Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Wednesday 10 June 2015

Cerpen : Tuhan,Tolong Jagakan Dia Untukku.

Hai hai hai.

Cerpen baru lagi. Rasanya maybe ini cerpen terakhir sebelm buka skolah. Haha. So, aku rasa tak ada benda apa dah nak bebel lagi. Happy reading. 



Kakinya laju melangkah ke dalam masjid. Dia sudah terlambat untuk solat berjemaah. Tak mengapalah asalkan dia tidak terlepas waktu Zuhur. Jadi, cepat-cepat dia melangkah masuk ke dalam masjid tersebut dan menunaikan solat Zuhur.

“ Alhamdulillah.”

Mulutnya mengucap syukur sebaik sahaja selesai menunaikan solat Zuhur. Akhirnya, dia melangkah keluar daripada masjid dengan langkah yang tenang.

“ Bro.”

Teguran itu mematikan langkahnya. Kini, dia berada di tangga masjid. Kepalanya ditoleh ke belakang. Ternyata Irfan.

“ Dah? Jom. Kita kena balik ke pejabat ni.”

“ Okay.”

Sebaik sahaja dia melangkah, tiba-tiba ada seorang perempuan lalu di depannya. Matanya terus tertarik pada perempuan tersebut sebaik sahaja perempuan itu terpandang ke arahnya. Kedua-duanya membalas senyuman sebelum perempuan itu kembali melangkah.

Safiy yang melihat perempuan tadi berlalu terus berdebar-debar tanpa sebab. Tapi, selepas beristighfar dia terus kembali tenang.

“ Aku pergi tandas jap. Kau tunggu aku dekat kereta.”

Irfan terus berlalu meninggalkan Safiy yang terpinga-pinga tu.

“ Sekarang juga nak bocor pun. Tadi sebelum solat bukan nak bocor siap-siap. Irfan..Irfan.”

Akhirnya, dia kembali melangkah keluar daripada masjid. Tiba-tiba matanya tertangkap sesuatu saat dia lalu di kawasan taman masjid.

“ Eh! Dompet. Mesti dompet perempuan tadi.”

Tanpa berlengah, dia terus berlari untuk mengejar perempuan tadi. Tapi hampa, kelibat perempuan tadi tidak kelihatan di mana-mana. Terlepas keluhan kecil daripada mulutnya. Matanya masih meliar di kawasan masjid. Akhirnya, dia ternampak sebuah kereta kancil baru keluar daripada perkarangan masjid.

“ Ah! Tu mesti dia. aku kena cepat!”

Cepat-cepat dia berlalu ke kereta. Mujur juga Irfan dah berada dalam kereta.

“ Bro. cepat kejar kereta kancil tu. cepat!” Arah Safiy sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. Irfan yang terpinga-pinga itu hanya menurut tanpa sebarang bantahan.

“ Kenapa dengan kereta tu?” Soal Irfan sebaik sahaja berjaya kesan kelibat kereta kancil tersebut.

“ Aku nak bagi dompet ni. aku rasa dia tak perasan yang dompet dia terjatuh.”

Pedal minyak ditekan supaya dapat mengejar kereta kancil tadi dengan lebih dekat. Hampir 5 minit mengejar, akhirnya Irfan berjaya juga menyekat kereta tersebut dengan berhenti betul-betul di hadapannya.

Safiy pun tanpa berlengah, pantas keluar dan menuju ke kereta Kancil tersebut. Tingkap kereta diketuk.

“ Cik. Buka kejap tingkap ni.” Arah Safiy dengan sopan.

Apabila tingkap kereta diturunkan, terus perempuan tadi menghamburkan perasaan geramnya.

“ Kenapa yang sesuka hati berhenti macam tu ha? Ingat tengah lumba ke? Tak tahu ke bahaya? Kalau kemalangan macam mana? Bahaya tau tak? Haih!”

Safiy tersenyum kecil. Sabar.

“ Tak. Saya Cuma nak berikan dompet ni je. Dompet awak kan?” Jelas Safiy dengan senyuman. Dalam hati tu rasa geram jugalah. Tapi sabar je la.

Perempuan itu terus terkedu. Dompet itu diambil dengan perasaan bersalah.

“ Erk. Terima kasih.”

Sebaik sahaja mendengar ucapan perempuan itu, Safiy pun terus berlalu ke kereta. Alhamdulillah. Selesai masalah. Tapi kena hambur juga. Nasib badan.

**
Mulutnya diketap. Sesekali dia mengetuk meja dengan pen. Penat, dia toleh pula ke arah luar tingkap. Akhirnya, keluhan terlepas daripada mulut dia.

“ ya Allah. Aku rasa bersalah sangat marah dia hari tu. Tapi, aku tak sengaja.”

Kepalanya yang tidak gatal itu digaru perlahan. Perasaan bersalah semakin menyelubungi dirinya. Agaknya, bila lagi aku boleh berjumpa dengan dia?

“ Qisya?”

Teguran itu menyentakkan lamunan Qisya.

“ Beb.”

Qisya hanya mampu memberikan senyuman kepada rakan sepejabatnya itu.

“ Kau kenapa? Daripada tadi aku nampak kau serba tak kena je.”

