Kali ini saya tampilkan sebuah cerpen yang lain daripada
yang lain… maaf jika ada yang akan tidak
akan suka. Tapi baca dulu baru tahu.. ^^ .. dan cerpen ini sedih sikit. Harap
anda hayati dan enjoy reading.
*****
Sudah beberapa kali Aneesa berpusing di dalam pasar raya
Giant itu. Tapi kelibat yang dia nampak tadi masih belum kelihatan. Tidak
mungkin itu hanya firasat. Apa yang Aneesa nampak tadi memang betul. Bukan
angan ataupun khayalan. Tapi kenapa sampai sekarang masih belum Nampak.
“ Aneesa! Anees!”
Aneesa menoleh ke belakang. Ternyata Mila mencarinya.
“ kau ni kenapa? Cari apa yang sampai gelisah macam ni?”
soal Mila dengan melihat sekeliling. Mana tahu ada sesuatu yang menarik ke..
Aneesa menggeleng lemah. Mungkin itu hanya bayangan dia
saja. Tak patut asyik fikirkan dia saja. Aneesa kembali lupakan tentang
seseorang yang pernah bertahta di hatinya dua tahun yang lalu.
“ betul ni?” soal Mila meminta kepastian. Aneesa mengangguk
lalu cuba mengukir senyuman.
“ baiklah kalau begitu. Jom teman aku pergi bayar
barang-barang ni. Lepas ni boleh kita singgah kedai untuk makan jap.” Ajak
Mila.
Aneesa hanya mengangguk. Buat sekalian kalinya, dia menoleh
lagi ke belakang bagi mencari seseorang. Namun hatinya hampa kerana tiada.
Adakah itu hanya khayalannya saja?
“ Neesa?” Langkah Aneesa terhenti saat mendengar namanya di
panggil.
Mila yang pelik dengan Aneesa menarik tangannya untuk
beredar ke kaunter bayaran.
“ Mila… tadi ada orang panggil nama aku ke?” soal Aneesa
pinta kepastian. Dia sangat yakin yang ada orang memanggilnya. Malah hatinya
kini turut berdebar-debar seperti dia rasakan sebentar tadi ketika mencari
seseorang.
“ tak pun. Aku tak dengar pun. Mungkin khayalan kau je tu.”
Aneesa menggeleng. Dia sangat yakin yang ada orang telah
memanggilnya. Malah suara itu seperti pernah dia dengar sebelum ini. Adakah itu
dia?
Dengan perlahan-lahan Aneesa memaling ke belakang.
“ Neesa…” Aneesa terkaku. Hatinya juga berdegup kencang.
Tidak semena-mena matanya mula berkaca-kaca. Jadi benar ini dia.
“ Neesa kan? Aneesa Yusof. Kan?” Aneesa terkelu lidah untuk
berkata-kata. Semua ini bagaikan mimpi bagi Aneesa.
“ Aneesa.. siapa tu?” soal Mila yang semakin pelik dengan
telatah Aneesa apatah lagi selepas berjumpa dengan lelaki itu.
“ Jadi betullah ini Neesa yang saya cari selama ini. Tak
sangka kita di pertemukan semula di sini.”
Tidak sanggup lagi ingin menatap wajah itu. Jadi Aneesa
terus memusingkan badan untuk lekas beredar. Hatinya kini turut rasa sakit.
“ Mila… kau pergi bayar cepat. Aku tunggu kau di kereta.”
Ujar Aneesa tegas.
Mila yang langsung tak tahu apa-apa hanya menurut. Apa yang
kena dengan Aneesa pun tak tahu. Selepas bertentang mata dengan lelaki tu terus
dia berubah sikap.
“ Neesa.. tunggu!”
Pantas Aneesa meninggalkan mereka berdua. Bukan saat ini
untuk dia luahkan segalanya. Apatah lagi di hadapan lelaki itu.
‘ mengapa Ya Allah. Mengapa? Jadi tadi tu bukan khayalan
aku. Ternyata itu dia. Ya Allah adakah kami ini ditakdirkan bersama.’
Kata-kata itu sering bermain di fikiran Aneesa sepanjang dia
berjalan menuju ke kereta Mila. Lagi cepat sampai lagi bagus.
“ Aneesa! Tunggu!” Aneesa tersentak. Rupanya dia masih
mengekori.
Jadi Aneesa ambil keputusan untuk bersua muka dengan lelaki
itu. Itu adalah cara yang terbaik. Memandangkan Mila tiada bersama mereka.
“ kenapa awak lari?” Aneesa memandang tajam ke arah lelaki
itu.
“ kita bincang di luar.” Ajak Aneesa. Lantas mereka berdua
menuju ke luar pasar raya Giant. Mereka berdua menuju ke restoran yang berada
di hadapan pasaraya Giant itu.
“ Neesa…” Aneesa tersenyum hambar.
“ tak sangka saya akan berjumpa semula dengan awak Ikhmal.
Saya ingatkan kita tidak akan berjumpa lagi selepas kejadian itu. Kejadian yang
sangat menyakitkan hati.” ujar Aneesa dingin.
“ Aneesa.. maafkan saya. Tapi itu semua salah faham saja.
Percayalah cakap saya. Saya langsung tak berniat untuk lakukan semua itu. Awak
pun tahu kan saya cintakan awak. Jadi mana mungkin saya buat begitu terhadap
awak.” luah Ikhmal tulus.
Aneesa senyum sinis.
“ salah faham awak kata? Apa yang awak cuba nak maksudkan
ini. Sudah ada bukti dan mama awak pun sudah jelaskan sendiri kepada saya. Awak
masih tak nak mengaku. Apa jenis jantan awak ni hah!” bentak Aneesa dengan
berang. Setiap kali teringat peristiwa itu, pasti hatinya sakit. Tapi hatinya turut
rindu dalam dua tahun itu.
“ percayalah Neesa. Saya terpaksa lakukan demi mama saya. Saya
langsung tak cintakan perempuan yang awak tengok tu. Ternyata itu semua
rancangan mama dan perempuan itu. Mereka berniat untuk hancurkan hubungan kita
ni. Percayalah Neesa.”
Buat pertama kalinya, Ikhmal menitiskan air mata di hadapan
wanita. Itu pun di hadapan wanita yang sangat dia cintai.
Aneesa terkejut
meilhat keadaan Ikhmal. Tak sangka dia akan menangis demi dapatkan
kembali kepercayaan Aneesa.
“ a..awak. tolong jangan menangis. Hati saya sakit lihat
awak nangis.” Pohon Aneesa. Hatinya turut sebak melihat penderitaan Ikhmal.
Walaupun kejadian itu buat Aneesa bertekad untuk putuskan
hubungan lantas ingin lupakan Ikhmal. Tapi semua itu tak berhasil. Dia masih
cintakan Ikhmal dan setiap saat pasti akan merindui Ikhmal.
“ please.. Aneesa. Tolong percayakan saya. Kalau awak masih
tak percaya juga. Saya akan bawa awak pergi jumpa dengan mama saya. Dia dah
bertaubat dan ingin sangat jumpa dengan awak untuk meminta maaf. Dia sangat
menyesal akan perbuatannya dulu terhadap awak. Awak ikut saya?”
Aneesa menggeleng. Dia belum bersedia ingin berjumpa dengan
mama Ikhmal.
“ kenapa Neesa? Tolong beritahu saya.” rayu Ikhmal.
“ maaf Ikhmal. Tapi saya belum bersedia. Apatah lagi apa
yang telah mama awak lakukan terhadap saya dua tahun yang lalu. Tak mungkin
saya dapat lupakan segalanya. Berikan saya waktu Ikhmal.” Pinta Aneesa.
Ikhmal mengeluh perlahan. Akhirnya dia mengangguk tanda menyetujui
Aneesa.
“ tapi sebelum awak pergi. Saya nak tahu sesuatu. Boleh
kan?” Aneesa hanya mengangguk.
“ awak masih cintakan
saya?” Aneesa tersentak. Serta merta jantungnya berdegup kencang.
“ jawab Neesa. Saya masih cintakan awak.”Aneesa tunduk
memandang jari. Perlukah untuk diluahkan rasa ini.
“ sa..saya.. lupakanlah Ikhmal. Maaf saya harus pergi dulu.”
Pantas Aneesa bangun untuk beredar.
“ jika benar awak masih cintakan saya. Saya doakan agar
jodoh kita berkekalan. Jikalau tidak saya hanya mampu berserah kepada Tuhan.”
Usai Ikhmal berkata demikian, Aneesa pun berlalu meninggalkan
Ikhmal seorang diri. Pada masa yang sama, air matanya turut mengalir.
‘ bagaimana aku ingin luahkan Ikhmal yang aku masih cintakan
kau. Sukar sangat Ikhmal. Kalaulah kau tahu yang aku tidak pernah lupakan kau,
apakah kau akan bersamaku? Ya Allah bantulah aku untuk menempuhi semua ini. Aku
tak kuat.’
*****
“ mama… Ikhmal dah jumpa dia..” luah Ikhmal sambil memandang
wajah mamanya dengan pandangan sayu.
“ siapa? Maksud kamu Aneesa?” anggukan Ikhmal buat mamanya
mengucap syukur di hati.
“ baguslah kalau begitu. Bawa mama jumpa dengan dia. Mama
sangat rindukan dia.”
Ikhmal tersenyum hambar lalu menggenggam erat tangan
mamanya.
“ belum tiba waktunya mama. Dia masih tidak mahu jumpa.
Ikhmal rasa dia masih marah dan sakit hati akan kejadian silam itu. Tapi mama..
Ikhmal lagi sakit. Sakit menanggung semua tu. Mengapa semua ini harus terjadi
kepada Ikhmal. Kenapa ma?”
Puan Erin membalas genggaman anaknya. Hatinya turut rasa
sebak. Semua ini salahnya. Kalau tidak termakan hasutan Linda dan syaitan.
Pasti sekarang anaknya bahagia di samping Aneesa. Menyesal sekali akan
perbuatannya yang lalu.
“ Ikhmal… maafkan mama. Mama yang salah. Mama yang
sepatutnya terima penderitaan ini. Maafkan mama sayang. Kalau mama tak halang
kamu, pasti kamu berdua dah bahagia sekarang.” Tangis Puan Erin.
Ikhmal senyum lalu menggeleng perlahan.
“ mama tak salah. Ini salah satu ujian Allah ma. Kita kena
terima. Tapi sekarang mama seharusnya bersyukur kerana telah mendapat
hidayahNya. Mama kan dah insaf. Ikhmal yakin suatu hari nanti Ikhmal pasti akan
ditemukan semula dengan Aneesa. Percayalah..” ujar Ikhmal dengan yakin.
Puan Erin senyum pahit. Kepala Ikhmal di usapnya.
‘ maafkan mama sayang. Apatah lagi dalam keadaan mama
begini. Pasti lagi perit untuk kamu tanggung seorang diri.’
Puan Erin kini menjadi lumpuh selepas mengalami kemalangan 2
tahun yang lalu. Memandangkan suaminya telah tiada, hanya Ikhmal saja tempat
dia berharap dan bergantung.
“ Ikhmal.. InsyaAllah Aneesa jodoh kamu nak…”
“ InsyaAllah ma..”
*****
Dua tahun yang lalu
“ Anees.. datanglah ke rumah mak cik. Ikhmal pun ada sekali.
Lagipun ada makan-makan sikit. Datanglah ye..” ujar Puan Erin dalam telefon.
Aneesa terkejut menerima panggilan dari mama Ikhmal. apatah
lagi Aneesa tahu yang mama Ikhmal tidak begitu menyukainya dari kali pertama
berjumpa. Tapi dia mampu tersenyum. agaknya mama Ikhmal dah berubah.
“ insyaAllah mak cik. Petang nanti saya sampai.
Assalamualaikum..”
“ waalaikumussalam..”
Aneesa segera bersiap untuk ke rumah Ikhmal. Buah hatinya
dan bakal tunangnya nanti. insyaAllah.
Sampai saja Aneesa di hadapan rumah Ikhmal. dia di sambut
mesra oleh mama Ikhmal.
“ seorang saja ke ni?” soal puan Erin.
“ ye.. urm.. Ikhmal mana makcik?” soal Aneesa apabila
menyedari kelibat Ikhmal langsung tidak kelihatan sepanjang dia berada di situ.
“ hurm.. erk… dia keluar.” Luah puan Erin teragak-agak.
Aneesa mengerutkan dahi.
“ keluar ke mana makcik?” tiba-tiba dia berasa tidak sedap
hati. Akan ada sesuatu berlaku ke?
“ urm… mak cik rasa mak cik tak perlu beritahu kamu. Tapi
mak cik takut masalah ini makin melarat. Jadi biar mak cik beritahu jelah. Demi
kebaikan kamu juga.”
Aneesa makin resah akan kata-kata puan Erin. Apa sebenarnya
yang mama Ikhmal ingin cuba katakan ni.
“ sebenarnya…”
*****
Bagai batu yang menghempap di atas kepalanya setelah
medengar cerita mama Ikhmal semalam. Sama ada mahu percaya atau tidak dia pun
tak pasti. Yang pasti sekarang kepalanya sangat berserabut akan masalah itu.
Hampir seharian dia berfikir tapi masih belum ada jawapan.
“ sebenarnya Ikhmal sekarang sedang bersama dengan seorang
perempuan yang bernama Linda. Malahan mereka akan bertunang tak lama lagi.
Maafkan mak cik kerana tidak beritahu awal-awal lagi.”
Kata-kata itu sentiasa berlegar di ruang fikirannya. Apakah
aku patut percaya semua itu tanpa ada sebarang bukti.
Telefon yang berdering mengejutkan Aneesa. Pantas di capai
dan di jawab.
“ helo..”
“ helo.. Neesa. Awak di mana sekarang? Kenapa semalam saya
call awak tak dapat? Awak okey ke?”
Aneesa terdiam.
“ helo.. are you still there?” Aneesa tersentak.
“ ya.. maaf. Saya ada di rumah. Awak… petang nanti kita
jumpa di tempat biasa. Pukul 4 petang. Bolehkan?”
Hanya itu saja cara yang Aneesa ada untuk rungkaikan segala
persoalan semalam.
“ okey dear.”
Selepas talian di matikan, tidak semena-mena air matanya
mengalir. Jika kenyataan itu benar, adakah dia dapat terima. Hampir 2 tahun
hubungan mereka dan terpaksa terputus gara-gara seorang perempuan yang bernama Linda.
Wajarkah untuk diri ini.
Aneesa mengesat air mata. Petang ini akan terjawab segala
persoalannya.
Di Taman Tasik…
Aneesa sengaja sampai satu jam lebih awal.. dia ingin menenangkan
fikiran terlebih dahulu. Dari semalam lagi dia langsung tak dapat tidur
memikirkan masalah ini.
Hatinya sukar untuk percaya tapi akal fikirannya sangat
mempercayainya. Apatah lagi bukti yang di tunjukkan oleh mama Ikhmal. Jelas
terbukti yang Ikhmal ada hubungan dengan seseorang yang bernama Linda. Jikalau
betul mengapa dia masih nak bersama dengan aku. Tidak logik lah..
Aneesa mengeluh perlahan. Sabarlah hati.
Aneesa berjalan-jalan di sekitar taman itu. Mengahayati
keindahan alam Allah yang tiada tolok bandingnya.
Saat dia ingin menuju ke taman permainan, dia ternampak
kelibat Ikhmal. Aneesa tak pasti sama ada itu khyalan atau betul. Malahan
Ikhmal bersama dengan seorang perempuan.
‘ siapa perempuan tu?’ soal Aneesa dalam hati.
Aneesa menilik jam. Ada masa lagi setengah jam sebelum pukul
4. Nampaknya aku perlu tahu siapa perempuan tu. Adakah apa yang dikatakan mama
Ikhmal benar?
Akhirnya Aneesa ambil keputusan untuk mengekori mereka
berdua. Kelihatan mereka cukup mesra. Apa yang pasti sekarang, hati Aneesa
bagai di siat-siat setelah melihat apa yang terjadi. Menurut pandangannya
sekarang, perempuan tu sangat bahagia di samping Ikhmal. tapi Ikhmal, tak tahu
pula.
Sebab cara layanan tu berbeza sekali dengan layanan yang di
berikan kepada Aneesa.
“ IKHMAL!”
Ikhmal yang sedang berbual dengan Linda pantas menoleh ke
belakang. Apa yang pasti itu suara yang dia kenal.
Sangkaanya betul. Itu adalah Aneesa.
“ awak…” panggil Ikhmal agar Aneesa tidak salah sangka.
“ Ikhmal.. siapa perempuan ni?” soal Linda.
Aneesa senyum perit melihat mereka berdua. Ternyata selama
ini Ikhmal tipu dan beri harapan kepada Aneesa.
“ awak.. tolong jangan salah sangka. Ini semua tak seperti
yang awak sangkakan. Tolong Neesa. Tolong..” rayu Ikhmal sambil menapak ke arah
Aneesa.
Aneesa menghalang dengan gelengan.
“ sukar untuk saya percayakan awak lagi Ikhmal. Kenapa awak
beri saya harapan dan minta bertunang sedangkan awak dah ada perempuan lain!
Dah nak bertunang pun! Kenapa Ikhmal? kenapa awak buat saya macam ni?” bentak
Aneesa lalu mengalirkan air mata.
Linda yang sudah agak ini semua akan terjadi hanya senyum
sinis. Rancangan yang diaturnya semalam dengan mama Ikhmal ternyata berhasil.
Tak sia-sia usahanya untuk bersama dengan Ikhmal.
“ tak Neesa. Saya langsung tak de niat nak buat semua ni.
Saya ikhlas cintakan awak dan saya ikhlas nak kahwin dengan awak. Perempuan
yang awak nampak ini sepupu saya. Saya ajak dia datang kerana ingin saya
perkenalkan awak kepada dia. Saya tak bohong awak. tolonglah..”
“ Hei… apa korang ni. Dan kau Neesa. Ikhmal ni bakal tunang
aku. Bukan ke mak cik dah beritahu kau. Asal kau degil sangat? Kau tak percaya
lagi ke? Jadi sekarang ni kau percayakan?” soal Linda penuh sinis.
Pang!
Linda menyentuh pipi kananya. Sakit amat terasa.
“ apa yang kau katakan ni hah! Apa yang kau mengarut ni? Aku
tak pernah kata yang aku akan bertunang dengan kau. Hanya Aneesa yang layak.”
Ujar Ikhmal tegas dan tajam ke arah Linda.
Aneesa gigit bibir. Pantas air matanya di seka. Makin lama
dia melihat mereka berdua. Hatinya makin sakit.
“ Ikhmal.. Linda. Saya minta maaf jika ganggu kalian. Tapi
saya tak bermaksud untuk menganggu korang. Saya datang pun ingin tahu perkara
yang sebenar. Ikhmal.. saya faham. Saya doakan kebahgiaan korang berdua.” Ucap
Aneesa sambil tersenyum hambar.
Begitu perit dia rasa saat meluahkan semua itu. Sunggu dia
tidak minta semua ini terjadi.
“ Aneesa.. tolong jangan tinggalkan saya. Saya mohon sangat.
Semua ini fitnah. Saya langsung tiada hubungan dengan Linda. Percayalah.. saya
hanya cintakan awak seorang.” Jelas Ikhmal lalu menatap sedalamnya wajah yang
dicintainya.
“ maafkan saya Ikhmal. Awak jangan risau. Saya percayakan awak.
Awak takkan bohong saya. Tapi saya tak tahan lagi. Lagipun saya tahu mama awak
tidak restui hubungan kita.”
Aneesa tersenyum. Tapi dalam hati hanya TUHAN saja yang tahu
apa yang dia rasai. Adakah dengan memutuskan hubungan hatinya akan tenang.
“ Aneesa.. please.. saya tidak sanggup kehilangan awak. Itu
awak jangan risau. Saya akan pujuk mama saya supaya restui hubungan kita.”
Aneesa menggeleng perlahan lalu menapak ke Linda. Tangan
Linda di genggam erat.
“ Linda… saya tahu awak cintakan Ikhmal. Saya tahu mama
Ikhmal lebih suka kalau awak bersama dengan Ikhmal. saya percaya yang awak
mampu buat dia bahagia. Saya harap sangat awak tidak kecewakan dia. Linda..
saya doakan awak dan Ikhmal bahagia.” Ucap Aneesa lalu tersenyum.
Linda terpanar. Adakah dia tak salah dengar. Dia ingatkan
Aneesa akan melenting dan marah. Ternyata sangkaannya meleset. Dan dia dapat
rasakan keikhlasan Aneesa.
“ Ikhmal.. saya rasa hubungan kita sampai sini saja. Mungkin
kita tiada jodoh. Dan saya tahu awak akan bahagia bersama Linda. Mengertilah
Ikhmal yang perhubungan tanpa restu orang tua tidak akan berkekalan lama. Saya
tak nak awak jadi anak derhaka. Jadi saya minta diri dulu. Lepas ni jangan cari
saya lagi Ikhmal.”
Usai Aneesa meluahkan apa yang dia rasa, dia pantas
memusingkan badan untuk beredar. Hatinya kini meronta-ronta ingin bersama lebih
lama lagi dengan Ikhmal. Tapi dia tak mampu. Mungkin ini cara yang terbaik.
Dengan putuskan hubungan yang setelah lama terjalin.
“ Aneesa.. sebelum awak pergi. Saya nak katakan yang saya tidak
akan pernah berhenti mencintai awak. Saya juga akan terus mencari awak. Percayalah
yang awak sentiasa di hati saya. Dan kalau awak rindukan saya, pandanglah
bintang-bintang yang berkelipan di atas sana. InsyaAllah rasa rindu awak akan
saya rasa.” Ucap Ikhmal dalam nada sayu.
Sangat berat hatinya untuk melepaskan Aneesa pergi. Tapi apa
lagi yang boleh dia buat. Itu tekad orang yang bernama Aneesa. Dia pasti yang
Aneesa akan mendapat lebih baik. Ikhmal juga berharap yang kebenaran sebenar
akan terbongkar.
‘ Ya Allah.. jika benar kami memang ditakdirkan bersama.
Pertemukanlah kami suatu hari nanti. Jikalau tidak, redhakanlah aku dalam
pemergiannya.’ Doa Ikhmal dalam hati.
Aneesa pantas berlari dari situ. Air matanya turut mengalir
semula. Tak sangka perkara yang paling dia takuti akan terjadi juga.
‘ Ya Allah.. tabahkan hati aku agar dapat terima semua
dugaan ini.’
*****
Sekarang…
Aneesa membelek
dirinya di hadapan cermin. Senyuman terukir apabila penampilannya sangat kemas.
Alhamdulilah.. doanya dimakbulkan apabila mendapat tawaran untuk menjadi
seorang guru di sekolah. Walaupun cikgu tadika tapi dia amat bersyukur.
Memandangkan hari ini hari pertama dia mulakan kerja, dia
mengajak Mila bersama.
“ Mila.. okey tak?” soal Aneesa selepas keluar dari bilik.
Mila yang baru selesai bersiap-siap memandang Aneesa tanpa
berkelip.
“ WOW! You look so beautiful Aneesa. Lain daripada yang
lain. Aku pun tak percaya.” Puji Mila.
Aneesa tertawa kecil. Ada-ada saja dia ni.
“ so? Are you ready for today?” Aneesa mengangguk lalu
tersenyum.
Aneesa menghembus nafas lega. Entah mengapa hatinya rasa
gembira dan berbunga-bunga. Dadanya turut berdebar kencang saat teringat akan
masuk ke sekolah. Rasa melonjak-lonjak pun ada sebenarnya.
“ okeylah.. kita gerak jom. Nanti kau lewat pula.”
“ yes madam!”
*****
Ikhmal memadang lama potret yang berada di tangannya kini.
Rasa rindu kembali mencengkam. Selepas terjumpa dua minggu yang lepas, hatinya
kembali merindu akan Aneesa. Entah di mana lagi harus di cari.
Ikhmal yakin yang antara dia dan Aneesa ada jodoh. Kalau
tidak mengapa selepas dua tahun, kami dipertemukan lagi. Ikhmal sangat yakin
akan itu. Mungkin itu petunjuk dari Allah.
“ Haih..cikgu Ikhmal. mengelamun lebih Nampak. Teringat
makwe ke?” tegur Mail.
Pantas potret Aneesa
di simpan Ikhmal. Kantoi arr cam ni.
“ tak delah. Mana ada.. mengarutlah kau ni.” Dalih Ikhmal. Dia
membuka buku latihan pelajar bagi mengelak soalan daripada Mail.
“ hek eleh.. nak tipu pun dengan aku. Tolonglah.. ni.. aku
lupa nak bagitaw kau. Kejap lagi ada cikgu baru akan datang. Hari ini first
time dia kerja di sini. Jadi kami nak minta tolong kau ajar dan tunjuk dia
kawasan sekolah ini. Tak silap aku cikgu tu akan mengajar budak pra- tadika.”
Jelas Mail lebih lanjut.
Ikhmal berkerut dahi.
“ asal aku pula? Kau kan ada? Lagipun ramai lagi yang boleh
tolong.”
Mail tersengih.
“ ala bolehlah. Lagipun cikgu tu perempuan taw. Single lagi.
Mana tahu kau akan terpikat dekat dia ke. Boleh di buat bini.”
Ikhmal menggeleng akan telatah Mail. Ada-ada saja dia ni.
Entah mengapa dia tiba-tiba rasa seronok semacam je. Ni rasa berdebar semacam
je ni. Mesti akan berlaku sesuatu.
“ yelah.. aku setuju.” Putus Ikhmal lalu menyimpan buku
pelajar yang dibuka tadi.
“ bagus.. sekarang kau pergi ke pejabat. Mungkin cikgu tu
akan berada di situ. Dan good luck erk..”
Ujar Mail sambil mengenyit mata. Nakal!
Ikhmal hanya tersenyum. Memang nakal Mail ni. Tapi satu je
yang dia bertekad. Dia takkan terpikat akan sesiapa pun kecuali Aneesa.
*****
Aneesa menyentuh dadanya. Yang pasti debaran makin terasa.
Langkahnya menuju ke pejabat sekolah juga makin dekat.
‘ Ya Allah bantulah aku di saat aku memerlukanMu’ doanya
dalam hati.
Dengan lafaz basmallah, Aneesa melangkah masuk ke dalam
pejabat sekolah itu. Kedatanganya
di
sambut seorang wanita. Mungkin cikgu di sini.
“ kamu ni Aneesa ke? Cikgu pra-tadika?” Aneesa pantas
mengangguk.
“ oh.. sila duduk dulu di sofa. Nanti akan ada seorang cikgu
yang akan teman cikgu. Akan ajar dan tunjuk cikgu sepanjang berada di sekolah
ini.”
Aneesa hanya menurut lalu duduk di sofa yang disediakan.
Cantik juga sekolah ni…
“ maaf lambat..” Aneesa mendongak apabila ada suara yang
menegurnya.
Apabila bertentang mata, masing-masing terpaku.
“ Ik..Ikhmal?” soal Aneesa tidak percaya.
“ Neesa?” ternyata masing-masing masih belum terima
kenyataan yang mereka telah dipertemukan semula.
“ ya.. awak berkerja di sini?” soal Aneesa lagi.
“ ya.. Alhamdulilah. Allah makbulkan doa saya.” ucap Ikhmal sambil
ucap syukur dalam hati. Ternyata memang benar Aneesa ini adalah jodohnya.
“ cikgu? Cikgu ke yang akan bantu cikgu Aneesa?”
Datang seorang kerani pejabat menegur mereka. Masing-masing
terus berlagak seperti tidak kenal.
“ ya.. jadi boleh kita pergi sekarang?”
Aneesa mengangguk perlahan. Perkara ini langsung dia tidak duga
akan terjadi. Apakah ini namanya jodoh Ya Allah.
“ awak sihat?” soal Ikhmal setelah lama berdiam diri. Dia
kini membawa Aneesa menuju ke kelas pra-tadika.
“ sihat. Awak?” soal Aneesa tanpa memandang Ikhmal.
perasaannya kini bercampur aduk.
“ sihat.. betul kan apa yang saya kata dua minggu yang
lepas. Kita ini sebenarnya ada jodoh Neesa. Walauapapun cara kita lakukan,
jodoh itu milik kita.” Ujar Ikhmal tenang sambil ukir senyuman.
Aneesa hanya berdiam diri. Sebenarnya dia takut jika ini
hanyalah mimpi semata-mata. Puas dipujuk hati agar tidak menaruh harapan yang
tinggi. Tapi pertemuan kali kedua ini buat hatinya kuat berharap dan yakin akan
Ikhmal. Apakah semua ini benar?
“ kita dah sampai. Awak boleh masuk ke dalam dan berkenalan
dengan cikgu di sini.” Aneesa tersentak dan mendongak.
“ terima kasih Ikhmal. Saya masuk dulu.” Pinta Aneesa.
‘ Aneesa.. aku akan dapatkan kau semula. Cinta kita akan
bersatu dengan izin Tuhan.’
Tekad Ikhmal dalam hati.
*****
Telefon digenggam Aneesa. Selepas dia pulang dari sekolah,
hatinya jadi tidak senang. Kata-kata Ikhmal sebelum dia pulang amat terkesan di
hati ini.
‘ saya akan mendapatkan kembali cinta awak. Cinta yang
terkubur lama. Itu tekad saya Neesa.’
Aneesa jadi rungsing. Makin banyak persoalan yang belum
terjawab kini. Tiba-tiba dia rasa rindu akan keluarga yang berada di Pulau
Pinang. Memandangkan dia berada di Kuala Lumpur. Jarang sekali dapat pulang ke
kampung.
Tapi kali ini dia bertekad untuk pulang ke kampung. Mungin
dengan itu hatinya akan kembali tenang.
“ Neesa..” bahu Aneesa di sentuh Mila.
“ hurmm..” Mila melabuhkan punggung di sebelah Aneesa.
“ kau ni kenapa? Ada masalah ke? Sepatutnya kau happy sebab
kau dapat kerja. Tapi ni aku tengok sedih je. Tak suka ke tempat kerja tu?”
soal Mila risau.
Aneesa senyum hambar. Kemudian dia menggeleng. Matanya tetap
terarah ke television. Tapi fikiran melayang ke tempat lain.
“ lebih baik kau berterus terang dengan aku Aneesa. Kalau
tidak aku tak anggap kau kawan baik aku.” Ugut Mila.
Aneesa pantas menoleh ke arah Mila. Mulut dia sudah
memuncung. Aneesa tersengih. Kena pujuk nampak gayanya.
“ yelah.. tapi kau kena simpan rahsia.”
“ baik Puan. Aku akan pegang janji.” Aneesa senyum geli
hati.
“ sebenarnya…”
*****
“ Ikhmal nak meminang Aneesa ma..”
Puan Erin yang sedang minum hampir tersedak dibuatnya. Wajah
Ikhmal di pandang tajam.
“ meminang? Kamu dah jumpa dia semula ke dan dia setuju?”
Ikhmal duduk di sebelah mamanya. Dengan perlahan dia
menggeleng.
“ Ikhmal dah jumpa dia semula. Tapi dia tak tahu. Tak sangka
yang kami akan bekerja di tempat yang sama ma.. sebab tu Ikhmal bertekad yang
Ikhmal tak nak lepaskan dia lagi. Bolehlah mama..”
Puan Erin tersenyum.
“ apa saja yang terbaik untuk anak mama. Demi menebus dosa
mama pada kamu dulu. Jadi mama sanggup berkorban untuk kamu.” Ikhmal senyum
senang.
‘ tunggu aku Aneesa!’
*****
Kata-kata mak Aneesa bagai guruh yang bendentum di
telinganya. Tidak sama sekali akan menyangka perkara itu berterusan sebegini.
Tak percaya yang Ikhmal akan datang ke rumahnya.
“ dan kamu pun dah beritahu mak. Selepas ini mak berhak
memilih siapa saja calon suami kamu kan? Jadi mak dah terima peminangan mereka.
Lagipun sebelum ni korang kan hampir bertunang. Entah apa yang berlaku tetibe
je tak jadi. Sebab tu mak terima. Budak Ikhmal tu baik orangnya.”
Apa yang mak dia kata langsung tidak di ambil perhatian oleh
Aneesa. Yang dia perlu selesaikan sekarang adalah hubungan dia dengan Ikhmal.
“ Aneesa… kamu dengar tak apa yang mak kata tadi ni?” Aneesa
tersentak dan memandang maknya.
“ apa mak? Mak kata apa tadi.” Memang betul apa yang maknya
kata langsung tidak dapat
di tangkap Aneesa.
“ kamu ni lah.. mak dah terima pinangan mereka. Jadi hujung
bulan ni korang akan bertunang. Lepas dua hari korang akan bernikah. Muktamad!”
Aneesa melopong. Biar betul! Terlalu drastik ni.
“ mak… tak cepat sangat ke?”
“ tak.. tak baik di lengah-lengahkan Aneesa. Lagipun mak
yakin yang korang ni memang berjodoh.” Aneesa senyum hambar. Nampaknya selepas
ini perlu buat rawatan hati pula. Yalah.. untuk kembali seperti sedia kala.
Serperti tiada apa yang berlaku. Gara-gara perkara ini jugalah dia bergegas
pulang ke kampung semalam.
Kring! Kring! Kring!
Telefon yang berada di sisi Aneesa di pandang sekilas.
Hatinya serta merta berdebar-debar.
“ angkatlah telefon tu kak.. orang nak focus pun tak
bolehlah.” Tegur adiknya Aliah.
Pantas Aneesa mengambil telefon lalu membawa masuk ke dalam
bilik. Tanpa berlengah telefon di angkat.
“ helo?”
“ helo… Aneesa ka?” Aneesa tersentak. Itu suara Ikhmal.
“ erk.. macam mana boleh tahu nombor ni?”
“ mak awak yang beri kepada saya. Awak pasti tahu kan tujuan
saya telefon awak ni?” Aneesa tersenyum.
“ minta persetujuan untuk kahwin dengan awak? gitu?” sindir
Aneesa.
“ eh? Dia mengaku pula. Saya memang nak kahwin dengan awak.
Tapi mak awak setuju tanpa pinta persetujuan awak.” Aneesa rasa nak ketawa kecil tapi di tahan.
Entah mengapa, selepas dapat berbual dengan Ikhmal. Hatinya
jadi tenang dan rasa seperti pertemuan pertama kali mereka dahulu. Gara-gara
peristiwa dua tahun lalulah yang buat Aneesa berubah layanan terhadap lelaki.
Tapi terhadap Ikhmal susah.
“ Aneesa… awak tak setuju ke? Maafkan saya?”
“ patutkah saya tolak pinangan awak sedangkan mak saya dah
setuju pun. Jadi saya turut setujulah encik Ikhmal.” gurau Aneesa. Hatinya di
landa riang.
“ hehe..ye bakal Puan Aneesa.”
“ adakah awak masih dapat terima saya Ikhmal? Lagipun saya
tak sesuai untuk awak. Dan mana Linda. Bukan korang bersama ke?” soal Aneesa
bertalu-talu. Tak dinafikan yang dia takut terima jawapan dari mulut Ikhmal
soal Linda.
Kedengaran Ikhmal mengeluh di corong telefon.
“ Aneesa.. forget about Linda. Dia sudah tiada kena mengena
dengan family saya. Of courselah saya terima awak. Sebab awak seorang saja yang
saya cintai Neesa. Percayalah! Saya juga tahu yang awak masih rasa yang sama
kan?”
Aneesa terkelu lidah untuk berkata-kata. Kata-kata yang baru
di ucapkan Ikhmal menusuk ke hati. Katanya sangat ikhlas.
“ Neesa… InsyaAllah saya akan cuba jadi suami dan ayah yang
soleh untuk awak dan anak-anak kita nanti. Jangan pernah ragui saya Neesa… dan
mama saya meminta ampun kat awak. Katanya dia ingin jumpa awak esok.”
Aneesa tidak tahu untuk berkata apa melainkan berdiam diri.
Keadaan sunyi seketika.
“ Neesa.. wake up.. saya nak Neesa yang dulu. Tolonglah..”
rayuan Ikhmal buat Aneesa sebak.
“ awak yang buat saya berubah macam ni Ikhmal.” luah Aneesa
perlahan tapi mampu didengar Ikhmal.
“ maafkan saya. Tapi saya telah kembali. Jadi please.. buang
yang keruh dan ambil yang jernih.”
“ hidup ini memang penuh dugaan tapi hidup ini akan lebih
indah jika kita mampu hadapi dugaan itu dengan senang hati. Ikhmal.. InsyaAllah
saya akan cuba kembali seperti sedia kala. Dan kalau benar kita tiada jodoh
jangan sesekali salahkan takdir.” Pesan Aneesa ikhlas dari lubuk hati.
“ InsyaAllah..” balas Ikhmal tenang.
Akhirnya masalah mereka selesai. Alhamdulilah..
*****
Akhirnya.. hubungan Aneesa dan Ikhmal telah kembali seperti
dulu. Memang itu yang diinginkan mereka berdua. Keluarga mereka apatah lagi.
Pejam celik pejam celik. Lusa mereka akan berkahwin. Terlalu
cepat masa berlalu. Apa yang di
harapkan Aneesa adalah semoga perkahwinan mereka kekal bahagia dengan restu
Allah.
“ Akak.. ada orang telefon ni!” laungan Aliah buat Aneesa
tersedar dari lamunan.
Aneesa pantas keluar daripada bilik dan menuju ke ruang
tengah.
“ siapa dik?” soal Aneesa lalu mencapai telefon.
“ entah..”
“ helo saya Aneesa. Anda siapa?” soal Aneesa apabila telefon
dilekapkan di telinga.
“ helo.. tak sangka aku dapat bercakap dengan kau lagi
Aneesa.” Aneesa tersentak.
Suara ini seperti dia kenal.
“ takkan kau dah lupa dekat aku Neesa. This is Linda.
Nampaknya kau dah lupa semenjak dah nak berkahwin ni kan. Tak sangka korang
tetap akan bersama juga.” Ketawa sinis dapat di dengar Aneesa.
Secara tak langsung, Aneesa berdebar-debar. Dia dapat
rasakan ada perkara buruk yang akan terjadi.
“ Aneesa.. aku bagi amaran dekat kau ya.. tolong batalkan
perkahwinan korang. Kau tak layak dapatkan Ikhmal Neesa. Kau langsung tak
sesuai. Ikhmal milik aku Neesa. Ingat tu!”
Aneesa beristigfar dalam hati. Dia ingatkan Linda dah
berubah. Ternyata tidak. Dengan beraninya Aneesa menentang.
“ Linda… aku tak kisah apa yang akan engkau lakukan. Kau nak
tahu kenapa? Sebab Ikhmal dan aku ditakdirkan bersama. Jodoh itu milik kami.
Kau tak berhak menghalang jodoh yang telah ditetapkan Tuhan. Sedarlah Linda.”
“ Haha..well..well. ternyata sangkaan aku meleset. Berani
juga kau ye. Tak mengapa. Tapi aku nak ingatkan kau, jika esok kau tidak
batalkan perkahwinan tu. Nyawa Ikhmal berada dalam genggaman aku. Kau mesti tak
mahu kan Ikhmal mati? Jadi kau patut ikut arahan aku.” Ugut Linda lagi.
Aneesa tersenyum. Dia cuba untuk bersabar.
“ Linda… kau tak boleh tentukan nyawa kami melainkan Allah
Yang Maha Esa. Hanya Dia yang berhak. Kau langsung tak berhak Linda. Jadi kau
nak buat apa-apa pun buatlah. Tapi satu je aku pinta jangan sesekali sakitkan
Ikhmal. Kalau ye pun kau tak sukakan perkahwinan kami, kau tak perlulah nak
membunuh ni. Kau perlu cari yang lain Linda. Aku pasti ada jodoh yang lebih baik
untuk kau di luar sana. Linda.. aku harap kau ambillah kata-kataku sebagai
nasihat. Assalamualaikum.”
Pantas Aneesa mematikan talian tanpa mendapatkan balasan
daripada Linda. Serta merta hatinya jadi gusar dan resah. Walaupun itu Cuma ugutan,
tapi dia tetap takut.
‘ Ya Allah.. pelihara kami. Lindungilah kami. Kami amat
memohon padaMu. Moga perkahwinan kami berjalan lancar tanpa gangguan Linda.
Bukankanlah pintu hatinya untuk bertaubat Ya Allah.’
Aneesa cuba ukir senyuman walaupun payah. Dia berharap
sangat yang Linda takkan menganggu hidup dia dan Ikhmal.
*****
Aneesa meraup mukanya beberapa kali. Mimpi yang baru dia
dapat buat hatinya tidak tenteram. Langsung fikirannya teringat akan
keselamatan Ikhmal.
Jam ditilik Aneesa. Pukul 11 malam. Hari sudah lewat. Tapi
lampu di ruang tengah masih cerah. Memandangkan esok hari perkahwinan Ikhmal
dan Aneesa.
Aneesa bergegas siap dan turun ke bawah. Tidak lupa juga dia
menghantar pesanan kepada Ikhmal.
Awak saya nak jumpa
awak. di depan rumah awak. maaf jika perbuatan saya terlalu drastik dan buat
awak pelik. Tapi saya mesti berjumpa dengan awak malam ini juga.
“ eh Neesa? Nak ke mana tu? Hari dah lewat malam ni.” Soal
mak Aneesa.
“ maaf mak. Tapi Aneesa
perlu jumpa Ikhmal malam ni juga. Nanti Neesa baliklah. Pergi dulu mak.”
Selepas bersalam, pantas Aneesa keluar dan memandu kereta di lewat malam ini.
Telefon yang berbunyi buat tumpuan Aneesa memandu sedikit
terganggu. Mujur juga itu bunyi pesanan masuk.
Aneesa.. kenapa dengan
awak ni? Awak ada di mana sekarang? Lagipun bukan ke sudah lewat malam
Dengan berhati-hati Aneesa membalas pesanan Ikhmal.
Saya dalam perjalanan
ke rumah awak. awak tunggu ye. Ada perkara penting saya perlu katakan kepada
awak.
Aneesa sangat takut sekarang. Mimpinya seakan-akan benar.
Dalam mimpi itu, dia nampak Linda dengan memegang sepucuk pistol. Dan dalam
mimpi itu mereka berdua baru selesai berkahwin. Tak di sangka Linda mengacukan
pistol ke kepala Ikhmal. dan.. Ikhmal mati.
Aneesa menggeleng beberapa kali. Dia harus berfikiran waras.
Itu hanya sebuah mimpi. Takkan menjadi kenyataan. Tapi dia tetap harus
berwaspada. Lagipun Ikhmal langsung tak tahu akan Linda yang menelefonnya
semalam.
Selepas 15 minit memandu, akhirnya Aneesa sampai di hadapan
rumah Ikhmal. Nampaknya rumah Ikhmal masih terang.
“ Aneesa!” laungan Ikhmal buat Aneesa berlari terus ke rumah
Ikhmal.
“ kenapa ni? Ada apa awak nak jumpa saya malam-malam begini.
Esok kan kita dapat berjumpa lagi. Kenapa? Tak sabar nak kahwin dengan saya?”
gurau Ikhmal.
Aneesa langsung tidak tersenyum akan gurauan Ikhmal. Mukanya
serius memandang Ikhmal. Ikhmal yang pelik terus menatap wajah Aneesa. Ada
sesuatu yang tidak kena akan Aneesa.
“ jom kita masuk ke dalam. Mama saya masih belum tidur.
Jom..” ajak Ikhmal. Aneesa hanya menurut.
Tempat di sofa di ambil ANeesa. Mama Ikhmal memandang Ikhmal
pelik. Pelik akan kehadiran Aneesa pada malam itu.
“ Mak cik.. maafkan saya. Tapi boleh tak kalau saya nak
cakap berdua dengan Ikhmal. Sekejap je. Tak lama mana pun.” Pinta Aneesa dengan
berharap.
Puan Erin akhirnya mengangguk. Kerusi rodanya di tolak
sehingga ke dapur.
“ ada apa ni?” soal Ikhmal lalu duduk berhadapan dengan
Aneesa.
Tidak semena-mena air mata Aneesa gugur di hadapan Ikhmal. Ikhmal
yang terkejut spontan mengesat air mata Aneesa.
“ Neesa.. kenapa ni?” soal Ikhmal lagi apabila Aneesa
sedikit tenang.
Aneesa menatap Ikhmal. dia langsung tak sanggup jika akan
kehilangan Ikhmal. Dia sanggup jika dia pergi tapi tak mungkin Ikhmal. Ikhmal
berhak mendapat kebahagiaan.
“ saya takut Ikhmal. Saya takut awak akan pergi meninggalkan
saya.” luah Aneesa dalam tangisan.
“ Neesa.. jangan takut. Saya tidak akan tinggalkan awak
lagi. Percayalah. Kecuali maut je yang boleh pisahkan kita.”
“ itu yang saya paling takut awak. Saya baru dapat mimpi
yang menakutkan. Sebab itu saya bergegas datang ke sini ingin memastikan awak
tidak apa-apa. Awak selamat kan?”
Ikhmal mengangguk perlahan. Hatinya jadi sebak melihat
Aneesa saat ini. Kasihan Aneesa yang terpaksa tanggung semuanya.
“ awak… percayalah yang saya tidak akan sesekali tinggalkan
awak. Mimpi tu kan hanya mainan tidur.”
Aneesa terdiam. Dia tahu tapi dia tetap takut. Apatah lagi
Linda tidak menganggunya lagi selepas menelefonnya semalam. Hatinya jadi terus
gelisah selepas mendapat mimpi itu. Tapi dia tahu ia hanya mainan tidur
semata-mata.
“ Neesa.. saya rasa awak patut balik. InsyaAllah semuanya
akan baik-baik saja. Banyakkan berdoa kepada Tuhan.” Ikhmal memandang sayu ke arah
Aneesa.
“ yelah.. hati saya sedikit lega apabila melihat awak dalam
keadaan baik-baik saja. Maaf jika ganggu awak malam-malam begini. Saya balik
dulu.”
Aneesa bangun dari duduk dan menuju keluar rumah. Buat
sekalian kalinya, dia menoleh ke belakang melihat Ikhmal. dia tersenyum.
Ikhmal membalas senyuman Aneesa.
“ hati-hati di jalan raya.” Pesan Ikhmal apabila Aneesa
masuk ke dalam kereta.
Aneesa hanya tersenyum. Moga-moga esok tiada apa-apa yang
buruk akan berlaku.
*****
Nampaknya kau bertekad
Aneesa. Kau ingat kau dah menang dengan berkahwin dengan Ikhmal. Kalau itu yang
kau sangka. Kau silap banyak. Kau tunggu sajalah apa yang akan terjadi nanti.
Awas Aneesa!
Pesanan yang baru Aneesa dapat buat hatinya sangat tidak
tenteram. Serta-merta mimpi yang dia dapat semalam terlayar di fikiran. Pantas
dia menggeleng.
‘ tidak! Ikhmal tidak boleh mati. Ya Allah lindungilah
kami.’
“ Akak… pengantin lelaki dah sampai. Jom turun ke bawah.”
Muncul Aliah dengan senyuman.
Aneesa mengangguk perlahan. Sebelum turun, dia menghembus
nafas dan buang segala perkara yang buruk itu.
Sampai saja di bawah, Aneesa mengambil tempat disisi mama
Ikhmal dan maknya. Dia ukirkan senyuman yang paling manis walaupun hatinya kini
tidak tenteram. Tapi dia pasrah. Berharap tiada apa yang akan berlaku.
“ boleh kita mulakan?” soal tok kadi terhadap Ikhmal.
Ikhmal tersenyum lalu mengangguk. Sempat dia menjeling
Aneesa yang Nampak sangat cantik pada pagi itu.
“ baiklah.. nampaknya semuanya sudah sedia. Kita mulakan
sekarang ye?” ucap Tok kadi yang sedang berhadapan dengan pengantin lelaki
iaitu Ikhmal. Semua yang berada di situ turut mengangguk.
“ baiklah Muhamad Ikhmal Hanafiah Bin Hanif…” mendengar nama
Ikhmal di sebut oleh Tok kadi. Aneesa berdoa dalam hati agar semunya berjalan
lancar.
“ Aku nikahkan akan dikau dengan Nurul Aneesa Bt Yusof dengan
mas kahwinnya RM 200 tunai!”
“ Aku terima nikahnya Nurul Aneesa Bt Yusof dengan mas
kahwinnya Rm 200 tunai!” lafaz Ikhmal tenang.
“ sah?” “ sah..sah..” sahut orang sekeliling.
Alhamdulilah! Dengan sekali lafaz Aneesa telah sah menjadi
suami Ikhmal. Selesai berdoa, Ikhmal menuju ke arah Aneesa iaitu isteri yang
baru sahaja di nikahinya itu.
Dengan berdebar, Ikhmal menyarungkan cincin perkahwinan ke
jari manis isterinya dan melakukan upacara pembatalan air sembahyang.
“ terima kasih kerana masih sudi terima dan tunggu abang.”
Bisik Ikhmal sewaktu mencium dahi isterinya.
“ sama-sama kasih.” Ujar Aneesa perlahan. Malu dengan mata-mata yang memerhati, mereka
berdua berpimpinan tangan menuju ke meja makan bersama keluarga.
“ sayang sangat cantik hari ini.” Puji Ikhmal ketika mereka
sedang menjamu selera.
Aneesa yang di puji oleh suaminya itu hanya menunduk malu. Merah
muka di buat dek Ikhmal. Tiba-tiba dia berasa tidak sedap hati. Adakah sesuatu
akan berlaku.
“ sayang? Kenapa ni?” soal Ikhmal apabila menyedari Aneesa
diam. Macam ada sesuatu yang sedang dia fikirkan.
Aneesa ukir senyuman lalu menggeleng. Mungkin perasaan dia
je tu.
Selesai makan, mereka berdua melayan tetamu yang tidak
henti-henti hadir. Memandangkan Aneesa mengadakan kenduri di Pulau Pinang,
ramai saudara maranya yang hadir.
“ sayang letih?” bisik Ikhmal. Aneesa tersenyum lalu
menggeleng.
Tiba-tiba Aneesa ternampak kelibat yang dia kenal. Serta
merta hatinya berdebar-debar. Tangannya yang berada di dalam genggaman Ikhmal
di genggam erat. Ikhmal yang perasan sesuatu akan Aneesa membalas genggaman
itu.
“ sayang.. kenapa ni?” soal Ikhmal pelik. Aneesa tersentak.
Di pandang wajah Ikhmal.
“ Neesa… Neesa Nampak kelibat seseorang yang Neesa kenal.”
Luah Aneesa sambil memandang sekeliling. Yang pasti kelibat itu adalah Linda.
Itu yang dia takut sekali.
“ siapa?” Ikhmal turut memandang sekeliling. Mana tahu dia
kenal.
Tiba-tiba pandangan Aneesa tertumpu kepada Linda yang sedang
memerhatinya dari jauh. Ikhmal tidak sedari kerana dia sibuk melayan tetamu.
Linda membalas pandangan Aneesa dengan tajam. Dengan
senyuman yang sinis, Linda bergerak ke arah
mereka berdua. Hati Aneesa serta merta di landa resah. Takut mimpinya jadi
kenyataan.
“ Hai korang..” sapa Linda dengan senyuman. Aneesa yang
takut itu cuba ukir senyuman.
“ hai… tak sangka akan jumpa kau di sini. Dari mana ni?”
soal Ikhmal yang masih tidak perasan akan perubahan Aneesa.
“ kebetulan datang. Lagipun aku baru balik dari melancong.
Aku ucapkan tahniah ya..” ucap Linda lalu memandang Aneesa.
‘ kau akan dapat habuan Aneesa. Ikhmal akan mati di tangan
aku. Terimalah akibatnya.’ Linda kembali melihat Ikhmal.
“ Linda.. kau nak apa lagi ni? Lebih baik kau pergi. Aku
tahu niat kau yang sebenar Linda.” Ujar Aneesa dengan tinggi.
Ikhmal yang terkejut itu memegang erat tangan Aneesa.
“ sayang.. dia datang melawat kita kan. Jangan macam tu. Dia
dah berubah sayang.” Pujuk Ikhmal.
Aneesa menggeleng laju. Dia tahu Ikhmal tertipu akan helah
Linda. Yang pasti dia harus bersedia jika Linda bertindak di luar kawalan.
“ well…well…well.. Ternyata kau berani juga ya Neesa. Aku
tak sangka.” Ujar Linda sambil menepuk tangan. Orang yang berada di sekeliling
memandang mereka bertiga pelik.
“ Linda?” Linda tersenyum sinis.
“ ya.. aku Linda yang korang kenal dulu. Hei Ikhmal. aku takkan
sesenang itu berubahlah. Aku kan dah kata yang aku sanggup lakukan apa sahaja
demi dapatkan kau Ikhmal. Tapi usaha aku selama ini ternyata sia-sia. Yang
merosakkan segala rancangan aku adalah kau Aneesa. Kenapa kau hadir semula.
Kenapa? Jadi aku dah bertekad. Kalau aku tak boleh dapat kiranya kau pun takkan
dapat Neesa. Kau takkan dapat Ikhmal.”
Pantas Linda mengeluarkan sepucuk pistol dan mengacukan di
dada Ikhmal. Orang sekeliling yang terkejut itu menjerit. Ada yang berlari.
“ Linda… turunkan pistol tu. Kau dah gila ke?” Ikhmal naik
berang akan sikap Linda.
“ya Ikhmal. Aku dah gila. Aku gilakan kau. Tapi sekarang aku
nak korang rasakan penderitaan aku terutama kau Aneesa. Aku nak kau rasai macam
mana deritanya hidup tanpa Ikhmal. haha..”
Aneesa pantas menggeleng.
“ tidak Linda. Kau tak boleh. Aku akan pertahankan hak aku.”
Aneesa mencerlung melihat Linda.
“ oh ya.. hurmm beraninya.. tapi kau dah terlambat Aneesa…
dengan satu tembakan suami kau akan mati…”
Aneesa memandang Linda dengan debaran yang memuncak.
‘ tidak! Aku takkan biarkan Ikhmal mati di tangan kau Linda.
Takkan!’
Pow!
Linda melepaskan tembakan ke arah Ikhmal. Ikhmal tidak
sempat mengelak, tapi tiba-tiba Aneesa yang berada di sisi Ikhmal telah
menyerbu ke depan dan memberi perlindungan kepada Ikhmal. Peluru Linda tepat
mengenai dada Aneesa.
“ Aneesa!”
Belum sempat Aneesa rebah terkulai menyembah bumi, tubuhnya
pantas dipeluk Ikhmal.
Linda tergamam dan segera membuang pistol di tangannya.
“Ne…Neesa..” dia tak percaya apa yang Aneesa buat.
“Kau! Kau kejam Linda. Kejam!” pekik Ikhmal sekuat-kuat
hati. Air matanya sudah mengalir laju ke pipinya.
Linda tidak mampu berkata apa-apa. Benar, dia tidak
menyangka yang tembakannya mengena Aneesa. Tak sangka yang Aneesa sanggup
korbankan diri sendiri demi Ikhmal.
Ikhmal memangku kepala Aneesa sambil menangis teresak-esak.
Habis baju pengantin mereka berdua penuh dengan darah yang mengalir keluar dari
dada Aneesa.
“ Aneesa… jangan tinggalkan abang. Bangun Neesa. Bangun!
Jangan tinggalkan abang..” dahi isterinya di kucup lama. Tidak sangka isterinya
sanggup mengorbankan diri demi menyelamatkannya.
Linda melihat sekeliling. Semua orang pandang hina ke
arahnya.
“ polis.. tangkap perempuan ni.” Arah seorang pemuda.
Linda jatuh rebah ke tanah. Tapi segalanya sudah terlambat.
“ A…aku… aku minta maaf Ikhmal. a…aku… tak sangka yang..”
Ikhmal pandang Linda tajam.
“ tak sangka Aneesa yang akan terkena tembakan kau? Begitu?
Kau memang kejam Linda. Sanggup kau buat macam ni. Kalau ye pun kau bencikan kami janganlah
sampai membunuh. Kau tahu taK atas perbuatan kau tu nyawa Aneesa berada dalam
bahaya. Isteri aku Linda. Isteri aku!” pekik Ikhmal lagi sambil mengulas wajah
Aneesa.
“ bawa dia ke balai polis. Sekarang!” arah Ikhmal.
Pantas Linda di bawa pergi dari situ.
‘ aku minta maaf Aneesa.’
“ sayang.. bangun. Jangan tinggalkan abang.” Aneesa membuka
mata dengan perlahan. Wajah Ikhmal di pandang dengan senyuman.
“a…a..abang.” panggil Aneesa perlahan. Dia cuba capai tangan
Ikhmal. Pantas Ikhmal menyambut.
“ jangan tinggalkan abang sayang. Jangan pergi.”
Ikhmal mengucup dahi isterinya. Air mata terus mengalir
laju. Beberapa titis menimpa ke muka Aneesa.
“a.a..abang.. maafkan Neesa… re..re..relakan pe.pemergian
Neesa.” Ujar Aneesa lalu mengerutkan dahi apabila kesakitan di dadanya makin
terasa.
“ sayang.. jangan pergi. Abang tahu sayang akan selamat.”
Ikhmal menggeleng-geleng. Dia nak Aneesa selamat.
“ nak..Ya Allah. Sesiapa! Tolong telefon ambulan.” Muncul
mak Aneesa.
“m..mak… ma..maafkan Nee..sa. ha..lalkan makan mi..minum
Aneesa selama ini. Aneesa sa..sayang mak.” tangan Neesa sebelah kiri mencapai
tangan mak dia.
“ ya.. mak dah lama maafkan kamu sayang. Kamu tak salah
apa-apa pun kat mak. Sabar ya sayang.. nanti ambulan datang.” Air mata mak
Aneesa semakin galak turun.
Ikhmal memandang sayu. Dia rasa derita melihat kesakitan
yang terpaksa ditanggung oleh isterinya itu. Kalau boleh biar dia saja yang
menanggung segalanya.
“ m…mak. A…a..abang. ma..masa Neesa su..sudah tak lama lagi.
Ma..maafkan Nee..sa sebab tak dapat te..teman a..abang. Neesa ber..bersalah
sangat. Neesa… harap se..selepas pemergian Nee…sa. Ab..abang dapat cari
peng..pengganti Nee..sa. ye bang ye?” pinta Aneesa sambil tersenyum. walaupun
payah, dia tetap cuba demi suami yang tercinta.
“ Aneesa…jangan cakap macam tu.” Genggaman di eratkan
Ikhmal.
“a..abang. tolong jan..janji dengan Nee..neesa. ka..kalau
ti..tidak neesa tidak a..akan tenang.” Pohon Aneesa. Makin lama makin lemah
keadaan Aneesa. Kesakitannya makin terasa.
Ikhmal memandang mak Aneesa. Mak Aneesa mengangguk perlahan
tanda merelai pemergian Aneesa.
Ikhmal menggigit bibir. Dengan separuh rela, dia mengangguk
perlahan. Wajah Aneesa di amatinya dengan penuh rasa kasih.
“ te..terima kasih ab..abang. te..terima ka..kasih mak. Aneesa
sa..sayang korang se..semua. Neesa akan sen..sentiasa cin..cintakan abang.”
Dada Aneesa berombak kencang. Nafasnya dah tak stabil.
Tangan Ikhmal digenggam erat. Sakitnya amat perit sekali.
“ Neesa..Neesa.” panggil Ikhmal sambil mengoncangkan badan
Aneesa.
Buat kali terakhir, dia tersenyum ke arah Ikhmal.
‘ selamat tinggal abang.’
Akhirnya, tangannya terlepas dari genggaman Ikhmal. Ikhmal
yang terkejut pantas memeriksa nadi Aneesa.
Tangan Ikhmal terketar-ketar apabila mengetahui Aneesa telah
pergi meninggalkannya. Pantas dipeluk isterinya erat.
“ Aneesa… terima kasih kerana sudi jadi isteri abang
walaupun sekejap. Abang janji abang akan redha akan pemergian mu sayang.” Ucap
Ikhmal dengan perlahan.
“ Ikhmal… adakah Neesa sudah pergi?” soal mak Neesa pinta
kepastian.
Dengan perlahan Ikhmal mengangguk. Air matanya kembali
mengalir.
‘ pergilah sayang. Abang
lepaskan Neesa pergi. Moga roh Neesa tenang di sana. Dan ingatlah yang
abang sentiasa akan mencintai sayang walaupun di mana jua abang berada.
Sekalipun Aneesa telah pergi.’
Ikhmal senyum rela akan pemergian isterinya itu. Aneesa tetap akan berada di dalam hatinya.
~ TAMAT ~
P/S: Panjang sikit cerpen… Sorry jika kalau tidak menarik. Dah
cuba sedaya upaya. Harap sudi berikan komen selepas baca. ^^ dan sebagai hadiah.. bawah ini saya sertakan gambar watak2 yg berada dalam cerpen ini. Kiranya ambil dalam gambar tentang Dhia la ye.. hehe..