saman ke apa ke. Saya tak kisah. Asalkan saya tak perlu keluar dengan orang macam encik ni.” Ujarku tenang walaupun ada perlian dekat situ.

“ Awak!” Dia menuding jari ke arahku dengan perasaan marah. Haha.. Ada aku kisah?

“ Okey? Ada apa-apa lagi yang encik perlukan? Nak kami hantar bunga tu semula ke?” Soalku lagi sambil memeluk tubuh. Puas hati juga bila buat dia macam ni. Aku tahu customer always right. Tapi kalau macam ni gayanya. Betul ke?

“ Wait and see!”

Usai dia berkata, dia terus keluar daripada kedai bunga aku. Aku tersengih lebar.

“ Wah!! Tak sangka Cik Dina berani juga ye?” Tirah menegur dengan perasaan teruja.

“ Kalau pelanggan macam tu gayanya. Tak payahlah beri muka sangat. Benci pula bila saya tengok.”

Kalau hari-hari ada pelanggan macam tu. Pokailah aku nak bayar saman nanti.

**

“ Farah Mardina!”

Ops! Aku tersengih melihat papa yang kelihatan marah itu. Mama pula hanya mampu menggelengkan kepala. What? What’s wrong?

“ Apa ni?”

Papa menghulurkan aku sepucuk surat. Aku ambil dan membacanya.

“ What?”

Aku terjerit kecil saat ternampak perkataan saman dekat surat tu. oh! Nampaknya dia sudah bernekad nak saman aku. Ceh! Tak guna!

“ Apa penjelasan kamu?”

“ Papa tak faham. Kami tahu kami salah sebab tak jalankan kerja baik-baik untuk encik ni. tapi adakah patut dia suruh Dina keluar dengan dia baru dia tak saman kedai tu. Adakah patut?” Aku menyoal papa balik dengan perasaan tak puas hati.

“ Okey apa?”

Aku terlopong mendengar jawapan papa.

“ Papa?”

Terletus ketawa kecil di antara papa dan mama aku. Ish! Mereka boleh bela mamat tu. Argh!

“ Ni.. siapa nak bayar sebanyak seribu ni? Kamu ada duit ke?”

Aku tersengih. Oklah tu. Jangan 5 ribu sudahlah.

“ tak apa. Biar Dina yang bayar. Ini salah Dina. Jadi biar Dina yang tanggung semuanya. Papa dan mama jangan risau ye.” Ujarku dengan yakin.

“ Yelah. Tapi pastikan perkara macam ni tak berlaku lagi selepas ni. Nasib baik sikit je saman yang dikenakan. Kalau banyak? Naya kamu Dina. Dahlah gaji kamu belum secukup ni.”

Aku tersengih lagi. Betullah cakap papa tu. Aku baru je ambil alih kedai papa tu sebab papa kena uruskan pejabat atok. So aku belum dapat gaji yang tinggilah. Nak buat macam mana. Kita kena mula daripada bawah.

“ Siapa nama lelaki tu Dina? Mama teringin nak jumpa dia.”

Ha! Sudah!

**

Dush!

“ Opocot mak kau!”

Aku mengurut dadaku perlahan. Terkejut yang amat apabila tiba-tiba je ada orang ketuk meja ni dengan kuat. Kacau aku nak buat kerja sungguh. Siapalah insan yang tak faham bahasa ni ha?

Saat aku mendongak, aku terkejut besar. La.. mamat ni lagi. Apa lagi yang dia tak puas hati ni. dah dekat dua minggu hal tu dah selesai. Sekarang? Takkan pekerja-pekerja aku ada buat silap lagi kot. Mereka pun dah belajar daripada kesilapan.

“ Ye? Nak apa ye?” Soalku lembut. Sabar je lah. Dia tetap pelanggan kau Dina.

“ Awak busy ke?”

Aku merenung dia dan buku akaun di depan mataku silih berganti. Habis tu? Takkan aku duk menganga kot. Apalah mamat ni.

“ Taklah.. Kenapa ye?”

“ Jom keluar dengan saya.”

“ What?”