“ Entahlah. Aku tak tahu nak cerita macam mana dekat kau. Tapi yang pasti aku tengah rasa bersalah gila sekarang ni. Selagi aku tak minta maaf dekat dia. Selagi tu la aku rasa bersalah.” Luah Qisya dengan senyuman hambar.

“ Siapa yang kau maksudkan ni?” Soal Qila tidak faham.

“ Semalam, ada seorang lelaki ni beria-ria kejar kereta aku sampai hampir kemalangan. Aku marah lah dia sebab buatkan orang cemas. Tengok-tengok dia Cuma nak bagi aku dompet. Dompet aku tercicir masa keluar daripada masjid. Rupanya itu niat dia. Bukan sengaja nak kejar kereta aku. Aku rasa bersalah gila ni.”

Qila tersenyum kecil.

“ Kau doakan je lah agar kau dan dia dipertemukan lagi. InsyaAllah aku yakin dia mesti dah maafkan kau. Lagipun kau tak sengaja. Kalau aku pun aku akan marah dia juga.”

Qisya terdiam. Harap-harap macam tu la. Tapi tetap rasa bersalah.

“ Sudah. Sekarang ni kerja kau dah siap belum? Esok kita ada dinner dengan dua buah syarikat besar. So, aku nak ajak kau pergi shopping. Nak beli shawl baru. Hehe.”

Qisya terfikir. Dinner? Arh! Malasnya nak pergi.

“ Kalau aku tak pergi tak boleh ke?”

“ Mana boleh. Wajib! Dah pergi kemas barang. Lepas tu ikut aku.”

Qisya hanya mencebik. Terdesak!

**
Seorang segak mengenakan kemeja berwarna biru. Seorang lagi pula segak mengenakan baju Melayu berwarna hitam. Tetapi, kedua-dua mereka kelihatan kekok untuk terus berada dalam majlis makan malam tersebut. Sebab apa? Sebab jejaka yang mengenakan baju Melayu tadi diperhati.

“ Bro. aku nak balik!”

Safiy hanya mampu membalas senyuman setiap orang yang memandang ke arahnya. Malu beb! orang lain semua mengenakan kemeja. Aku je pakai baju Melayu. Ini semua gara-gara kau Irfan. Kata boleh pakai pakaian bebas.

Irfan tertawa kecil. bahu rakannya itu dipaut mesra.

“ Sorry. Tapi bos yang suruh kau pakai. Kau jangan marah aku pula.”

“ Banyaklah kau punya bos. Kau sengaja nak malukan aku ke apa?”

Safiy sudah hilang sabar.

“ Aku tak tahu lah. Aku dengar bos kata boleh pakai apa-apa pun. Tema bebas. Tengok-tengok, ini jadinya. Sorry lah.”

Safiy merengus geram. Terpaksa tebalkan muka jugalah untuk terus berada dekat sini. Kalau balik apa pula kata bos aku nanti. Nasib..nasib.

“ Kau duduk sini. Makan dan tenangkan minda kau dulu. Aku nak pergi sana jap.”

Safiy menjeling geram ke arah Irfan yang sudah melangkah itu. Kalau tak kau kawan aku. dah lama aku sekeh kepala kau Irfan! Haih!

“ Beb! Sampai bila kena tunggu ni? Aku nak balik weh.”

Suara itu menarik perhatian Safiy untuk menoleh ke belakang. Entah kenapa, dia macam kenal akan suara itu.

“ Ala. Lagi sejam kita baliklah. Kau dah pakai cun-cun ni nak balik. rugi lah beb.”

Safiy tersentak dua saat. Dia?

“ Ish. Benci lah aku dengan kau ni. dah la. Aku pergi makan lagi bagus.”

Akhirnya, Qisya melangkah meninggalkan Qila bersama rakan-rakannya yang lain. Penat berdiri dan penat berleter. Jadi baik aku makan dulu. Tak la kebulur nanti.

Safiy yang sudah kenal akan perempuan tadi hanya tersenyum kecil. Tak sangka. Kuat juga jodoh kita. Nak tegur ke tak? Tegur ke tak?

“ Aku nak makan dekat mana ni?”

Qisya meliar memerhati sekeliling. Tiada meja kosong. Satu meja tu ada empat kerusi tapi hanya seorang je duduk. Aduhai. Dah la lelaki. Gila ke apa aku nak pergi duduk situ. Memang tak la.

Safiy masih memerhati langkah Qisya dengan perasaan berdebar-debar. Arh! Perasaan ini datang lagi. Tapi tidak pula dia ingin mengusir perasaan itu pergi. Sesekali tengok Qisya yang terpinga-pinga itu, buatkan dia tertawa sendirian. Kelakarlah awak ni.

“ Qisya! Meh duduk kat sini!”

Laungan itu mengejutkan Qisya dan Safiy. Kedua-dua mereka terus menoleh ke arah kiri. Terdapat seorang lelaki yang kelihatan segak sedang memandang ke arah Qisya. Safiy yang melihat Qisya sudah melangkah ke arah situ jadi kecewa.

“ Siapa dia? Boyfriend dia ke? Qisya? Aku dah tahu nama kau. Tapi..”

Safiy masih memerhati dengan perasaan kecewa. Kecewa? Dah kenapa? Arh! Abaikan please! Terus dia menoleh semula ke arah pentas. Hatinya cuba untuk bersabar. Tapi tak lama apabila matanya kembali melihat ke arah Qisya dengan lelaki itu. Nampak mesra. Siapa?

“ Bro.. Teman aku ke pentas boleh?”

Safiy tersentak. Haish. Irfan ni kacau daun aku je.

“ Buat apa? Tak nak lah aku. dengan pakai macam ni. memang tak lah aku nak pergi.” Tolak Safiy sekeras-kerasnya.

“ Baru nak ajak kau nyanyi.”

Irfan ambil tempat di depan Safiy. Safiy hanya memandang dengan perasaan kosong.

“ Aku perhati tadi, kau asyik sangat tengok perempuan tu. kau suka dia erk?” Tebak Irfan.

Safiy tersentak. La.. Kawan aku ni perasan ke?

“ Kenapa? Tak boleh ke?”

Irfan tersengih. Ini kali pertama kawan aku ni menyatakan hasrat hatinya. Haha.

“ Boleh sangat. Kalau kau nak aku tolong. Aku sangat sudi menolong.”

“ Ceh. Tapi aku rasa dia dah berpunya la. Tengok lelaki tu.”

Terus mereka berdua menoleh ke arah Qisya yang rancak berbual dengan seorang lelaki. Irfan memandang dengan perasaan tanda tanya. Safiy pula hanya mampu mengeluh. Terlepas ke?

“ Kau belum tanya beb. Mana la tahu tu Cuma kawan sepejabat dia. Kau ni.”

“ Entahlah. Malas lah. Aku nak balik. jumpa esok dekat pejabat.”

Terus Safiy bangun dan terus berlalu keluar. Dia sudah tiada hati untuk terus berada dalam majlis itu. Dan kepergian Safiy mendapat perhatian Qisya.

‘ Siapa lelaki tu? Kenapa macam kenal je?’ Detik hatinya. Tetapi, dia hanya membiarkan persoalannya berlalu sebaik sahaja kelibat Safiy sudah hilang daripada pandangan matanya.

**
Hari ini, dia bertekad untuk berjumpa dengan lelaki yang dia marah dua hari yang lalu. Jadi, bila tiba waktu Zuhur, dia terus bergegas ke masjid yang sama. Tapi kali ini bersama Qila. Dia tak sanggup nak tunggu keseorangan.

Tapi hampa. Hampir 10 minit menunggu di tangga masjid, kelibat lelaki itu tiada. Terlepas keluhan daripada mulutnya. Dengan lemah, kakinya menuju ke sebuah pondok kecil yang berada di tepi masjid tersebut.

Qila sudah setia menunggu sambil membaca buku. Tempat di sebelah Qila di ambil.

“ Dah jumpa ke?” Soal Qila lalu menutup buku. Kini, perhatiannya beralih kepada Qisya.

“ Tak.”

“ Kau okay tak?”

Qisya tersenyum hambar.

“ Aku okay. Jangan risau.”

Qila tersenyum kecil. Rasanya jangkaan dia tepat.

“ Kau suka dia erk?” Duga Qila bersama jongketan di kening.

Qisya tersentak. Tapi dia hanya tersenyum.

“ Jadi kau suka dia? Wah!” Qila pula jadi teruja.

“ Entahlah. Kalau aku suka dia pun aku tak tahu dia siapa. lagipun, aku dah marah-marah dia. mesti dia benci aku kan?”

Qila tergeleng kepala mendengar jawapan Qisya.

“ Qisya. Kalau Allah nak dan dah tetapkan pun. Dengan sesiapa sahaja boleh jadi jodoh kau. Jadi, jangan cepat fikir negatif. Cuba fikir positif. Mungkin tak jumpa sekarang. Sebab mungkin Allah dah aturkan pertemuan antara korang pada hari lain yang lebih sesuai? Mana kita tahu kan?”

Qisya terdiam. Betul juga.

“ InsyaAllah. Kalau korang betul ada jodoh. Mesti akan jumpa juga.” Sambung Qila lagi lantas bangun berdiri.

“ Thanks.”

“ My pleasure. Dah jom balik. Dah lewat ni.”

“ Okay.”

**
“ Arh! Kau lambat. Aku masuk dululah. Aku nak solat berjemaah.”

Tanpa menunggu Qila. Bergegas Qisya masuk ke dalam masjid untuk menunaikan solat Zuhur secara berjemaah. Kehadirannya kali ini ikhlas kerana Allah. Dan dia sudah tidak memikirkan lagi soal lelaki itu. Tapi dalam diam dia berdoa dan berharap agar Allah mempertemukan dia lagi dengan lelaki itu.

“ Allahuakbar!”

Dengan penuh keinsafan dan kesyukuran, Qisya menunaikan solat secara berjemaah itu. Entahlah. Kali ni dia merasakan sesuatu. Dengar sahaja suara imam tadi, dia terus rasa nak menangis. Sesungguhnya dia insan yang paling kerdil di depan Allah. Allahu!

“ Assalamualaikumwarahmatullah..”

“ Alhamdulillah.”

Selesai sahaja solat, Qisya dan Qila terus bersiap-siap untuk kembali ke pejabat semula. Walaupun waktu rehat masih panjang.

“ Beb. aku nak ke tandas kejap. Kau tunggu aku dekat sini.”

Qisya hanya mengangguk sambil menunggu di tangga masjid tersebut. Dalam hati dia berdoa agar dia akan ternampak kelibat lelaki itu lagi. Walaupun harapan semakin tipis.

‘ Ya Allah. Tolong. Aku nak jumpa dia sangat.’ Doanya dalam hati.

Sedang leka memerhati orang ramai beransur keluar daripada masjid, matanya tertangkap satu kelibat. Seorang lelaki yang dia sangat harap dapat berjumpa. Alhamdulillah. Bibirnya terus mengukirkan senyuman.
Tanpa berlengah, pantas dia mengejar jejak lelaki tersebut. Ya Allah. Bantu aku.

“ Aku balik pejabat terus. So, aku balik dululah.”

Kini, Qisya berdiri betul-betul di belakang Safiy. Safiy yang berura-ura nak masuk ke dalam kereta terus menoleh ke belakang sebaik sahaja mendengar seseorang memanggil dirinya.

“ Encik..” Qisya dengan takut-takut memanggil lelaki tersebut.

Safiy tersentak. Qisya!

“ Cik? Ni cik yang marah saya hari tu kan?” Safiy buat-buat tanya sedangkan hatinya suka sangat. Dah lama aku rindu nak jumpa kau.

“ Maaf. Saya nak minta maaf fasal tu. Saya tak sengaja.” Qisya memohon maaf. Dia rasa bersalah sangat.

Safiy tersenyum kecil.

“ Tak apa. saya dah lama maafkan awak. lagipun bukan salah awak.” Balas Safiy dengan tenang.

Qisya menarik nafas lega. Terlepas satu beban.

“ Terima kasih sebab sudi maafkan saya. Kalau macam tu saya pergi dulu.”

“ Eh! Tunggu!”

Langkah Qisya terhenti. Wajah Safiy dipandang dengan penuh tanda tanya.

“ Nama awak?”

“ Qisya. Awak?”

“ Safiy. Safiy Aiman. Selamat berkenalan.”

Safiy! Kau nak buat apa? Saja nak berkenalan. Aku rindu weh!

“ Oh. Okay. Ada apa-apa lagi ke?”

“ Erk.. Tak ada. Thanks.”

“ Okay.”

Terus Qisya berlalu. Sambil tu, bibirnya setia mengukirkan senyuman. Safiy Aiman. Saya akan ingat nama awak sampai bila-bila. Ya Allah. Andai dia jodoh yang ditakdirkan untuk aku. Pertemukanlah kami lagi nanti.

Safiy menjerit kecil. Hatinya puas. Rasanya selepas ni boleh jumpa lagi tak? Ah! Berangan je yang mampu.

‘ Tak apalah. Janji dapat juga kenal. Yahoo!’

**
“ Kau nak pergi mana?”

Qisya jadi terkocoh-kocoh mengemaskan barangnya. Teguran Qila langsung tidak dihiraukannya. Yang penting dia perlu cepat sampai ke tempat yang dia ingin pergi tu sebelum terlambat.

“ Dian Qisya! Aku tengah tanya kau ni!” Qila mula berang.

“ Aku nak ke satu tempat jap. Ada hal penting. Aku pergi dulu.”

Qila memandang dengan tanda tanya. Nak ke mana pula minah ni. Haih. Biarlah.

**
Safiy merenung jam tangannya dengan perasaan berdebar-debar. Sambil menunggu sambil dia menyanyi kecil. Sabar wahai hati. Sabar.

“ Kau tengah tunggu siapa ni bro?” Muncul Irfan.

Safiy tersengih kecil. Kini, dia dan Irfan sedang menjamu selera dekat kedai mamak. Tapi Safiy nak jumpa dengan seseorang. Seseorang yang dia sangat rindui dalam diam. Tetapi kali ini atas urusan kerja. kira nak jumpa klien la.

“ Jumpa klien. Kan kita tengah uruskan projek dekat Klang tu. Kau dah lupa?”

Safiy meliar pandangan ke luar kedai mamak. Masih tak nampak. Ya Allah. Tolong tenangkan hati aku.

“ Oh. Kenapa tak cakap. Siapa klien kau kali ni? Tahu tak?”

Safiy tersenyum lebar. Kepalanya dianggukkan.

“ Siapa? patutlah nampak teruja je daripada tadi.” Usik Irfan. Dia rasa dia tahu siapa.

“ Qisya.”

“ Aku dah agak. Dia tahu tak yang kau ni..”

“ Tak.”

Irfan terlopong.

“ Tapi macam mana?”

Safiy tertawa kecil.

“ Sebab bos aku yang suruh. Aku tawarkan diri je. bos terus setuju. Aku pun apa lagi.”

Irfan pula tersenyum.

“ Ada jodoh nampaknya. Okaylah. Aku balik pejabat dulu. Selamat berkenalan. Haha.”

“ Haha. Apa-apa je la.”

Hilang sahaja kelibat Irfan, muncul pula Qisya dengan keadaan termengah-mengah. Dia sedar dia sudah terlambat. Agaknya, kliennya tu akan marah tak?

Safiy yang sudah sedar akan kehadiran Qisya terus bangun dan berdepan dengan Qisya. Dia yakin Qisya tak tahu siapa yang dia akan berjumpa.

“ Hai Qisya. Klien Datuk Haris daripada Syarikat Express Holding. Kan?”

Qisya terlopong. Safiy! Dah dekat sebulan tak berjumpa. Tak sangka dapat berjumpa juga kali ni. Ya Allah.

“ Erk.. Ya. Macam mana awak tahu?”

“ Sebab saya klien awak. saya ganti bos saya.”

Qisya terteguk air liur.

“ Jomlah. Kita bincang sambil makan.”

Qisya hanya menurut. Terus dadanya berdebar kencang. Alahai! Please! Aku datang sebab urusan kerja lah! Janganlah gelabah sangat. Nanti dia perasan!

“ Okay. Boleh kita mulakan?” Soal Qisya pula selepas berjaya tenangkan diri.

“ Of course.” Safiy mula berwajah serius. Kerja tetap kerja. jangan campur dengan hal peribadi. Itu prinsipnya.

Hampir sejam perbincangan, akhirnya selesai juga. Mereka berdua menghembuskan nafas lega sebab dah selesai. Senyuman diukir.

“ Alhamdulillah. Jadi minggu depan saya bolehlah gerak ke Jepun untuk projek yang seterusnya.”

Qisya tersentak. Jepun? Jauhnya!

“ Jepun? Kenapa jauh sangat?”

Safiy tersenyum. Ya. Dia sendiri pun tak sanggup nak pergi sebab jauh sangat. Tapi apakan daya. Atas urusan kerja.

“ Haah. Ada projek baru dekat sana. Dah tanggungjawab saya untuk pergi.”

Qisya terdiam. Adakah selepas ini kami berpeluang untuk berjumpa lagi?

“ Boleh kita jumpa minggu depan? Ada something saya nak cakap.”

Pandangan mereka bertaut.

“ Hal apa?”

“ Secret. Boleh kan?”

“ InsyaAllah.”

Dan kali ini, mereka berdua berharap sangat jodoh mereka berpanjangan.

**
“ Safiy! Mana awak?”

Qisya rasa macam nak menangis. Insan yang dia nak jumpa tu masih belum ditemui. Dia terlewat lima minit. Takkan Safiy dah naik plane? Ya Allah.

“ Qisya. Bawa bersabar. Kita cari lagi okay.” Qila yang ikut memberikan sokongan.

Qisya meliarkan pandangannya di sekitar lapangan terbang KLIA tersebut. Tapi terlalu ramai orang. Dia langsung tak dapat cam wajah Safiy.

“ Dia janji nak tunggu aku sebelum pergi. Tapi mana dia sekarang? Ya Allah.”

Qisya jadi semakin resah. Langkahnya dilajukan menuju ke arah balai pelepasan. Mana tahu dia sudah masuk ke dalam.

“ Safiy!”

Tak guna menjerit. Safiy mesti takkan dengar. Air matanya dah bergenang.

“ Dia dah pergi kot.” Qila termengah-mengah mengejar langkah Qisya.

“ Aku ada benda nak cakap dekat dia. dia pun sama. Aku akan menyesal kalau tak cakap sekarang.”

“ Ala kau ni. dia pergi seminggu je pun kan? lepas tu kau boleh cakap lagi.”

Qisya mengetap bibir. Arh! Kenapa aku jadi gelabah macam ni? Macam dia takkan balik ke Malaysia lagi.

“ Aku tak tahu lah beb. hati aku rasa macam tak kena ja.”

Langkahnya makin lama makin perlahan. Kini, dia berdiri tepat di depan balai pelepasan. Qila di belakangnya hanya mampu berdiam diri. Tak tahu nak cakap apa lagi. Tapi dia masih berusaha cari kelibat Safiy agar Qisya tidak bersedih lagi.

“ Beb! Aku rasa aku dah jumpa dia.” Qila tersenyum panjang.

Qisya yang tunduk tadi pantas mendongak. Dan kini, jauh di hadapan Safiy sedang melihatnya bersama senyuman lebar.

“ Awak! Maaf!” Laung Qisya dengan linangan air mata. Kini, mereka terpisah di antara pagar kecil. Qisya diluar. Safiy di dalam.

“ For what? Awak tak salah pun. Janganlah nangis.”

Qisya tersenyum kecil.

“ Awak kata awak nak cakap something dekat saya. Apa?”

Safiy mengerling jam tangannya. Ada lagi 10 minit sebelum aku berangkat ke Jepun. Rasanya inilah masa yang sesuai.

“ Qisya! Tunggu saya! Janji awak akan tunggu saya!” Laung Safiy dengan sekuat hati.

“ Saya tetap akan tunggu awak.”

“ Awak dah janji. Jadi, perkara seterusnya saya akan cakap dekat awak bila saya balik daripada Jepun.”

Qisya tersentak. Tapi tak pula dia membalasnya. Hanya air mata jadi saksi.

“ Qila! Tolong jagakan dia untuk saya. Saya pergi tak lama. ” Pesannya pula pada Qila.

“ Yelah! Saya tahu. Cepat pergi. Dah lambat ni.”

“ Qisya. Jaga hati, jaga diri dan jaga iman. I will miss you.”

Safiy kembali melihat ke arah Qisya. Cukuplah sesaat aku lihat dia, kalau aku tengok lebih lama, aku takut aku tak kuat untuk terus melangkah. Satu je yang aku harapkan Ya Allah. Tolong jaga hatinya untukku. Aku cintakan dia hanya kerana Mu Ya Allah. Satukanlah kami nanti.

Apabila Safiy mula melangkah, Qisya sudah lencun dengan air mata. Tapi dalam hati dia berdoa agar Safiy selamat sampai dan selamat pulang. Itu je yang dia harapkan.

‘ Awak. saya tetap akan tunggu awak.’

**
‘ Nahas Kapal Terbang ke Jepun Terhempas. Ramai mangsa terkorban.’

Air matanya terus mengalir sebaik membaca tajuk di dada akhbar ketika itu. Hatinya terus berdebar kencang. Lututnya juga dah tak mampu tanggung berat badannya ketika itu. Dia terus terduduk akibat terlalu takut.

“ ya Allah!”

Jeritan itu sekali gus mengejutkan Qila yang tengah kyusyuk menonton television ketika itu. Pantas dia menuju ke bilik Qisya.

“ Qisya? Kenapa ni?”

Qisya sudah menangis teresak-esak dalam pelukan Qila.

“ Safiy Qila. Safiy!”

Saat matanya terpandang tajuk di surat khabar itu, Qila terus terduduk bersama Qisya. Air matanya turut mengalir. Ya Allah!

“ Qila! Safiy Qila! Safiy!”

Qila mengetap bibir. Terus dia menguatkan pelukan bagi menenangkan Qisya. Berat dugaan ini Ya Allah.

“ Kita doakan agar semuanya selamat. InsyaAllah.”

Qisya menangis dan menangis. Tiba-tiba dia teringat semula kata-kata Safiy semalam sebelum lelaki itu berangkat ke Jepun.

“ Qisya! Tunggu saya! Janji awak akan tunggu saya!”

Qisya memejamkan matanya erat. Awak!

“ Qisya! Qisya! Ya Allah!”

Qila tersentak apabila menyedari Qisya sudah tidak sedarkan diri. Pantas dia mendail nombor ibu bapa Qisya. Ya Allah. Selamatkanlah mereka berdua.

**
“ Mangsa terkorban semakin bertambah. Tetapi identiti masih belum diketahui. Kami berharap pihak di luar sana bawa banyak bersabar. Kami akan berusaha dengan sedaya upaya demi menyelamatkan mangsa terhempas ini.”

Qisya yang mendengar berita itu hanya mampu mengalirkan air mata. Dalam hati dia berharap sangat yang Safiy bukanlah salah seorang daripada mangsa yang terkorban itu.

“ Qisya. Makan dulu. Daripada semalam lagi kau tak makan. Risau aku.”

Qisya masih setia memerhati skrin television. Qila yang melihat jadi pilu. Ya Allah. Kuatkanlah hati Qisya.

“ Aku Cuma nak jumpa Safiy Qila. Aku just nak jumpa dia.”

“ Ya. Aku tau. Tapi, kalau kau tak makan kau takkan sembuh. Dan kalau kau tak sembuh, kau tak boleh keluar daripada hospital ni. Macam mana kau nak cari dan jumpa Safiy?”

Qisya tersentak.

“ Makanlah sikit. Sikit pun jadilah. Mak ayah kau pun jadi risau tengok kau ni. Aku yakin Safiy selamat di sana. Kita hanya perlu berdoa banyak-banyak.” Qila masih tidak putus-putus memberikan semangat buat Qisya. Itu saja usaha yang dia ada.

“ Qila.. Kau yakin dia masih hidup?”

“ Ya. Aku yakin sangat. Selagi mereka tak tunjukkan identiti Safiy di antara yang terkorban tu, selagi itulah aku yakin dia masih hidup.”

Akhirnya, Qisya menarik senyuman hambar. Tak! Dia harus kuat! Dia tak boleh lemah. Kalau lemah macam mana dia nak cari Safiy!

“ Okay. Aku akan makan. Aku nak sembuh dan nak cari Safiy.”

Qila mengucap syukur. Alhamdulillah.

“ Baguslah. Okay. Sekarang makan. Lepas tu tidur.”

“ Tak. Aku nak buat solat hajat. Kita buat sama-sama erk?”

Qila hanya tersenyum lantas menganggukkan kepalanya. Safiy. Baliklah cepat.

**
Dah seminggu berlalu. Seminggu itu jugalah Qisya tidak henti-henti berdoa dan buat solat hajat agar Safiy selamat di sana. Itu saja harapan yang dia ada. Qila yang melihat sudah mampu menarik nafas lega. Qisya sudah jadi macam dulu. Cuma wajahnya dah hilang senyuman semenjak berita kapal terbang terhempas tu.

“ Qisya.”

Qisya yang baru selesai membaca Al-Quran itu mendongak ke arah Qila. Senyuman kecil ditarik.

“ Duduklah.”

Qila merenung wajah Qisya dengan penuh rasa kasih sayang dan simpati. Hatinya sedih tengok Qisya macam ni.

“ Tadi, aku tengok berita. Ada lagi dua orang mangsa terkorban. Tapi bukan Safiy.”

Qisya menarik nafas lega. Alhamdulillah.

“ Aku nak tanya kau something.”

“ Tanyalah.”

“ Kau betul-betul cintakan dia?”

“ Ya.”

“ Jadi, kau tak nak kan dia tengok kau dalam keadaan sedih macam ni?”

Qisya terdiam.

“ Qisya. Aku tahu kau sedih. Bukan kau je, semua orang sedih akan berita ni. tapi, kau tak boleh lemah. Kau kena kuatkan semangat kau. Aku yakin, usaha kau ni akan berhasil. Aku yakin Allah sedang mendengar doa kita. Cuma, satu je permintaan aku. kembalikan Qisya aku yang dulu. Aku rindu dia yang dulu.”

Kata-kata Qila telah membuatkan Qisya menitiskan air mata buat keberapa kali pun dia sudah tak tahu.

“ Qila. Aku minta maaf.”

Terus Qila tarik Qisya ke dalam pelukannya. Ya Allah. Sampai bila Qisya harus macam ni.

“ Aku takut Qila. Aku takut. Ini kali pertama aku sayangkan seorang lelaki. Dan aku takut kalau aku betul-betul kehilangan dia.”

“ Syuhh. Kita kena terima. Kalau dia bukan jodoh kau, kau tak boleh tolak. Kita kena terima dengan hati yang terbuka walaupun perit. Qisya. Tolong. Kuatkan semangat kau. Aku tahu ini ujian untuk kau. Allah tengah uji kau Qisya.”

“ Aku tau. Terima kasih Qila. Kalau kau tiada, mungkin aku tak sekuat ini.”

Qila tersenyum tawar. Sebab kau sahabat aku Qisya.

“ Jom turun. Aku dah sediakan makanan.”

Terus pelukan dileraikan. Mereka berdua bangun dan menuju ke ruang tamu. Berita tentang kapal terbang terhempas itu masih disiarkan. Qisya lihat dengan perasaan kecewa. Qila hanya mampu melihat. Sabar lah kawan.

“ Berita terkini. Kami baru dapat tahu, salah seorang penumpang yang terkorban hari ini sudah diketahui identitinya. Nama penumpang tersebut ialah Muhammad Safiy Aiman Bin Safiy Hamid. Berusia 27 tahun. Berasal daripada Kuala Selangor.”

Qisya dan Qila. Masing-masing terhenyak dengan berita itu.

“ Ya Allah!”

“ Qisya!”

**
Setahun dua bulan kemudian…

“ Ya Allah. Daris Raiyan! Mama penat nak kejar kamu ni.”

Raiyan masih berlari dengan gelak tawanya. Anaknya yang baru berusia setahun itu sangat aktif. Sampai naik penat ibunya mengejar.

“ Raiyan! Tunggu mama!”

Qisya menyeka peluh di dahinya. Penat kejar anaknya yang semakin aktif tu. Tak padan dengan kecik.

“ Raiyan! Hati-hati!”

Akhirnya, Qisya terus duduk pada kerusi kosong bagi menghilangkan lelah. Penat! Mana pergi papanya pun tak tahulah. Budak tu bukan boleh. Pantang ditinggalkan. Mulalah nak hilang. Nak seronok la apa la. Semua ada.

“ Papa!”

Jeritan itu mengejutkan Qisya. Raiyan hanya pandai sebut papa,mama dan nak. Tu je yang dia pandai. Itu pun papanya yang ajar. Pantas Qisya bangun dan menuju ke arah Raiyan sedang didukung papanya itu. Senyuman kecil diberi.

“ Nakal ye anak papa ni. Kesian mama kejar kamu.”

Qisya tersenyum. Bila tengok Raiyan. Mesti teringat dia. Bila tengok dia mesti teringat Raiyan. Muka mirip sangat.

“ Tahu pun nakal. Yang papa dia tu pergi mana pun tak tahu lah.” Sindir Qisya lantas mengambil Raiyan semula. Pipi anaknya itu dikucup dengan penuh kasih sayang.

Dia tersengih lantas memaut bahu Qisya dengan erat.

“ Abang ada hal sikit tadi. Sayang jangan marah.”

Qisya tersenyum.

“ Tak la. Jom la balik. lama sangat anak kita ni bermain. Mesti dia penat.”

“ Jom. Raiyan. Kamu nak makan aiskrim?”

“ Nak!”

Qisya mencerun ke arah suaminya itu.

“ Muhammad Safiy Aiman! Sedar sikit anak awak ni tengah batuk.”

Safiy tertawa kecil. Pipi Qisya dicuit mesra sebelum mencium pipi tersebut.

“ Sorry sayang. Dia yang nak.”

Qisya merengus geram.

“ Dah. Jom balik!”

Terus Qisya menonong ke kereta. Malas nak layan.

“ sayang! Tunggu!”

Safiy hanya mampu tersenyum selepas melihat Qisya berlalu. Ya Allah. Alhamdulillah. Terima kasih kerana panjangkan jodoh kami. Tak sangka, kami masih akan bersama walaupun aku hampir terkorban waktu tu.

“ Abang! Tunggu apa lagi tu? Cepatlah!”

“ Okay sayang!”

Yang pasti. Aku cintakan isteri aku sangat-sangat dan putera kecil kami tu.

**
Setelah berjaya menidurkan Daris Raiyan, barulah Qisya menuju ke ruang tamu bagi menemani Safiy. Lega! Bila anaknya dah tidur barulah boleh rehat sepuas-puasnya.

“ Abang.”

Tempat di sisi SAfiy di ambil dengan senyuman.

“ Dah tidur ke budak tu?”

“ Dah.”

Kini, mereka berdua tertumpu pada skrin televisyen.

“ Abang. Qisya nak tanya something boleh?”

“ Tanya je la. Apa?”

“ Macam mana abang boleh terselamat waktu tu? Sedangkan dekat berita dah terang-terang cakap abang dah terkorban. Buktinya, IC abang dijumpai bersama mayat tu. Yang meyakinkan sebab muka penumpang tu dah terbakar.”

Sebenarnya, dah lama dia nak tanya. Tapi tak berkesempatan. Setiap kali dia nak tanya, mesti Safiy akan cakap lupakan benda yang dah berlalu. SO, dia nak kata apa lagi?

Safiy tersenyum lantas baring di atas riba isterinya itu. wajah Qisya direnung dengan penuh kasih sayang.

“ Hurmm.. Abang pun tak sangka sebenarnya abang boleh terselamat. Kuasa Allah kan? Sebelum kapal terhempas tu, abang ada suruh penumpang sebelah abang  tolong jagakan dompet abang. Sebab abang nak ke toilet. Dan, bila abang dah jauh sikit daripada dia, tiba-tiba ja kapal terbang tu dah tak stabil kedudukannya. Abang dah cemas gila waktu tu. Satu benda je yang abang dapat fikir waktu tu. Qisya tahu apa?”

Qisya hanya menggelengkan kepalanya.

“ Abang teringatkan Qisya. Abang dah janji nak tunggu dan suruh Qisya tunggu. Jadi, abang rasa masa tu abang kena selamatkan diri juga walaupun keadaan amat tipis waktu tu.”

Safiy berjeda seketika. Bila teringat waktu cemas itu, dia jadi insaf dan betapa kerdilnya dia di atas muka bumi Allah ini.

“ Abang nak kembali semula ke penumpang tadi. Tapi, semuanya dah terlambat, tiba-tiba ja kapal terbang tu terus menjunam ke bawah. Kami semua apa lagi, jeritlah. Abang pun dah terduduk waktu tu. Abang berdoa banyak-banyak agar abang selamat. Bila abang nampak jaket keselamatan, terus abang ambil dan pakai. Abang Cuma nak selamatkan diri abang waktu tu.”

Qisya masih mendiamkan diri. Dia ingat waktu tu Safiy dah betul-betul tiada.

“ Dan nasib abang baik. Waktu tu, tingkap sebelah kanan abang tu terbuka. Penumpang duduk sebelah tingkap tu dah siap pakai jaket keselamatan, jadi dia terus lompat keluar. Bayangkan? Abang pun sebenarnya tak fikir panjang gak waktu tu. So, abang ikut dia. Abang pun lompat keluarlah dengan jaket keselamatan abang ni. Abang hanya mampu berdoa dan minta pertolongan Allah je waktu tu. Dan alhamdulillah. Kami terjatuh dalam kawasan air. Jadi, kami tiada kecederaan yang serius. Kira waktu tu yang terselamat ada dalam 10 orang. Bila dah terselamat, kami terus ke pinggir pantai. Masa tu hanya Allah je yang tahu perasaan kami.”

Tanpa dipinta, air mata Qisya mengalir dan terjatuh atas dahi Safiy. Dia yang mendengar pun dah rasa takut apatah lagi jika dia sendiri yang mengalaminya.

Safiy tersenyum. pantas dia bangun dan menyeka air mata isterinya itu.

“ Abang dah selamat sayang. Jangan nangis ye.”

“ Qisya memang dah tak kuat waktu tu. Qisya ingat abang betul-betul dah pergi tinggalkan Qisya.”

Safiy terus tarik Qisya ke dalam pelukannya. Qisya yang sedang menangis itu ditenangkan dengan lembut.

“ Syuhh. Yang penting abang selamat kan? Maafkan abang sayang.”

Qisya hanya mengangguk dalam pelukan Safiy.

“ Mujurlah abang dan kawan-kawan abang cepat dapatkan pertolongan. Kalau tidak sampai sekarang abang tak keluar lagi daripada pantai tu. mujurlah baru seminggu berita kematian abang dilaporkan.”

Safiy terjerit kecil sebaik sahaja perutnya dicubit. Terus pelukan terlerai.

“ Janganlah sebut fasal mati. Abang ni!”

“ Tapi semua akan mati sayang.”

“ ye. Tahu. Tapi yang penting sekarang abang selamat.”

Safiy menarik senyuman. Qisya.

“ Abang sayangkan Qisya sangat-sangat.”

“ Qisya pun.”

Akhirnya, dahi Qisya dikucup lama sebagai tanda yang Safiy betul-betul sayangkan isterinya itu. dia tak sanggup untuk kehilangan Qisya sekali lagi. Tak.

Ya Allah. Terima kasih tolong jagakan dia waktu aku tiada di sisinya. Sesungguhnya, Kau yang berhak menentukan jodoh kami dan Kau juga yang berhak mengaturkan pertemuan kami. Terima kasih ya Allah.

~Tamat~

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers