Aku jenguk ke sini sebab nak inform sesuatu. Sebenarnya aku ada buat short story yang bertajuk Kau Lelaki Itu. Tapi aku takkan upolad dekat sini. Sebab short story ni khas dibuat untuk diupload dekat WATTPAD. Tapi yes. Aku akan letak juga dalam blog dekat tepi. Aku akan sertakan link untuk korang boleh terus ke laman web situ untuk baca. So, mudah kan? Hehe.
So kalau rasa nak baca boleh pergi ke wattpad aku. InsyaAllah hujung minggu ni akan ada cerpen baru. Dah tunggu lama kan? Maafin. Okay. Aku akan post juga dalam bulan ni cerpen baru. Untuk korang yang setia menunggu.
Meh. Nak bagi teaser sikit story Kau Lelaki Itu. Baca jangan tak baca. Hehe.
Satu persatu wajah yang berada di hadapanku itu dipandang.
Sampai rasa naik juling mata aku ni. Yalah. Dah dekat setengah jam aku tengok
tapi langsung tiada respond pun. Seorang tunduk. Seorang senyum. Seorang lagi
pula buat muka selamba. Haish! Mirgrain!
“ Excuse me!”
Aku terus bangun berdiri. Lama-lama aku duduk sini, boleh
stress aku. Semua ni Adira punya fasal. Dah kenapa suruh aku jumpa tiga orang
lelaki yang macam tak berapa betul ni? Motif?
“ Eh! Awak nak ke mana?” Salah seorang yang asyik tersenyum
tadi menyoal.
“ Nak balik. Bosan.”
Baru je aku nak jalan, lelaki yang buat muka selamba tadi
terus bangun dan berdiri depan aku. Aku pula yang terteguk air liur saat
melihat dia. Mak aii! Tingginya kau!
“ Kau tak boleh balik.” Dengan wajah selambanya dia berkata.
Aku merengus geram. Terus aku tolak badan dia ke tepi.
“ Suka hati lah aku nak balik ke tak nak balik. Bukannya ada
kena mengena dengan korang pun. Aku tak tahu siapa yang suruh korang datang
sini dan motif korang. Tak faham!”
Tiba-tiba lelaki yang tunduk tadi pula bangun dan berdiri
sebelah lelaki selamba tadi. Aku menjongketkan kening tanda ingin tahu.
“ Kami ni calon-calon suami awak. Dan kami nak awak pilih
salah seorang daripada kami. Sebab tu kami datang.”
Aku terlopong.
“ What!?”
Aku menepuk dahi. Sah! Semua ni idea Adira. Ya Allah. Macam
aku terdesak sangat nak kahwin. Sedangkan umur aku baru mencecah 25 tahun. Apa
kena dengan Adira ni! tahulah semalam aku cakap dekat dia yang aku nak kahwin.
Tapi aku main-main je kot. Arhhh!
“ So, awak pilih siapa?” Lelaki yang senyum tadi pula soal.
Aku meraup muka perlahan lantas memandang mereka dengan
senyuman hambar.
“ Saya pilih….”
*Ops! Cukuplah setakat itu. Kalau nak tahu lebih lanjut bacalah dekat wattpad okay?*
nak link
ReplyDeleteTengok sebelah knan dekat atas sekali. Saya ada letak cover short story tu. Just tekan gambar tu untuk baca. Nak senang lagi.. buka wattpad dan cari nama norsyima96. Goodluck :)
Delete