Aku terus bangun gara-gara terkejut. Apa kes mamat ni. Tiba-tiba suruh aku keluar dengan dia.

“ Encik tak ada kerja lain ke? Nak suruh saya keluar dengan encik. Ajak sajalah orang lain. Kenapa mesti saya?”

Aku sudah mula meninggikan suara. Ish! Kenapa mesti dia nak cari fasal dengan aku lagi ni. Tak faham betul.

“ Sebab saya pilih awak. Jadi awak kena keluar dengan saya juga.” Tajam dia merenung aku.

“ Tak nak!!!!!” Terus aku jerit dekat telinganya. Puas hati aku.

“ Hoi! Kau nak aku pekak ke ha?”

Aku tersenyum sinis. Pekak lagi bagus. Terus ubah panggilan dia tu. Sebab terlalu geram dengan aku lah tu. haha..

“ Ada saya kesah ke? Tak kan? so keluar daripada kedai bunga saya. Saya tak ada masa nak layan pelanggan macam awak ni. Buang masa!”

Aku mengambil buku akaun aku sebelum berlalu daripada dia. Siap jeling lagi.

“ Kalau kau tak nak. Aku pergi jumpa family kau.”

Langkahku terhenti. Amboi! Siap berani nak jumpa orang tua aku lagi tu. Lelaki ni memang nekad lah.

“ Whatever!” Dan aku terus berlalu meninggalkan dia. Pergilah jumpa. Macam kau kenal dengan orang tua aku tu. Rumah pun tak tahu. Cakap je lebih! Ceh!

**

La… Siapa pula yang datang ni? Kereta bukan main mewah lagi. Tapi belum boleh lawan kereta papa aku. Kereta papa aku jauh lebih mewah. Sampai aku nak pinjam bawa pun tak boleh. Kereta kesayangan lah katakan.

Tapi itu tak penting. Yang penting siapa. Siapa datang ke rumah aku ni? Nampaknya papa dan mama ada dalam rumah.

“ Assalamualaikum..”

“ Waalaikumussalam..”

Suara tu macam tiga orang yang jawab. Dan tak silap aku ada dua orang suara lelaki. Musykil ni.

“ Ha! Dina! Baru balik? Banyak ke kerja dekat kedai tu?” Soal papa apabila aku melangkah masuk je dalam rumah.

“ Boleh tahanlah papa. Dina masuk bilik dululah ye.”

Aku melangkah ke arah tangga. Tiada hati nak tengok muka tetamu. Tak ada mood. Dahlah pagi tadi ada orang ganggu mood aku. Now? No and never!

“ Kejap!”

Aku baru saja sampai ke anak tangga pertama. Mama sudah memanggil nyaring.

“ Ye mama.”

Dengan malasnya aku memusingkan badan ke belakang. Alangkah terkejutnya aku saat melihat ke arah tetamu. What?! Mamat pagi tu?

“ Ha.. Dina. Takkan dah tak kenal dia ni kot?”

Aku melihat papa dengan renungan tak percaya. Papa kenal? Mama pun?

“ Hai.. Saya Hafiz. Awak Dina kan?”

Walaweyh! Berlagak baik pula depan mama dan papa aku. Tapi bila depan aku? Ceh! Perangai tak boleh blah langsung.

“ Maaf. Saya bukan Dina. Mama dan papa. Anak kamu ni penat. Nak berehat. Boleh kan?”

Aku merenung tajam ke arah lelaki itu dengan perasaan yang geram. Marah pun sekalilah. Tapi dia? Boleh tersenyum sinis lagi. Memang nak kenalah mamat ni. Berlagak baik konon!

“ Habis kalau bukan Dina siapa pula? Kamu ni bukan anak papa lah?”

Aku terus menepuk dahi dengan kata-kata papa aku tu. Ya Allah. Kenapa hari ni banyak orang boleh buat aku sakit hati. Haish!

“ papa!”

Mereka bertiga ketawa pula. Aku dah naik bengang ni.

“ Dahlah. Dina naik atas dulu.”

Pantas sahaja aku melangkah naik ke bilik. Haish! Macam mana mamat tu boleh tahu rumah aku? Kalau tengok tadi, dia macam kenal orang tua aku. Haish! Masalah!

**

Aku pandang muka papa dan mama yang sedang bersarapan itu. Nampak selamba dan bersahaja. Mereka tak ingat ke fasal semalam? Atau sengaja buat-buat tak ingat? Aku pula yang jadi mangsa.

“ Papa? Mama?”

Aku menolak pinggan ke tepi. Aku meletakkan lengan di atas meja sambil merenung ke arah mama dan papa silih berganti.

“ Ada apa sayang?” Mama menegur.

“ Mama dan papa okey?” Aku buat-buat je tanya dulu.

“ Kami okey je. Kenapa?” Papa menjawab bagi pihak mama.

“ Papa dan mama ni ada motif apa sebenarnya?”

Straight to the point terus la senang.

“ Motif? Apa maksud Dina?” Papa mengerutkan dahinya sambil memandang ke arahku. Haih! Tengok cara tu macam masalah besar.

“ Mama!”

Mama mula tersenyum manakala papa meneruskan sarapannya.

“ Kenapa sayang? Kamu tak puas hati fasal semalam ke?”

Hah! Tunggu lagi! Mestilah tak puas hati.

“ Macam mana papa dan mama boleh kenal dengan mamat berlagak tu? Rasanya masa dia saman Dina tu. Papa dah tahu kan siapa orangnya?” Dugaku.

Haish! Papa tersenyum lebar tu. Ini bermakna papa sengaja buat-buat tak tahu sebelum ni. Ya Allah. Apalah yang tengah terjadi sekarang ni?

“ Dia datang jumpa papa berikan surat saman tu. Masa tu lah kami berbual dan berkenalan. Salah ke sayang?”

Aku merengus geram. Ada je cara laki tu kan? Eh! Apa ni Dina! Kejap-kejap mamat. Lepas tu laki pula. Dah tu? Aku nak panggil apa? Nama pun aku tak tahu.

“ Hafiz tu baik orangnya Dina. Dia nak berkenalan dengan kamu katanya.”

Oh.. Hafiz. Ha! Berkenalan?

“ Tak ingin!”

Terus sahaja aku bangun dan menuju ke ruang tamu. Tak ada mood terus nak bersarapan.

“ Dia datang nanti!”

“ What?”

“ Assalamualaikum!”

Aku terus menoleh ke arah pintu pagar. Kelihatan sebuah kereta berada di luar pagar rumah kami. Aku memerhati lelaki yang berdiri di sebelah keretanya itu. Haih! Takkan mamat semalam kot?

“ Tengok apa lagi tu Dina? Pergilah buka pintu pagar.” Suruh papa.

Nak tak nak, aku gagahkan diri keluar dan pergi bukakan pintu pagar untuk mamat selenga tu.  Ambik kau! Selenga terus aku bagi. Haha..

“ Nak apa datang rumah orang pagi-pagi ni? Dah tak ada kerja lain ke nak buat?” Perliku sambil membukakan pintu pagar untuknya.

“ Ada. Saya datang nak cari kerja la ni.” Ujarnya dengan senyuman kecil. Bagi aku senyuman tu macam tak ikhlas.

“ Datang sini cari kerja? Kat sini mana ada kerja. Tapi kalau nak kerja juga boleh. Jadi orang gajilah.”

Sebaik sahaja membuka pintu pagar dengan luas. Aku masuk semula ke halaman rumah dan duduk di taman. Malas nak masuk rumah. Kalau aku masuk pun gerenti papa suruh duduk luar sembang dengan mamat ni. So? Apa lagi pilihan yang aku ada.

“ Saya pelanggan awak tahu tak? Hormatlah sikit.”

Dahiku jelas berkerut. Pelanggan? Ha! Apa aku tak salah dengar?

“ Pelanggan hanya dekat kedai. Ni dekat luar. Not shop!”

“ Customers always right.”

“ Customers always wrong and make me hate them!” Nak lawan sangat kan?

“ No. But they can make customers falling in love.”

Aku tengok dia kecik je sekarang ni. Nak tumbuk mulut dia boleh tak?

“ Maaf encik. Agaknya encik salah tempat ni kalau nak bermadah dan lawan cakap dengan saya. Saya rasa encik patut balik dan cari tempat yang benar.” Balasku tenang.

“ Saya tak salah tempat wahai Farah Mardina.”

Alamak! Suaranya dah kedengaran serius. Dia nak apa ni?

“ Farah Mardina. Sudi tak awak menjadi milik saya?”

“ What?”

Aku terus memijak kakinya apabila dia tersenyum menggoda ke arahku. Tolong! Ada mamat miang dekat sini!

“ Sakitlah!”

Aku ketawa sinis.

“ Padan muka!”

***

“ Mawar?”

“ Ada cik Dina.”

“ Orkid?”

“ Ada.”

“ Bunga teluki?”

Erk! Siapa yang memandai menyampuk ketika aku nak buat kerja ni? aku mendongak melihat Tirah. Tapi dia menggelengkan kepalanya ke arahku. Itu tandanya bukan dia yang menyebut tadi. Bunga teluki?

“ Bunga teluki ada lagi tak?”

Aku dan Tirah terus menoleh ke kanan. Hurmm.. Dia lagi?

“ Tak ada. Carnation adalah.”

Sama ja kan? Haha.

“ Eh? Bukan sama je ke?”

Aku mengarah Tirah masuk ke dalam. Dan dia hanya mengangguk. Aku teruskan meneliti senarai bunga yang belum sampai ke kedai aku. Ada lagi dalam 5 jenis bunga. Hurmm..

“ Saya tanya ni. Bunga teluki tu ada lagi tak?”

Aku mengerlingnya sekilas. Ingatkan main-main tadi. Serius rupanya.

“ Ada. Dekat belakang awak tu.”

Aku kembali meneruskan tugas yang tergendala. Biarkan dia memilih sendiri bunga yang dia nak. Aku pun tak faham. Kenapa dia memilih bunga teluki? Atau orang sekarang ni suka panggil bunga carnation. Tapi biarlah. Bukannya hal aku pun.

“ Saya nak tempah dalam 100 batang lagi boleh? Ni saya rasa ada 50 batang.”

Aku terkejut mendengar permintaannya. Banyaknya. Nak buat apa? kalau bunga mawar ke aku tak pelik jugalah.

“ Saya nak guna untuk majlis kahwin adik saya.”

Aku terdiam. La.. Iye ke?

“ Kalau itu yang encik nak. Esok petang kami pergi hantar dekat rumah encik.” Jawabku lantas menyerahkan kertas kosong ke arahnya.

“ Tulis alamat rumah dan nombor telefon encik. Nanti kalau ada apa-apa kami telefon encik.” Sambungku lagi.

“ Awak hantar?”

Aku mendongak melihatnya yang sedang tersengih itu. Ya! Aku tak nafikan yang dia kelihatan segak hari ni. dengan pakaian kerjanya itu. Memang nampak lain. But aku tak boleh tengok muka dia yang berlagak sebelum ni.

“ Pekerja saya ada. Mereka boleh tolong hantarkan. Tolong isi dulu.”

“ Saya takkan isi kalau bukan awak yang hantar esok.”

Pulak! Ni yang buat aku bengang. Aku cakap elok-elok kot. Dia nak cari fasal pulak.

“ Okey! Terserah.”

Aku terus menghempaskan pen dan kertas itu ke atas meja dengan geram. Aku teruskan kerja aku tanpa mempedulikan dia. Sengaja cari fasal inilah akibatnya.

“ Awak?”

Aku mengira-ngira jumlah bunga yang masuk ke kedai hari ini. Tak berapa banyak sangat.

“ Awak!”

Alangkah terkejutnya aku apabila secara tiba-tiba sahaja dia memegang lenganku. Aku jadi terkaku seketika dengan perbuatannya itu.

“ Awak! kenapa awak ni degil sangat? Customers always right kan? Tolonglah! Saya ikhlas nak berkawan dengan awak Dina. Saya juga tak main-main dengan kata-kata saya semalam tu. Saya benar-benar nak jadikan awak milik saya. Itu pun awak tak boleh faham ke?”

Tajam dia merenung ke arahku. Aku tak mampu nak bergerak. Aku macam diperhati. Pandangannya itu begitu tajam sampai aku rasa tak boleh nak mengelak lagi daripada terus merenung ke arahnya.

“ Saya harap awak datang dan hantar bunga teluki tu esok. Ni alamat saya.”

Dia mula melepaskan lenganku dan menulis alamatnya dekat kertas kosong tadi. Reaksi aku masih sama. Still tak bergerak dan bercakap. Semuanya berlaku begitu pantas.

“ I hope Dina.”

Dan dia pun berlalu dengan senyuman. Aku pula terus terduduk pada kerusi selepas dia berlalu. Ya Allah. Kenapa dia buat macam tadi? Kenapa?

Argh! Buat sakit hati kau jelah Dina kalau fikir banyak sangat. Diam sudah.

**

‘ Hantar bunga teluki tu petang ni.’

Erk! Nombor siapa ni?

‘ Awak mesti datang dan hantar sendiri bunga tu.’

Ok! Aku dah tahu siapa. Cis! Dari mana dia dapat nombor aku ni? Pantang tok nenek aku betullah. Siap bagi peringatan lagi tu. Macam aku nak lupa. Hampeh betul!

‘ Saya nak telefon boleh?’

Aku yang elok bermalas-malasan di atas katil tadi terus bangun duduk tegak. Apa? nak telefon? Huh! Jangan harap.

Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Siapa lagi kalau bukan mamat tu. Tapi jangan haraplah aku nak angkat kan? Biar je. Bila dia penat dia berhentilah tu.

Lima minit kemudian. Dia hantar pula SMS dekat aku.

‘ Oh! Berani awak tak angkat ye? Awak tunggulah hukuman yang sedang menanti anda di bawah ni. Just wait and see!’

Erk! Bawah? Dia ada kat bawah? Maksud dia kat halaman rumah aku ke? What?

Dengan pantasnya aku keluar daripada bilik dan turun ke ruang tamu. Sampai termengah-mengah aku dibuatnya. Bunyi message kedengaran lagi.

‘ Awak mesti ingat saya ada dekat depan rumah awak kan? Hahaha! Anda sudah kena tipu. Saya ada dekat depan kedai bunga awaklah.’

Erk! Dengan bengangnya aku terus duduk di sofa. Ya Allah. Aku kena tipu dengan mamat tu? mati-mati aku ingat dia ada depan rumah aku. Hampeh betul!

‘ Jangan main-main dengan saya boleh tak? Tahulah saya petang ni. Saya takkan hampakan enciklah!’

Akhirnya aku membalas juga pesanan ringkasnya. Gara-gara terlalu bengang sebab aku tertipu.

‘ That’s why I told you to answer the call. Got it?’

Ceh!

**

Aku terteguk air liur yang terasa tawar itu. Mak aii! Besarnya rumah mamat tu. Dua kali ganda besarnya daripada rumah aku ni ha! Dia ni orang kaya juga erk? Tapi kan?

Wait! Kenapa ramai orang ni? Oh! Terlupa pula aku. Kan adik dia nak kahwin. Haih! Cepat lupa betullah aku ni.

“ Cik Dina?”

Aku pantas menoleh ke belakang apabila terdengar namaku dipanggil.

“ ya saya.”

Seorang perempuan yang bertudung dan berjubah itu kelihatan sangat manis sekali. Tersenyum lebar apabila melihatku. Aku? Aku ni nak katakan bertudung. Tak. Manis lagilah tak. Aku ni masih belum sesempurna Muslimah sebenar.

“ Akak Dina kan? Hantar bunga teluki?”

Erk! Aku hanya terangguk-angguk menjawab pertanyaannya.

“ ya Allah. Akhirnya saya dapat juga jumpa dengan akak Dina. Hai! Saya Haliza. Bakal berkahwin esok.”

Ha! Bakal berkahwin esok? Jadi inilah adik mamat tu?

“ Haliza ni adik Hafiz?” Soalku separuh terkejut.

“ Betullah tu!”

Serentak kami menoleh ke kanan. Ternyata Hafiz dengan pakaian baju melayunya itu. Ya Allah. Kenapa dia kelihatan kacak pula ni? Boleh cair aku kalau macam ni.

“ Nasib baik awak datang. Kalau tak saya marah awak!”

Aku mencebik. Marah konon. Marahlah kalau berani. Macam aku hairan.

“ Mana nak letak bunga-bunga ni?”

Aku melihat sekeliling. Cantik juga rumah ni. Persiapan untuk esok pun bukan main sempurna. Cantik sangat!

“ Letak je dalam rumah. Masuk pintu tu.  Lepas tu letak je tepi sofa. Nanti ada orang akan ambil.” Suruhnya.

Tanpa berlengah, aku pun bergegas masuk ke dalam rumah untuk meletakkan bekas bunga teluki ni. bukan sikit tapi banyak. Dahlah aku datang sorang je. Kalau dua orang okeylah juga.

“ Assalamualaikum..”

Aku memberi salam perlahan apabila sahaja menjejakkan kaki ke dalam rumah. Tapi semuanya berubah sekelip mata. Aku terus terkaku pada tempat aku berdiri. Mataku terkelip-kelip memandang ke arah hadapan iaitu ke arah ruang tamu tersebut.

“ Farah Mardina! Sudikah awak menjadi milik saya?”

Suara itu kedengaran sangat hampir denganku. Aku masih belum bangun daripada kejutan besar ni. Apa yang aku lihat sekarang. Frame wajahku yang sedang tersenyum lebar tergantung tepat-tepat berhadapan dengan aku. Besar pula tu.

“ Dina?”

Aku menutup mulutku dengan erat. Ya Allah. Apa maksudnya semua ni?

“ Akak. Kalau akak nak tahu. Abang Hafiz dah lama sukakan akak. Semenjak akak kerja dekat kedai bunga tu lagi. Dia marah-marah akak sebelum ni tu hanya salah satu rancangannya untuk bawa akak keluar. Akak ingat lagi tak syarat yang dia bagi tu?”

Aku terdiam. Ye ke?

“ Dan seperti yang dia jangka. Akak bukan mudah nak terima perlawaan lelaki. Dari situ jugalah abang Hafiz tak  berputus asa untuk dapatkan wanita seperti akak. Adik juga percaya akak jodoh abang.”

Aku terus menoleh untuk melihatnya. Dia hanya tersenyum. Aku pula? Masih blurr dengan keadaan sekarang.

“ Betul apa yang Haliza kata tu. saya sebenarnya dah lama sukakan awak.” Dia berterus terang.

“ Suka dan cinta tak sama.” Balasku lantang.

“ Saya suka, sayang dan cinta awak. puas?”

Terkena balik nampak? Huh!

“ So? Farah Mardina? Sudikah awak menjadi milik saya?”

Aku melihat mereka silih berganti. Kedua-duanya seperti berharap. Masalahnya aku mana tahu apa perasaan aku sekarang ni. Cinta? Suka? Atau sayang? Dekat hafiz ni?

Akhirnya aku menggelengkan kepala. Dan kelihatan wajah mereka sangatlah hampa. Terutama Hafiz. Itu juga membuatkan aku tersenyum tanpa sedar. Urm! Adakah dia yang Engkau sampaikan untukku Ya Allah?

“ Tidak selagi saya tak memperbaiki diri saya. Biarlah saya kenal cinta Allah dulu dan yakin akan perubahan saya. Barulah saya berikan jawapan.” Balasku tenang tanpa menoleh ke arahnya. Hanya memandang ke arah Haliza.

“ Saya minta diri dulu.”

Aku terus berjalan meninggalkan mereka apabila tiada sahutan. Macam tak sudi menunggu je.

“ I be waiting for you Farah Mardina!”

Dan aku akhirnya tersenyum kembali. Terima kasih Hafiz. Andai kau jodohku. Kita akan bersama.

***

3 tahun berlalu

“ Mama! Mana selendang biru muda yang Dina basuh semalam tu?”

Aku menggeledah almari baju. Hampir dua kali aku menggeledah. Tapi still tak jumpa. Mana perginya selendang tu. Semalam aku dah basuh dan rasanya aku dah lipat. Tak silap aku ada dalam almari ni. Tapi tak ada pula?

“ Balik kerja nantilah kamu cari! Kamu dah lewat ni.”

Aku terus tengok jam tanganku. Ya Allah. Dah lambat sangat ni. Akhirnya aku hanya biarkan hal itu ke tepi. Balik nanti aku carilah lain.

“ Mama?”

Aku turun ke ruang tamu dengan kelam kabutnya. Yalah. Dah lewat sangat. Nanti pekerja-pekerja ku risau pula. Aku memperbetulkan tudungku yang senget itu. Dah selesai barulah aku bergerak ke pintu.

“ Farah Mardina?”

Langkahku serta-merta terkaku. Itu suara? Suara? Dia?

“ Farah Mardina. Will you be mine?”

Dengan perlahan-lahan aku menoleh ke belakang. Di mana ke arah ruang tamu rumahku kembali. Alangkah terkejutnya aku melihat dia. Hafiz!

“ I ask you once again. Will you be mine?”

Dia tersenyum lagi. Tapi suasana kembali sepi di antara aku dan dia. Sebab aku tak tahu apa jawapan yang patut aku berikan. Setelah hampir tiga tahun kami tak berjumpa. Tiba-tiba dia muncul secara mengejut macam ni. Of courselah aku terkejut sangat-sangat. Sampai terkunci mulut aku nak menjawabnya.

Tiba-tiba dia keluarkan sehelai selendang dan menunjukkannya ke arahku. Eh! Itu kan selendang yang aku cari. Dari mana dia dapat?

“ Ini selendang kesayangan awak kan?” Soalnya.

Yalah! Sebab selendang itu daripada seseorang yang bernama misteri. Aku pun tak tahu siapa pengirimnya.

“ Pengirim misteri. Senyumanmu yang indah membuatkan aku terus jatuh cinta.”

Aku terpaku. Ayat-ayat tu adalah ayat sang misteri tu. Mana dia tahu?

“ Sebab itu saya.”

“ What?”

Aku tertutup mulutku apabila terjerit kecil. Terkejut sangat. Jadi macam ni la.

“ Ingatkan dah tak ada suara tadi.” Dia tersenyum lebar.

Ceh! Perkena aku ke?

“ Will you be mine Farah Mardina?”

Dia mendekatiku dan menghulurkan selendang itu. Aku jadi teragak-agak nak menyambutnya.

“ Kenapa ? Tak sudi?”

Tiba-tiba aku tersenyum. Siapa kata tak sudi? Sepanjang malam aku minta pentunjuk Allah. Dan aku tak tahu kenapa aku mesti teringatkan kau Hafiz. Maybe benar. Kau adalah jodoh yang Allah sampaikan.

“ Tak.”

Aku mendongak melihatnya yang tak percaya dengan jawapan aku tadi. Aku tersenyum pula.

“ Tak selagi awak tak datang merisik saya.”

Aku terus menyambut selendang itu dan keluar daripada rumah tanpa menoleh sedikit pun ke arahnya. Aku dah jadi malu. Teramat malu!

“ I will!” Jeritnya sebelum sempat aku masuk ke dalam kereta.

Nampaknya mama dan papa bersubahat dengan Hafiz ni. Kalau tak kenapalah mama dan papa aku tak muncul-muncul dari tadi? Rupa-rupanya mama dan papa aku ada dekat halaman rumah sambil melihat aku dan Hafiz. Hampeh betul!

Tapi tak mengapa. Dia berani juga. Hehe..

“ Will you be mine?”

Erk! Masa bila dia muncul sebelah kereta aku ni?

“ Yes!”

Dan aku tersenyum lebar saat ternampak senyumannya. Yes. I will be your mine. Dengan izin Allah.

~Tamat~

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers