Aku lihat keadaan di sekeliling. Banyak pekerja yang sudah memulakan tugas. Tak kurang juga ada yang tengah melayan tetamu. Alhamdulillah! Setakat ini aku sangat berpuas hati. Tiada lagi masalah yang timbul. Syukur sangat.
“ Cik Dina! Cik Dina!”
Panggilan daripada pembantu aku membuatkan aku terus menoleh
ke belakang. Dia kelihatan sangat cemas sekali. Ada masalah ke?
“ Kenapa ni Tirah? Ada masalah ke?” Aku turut jadi cemas. Aku ni bukan boleh.
Kalau tengok orang cemas. Aku pun turut sekali jadi macam tu. Dah memang tabiat
aku sejak kecil lagi.
“ Kita ada masalah dekat dalam. Ada pelanggan yang merungut.
Cik Dina pergi tengok.”
Tanpa berlengah, aku pantas melangkah masuk ke dalam kedai
dengan perasaan yang berdebar-debar. Masalah apa pula ni?
“ Eh! Korang tak tahu nak buat kerja ke? Saya dah kata saya
hanya nak bunga teluki ni dihantar ke hotel. Bukan ke rumah saya. Kan saya dah
kata bahagikan kepada dua. Korang ni tak pernah buat kerja ke?”
Aku menarik nafas dalam-dalam. Nampaknya pelanggan yang tak
berpuas hati kali ni sedikit panas baran lah. Dahlah lelaki. Mahu tak mahu aku
kena menenteramkan dia kembali.
“ Maaf encik? Ada apa yang saya boleh bantu?” Aku menyoalnya
dengan lembut. Kalau dia dah angin satu badan macam ni. Kita mana boleh buat
dia marah lagi.
“ Ha. Awak ni siapa?” Tajam dia merenung aku.
“ Saya pemilik kedai bunga ni. Ada apa yang saya boleh
bantu?”
“ Ha. Baguslah awak datang. Pekerja awak ni tak pandai buat
kerja ke? Saya suruh lain mereka buat lain. Apa ni?”
Alamak! Dia makin marah nampaknya. Sabar Dina! Sabar!
“ Saya minta maaf di atas kesilapan yang telah kami lakukan
ni. Saya janji selepas ni saya akan perbetulkan semula apa yang encik nak.
Encik Cuma perlu beritahu je. Dan kami sedia memperbaiki semula.” Ujarku
tenang.
“ Arh! Tak usah. Semua dah terlewat.” Dia memeluk tubuh
dengan perasaan tidak puas hati.
Aku pula dah jadi gelisah. Papa! I need your help! Tak
pernah-pernah aku hadap pelanggan macam ni.
“ Maafkan saya. Encik Cuma perlu beritahu saya apa yang
perlu saya buat agar encik sudi memaafkan pekerja saya. Saya tahu semua itu
salah saya sebab tak ajar mereka baik-baik.”
Aku mengetap bibir. Harap-harap dia sudi memaafkan kami
semua. Berlagak sangatlah pelanggan ni. Tapi aku tahu semua ini salah pekerja
aku juga.
“ Okey. Boleh. Tapi dengan satu syarat.”
Aku terteguk air liur apabila melihat senyuman sinisnya itu.
Mesti dia minta yang bukan-bukan ni.
“ Awak kena keluar dengan saya untuk sehari esok.”
“ What?”
~Bersambung~
Alamak! Kenapa sikit sangat ni? Hihi..
Sebenarnya cerpen ni masih belum siap. Saja nak bagi teaser awal-awal. Nak bagi suspen sikit. Amacam? Apa pendapat korang? Ok ke tak?
Aku pun tak tahu apa yg akan terjadi seterusnya. Hihi.. Apada...
Nak thu yg seterusnya kenalah tunggu. Huhu..
Best nyaaa ,sambung lagi tau xD Beritahu dekat cbox kita
ReplyDeleteInsyaAllah bila dah siap saya beritahu dekat awak. Tunggu je. :)
Delete