Hai guys. Buat yang komen nak cerpen baru tu. I'm sorry because late. And I'm really sorry sebab cerpen ni kurang memuaskan. Klise sangat. Sorry erk. Aku akan cuba untuk next cerpen. :)
Peluh yang merintik disekanya perlahan. Walaupun diri terasa
penat. Tapi tetap diteruskan juga langkah. Biar sampai diri puas. Dia langsung
tidak hiraukan orang di sekelilingnya. Asalkan diri sendiri puas.
Hampir 5 round dia pusing satu taman riadah tu. Akhirnya dia
membuat keputusan untuk berehat. Kerusi kosong di depannya diambil. Dia
lepaskan lelah di situ sambil melihat sekeliling. Air mineral yang berada di
tangan diteguknya sampai tinggal setengah botol.
Tiba-tiba matanya tertarik pada seorang budak perempuan yang
tengah membelai kucing. Terdetik di hati bahawa budak itu sangat comel. Terbit
juga senyuman kecil pada wajahnya. Tapi tidak lama bila gaya budak tadi
mengingatkan dia pada seseorang. Seseorang yang telah beri kesan yang amat
mendalam pada dirinya. Senyumannya terus mati.
Tak mahu diri terus mengelamun, dia ambil keputusan untuk
balik. Dia maju ke arah keretanya yang berada tidak jauh dari situ. Elok saja
dia nak buka pintu. Tiba-tiba telinganya dapat mendengar suara wanita menjerit.
“ Tolong! Tolong!”
Terbantut niatnya untuk masuk ke dalam kereta. Dia ambil
keputusan untuk mencari di mana suara itu datang. Agak dalam 10 langkah, dia
ternampak dari jauh seorang perempuan sedang berusaha melepaskan diri daripada
dua orang lelaki bertopeng. Dengusan kasar terlepas.
“ Woi!” Dia menjerit lantang.
Dan jeritannya itu ternyata berjaya mengejutkan dua lelaki
bertopeng tadi. Laju saja dia mendekati mereka. Senyuman sinis terpamer pada
bibirnya saat melihat dua lelaki bertopeng tadi.
“ Korang nak buat apa dekat dia?”
“ Suka hati kami la! Kau baik blah! Sebelum kena belasah
dengan kami dua!”
Dia tertawa sinis. Rasa kelakar tengok tubuh badan dua orang
lelaki di depannya itu. Cakap tak serupa bikin. Badan cikideng ada hati nak
tumbuk aku. Tolonglah!
“ So, tak nak lepaskan dia la?” Soalnya sambil melirik ke
arah wanita yang menjerit meminta tolong tadi.
Nampaknya wanita tadi dah hilang sikit rasa takutnya. Dia
bangun perlahan-lahan sambil memegang erat beg tangannya itu.
“ Langkah mayat kami dulu kalau nak kami lepaskan dia!”
Tanpa berlengah dua orang lelaki bertopeng tadi cepat-cepat
melepaskan tumbukan tapi sayang. Dia lebih pantas bertindak dengan mengelak.
Tak cukup dengan itu, dia pula menyepak belakang dua orang tadi. Tak sempat
dorang berdua nak ambil nafas. Kedua-dua kepala mereka dihentak satu sama lain.
Sampai terkulai mereka berdua jadinya. Dia yang melihat tertawa sinis. Cakap
tak serupa bikin betul.
“ Te…terima kasih.”
Dia baru tersedar tentang keadaan wanita muda tadi. Dia
menoleh ke belakang.
“ Siapa mereka? kau kenal ke?” Soalnya dengan riak serius.
Wanita tadi hanya menggelengkan kepala sebagai jawapan.
“ Dorang nak rompak saya. Terima kasih sebab selamatkan
saya.” Ujar wanita itu sekali lagi.
Dia cuma terdiam. Tanggungjawab dia sebagai manusia. Saling
membantu.
“ Sa..saya pergi dulu.”
Belum sempat dia nak tanya lebih banyak, wanita tadi
terlebih dahulu melarikan diri. Dia yang melihat hanya mampu tersenyum.
“ Cute!”
**
“ Wan! Wan!”
Terlepas keluhan kecil saat terdengar namanya dipanggil. Aku
baru je balik. Dah memekak. Haih! Dia ni memang tak boleh tengok aku senang
langsung.
“ Pe hal?”
Dia ambil tempat di sofa. Melepaskan lelah. Penat joging pun
belum hilang ditambahkan pula dengan penat bertumbuk. Fuh!
“ Kau tahu tak? Dekat area taman kita ni tadi hampir je ada
kes rompakan. Mujur ada orang sempat
selamatkan perempuan tu.”
Wan tersentak. Macam aku tahu je cerita rompak tu.
“ Mana kau tahu?”
“ Tahu lah dah perempuan tu sepupu aku. Dia cerita. Tu la.
Aku dah cakap dekat dia. Lain kali kalau nak keluar tu berteman. Jangan seorang
diri. Kan dah kena. Hampir je. Mujur ada orang selamatkan dia.”
Wan tersenyum senget. Oh! Ada ikatan rupanya. Tak sangka
aku. Agaknya dia cam ke tak muka aku
ni. Nasib kau la.
“ Kau kan baru balik joging. Takkan tak dengar?” Soal Firhan
lagi. dia takkan puas hati selagi Wan tak cerita.
Tapi Wan hanya menjongketkan bahu. Tak nak besar-besarkan
hal ni. Dia pun tak mahukan populariti. Biar itu menjadi rahsia antara mereka
berdua.
“ Dah la. Aku nak masuk bilik. Cau!”
Makin dilayan, makin menjadi-jadi si Firhan ni. perlahan
langkah diatur menuju ke bilik. Pintu bilik dikunci dan dia mengatur ke arah
katil. Dia ambil tempat di birai katil. Matanya tertumpu pada frame gambar yang
berada di meja sisinya. Terbit senyuman kecil dibibirnya.
“ Fia. Kalau awak masih hidup. Mesti anak kita dah besar dan
comel macam budak tadi kan? Tapi sayang. Awak pergi dulu tinggalkan saya.”
Frame gambar tadi diambil dan dielusnya lembut. Wajah yang
sedang tersenyum ceria itu ditatapnya lembut. Tanpa disedari, air matanya
mengalir tapi cepat-cepat diseka. Bibir tetap mengoyak senyuman walaupun hati
menangis.
“ Dah setahun awak pergi tinggalkan saya. Awak bawa sekali
anak kita. Awak suruh saya lupakan awak kalau awak dah tak ada. Tapi kenapa
susah sangat Fia? Saya tak mampu.”
“ Awak mampu jika awak
tak terlalu ikutkan perasaan sangat. Cuba buka hati awak tu untuk wanita lain.”
Dia tersenyum sinis. Kata-kata terakhir arwah isterinya itu
kembali bermain dalam fikiran. Kalaulah ia semudah yang arwah isterinya katakan
itu. Pasti sekarang dia sudah berkahwin. Tapi tidak. Sukar sangat Fia. Sukar!
“ Fia. Saya dah selamatkan seorang wanita tadi. Daripada
dirompak. Saya kesian tengok dia. macam pertama kali saya jumpa awak. masa tu
awak diculik. Dia pula dirompak. Sama kan?”
Frame gambar tadi diletakkan kembali di tempat asal. Dia
berbaring pula atas katil. Matanya tertumpu ke arah siling. Dia terasa kosong.
Kosong macam hatinya.
“ Fia. Saya rindu.”
Bersama dengan kesedihan dihati, dia akhirnya melelapkan
mata dan berharap agar semua yang terjadi selama ini Cuma mimpi.
**
“ Tasya!”
Tasya terjaga daripada tidur. Jeritan ibu tirinya itu memang
jam loceng betul lah. Tak perlu kunci jam dah. Ibu tiri dia dah ada. Mahu tak
mahu, dia bangun juga daripada tidur walaupun badan terasa letih dan sengal
semacam.
“ Tasya! Kau tak bangun lagi ke?!”
Itu suara adik tiri dia pula. Memang masing-masing suara
nyaring ya amat. Macam manalah ayah boleh bertahan dengan ibu erk? Nasib baik
ibu dan adik tiri aku ni tak macam cerita Cinderella tu. Tapi adalah sikit. Kalau
tak dah lama aku keluar daripada rumah ni. Cuma masing-masing suka tinggikan
suara. Sakit telinga kau tau?
“ Dah!”
Hampir 15 minit, barulah dia keluar daripada bilik dengan
berpakaian kemas. Tudung juga dikemaskan sekali lagi sambil berjalan turun
daripada tangga. Laju saja langkahnya menuju ke arah dapur. Di mana semua ahli
keluarganya sedang menjamu selera.
“ Ha! Baru turun. Ingatkan nak tidur sampai ke petang.”
Tasya hanya buat muka seposen. Adik tiri dia ni memang.
Kalau tak perli even sehari tak sah. Berani dia nak marah lebih-lebih? Aku tak
hantar dia ke sekolah dah lepas ni. Jangan main-main dengan aku.
“ Tasya nak ke mana pula ni?” Lembut saja Encik Harun
menyoal anaknya itu.
Tasya tersenyum nipis. Minuman diteguknya perlahan. Bila dah
puas, barulah dia fokus pada ayahnya.
“ Nak keluar.”
“ Nak keluar ke mana pula? Duduk je la dekat rumah. Tolong
aku kemas rumah.”
Tasya terdiam. Kemas rumah je aku. Suruh buat kerja je aku.
Anak dia tu tak pernah pula disuruh. Asyik goyang kaki je. Tak bebel pula.
Benci betul lah.
“ Tasya nak cari ketenangan. Okay ayah. Tasya pergi dulu.
dari duduk dalam rumah ni. bising!”
Tanpa berlengah, dia terus salam tangan ayah dia dan berlalu
ke luar. Bebelan ibu tirinya itu langsung tidak dihiraukan. Boleh sakit hati
kalau dengar. Kalau sehari tak cari kesalahan aku tak sah!
Pin! Pin!
Tasya memandang ke luar pintu pagar rumah. Ada sebuah kereta
proton Viva yang berhenti depan rumahnya. Tasya sudah ukirkan senyuman lebar.
Orang yang dinanti dah sampai.
“ Kejap!”
Terkocoh-kocoh Tasya sarungkan kasut dan keluar daripada
rumah dan menuju ke arah kereta kawan baiknya itu. Tempat sebelah driver
diambil.
“ Haih. Penat semacam je aku tengok?”
“ Mana tak penat. Penat dengan bebelan ibu tiri aku tu.
Sakit telinga tahu tak?”
“ Haha. Sabar je la. Kita nak ke mana?”
“ Ikut kau la. Asalkan aku nak lupakan segala masalah yang
ada dalam kepala aku ni.”
“ No hal. Jom! Eh! Kau ajak sepupu kau tak?”
Tasya tersengih. Dijeling kawan baiknya itu dengan jongketan
di kening.
“ Oh! Dah rindu rupanya. Dulu kata meluat.” Usik Tasya
lantas tertawa kecil.
Kawan dia dah menjeling geram. Tapi bibir tetap tersenyum.
“ Dah. jangan risau. Nanti aku inform dia dekat mana kita
nak pergi. sekarang jom!”
“ Jom!”
**
“ Cepatlah Wan! Kita dah lewat ni!”
Wan hanya mampu mengikut dengan paksa rela. Ikutkan tadi dia
nak je rehat dekat rumah. Hujung minggu kan? Tak fasal-fasal si Firhan ni pula
paksa ikut dia. Katanya nak dia hirup udara segar sikit. Daripada berkurung
dalam rumah. Nasib sayang. Kalau tak jangan harap nak ikut.
“ Kau boleh sabar tak?”
Firhan melihat sekeliling. Mana mereka ni? Tadi kata tunggu
depan pintu KFC. Tapi tak ada pula. Ke dorang dah masuk ke dalam?
“ Mana orang yang kau nak jumpa tu?” Soal Wan sambil memeluk
tubuh. Mukanya kelihatan bersahaja.
Firhan mencapai phone dalam poket seluar. Nombor sepupunya
itu didail.
“ Helo. Ha! Korang dekat mana?”
“ belakang kau.”
Terus Firhan dan Wan menoleh ke belakang serentak. Firhan
yang melihat sepupu dan kawan sepupunya itu tersenyum lebar. Tapi Wan tersentak
kecil. Cuma, muka tetap bersahaja. Kena pandai cover. Tak sangka aku akan jumpa
dia lagi?
“ Kenapa lambat?” Soal Tasya dengan tak puas hati.
“ Sorry. Kawan aku ni la. Lambat.”
Tasya mengerling lelaki sebelah sepupunya itu. Tadi tak
perasan sangat. Bila dia tengok betul-betul wajah kawan sepupunya itu, dia
tergamam. fikirannya kembali melayang peristiwa minggu lalu di mana dia hampir
dirompak dan lelaki depan matanya saat inilah yang menyelamatkannya. Ya Allah!
Kecilnya dunia.
“ Jom lah. Kita makan dulu.”
Tersedar yang dia sudah merenung Wan dengan lama, dia
kembali menoleh ke hadapan. Wan yang sedar tarik senyuman senget. Kantoi la tu.
“ Jom lah.”
Tasya tarik tangan Rina masuk ke dalam terlebih dahulu.
Niatnya Cuma satu. Nak lupakan apa yang dah terjadi. Dan buat-buat tak kenal.
Yes. Itu point utama. So, buat macam biasa je Tasya.
“ Kau order untuk aku. Aku jagakan tempat.” Arah Tasya.
“ Okay. Firhan. Kau nak makan apa?”
Tasya biarkan mereka bertiga pesan makanan. Dia pula cari
tempat yang sesuai. Tempat yang agak berselindung dan selesa diambil. Baru je
dia duduk, ada seseorang turut duduk di hadapannya saat itu. Bila dia mendongak
ke arah insan itu, dia rasa nak keluar dari situ. What? Kenapa dia duduk depan
aku?!
“ Hai.” Tegur Wan dengan senyuman kecil.
Tasya hanya menganggukkan kepalanya. Then, dia tunduk tengok
phone dia. Tu lagi okay dari tengok muka lelaki depan mata dia sekarang ni.
Rasa macam nak terkeluar jantung ni ha. Yala. Dia asyik tengok aku je dari
tadi. Apa masalah dia?
“ Cepatnya manusia lupa diri kan?”
Terbantut niat Tasya nak scroll facebook dengan lebih fokus.
Kata-kata yang dilontarkan tadi benar-benar menusuk ke hatinya. Kes perli ke
apa? Dengan penuh kesabaran dia mendongak ke arah Wan? Tak lupa juga senyuman
kecilnya itu.
“ Maksud awak apa erk?” Tasya cuba berlembut. Tapi sempat
juga dia kerling ke belakang.
Lambatnya dorang ni. Pergi pesan ke buat makanan tu. Huh!
Aku dah tak senang duduk ni.
“ La. Tak sangka cepat juga awak lupa ingatan erk?”
Zap! Ni memang betul-betul mencabar kesabaran Tasya ni.
“ Saya tak lupa ingatan! Fine! Saya nak cakap terima kasih
sebab selamatkan saya. And maaf sebab saya awak susah. Okay? Enough? Good!”
Tanpa menanti kata-kata Wan, dia terus bangun dan menuju ke
luar. Laju saja langkahnya menuju ke arah tandas. Dia perlu tenteramkan rasa
marahnya ni. Atau Wan tadi nak kena belasah.
Wan yang melihat tertawa kecil. Alahai kau ni Wan. Agak-agak
la nak usik dia sampai macam tu sekali. Semenjak bila kau kisah orang lupa kau
ni? Haih. Kan dia dah marah. Wan. Wan. Nakal!
“ Eh! Mana Tasya?”
Muncul Firhan dan Rina bersama makanan yang dipesan.
Masing-masing ambil tempat. Wan hanya menjongketkan bahu tanda dia tak tahu.
Sedangkan dia punca Tasya lari. Hehe. Tak sengaja. Niat Cuma nak mengusik.
“ Maybe tandas. Tak apa. kita tunggu dia. oh by the way Wan.
Tasya tadi tu la aku cerita tu. Hampir kena rompak tu.”
Wan tersenyum nipis. Aku tersangat tahu Firhan sebab aku
yang selamatkan dia. Kalau dorang tahu ni mahu terkejut juga.
“ Haah Firhan. Dia ada juga cerita dekat aku. Dia berterima
kasih sangat-sangat dekat lelaki yang selamatkan dia tu. Katanya dia mungkin
akan mati kalau lelaki tu tak ada. Malam tu pula dia tak henti-henti nangis
Firhan. Sebab dia kesal tak mampu jaga diri. Yala. Kau tahu kan apa jadi kat
arwah mak dia?”
Tiba-tiba suasana bertukar sayu. Firhan dan Rina tertunduk
dengan rasa sedih. Wan yang melihat rasa serba salah sebab buat Tasya marah
tadi. Tapi, apa jadi pada arwah mak dia?
“ Erk. Apa jadi dekat arwah mak dia?”
Penuh berhati-hati Wan menyoal. Sambil melihat ke arah
mereka berdua silih berganti. Rina tersenyum hambar dan melihat ke arah Firhan.
Sebab Firhan lebih tahu.
“ Arwah mak dia meninggal sebab dirompak.” Jelas Firhan.
Wan tersentak. Tapi dia tak puas hati. But how?
“ Macam mana boleh meninggal?” Soal Wan lagi.
“ Aku tak tahu sangat. Aku
Cuma dengar dari cerita orang. Dorang kata, mak Tasya masa tu baru balik
dari kerja. Nak pergi ambil Tasya dari sekolah. And kebetulan time tu juga
hujan. Mak dia terpaksa lalu jalan belakang sebab dekat dengan sekolah Tasya.
Kau faham-faham je la. Hujan. Ditambahkan hari nak gelap pula. Jalan belakang
tu pula sunyi. Tak ramai sangat lalu. So, mak Tasya jadi mangsa.”
Firhan jeda seketika. Wan masih setia mendengar. Entah kenapa,
dia rasa menyesal buat Tasya macam tadi.
“ Mak Tasya hentikan kereta tengah jalan sebab dia ternampak
ada orang baring tengah jalan. Dia keluar je , mereka buat kerja mereka.
Perompak tu bukan seorang Wan. Tapi berempat. Mak Tasya diperlakukan seperti
binatang. Bukan setakat kena rompak tapi..”
Firhan tak jadi teruskan kata-kata dia. Rasa tak sampai
hati. Yala. Mak Tasya merupakan mak saudara dia yang paling rapat dengan dia.
Dia turut terkena termpiasnya bila mak Tasya dah tak ada.
“ Tapi apa?” Soal Wan lagi.
Rina tersenyum pahit. Melihatkan keadaan Firhan yang tak
mampu nak sambung. Dia ambil tugas itu untuk sambung cerita.
“ Kes rompakan , kena rogol dan dibunuh. Kes ni dulu pernah
masuk akhbar. Dalam 13 tahun yang lalu. Dorang rompak, then dorang rogol
beramai-ramai. Tak cukup dengan itu, dorang bunuh pula mak Tasya. Sebab tak nak
mak Tasya tahu siapa yang rompak dia. Esoknya, orang awam jumpa mayat mak Tasya
dalam hutan tak jauh dari jalan. Dengan pisau diperut. Hanya Allah saja tahu
perasaan kami semua time tu bila dapat tahu.”
Wan tersandar di kerusi. Rasa kesal menyelubungi diri. Tak
sangka ada orang lagi hebat penderitaannya jika dibandingkan dengan dia. Ya
Allah! Kenapa aku buat dia macam tu? Kenapa aku tak kawal mulut aku ni?
Berdosanya aku.
“ Perompak tu berjaya ditangkap selepas setahun kes tu
berlaku. Mujur ayah Tasya tak berputus asa.
Kalau tidak maybe kes tu ditutup
sebab tak ada bukti dan susah nak cari penjenayah tu.”
Rina tersenyum pahit. Firhan pula dah terdiam. Rasa sedih tu
still terasa even dah 13 tahun berlalu.
“ A..aku tak tahu. Maaf.” Ujar Wan dengan serba salah.
“ It’s okay. Aku tak salahkan kau. Kau Cuma nak tahu.” Balas
Firhan lantas mengukirkan senyuman.
“ Aku salah. Sebab aku dia lari keluar. Aku tak sengaja cari
fasal dengan dia.”
Rina dan Firhan saling berpandangan sebelum memandang ke
arah Wan. Wan memandang ke luar tingkap. Dia harap Tasya muncul. Dia tak tahu
nak buat apa kalau Tasya tak muncul.
“ Maksud kau Wan?” Soal Firhan dengan tanda tanya.
Wan mengeluh kecil. Senyuman hambar diukir. Tanpa memandang
ke arah mereka, dia jawab juga pertanyaan itu.
“ Aku sindir dia. Sengaja nak usik. Sedangkan aku tak hairan
pun kalau dia tak ingat aku.”
“ Aku tak faham.” Ujar Firhan dengan kerutan di dahi.
“ Aku yang selamatkan dia masa dia hampir kena rompak tu.”
Jelas Wan dalam satu nafas.
Dan ketika itu juga dia ternampak kelibat Tasya dari luar
KFC. Cepat-cepat dia bangun dan menuju ke luar. Laju saja langkah dia mengejar
Tasya even dia tahu tujuan Tasya nak masuk ke dalam.
“ Tasya!”
Langkah Tasya serta-merta terhenti bila Wan betul-betul
berdiri depan matanya saat ini. bukan itu saja, dua orang kawannya turut berada
tidak jauh daripada mereka. jelas kerutan di dahi Tasya sekarang.
“ Eh? Asal korang keluar? Aku ke tandas je la.” Ujar Tasya
pada Rina dan Firhan.
Lepas tu dia tengok pula Wan. Inginkan penjelasan.
“ Awak tak perlu nak sindir-sindir saya. Saya tahu saya
bernasib baik. Saya tahu saya patut.-“
“ Maafkan saya.”
Cepat-cepat Wan memintas ayat-ayat Tasya sampai Tasya terdiam.
Dia pula yang tergamam dengan luahan maaf Wan.
“ Maaf. Saya tak tahu. Saya tak ada niat pun nak sakitkan
hati awak. Saya Cuma nak mengusik. Maafkan saya.”
Tasya terdiam. Firhan terdiam. Rina juga terdiam.
Masing-masing fokus pada Wan. Wan pula nampak sangat bersalah. Dia takkan
berdiam diri selagi Tasya tak memaafkan dia.
“ Erk. It’s okay. Saya tak ambil hati pun.”
Wajah blur dipamerkan Tasya. Dia tak faham kenapa Wan boleh
berubah macam ni?
“ Thanks and sorry again. Saya janji takkan buat lagi.”
Firhan dan RIna mendekati mereka berdua. Masing-masing
tersenyum melihat ke arah Wan dan Tasya. Tasya yang tak faham menyoal dengan
kerutan di dahi. Firhan tersenyum dan memaut bahu Wan.
“ Dia dah cerita apa jadi tadi. Dia minta maaf.” Jelas
Firhan.
“ La. It’s okay la. Aku tak ambil hati pun. So, korang dah
tahu la siapa dia kan?”
Rina dan Firhan serentak menganggukkan kepala.
“ So, tak perlu lagi aku beritahu siapa yang selamatkan aku
tu.”
Wan tersenyum bila tengok senyuman Tasya. Lega sikit
hatinya. Tapi kenapa mesti aku rasa macam ni? Aneh!
“ Jom la sambung makan. Aku lapar.”
Terus Tasya berlalu meninggalkan mereka bertiga.
Masing-masing melihat Tasya sampai Tasya hilang dari pandangan. Wan kembali
menoleh ke arah mereka berdua.
“ Tolong jangan beritahu dia yang aku dah tahu kisah silam
dia. Please?”
“ Don’t worry. Trust we.”
“ Thanks.”
Dan mulai dari saat itu, dia berjanji pada dirinya akan
melindungi Tasya.
**
“ Maaf. Saya tak tahu.
Saya tak ada niat pun nak sakitkan hati awak. Saya Cuma nak mengusik. Maafkan
saya.”
Berulang kali ayat itu bermain dalam fikirannya. Sampai naik
hairan dia. Kenapa lelaki itu nampak bersungguh sangat? Macam tahu something
je? Chill la. Bukan teruk pun. Adat la tu nak mengusik. But, kenapa aku rasa
something wrong anywhere?
“ Haih. Mengelamun ke buat kerja?”
Tasya tersedar. Dia mengerling ke sisinya. Rina sedang
tersenyum sinis ke arahnya. Tasya tersengih lantas kembali tengok dokumen
kerja. Fokus Tasya!
“ Kau masih ingat dekat Wan ke?”
“ Entah. Asal kau tanya?”
“ Saja. Kau tak tertarik ke dekat dia?”
Tasya terdiam. Tertarik? Bolehlah.
“ Tak. Asal kau tanya aku macam tu?”
Rina menjongketkan bahunya. Dia sendiri tak ada sebab
melainkan nak satukan kawan baiknya itu dengan si Wan. Dengar kata si Wan
single.
“ Aku tengok dia baik je orangnya. Dah tu tolong kau pula.
Kau tak jatuh cinta ke?”
Tasya mula buat muka bosan. Rina dah mula. Mula la tu nak
perkenan aku dengan si Wan tu. Huh!
“ Rina. Stop it.” Pinta Tasya geram.
“ Bukan apa. Aku tengok dia macam alone. Firhan ada cerita
dekat aku si Wan tu sebenarnya duda. Isteri dia meninggal. Dan paling menyayat
hati, ketika itu isteri dia tengah sarat mengandung. Dalam 9 bulan. mereka
berdua meninggal dalam kemalangan. Kesian Wan tu Tasya. Aku dengar Firhan
cerita pun aku sedih. Dengar kata dah setahun lebih hal tu berlalu.”
Tasya sama sekali terkedu. Tak terluah kata-kata nak
diungkap. Perasaan ini sama macam dia kehilangan arwah maknya dulu. Tapi dia
masih ada ayah. Wan? Dia dah kehilangan wanita yang dicintainya serta anaknya.
Allah! Berat sungguh dugaan dia.
“ Wan tu ada mak ayah lagi ke?” Soal Tasya setelah lama
berdiam diri.
Rina menggelengkan kepalanya sambil menatap skrin komputer.
Buat kerja sambil berbual. Tak la buang masa sangat.
“ Tak. Firhan kata dia anak yatim. Dulu dia tinggal dengan
nenek dia. Tapi nenek dia dah meninggal masa dia berumur 15 tahun.”
Tasya rasa nak nangis. Matanya dah bergenang dengan air
mata. Wan. Kenapa cerita kita hampir sama? Kenapa cerita kita mesti berakhir
dengan kesedihan? Dan kenapa kita mesti rasa perasaan yang kita tak nak rasai?
Mengapa dan kenapa Wan?
“ Aku lupa nak cakap. Mereka kirim salam. Aku dapat SMS
Firhan.” Ujar Rina sambil menunjukkan chat dari Firhan ke arah Tasya.
Tasya Cuma diam. Entah mengapa dia rasa nak kenal lebih
rapat lagi dengan insan tersebut. Adakah Wan turut merasai perkara yang sama?
**
Kakinya laju saja mengatur langkah biar sekata agar tidak
terlalu cepat. Kalau terlalu cepat nanti diri sendiri akan penat. Itu lah rutin
hujung minggunya. Berjoging. Hari ni dia berjoging dengan Firhan. Mula-mula tu
rasa nak gelak pun ada la. Sebab Firhan ni bukan jenis rajin berjoging. Haha.
“ Bro! aku letih la. Dah 4 round kita lari tak henti. Stop
la kejap!” Ujar Firhan keletihan.
Dia sudah berhenti joging sambil tunduk pegang lutut. Penat.
Wan yang melihat tersenyum sinis. Dia kembali menapak ke arah Firhan.
“ Tu la. Setiap kali aku ajak kau mengelat. Stamina tak kuat
macam ni la.” Sindir Wan lantas ambil tempat di kerusi kosong. Firhan turut
duduk di sebelah Wan sambil mendongak ke langit. Kepalanya disandarkan di
kepala bangku.
“ Kau lain. Aku lain.”
“ Tak ada yang lainya. Semua manusia sama. Cuma rajin dengan
malas je pakcik.”
Firhan mencebik. Tak puas hati dengan Wan. Tapi tiba-tiba
dia teringat tentang sepupunya itu. Dah seminggu berlalu semenjak kes dekat KFC
tu.
“ Kau nak tak jumpa dengan Tasya?” Soal Firhan tiba-tiba.
Wan terdiam. Dah lama tak dengar nama gadis comel tu. Apa
khabar dia agaknya sekarang. Dah lama nak tanya Firhan tapi tak berkesempatan.
Busy sangat dengan kerja. Biasalah. Pilot la katakan. Kadang-kadang ada.
Kadang-kadang menghilang. Ni pun tengah tak ada kerja. bulan ni ambil cuti
banyak sikit sebab nak tenangkan minda.
“ Asal kau tanya aku macam tu?”
Firhan tersenyum. Dia duduk tegak sambil memandang ke
hadapan. Matanya menangkap sepasang suami isteri bersama dengan dua orang anak
mereka yang masih kecil.
“ Kau tak nak jadi macam dorang ke?”
Firhan menunjukkan Wan pada family tadi. Wan yang melihat
terkedu.
“ Kau tak nak rasa bahagia ke? Tak nak ada isteri? Tak nak
ada anak? Yang menyinari hidup kau setiap hari?”
Bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut Firhan. Dan
soalan itu ternyata membuatkan Wan terkelu lidah nak menjawab. Dia sendiri tak
pernah terfikir tentang itu selepas kematian arwah isterinya setahun yang lalu.
“ Come on beb. Sampai bila kau nak merintih kesedihan macam
ni? Sampai bila kau nak bersendiri? Sampai bila kau nak terus berada dalam
lekuk yang lama? Move on Wan. Kau boleh bahagia kalau itu yang kau nak. Allah
tak pernah halang kau untuk cari kebahagiaan tu Cuma kau tak nak. Kau asyik
ingat benda yang lama. Benda yang tak boleh berulang lagi.”
Wan tersentap. Kata-kata Firhan sangat-sangat mengena pada
dirinya.
“ Tak salah kau nak terus ingat dekat arwah isteri kau. Tak
salah. Tapi dah tiba masanya kau cari cinta sejati. Cinta halal. Biarlah cinta
yang lama tu kekal abadi dalam hati kau. Tak siapa mampu mengubahnya. Dan tak
salah aku rasa kalau kau cintakan wanita lain. Wanita yang layak digelar
isteri.”
Firhan mengerling ke arah Wan yang sudah terdiam itu. Dia
menarik senyuman kecil. Bahu Wan ditepuknya berkali-kali. Sampai dia ternampak
kelibat Rina dan Tasya ke arahnya. Dia tersenyum lagi. ini la tujuan dia ikut
Wan joging. Semata-mata nak satukan Tasya dengan Wan. Dia yakin mereka berdua
berjodoh.
“ Aku tak nak kau jadi seorang yang lemah lagi. kuatkan
semangat kau dan perjuangkan apa yang kau rasa. Dah tiba masanya kau mulakan
step yang baru.”
Firhan bangun dan tarik sekali tangan Wan supaya bangun. Wan
menurut dengan wajah yang blur. Firhan tersenyum dan memandang ke arah
kanannya. Wan menurut even dia tak faham. Tapi bila dia nampak Tasya, barulah
dia faham apa niat Firhan.
“ Good luck. Aku mampu tolong setakat ini je. seterusnya kau
kena usaha sendiri. Make sure sepupu aku jadi isteri kau. Dia pun perlu bahagia
dan bahagia dia tu ada pada kau.” Sambung Firhan lagi lantas mendekati Rina.
Wan terdiam. Matanya terus terpaku pada Tasya yang tengah
ketawa bersama Rina itu. dalam diam dia turut tersenyum melihat wajah Tasya.
Saat itu juga hati dia rasa sesuatu.
“ Kalau ini jalan yang Engkau pilih untuk aku. Aku terima Ya
Allah. Berilah aku peluang sekali lagi untuk merasai bahagia itu.”
Doanya dalam hati. Perlahan-lahan kakinya menapak ke arah
Tasya tanpa siapa yang larang. Firhan dan Rina yang melihat sudah menarik
senyuman kecil. Akhirnya Wan menurut juga kata-kata mereka.
“ Tasya.”
Tasya yang asyik ketawa melihat telatah Rina terhenti bila
Wan berdiri tepat-tepat di hadapannya saat itu. tajam renungan Wan pada dia
sampai buatkan dia terkedu. Dia sendiri tak mampu larikan pandangan dia
daripada terus melihat ke arah Wan. Pandangan Wan seakan-akan magnet yang
membuatkan dia terus nak pandang.
“ Tasya. Ermm. Hai.”
Firhan dan Rina yang melihat terus menepuk dahi. Apala yang
Wan tengah buat tu? Alahai. Rosak pelan.
Wan tergaru keningnya yang tidak gatal. Dia sendiri kekok
sebenarnya. Tak tahu nak cakap apa. Aduh! Tasya pula masih mendiamkan diri. Tak
lama selepas itu dia tertawa kecil.
“ Hai juga. Sihat?”
“ Alhamdulillah. Sihat. Erk. Awak joging ke?”
Tasya tersengih. Joging? Jangan harap. Ini pun dipaksa Rina.
“ Boleh dikatakan ya.”
Suasana diam seketika antara mereka berdua. Masing-masing
pandang ke arah lain. Awkward sangat rasa. Firhan dan Rina pula rasa nak sekeh
je kepala dua orang kawan mereka tu. Akhirnya mereka sendiri terpaksa bersuara.
“ Jom kita pergi makan.” Ajak Firhan dengan senyuman lebar.
“ Haah. Jom. Lapar la.” Sahut Rina pula.
Wan dan Tasya hanya tersenyum. masing-masing hanya ikut.
“ Okay!” Jawab mereka berdua serentak lantas berlalu ke arah
kereta. Tinggallah Firhan dan Rina.
“ Apa sebenarnya yang terjadi ni?” Soal Firhan pada Rina.
“ Aku pun tak faham. Macam rosak je pelan kita dua.”
“ Entah. Jom la.”
**
Wan tengok Firhan. Firhan pun tengok Wan. Masing-masing
saling merenung sampai Firhan mengaku kalah. Dia angkat tangan dengan keluhan
kecil.
“ Apa? Aku tak fahamlah dengan kau ni.”
Firhan tersandar pada sofa. Tajam dia merenung Wan yang nampak
tak bersemangat itu. Dia rasa keadaan dia jadi macam ni semenjak jumpa Tasya
pagi tadi. Apa hal pula kawan aku ni.
“ Bro. Cuba cakap apa masalah kau.”
Wan terus baring pada sofa. Matanya memandang siling.
Kosong. Macam dia rasakan sekarang. Cuma hatinya terasa rindu pada seseorang.
Adakah Tasya?
“ Aku pun tak tahu. Firhan. Aku ni teruk sangat ke?”
“ Kenapa tanya aku macam tu?”
“ Aku tak tahu nak cakap dengan Tasya macam mana. Dia nampak
macam tak kesah je dengan aku.
Kau suruh aku usaha. Tapi aku sendiri pun tak
tahu macam mana.”
Firhan menongkat dagu. Kalau aku kata kawan aku ni lembap.
Marah. Kalau aku kata kawan aku ni gopoh. Marah juga. Aduhai.
“ Kau sebagai lelaki mana boleh kalah. Mana boleh tunjuk
lemah. Be gentlemen please. Yang kau nak malu sangat ni apa hal? Dulu sebelum
kahwin kau macam ni juga ke macam na?”
Wan menggelengkan kepalanya. Dahinya diketuk dengan jari.
“ Tak. Dulu aku dengan arwah isteri aku tu atas pilihan
keluarga. Jumpa masa tunang then jatuh cinta. Tu dulu. tapi bila dengan Tasya
aku rasa something. Lebih hebat dan lebih seram.”
Firhan tergelak. Lebih hebat dan seram? Apa benda yang kawan
aku merepek ni?
“ Ya Allah kau ni. cuba jangan fikir yang merepek. Haih. Kau
suka dia kan?”
Wan terdiam. Suka? Aku suka dia ke?
“ Kau asyik terfikir fasal dia tak?”
Wan diam lagi. Rasanya tak selalu. Tapi ada jugalah
terfikir.
“ Kau rasa serba tak kena kan bila tengok dia.”
Kali ni Wan terus bangun duduk. Dia terus tengok Firhan yang
tengah tersengih itu.
“ Maksud kau?”
Firhan memetik jari. Gotcha!
“ Tu maknanya kau dah mula suka dia. Kau ada hati dekat dia.
Tapi kau ni pengecut! Lambat pick up! Benda dah ada depan mata tapi kau suka
sangat lengah-lengahkan. Aku dapat tangkap masa kau bersungguh-sungguh minta
maaf pada dia masa kes luar KFC dulu. kalau tak kau takkan sesenang minta maaf
even perkara tu sedih macam mana sekali pun. Sebab aku tahu kau tu ego. Dan tak
mudah terpedaya dengan perempuan.”
Kali ni Wan termangu. Firhan memang seorang kawan yang
memahami kan? Boleh baca fikiran aku ke?
“ Aku dah kenal kau lama Wan. Semenjak kau dekat kolej lagi.
Kau ni jenis susah nak berdepan dengan perempuan. Apatah lagi nak berbual. Tapi
dengan Tasya lain.”
Firhan tersenyum. Dia bangun untuk masuk ke dalam bilik.
Biar Wan fikir sendiri. Dia lebih faham diri dia.
“ Kalau kau suka jangan berlengah. Atau kau akan menyesal.”
Wan mengeluh kecil. Kenapa susah sangat aku nak ikut kata
hati aku ni? Hish!
**
Keesokan harinya, Wan pergi taman riadah sekali lagi untuk
joging. Kali ni dia joging lebih awal dan nampak lebih bersemangat. Orang time
ni pergi kerja tapi dia joging. Well. Cuti la katakan. Tapi jauh di sudut hati
dia sebenarnya nak jumpa dengan Tasya.
Puas dia fikir semalam. Sampai kena marah dengan Firhan.
Yala. Ganggu dia tidur. Free je kena marah semalam.
“ Kau ni la! Cuba jangan jadi pengecut. Kalau kau suka
cakap. Nak ajak kahwin? Silakan! Jangan menyesal sudah! Dah la! Pergi! aku
mengantuk la weh! Aku kerja. Kau lain lah. Cuti! Huh!”
Teringat kembali kata-kata Firhan semalam. Tersengih juga
dia jadinya. Maaf Firhan. Aku Cuma nak kepastian. Kepastian apa? Kepastian
bahawa aku nak kahwin dengan dia. Ya! Aku dah buat keputusan. Aku nak kahwin
dengan dia.
Langkahnya makin lama makin laju sampaikan dia terhenti
mengejut. Semua itu gara-gara Tasya berada betul-betul depan matanya kini.
Sedang melihat ke arahnya. Tanpa senyuman. Mulalah dadanya berdebar-debar.
Sampai dia tak tahu nak buat apa. Melainkan tunggu Tasya yang sedang menapak ke
arahnya.
“ Wan.”
Wan terdiam. Erk. Kenapa Tasya tiba-tiba je ni? Dia nak
jumpa aku ke?
“ Ya saya.”
Tasya melihat sekeliling. Then dia kembali fokus pada Wan.
Senyuman diukir selebar yang mungkin. Wan yang melihat terpaku. Senyuman Tasya
cantik.
“ Saya minta maaf.”
Dahi Wan berkerut. Maaf?
“ Untuk?”
“ Actually saya dah tahu kisah awak. Fasal arwah isteri
awak. Rina yang cerita. Sorry.”
Wan terkedu. Tapi dia tak salahkan sesiapa malah dia
bersyukur kalau Tasya tahu daripada dia terpaksa beritahu sendiri. At least tak
perlulah dia berahsia lagi. Cuma, dia pun perlu minta maaf sebab dia pun tahu
fasal kisah silam Tasya.
“ Then, saya pun minta maaf sangat-sangat dekat awak.” Pohon
Wan lantas menarik senyuman hambar.
“ For what?”
“ Actually, saya pun dah tahu fasal kes arwah mak awak.
Sepupu awak cerita.”
Giliran Tasya terkedu. Dia baru berniat nak beritahu. Tapi
Wan dah tahu terlebih dahulu. Lagi senang cerita. Erm. Dah dia pun tahu, so aku buat apa lagi berdiri depan dia? Eh!
“ Okay. Saya nak cakap tu je. thanks.”
Tasya terus berura-ura nak berlalu. Tapi sempat dihalang
Wan.
“ Wait. Saya ada something nak cakap.”
Tasya hanya mendiamkan diri. Cuma menanti kata-kata yang
bakal terluah dari bibir Wan. Wan mula menarik nafas dalam. Sekaranglah masanya
Wan. Kau dah tak banyak masa atau kau akan terlepas peluang kali ini.
“ Kita kahwin!”
Okay. Tasya tergamam. Wan ajak aku kahwin? Seriously? Aku
tak bermimpi kan?
“ Puas saya fikir. Puas juga saya minta petunjuk Allah. Dan
jawapan itu ada pada awak. Saya tahu ia terlalu cepat tapi…”
“ Saya setuju.”
Jawapan yang diberikan Tasya itu benar-benar membuatkan Wan
terkelu lidah untuk meneruskan kata-katanya lagi. Bahkan Tasya melihatnya
dengan senyuman lebar. Tasya seakan-akan gembira dengan ajakan dia. wan pula
jadi terpinga-pinga.
“ Awak tak perlu jelaskan apa-apa sebab saya setuju. Saya
setuju untuk jadi isteri awak dan suri hati awak selamanya. Cukup jelas ke
jawapan tu?”
Dengan wajah terpinga-pinga Wan membuat anggukan. Ya Allah!
Tak sangkanya aku akan dapat jawapan secepat ini. Dia setuju!
“ Okay then. Saya balik dulu. Jumpa lagi. Bye.”
Terus Tasya berlalu meninggalkan taman riadah itu. Laju saja
langkahnya menuju ke arah jalan sebab kereta dia ada di seberang jalan. Bibirnya
masih mengoyak senyuman lebar. Teringat akan ajakan Wan tadi. Hanya Allah saja
tahu betapa bahagianya hidup dia saat ini.
Elok dia dah hampir dengan kereta, dia kembali menoleh ke
arah Wan yang setia melihatnya sejak tadi. Dia melambai-lambaikan tangannya
dengan riak ceria.
“ Terima kasih!”
Jeritan itu membuatkan Wan tersenyum. Dan dari saat itu dia
janji akan membahagiakan Tasya. Baru dia nak angkat tangan untuk melambai
kembali pada Tasya. Telinganya mendengar bunyi kereta dan matanya jelas
menangkap apa yang sedang terjadi depan matanya saat itu.
“ Tasya!!!”
Tasya menoleh ke arah kirinya dan tersentak saat ada kereta
laju menuju ke arahnya. Dia tak sempat mengelak malah tubuhnya terus
terpelanting atas kereta dan akhirnya terdampar atas jalan.
Buk!
“ Uhuk! Uhuk!”
“ Tasya!!!!”
Wan yang melihat keadaan itu cepat-cepat lari mendapatkan
Tasya yang sudah terdampar dengan darah yang banyak. Terketar-ketar dia duduk
melutut dan melihat keadaan Tasya. Tangannya menggeletar menyentuh lengan Tasya
yang sudah terkulai itu.
“ Ta..Tasya. Bangun. Ja..jangan buat saya macam ni.”
Orang ramai mula berkerumun ke arah mereka. salah seorang
daripada mereka mula menelefon untuk meminta bantuan.
Tasya membuka matanya saat terasa ada pegangan pada
lengannya. Saat melihat wajah Wan, dia memaksa diri tersenyum.
“ Wan… te..terima kasih. Sa..saya sayang awak.”
Wan mengetap bibir. Tahan diri daripada menangis. Tak
sanggup tengok keadaan Tasya yang cedera parah itu.
“ Syuhh! Jangan cakap apa-apa. Diam. Nanti ambulance datang.
Saya akan pastikan awak selamat.”
“ Wan… Ja..jangan tunggu sa..saya. Biar saya pergi…”
“ Tak! Saya takkan biarkan awak pergi! Cukuplah sekali. Saya
tak nak kehilangan orang yang saya sayang lagi! tak! Saya janji akan setia
tunggu awak. saya janji!”
Tasya tersenyum dan dia sudah penat mengerah tenaga untuk
melihat Wan. Akhirnya dia kembali memejamkan matanya dan melepaskan lelahnya
buat seketika.
“ Tasya!!!”
**
2 tahun kemudian…
“ Kau nak tahu tak?”
“ Apa? Nak!”
“ Aku rawat seorang pesakit koma ni. Dah masuk dua tahun dia
ada dekat hospital ni. Dan yang paling aku terharu dan sayu bila bakal suami
dia setia tunggu dia sampai dia sedar. Betapa sayangnya lelaki tu dekat
perempuan tu. Aku yang tengok sedih tau tak? Beruntungnya perempuan tu.”
“ Yeke? Ya Allah. Aku doakan perempuan tu cepat sedar
daripada koma.”
“ Aminn.”
Firhan mendengar setiap bait bicara nurse di bawah
seliaannya itu. Bibirnya menarik senyuman hambar. Perlahan langkah diatur
melintasi mereka berdua. Mereka berdua yang sedar dengan kehadiran Firhan
cepat-cepat kembali buat kerja. Firhan mengerling dan tersenyum dalam hati.
Gosip!
Laju saja langkahnya diatur ke bilik rawatan Natasya Abdul
Rahim. Bila dia masuk saja, dia dapat lihat seorang lelaki tengah bacakan ayat
suci Al-Quran dekat Tasya. Firhan yang melihat rasa sebak. Pantas dia menghampiri
lelaki itu dan menanti sehingga lelaki itu menghabiskan bacaannya.
“ Aku nampak tangan dia bergerak tadi.”
Makluman Wan itu ternyata mengejutkan Firhan. Cepat saja
Firhan buat pemeriksaan pada Tasya. Bila dah selesai, dia mengeluh kecil. Wajah
bersahaja Wan dikerling.
“ Aku tak nak kau terlalu berharap. Tapi aku tak nampak
perubahan melainkan macam sebelum ni.” Ujar Firhan serba salah.
Wan tersenyum. Dia membuat anggukan kecil.
“ Aku faham.”
“ Dah dua tahun dia tidur. Dua tahun juga kau setia jaga dia.
Kau tak penat ke Wan? Kau terbang sana sini. cuti je kau terus datang sini. Tak
beri masa untuk diri sendiri langsung. Kau tak letih ke Wan? Aku kesian tengok
kau. Apa kata kau pergi ambil cuti. Tasya biar aku dan Rina jaga.”
Kenyataan Firhan itu membuatkan Wan tersenyum nipis. Dia
setia melihat ke arah Tasya.
“ Aku tak penat. Malah aku gembira jaga dan tunggu dia. Aku
dah janji akan setia tunggu dia. Tak kira walau apa pun yang terjadi. Cukuplah
sekali aku kehilangan Fia Firhan. Aku tak nak kehilangan Tasya juga.”
Firhan terkedu. Ya Allah. Kuatkan semangat kawan aku ni.
Moga dia terus tabah hadapi dugaan dariMu Ya Allah.
“ Aku keluar dulu.”
Firhan melangkah ke arah pintu. Tombol pintu dipulas. Elok
dia nak tarik pintu, dia terdengar suara kecil. pantas dia menoleh ke arah
Tasya. Wan turut lakukan perkara yang sama.
“ Firhan. Dia dah sedar!”
Cepat sahaja Firhan mendekati Tasya. Dia membuat pemeriksaan
sekali lagi pada Tasya sampai Tasya berjaya buka mata. Firhan dan Wan yang
melihat dah menarik senyuman teruja plus gembira.
“ Tasya? Awak dah sedar?”
Bila melihat senyuman kecil Tasya, mereka berdua terus
lakukan sujud syukur. Ya Allah! Terima kasih! Alhamdulillah. Penantian mereka
selama ini ternyata tidak sia-sia.
“ Terima kasih Tasya. Terima kasih sebab sedar semula.” Ucap
Wan terharu.
Firhan menepuk bahu Wan berkali-kali. Dia turut rasa sebak.
Nak nangis je rasa.
“ Wan… Sa..saya min..minta ma..maaf. Se..sebab sa..saya awak
ter…terpak..sa. Tunggu la..ma. Ma..af.”
Tersekat-sekat Tasya bersuara. Dia tak ada tenaga. Rasa
kosong. Nak cakap pun susah. Mungkin kesan daripada koma. Kesan dari dia tidak
sedarkan diri selama 2 tahun.
“ Awak tak perlu minta maaf. Awak dah sedar ni pun dah besar
rahmat buat saya. Terima kasih.”
Tiba-tiba pintu dibuka dari luar. Terjengul wajah Rina yang
ceria. Rina masih tidak sedar apa yang berlaku. Dia Cuma fokus pada Firhan.
Yala Firhan merupakan suaminya.
“ Abang.”
Firhan terus memeluk Rina tanpa sempat Rina nak bereaksi.
Terkejut punya fasal. Tapi bila melihat keadaan Tasya, terus air matanya
mengalir ke pipi. Barulah dia faham mengapa Firhan memeluk dirinya.
“ Al..alhamdulillah. Abang. dia dah sedar.”
Firhan melepaskan pelukan dan menganggukkan kepalanya. Dia
biarkan Rina melihat keadaan Tasya.
“ Tasya! Kau kejam! Kenapa lambat sangat kau bangun ha?”
Tasya tersenyum. rindunya dia pada Rina.
“ Ma..maaf.”
“ It’s okay.”
Wan mengerling Firhan. Dia memberikan Firhan kotak baldu
merah pada Firhan. Firhan yang menyambut dah terkedu. Takkan sekarang?
“ Aku dah janji dengan diri aku. Sebaik saja dia sedar aku
akan melamar dia. Boleh kau tolong aku?” Bisik Wan sambil tersenyum.
Firhan menepuk dadanya tanda suruh percaya pada dirinya.
Langkah diatur mendekati Rina. Bahu isterinya dipaut erat. Mereka fokus pada
Tasya.
“ Tasya. Aku ada permintaan. Daripada kawan baik aku. Harap
kau sudi tunaikan permintaan dia.”
Tasya hanya mendiamkan diri. Tapi bibir tetap tersenyum.
“ Dia nak kahwin dengan kau. Kau nak?”
Terus Firhan tunjukkan kotak baldu tadi ke arah Tasya. Rina
dah buat muka teruja. Manakala Wan berdebar-debar menantikan jawapan Tasya.
Tasya pula dah tertawa kecil. Tawa yang cukup halus sebab dia masih tak ada
banyak tenaga nak keluarkan suara.
“ Kau setuju tak?” Soal Rina pula.
Tasya menoleh ke arah Wan yang sedang merenungnya saat itu.
tanpa banyak kata, dia hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju.
“ Alhamdulillah. Okay Wan. Kurang daripada dua bulan giliran
korang. Sebulan cukup untuk jalankan fisioterapi dekat dia.”
Wan tersengih lebar.
“ Terima kasih Tasya.”
“ Sa..sama-sa..sama.”
“ Ini janji saya pada awak dan dengarlah janji terakhir
saya. Saya janji akan jaga awak seumur hidup awak dengan sepenuh hati saya,
akan mencintai awak kerana Allah, dan akan membimbing awak ke syurga Allah.
InsyaAllah. Janji kita bersama.”
Rina mengesat air mata yang berada di tubir mata. Sebak.
Tasya membuat anggukan kecil.
“ Yeay! Makan nasi minyak la kita bang.”
“ Haish. Jaga makan sikit. Ingat sikit yang awak tu tengah
hamil.”
“ Ala. Baru tiga bulan.”
“ Haish.”
“ Ala Firhan. Bagi je la. Bukannya kena bayar.” Sahut Wan
lantas tergelak.
“ Ha. Betul tu. Terima kasih Wan sokong aku. Sekarang jom
ikut saya. Lapar.”
“ Aik? Lapar lagi? Aduh!”
Elok saja mereka berdua hilang dari pandangan. Wan kembali
memandang ke arah Tasya. Dalam dia merenung Tasya sehingga Tasya tertawa lagi.
“ kenapa gelak?” Soal Wan pelik.
“ A..awak ma.masih tak berubah.”
“ Well. So, awak setuju la ni?”
“ Ja..jawapan sa..saya still sa..sama macam dulu.”
“ Yes!”
Walau apa pun yang terjadi, mereka saling bertekad agar
tidak mensia-siakan peluang yang ada. Yang pasti, kebahagiaan itu akan datang
dengan sendirinya bila kita belajar mensyukuri dengan setiap nikmat yang
diberikan pada kita. Begitu juga dengan Wan dan Tasya.
Masing-masing pernah menderita. Dan yang pasti setiap orang
akan ada jalan cerita yang bahagia di penghujungnya.
~The End~