“ Assalamualaikum cik adik!”
Sergahan itu buat aku duduk tegak daripada meletakkan
kepalaku di atas meja. Hish! Mengganggu je kerja kawan aku ni. Nak tidur kejap
pun tak boleh. Aku buat muka masam.
“ Waalaikumussalam. Nak apa?” Soalku lalu kembali meletakkan
meja di atas kepala.
Aku sangat mengantuk kerana hari ni pecah rekod aku datang
awal ke sekolah. Selalunya 7:15 baru aku sampai di dataran sekolah. Tapi hari
ni? Ya..tepat pukul 7:oo pagi aku sudah sampai. Pecah rekod betul.
Ini gara-gara abang aku lah. Takut terlewat ke tempat kerja
jadi suruh aku cepat. Lagipun tayar motor aku pancit. Mahu tak mahu aku
turutkan je lah.
“ Amboi! Sempat lagi kau termenung. Apa mimpi kau datang
awal pula ni?”
Aku memandang dia seperti orang tidak berperasaan. Dia ni
kalau tak ambil tahu hal orang tak sah. Dan itulah orang yang bernama Kalisha.
Tapi dia baik orangnya.
“ Aku terdesak datang awal. Lagipun bukan kau ke asyik
merungut aku datang lambat. Sekarang bila aku datang awal kau merungut pulak.”
Bebelku dalam keadaan mata terpejam. Langsung aku tidak mendongak ke arahnya.
“ Yelah. Maafkan aku. Jom kita gerak ke dewan.”
Aku mendongak melihatnya. Mataku kerling ke arah dewan yang
berada berdekatan kelas aku. Kiranya berhadapan je lah.
“ Awal lagi ni. Baru pukul 7:05 pagi. Kita kena berkumpul
pukul 7:20 pagi.”
Aku meraup mukaku perlahan. Dahlah semalam tidur lambat.
Ulangkaji terlebih.
“ Ikut kau lah. Aku pergi dulu.” Terus dia pergi tinggalkan
aku yang terpinga-pinga itu.
Aku kemudian menoleh ke arah kanan pula. Kawan semeja aku
dari setahun yang lepas. Nampaknya dia tekun menyiapkan kerja sekolah. Dia ni
bukan tak pandai. Pandai .. Cuma malas je.
“ Apa yang kau tengok aku sampai macam tu?” Teguran dia buat
aku tersengih.
“ Tak dak lah. Weh.. Nak pinjam novel M.A.I.D. boleh?”
Soalku dengan senyuman.
Dah lama aku mengidam nak baca novel tu. Haish! Jangan salah
sangka. Bukan mengidam mengandung. Walaupun novel tu dah lama tapi aku masih
belum berpeluang nak baca.
“ Ala kau ni. SPM nak dekat pun masih nak baca novel.”
Aku mencebik. Aku tahulah. Sekarang dah masuk bulan 5. Tapi
tabiat aku terhadap novel masih belum dapat dipisahkan buat sementara.
“ Itu cara untuk aku hilangkan strees. Ala..bolehlah.” Rayuku
dengan muka penuh mengharap.
Dia atau sebenarnya Wani memandangku tajam. Kemudian
senyuman terukir di bibinya. Itu maknanya dia dah setuju.
“ Esok aku bawa. Jom ke dewan.”
Aku pun apa lagi tersengih lebarlah.
“ Okey maam!”
**
Argh! Letihnya hari ni. Daripada pagi tadi sampailah pukul
10 pagi ni, asyik belajar je. Dah tu matapelarajan yang sama plak. Sains Sukan.
Yap! Itulah aku belajar daripada pukul 8 sampai pukul 10 pagi. Aku sangatlah
letih. Dahlah subjek itu yang aku lemah. Haish!
“ Kuyu je mata tu.” Tegur Khalisya.
Aku berjalan menuju ke tempatku. Buku di masukkan ke dalam
beg. Kemudian aku duduk dan menyembamkan mukaku ke atas meja. Penat!
“ Teruklah kau ni Di! Tak padan dengan budak kolej. Aku rasa
budak kolej lagi penat kot.” Itu suara Wani.
Aku hanya tersenyum. Nak keluar rehat pun tak dak seleralah.
“ Whateverlah!” Suaraku perlahan. Dah tak ada tenaga. Penat
perah otak jawab soalan cikgu tu.
“ Maafkan saya!”
Aku terus mendongak dan melihat ke arah muka pintu. Kelihata
seorang pelajar lelaki yang aku tidak kenali berada di situ. Dua orang kawan
aku pun tak tahu.
“ Ya. Cari siapa?” Soal Khalisya ramah. Aku hanya melihat.
“ Nak cari cikgu Amzah. Dia di mana?”
Aku dengan malas melangkah ke luar kelas. Dengan keadaan
lesunya aku hanya melihat pelajar itu. Kemudian aku memusingkan badan untuk ke
kantin.
“ Tunggu!” Erk? Apakah? Jadi aku pun menoleh ke belakang.
Dia tersenyum. Apa?
“ Awak pasti perempuan yang di Teso minggu lepas kan?” Aku
berkerut dahi.
“ Hah?” Dengan blurrnya aku bertanya.
“ Apa awak cakap ni? Tak faham?” Tapi dia hanya tersenyum.
Hampeh!
**
Oh My God! Pelajar lelaki itu adalah budak baru kelas aku.
Aiseyman! Dan satu yang aku tak suka. Kenapa dia asyik tersengih bila lihat
aku. Macam aku ada buat salah. Tapi apa? Jumpa pun tak pernah.
“ Weh..Kenapa dia asyik pandang aku pelik?” Tak tahan dengan
budak tu terus aku Tanya Khalisya yang berada di hadapan aku.
Mujur cikgu tak datang. Kalau tidak aku tak lah santai macam
ni.
“ entah. Kau tanyalah dia.” Itu je dia kata. Hurmm..
“ Awak..”
Aku menoleh ke kiri. Erk! Dia panggil aku ke?
“ Ye.. Saya panggil awak Dilaisya.” Aku tersentak. Nama aku?
Macam mana dia boleh tahu?
“ Kan nama awak dah ada dekat tag tu.” Aku termalu sendiri.
Itu pun tak fikir aku ni.
“ Nak apa?” Soalku terus terang. Mahu aku cair asyik tengok
senyuman dia tu.
“ Saya nak ucap terima kasih sebab tempoh hari.”
Aku tergaru-garu kepala yang tidak gatal. Masa bilanya aku
jumpa dia ni.
“ Awak pasti dah lupa ni. Tak apa balik nanti awak fikir
dulu.”
Aku terlopong mendengar jawapan dia. Boleh tahan dia ni.
Khalisya asyik merenung aku daripada tadi tersengih kerang busuk. Hampeh punya
kawan. Tahu sengih je.
**
“ Oh mak kau!”
Aku terlatah apabila mendapat sergahan daripada seseorang
yang sama sekali aku tak sangka. Aku dalam perjalanan pulang ke rumah. Berjalan
kaki je. Dah tu sorang-sorang plak. Manalah aku tak terkejut apabila tiba-tiba
kena sergah. Tak boleh pakai punya laki.
“ Ops sorry!” Ucapnya dengan sengihan.
Aku malas nak layan jadi aku meninggalkan dia. Nak balik
cepat dan buat revision. Aku tak habis fikirlah. Betul ke aku pernah berjumpa
dengan dia? Fikir balik Di. Fikir!
“ Awak! Dilaisya!” Langkahku terhenti. Aku terus memandang
tajam ke arahnya.
“ Awak nak apa lagi?” Soalku tak puas hati.
“ Saya Cuma nak berkenalan dengan gadis comel macam awak je.
Tak boleh ke?” Ujarnya dengan senyuman manis.
Aku terlopong. Terus-terangnya dia ni.
“ Awak yang nak kenal tapi bukan saya.” Aku kembali
melangkah.
“ Awak!” Aku tidak pedulikan laungannya itu. Malah makin
bertambah laju langkah aku yang ambil.
“ Dilaisya! Ada tikus belakang awak!”
“ Hah!”
Aku terus berlari apabila dia berkata demikian. Setelah
penat aku berhenti. Tercungap-cungap jadinya. Tapi aku pelik. Kalau betul tikus
ada belakang aku tadi, kenapa sekarang bila aku tengok belakang dah tak ada.
Dan tikus kan lari lagi laju daripada aku dan yang pasti mesti ada bunyi.
Takkan aku terkena?
“ Hahaha..” Terdengar ketawa halus di hujung jalan.
Jadi tanpa berlengah, aku kembali ke tempat tadi dan
kelihatan dia sedang ketawa terbahak-bahak.
“ Hampeh punya laki!”
Ish! Tak puas hati betul. Memang kau ni.. argh!
**
“ Assalamualaikum tuan puteri.”
Ucapan itu aku terima dengan senyuman.
“ Waalaikumussalam. Ye anda cari siapa?” Skemanya aku Tanya.
Lantak kau lah!
“ Saya nak cari seseorang yang telah mencuri hati saya. Di
mana ya dia?” Aku menjongket kening.
“ Manalah saya tahu. Itu kan hati awak.”
Aku yang tengah buat kerja sekolah menyambung. Nak buat
kerja pun tak senang. Mujur Khalisya dan Wani belum sampai. Kalau tidak aku
asyik di usik je.
“ Kalau saya kata awak yang telah curi hati saya. Macam mana
pula tu?” Aku tersentak.
Serentak itu juga pensel yang berada di genggamanku
terlepas. Tapi aku Berjaya kawal dengan tersenyum kecil. Calm down Di!
“ Hurmm.. Oh yah? Ikutlah apa awak nak kata apa-apa atau nak
rasa apa. Yang pasti tiada kaitan dengan saya. Awak ni datang-datang sekolah ni
terus serang saya. Kita datang sini belajar bukan asyik ganggu orang. Anda
faham?” Fuh! Panjang lebar aku jelaskan dekat dia.
Tapi dia hanya tersengih. Memang hampeh betul laki ni.
“ Saya nak awak ingat balik apa yang berlaku di Tesco dua
minggu yang lalu.”
Selepas dia berkata begitu, dia terus kembali ke tempat
duduk. Aku tengok dia dengan kerutan di dahi. Mana boleh aku nak ingat sebab dah
lama. Kenapa suka sangat desak aku.
**
Terkocoh-kocoh aku berlari masuk ke dalam pasaraya Tesco.
Nak kejar dua orang abang aku yang sudah jauh ke hadapan. Tak boleh pakai punya
abang-abang aku ni. Tunggu kejap pun payah.
“ Along! Angah! Kejaplah!”
Laungku apabila berada di belakang mereka. Mereka menoleh
dan hanya tersengih. Suka buli aku. Benci!
“ lambat kena tinggal!” Itu balasan along aku. Ergh! Penat
layan diorang ni. Kenapalah aku ada abang-abang yang suka cari pasal dengan
aku.
Aku pantas berlari ke arah mereka. Lengan Along aku pegang
erat. Bagai tak mahu melepaskan lagi. Nanti mereka suka tinggal aku.
“ Sya! Lepaslah. Rimas tahu tak?” Ujar Along aku tak puas
hati. Aku hanya mencebik lalu melepaskan pegangan.
Gara-gara merajuk,aku hanya berjalan di belakang mereka. Aku
ni dah macam orang gaji plak. Hurmp!
Tiba-tiba mataku terpaku pada satu kelibat yang sangat aku
kenal. Bukankah itu kak Aliya? Bekas girlfriend Angah?
Jadi tanpa berlengah dan takut kak Aliya itu lari. Aku terus
mendapatkan Along dan Angah. Tapi mataku tetap tak teralih pada kak Aliya. Nak
pastikan kak Aliya tetap berada di situ.
“ Angah! Angah!” panggilku sambil menarik lengan bajunya.
Mataku tetap tak berganjak.
“ Angah?” Erk? Kenapa suara Angah aku lain plak ni.
Dengan peliknya, aku terus memandang ke hadapan. Dan aku
tersentak. Pantas aku melepaskan pegangan. Langkahku terundur dua langkah ke
belakang. Rupanya aku tersilap orang. Along dan Angahku sudah berada jauh di
hadapan. Habis yang aku Nampak tadi? Erk?
“ Awak?” Aku tersengih malu.
“ Maaf! Saya silap orang. Erk? Pergi dulu.”
Pantas aku berlari mendapatkan Along dan Angah aku. Eiii !
Malu weh! Macam manalah boleh tersilap.
Apabila aku sampai sahaja di hadapan mereka, aku terdengar
mereka ketawa. Sambil memegang perut.
Aku merenung tajam ke arah mereka.
Hampeh! Mereka dah tahu aku kejar mereka tapi mereka lari. Eii! Geramnya!
“ Along! Angah!”
**
“ Huh!”
Aku tersedar setelah lima belas minit termenung dalam bilik
keseorangan. Dan melalui lamunanku itu. Aku dah dapat ingat semula peristiwa di
Tesco.
Aiseyhman! Patutlah dia asyik sengih je tengok aku. Rupanya
gara-gara peristiwa mal utu. Ya Allah malunya aku masa tu. Hanya Kau yang tahu.
Esok? Aduh! Macam mana aku nak berdepan dengan dia lagi. Dah aku tahu perkara
sebenar.
Ala..buat derk je. Bukan dia tahu. Buat macam biasa. Boleh
ke? Erk!
“ Dilaisya!” Terkejut aku dengan laungan mama. Dengan
pantasnya, aku keluar daripada bilik dan menuju ke dapur.
“ Ya mama.” Sahutku.
“ Kawan kamu cari kamu. Dia ada di luar tu.” Maklum mama
aku.
“ Siapa ma?” Soalku sambil menjenguk-jenguk ke luar.
“ Entah. Tak pernah mama Nampak pula sebelum ni. Tapi
lelaki. Pakai tudung dulu sebelum keluar.” Aku tersentak. Lelaki?
Dengan debaran di dada, tudung di sarungkan. Seusai, aku
melangkah ke luar rumah. Macam aku kenal lelaki ni. Dan apabila dia menyedari
kedatangan aku, dia pun menoleh.
“ Awak?” Aku yang terkejut besar. Mana taknya. Lelaki ni
yang menyebabkan aku malu tu.
“ Hai Dilaisya…” Tegurnya bersama senyuman.
“ Apa awak buat di sini? Macam mana awak tahu rumah saya?”
Soalku bertalu-talu.
“ Saya nak jumpa awak. Dan saya dapat tahu daripada kawan
baik awak Khalisya.” Aku terlopong.
Khalisya! Esok kau kenalah dengan aku dekat sekolah. Ish!
“ Buat apa awak nak jumpa saya?” Soalku lagi.
“ Sebab saya nak jumpa dengan awak lah.”
“ Ya lah tapi kenapa? Apa sebabnya?” tekanku. Payahlah kalau
cakap dengan orang tak faham bahasa ni.
“ Sebab saya nak tengok wajah awak.” Aku terkedu. Tapi aku
pantas menggeleng.
“ lebih baik awak balik sebelum mama dan papa saya dapat
tahu. Teruk awak kena.” Suruhku apabila mengingatkan wajah bengis papa itu.
Eii! Minta simpanglah!
“ Saya sanggup demi awak.” Aku tepuk dahi. Ya Allah budak
ni. Ha! Tengok! Kan dah terkeluar perkataan budak. Hilang terus rasa malu aku
terhadap dia.
“ Airish atau pelajar lelaki baru tingkatan 5 Cekal. Saya
Dilaisya arahkan awak balik sekarang. Sebelum saya naik angin.” Ujarku dalam
nada terkawal. Tahap kesabaran aku makin menipis ni.
Dia tersenyum kecil. Sebelum dia pergi sempat lagi dia
mengenyit mata ke arahku. Argh! Boleh pengsan aku layan kerenah dia ni. Apa dia
nak? Esok aku mesti berterus terang dekat dia. Aku rasa selagi dia tak tahu
yang aku sudah ingat perkara tu. Selagi tulah dia akan kacau. Mungkin itu
tujuan pertama dia.
**
Dua hari telah pun berlalu. Dan dua hari juga dia tak
datang. Aneh! Dua hari lepas okey je dia datang rumah aku sambil boleh usik aku
lagi. Tapi dua hari ni? Hurm! Maybe dia ada masalah kot.
“ Weh! Aku dengar budak baru kelas kita tu sakit. Sebab tu
lah dia tak datang.” Suara Wani mengejutkan aku. Aku terus menoleh ke arahnya.
“ Kau tahu mana?” Soalku. Aku rasa risau juga. Tapi?
Semenjak bila aku tiba-tiba risaukan dia pulak ni? Haih! Dilaisya! Kau dah
melebih ni.
“ Aku terdengar cikgu cerita pagi tadi dekat bilik guru. Dia
sakit apa erk?”
Aku terdiam. Kalau betul dia sakit. Aku jadi serba salah
pula. Dua hari lepas dia dating baik-baik. Tapi aku halau dia. Salahkah aku?
Tiba-tiba suasana kelas yang diam itu membuatkan aku dan
Wani pelik. Pantas kami berdua menoleh kea rah muka pintu. Aku dan Wani
tersentak. Dia! Atau Airish! Sudah berada di hadapan mataku kini. Sedang
tersenyum lagi. Apa terjadi ni?
“ Airish? Lambat kau masuk hari ni? Pukul 9 baru datang?
Awal sungguh!” Nada itu seperti memperli. Aku pandang tajam kea rah ketua
tingkatan. Tak ada hati perut langsung.
“ Maaf!” Dan balasan yang aku dengar lembut je. Apa masalah
dia? Patutkah aku Tanya dia? Tapi aku segan lah.
**
Pada waktu rehat, aku ambil peluang untuk bercakap dengan
dia. Mujur dia tak keluar rehat. Dan Cuma ada beberapa orang pelajar je dalam
kelas.
“ Ehem..Ehem..” Aku buat-buat batuk dan tersenyum apabila
dia melihatku.
“ Awak okey?” Soalku. Dia hanya tersenyum.
“ Apa masalah awak? Cuba beritahu saya.” Ujarku lagi.
“ Tak lah. Nothing!” Dan balasannya itu seperti tidak
bermaya. Aku jadi terkesan.
“ Awak.. Sebenarnya saya dah tahu dan dah ingat.” Luahku.
“ Ingat apa?” Jelas kerutan di dahinya.
“ Yang awak jumpa saya di Tesco tu. Saya dah ingat
segala-galanya. Dan saya minta maaf sebab tersilap orang. Ingatkan saya tarik
baju abang saya.” Aku tertawa kecil saat teringat soal itu.
Dia turut tertawa kecil.
“ Baguslah awak ingat. Saya ingat awak takkan ingat dah.”
Aku tersenyum malu.
“ Anyway… Sebelum balik, saya nak jumpa awak kejap. Boleh?”
Permintaan itu buat aku terdiam.
Ada apa sampai nak berjumpa?
“ Kita balik sama-sama ya?” Aku mendongak. Rasa tak sampai
hati nak tolak permintaannya. Tapi okeylah.
Aku pun boleh Tanya apa masalah
dia. Betulke yang dia sakit?
“ Okey!”
***
“ Saya akan berpindah lagi.”
Kenyataan itu jelas buat aku terkejut. Langkahku turut
terhenti. Aku tunduk memandang tanah.
“ Ayah saya dah buat keputusan sehari lepas. Sebab tu lah
saya datang semalam. Gara-gara merajuk konon. Tapi ia tak membawa maksud
apa-apa pun.” Ujarnya dengan senyuman tawar.
Aku mendongak melihatnya. Entah mengapa hatiku tiba-tiba
berat nak lepaskan dia pergi. Hei! Asal dengan aku ni? Teruk! Teruk!
“ Lagipun saya dah jumpa pengarang jantung hati saya. Jadi
saya tak mahu berpindah lagi.” Aku tergamam.
“ Apa awak cakap ni?” Soalku tak faham. Aku merenung tajam
ke arahnya. Dia tersenyum.
“ Saya maksudkan awak Dilaisya. Awaklah pengarang jantung
hati saya. Semenjak saya kenal awak, saya jadi lain. Tak pernah lagi dalam
hidup saya jumpa perempuan kelakar dan cute macam awak. Kalau awak nak tahu,
pertemuan kali pertama kita itulah yang buat saya terpikat. Dan tak sangka kita
akan berada di sekolah yang sama walaupun sekejap.” Jelasnya dan bibirnya tidak
lekang dengan senyuman.
“ Terima kasih.” Hanya itu yang mampu aku ucapkan kepada
dia. Kali pertama aku merasai diri di sayangi seorang yang bernama lelaki.
Sebab apa? Sebab dia lelakilah. Hehe..
“ Saya harap kita dapat berjumpa lagi lepas ni. Dan saya
janji saya takkan lupakan awak sampai bila-bila.”
Ya! Itulah tekadnya mulai hari ini. Mulai detik dan saat
ini. Aku hanya tersenyum menyambut janjinya. InsyaAllah jika kita ada jodoh.
**
10 bulan berlalu…
“ Tahniah!”
Aku tersenyum lebar mendengar ucapan tahniah itu.
“ Terima kasih. Tahniah dekat kau juga. Dapat 7A tu.” Pujiku
dengan senyuman lebar.
“ Kau pun apa kurangnya. 9A1 tu. Aku tabik kaulah.” Wani
memujiku kembali.
“ Alhamdulilah. Eh? Mana Khalisya?” Soalku.
“ Ada. Tapi dia pergi maklumkan dekat ibu bapa dia dulu. Dia
pun tak kurang hebatnya juga. 8A. aku banggalah sebab dapat jadi kawan korang
ni.”
AKu tersengih. Bahu Wani dipaut mesra. Alhamdulilah! Berkat
kesabaran dan usaha aku akhirnya berhasil.
“ Aku pun nak maklumkan dekat ibu bapa aku juga. Aku keluar
dewan dululah.” Beritahuku kepada Wani sebelum beredar.
Sempat lagi aku berjumpa cikgu sebelum keluar daripada
dewan. Mama! Papa! Dilaisya dah Berjaya.
“ Di! Dilaisya!” Laungan itu buat langkahku terhenti.
Serta-merta hatiku berdebar. Suara itu!
Tanpa berlengah aku menoleh ke belakang. Mulutku tekup
dengan tangan. Ya Allah! Dia!
“ Tahniah!” ucapnya bersama senyuman. Aku masih terkaku
melihat kehadiran dia pada pagi ini.
“ Erk! Terima kasih.” Hanya itu saja terluah di bibirku. Nak
cakap tak keluar pula suara ni. Hampeh!
“ Airish! Dah jumpa?”
Datang seorang lagi lelaki dan bertanya kepada Airish.
Apabila aku terpandang muka lelaki itu, aku tergamam. Mirip weh! Kembar ke?
“ Ini abang kembar saya. Sama kan?” Aku hanya mengangguk.
Dan kedua-duanya hensem. Ceh wah!
“ Erk.. Saya pergi dulu.” Aku minta diri. Malulah kalau
duduk lama-lama depan dua orang lelaki ni.
“ Tunggu kejap!” Langkahku terhenti di belakang dia. Aku
hanya berdiam diri tanpa memusingkan badan ke arahnya.
“ Awak masih ingat apa yang saya luahkan sebelum ni kepada
awak? Ingat?” Soalnya.
Serta-merta pipiku rasa bahang. Mana mungkin aku lupa. Dan
selepas dia berpindah, aku tak habis-habis asyik teringatkan dia. Kata Wani aku
telah jatuh cinta dekat Airish ni. Ish! Merepek!
“ Erk..” Tergagap-gagap aku ingin menyebutnya. Dadaku
serta-merta berdebar tanpa sebab.
“ Semenjak bila Dilaisya yang saya kenal tergagap-gagap ni?”
Soalnya dengan senyuman nakal. Kini dia telah berhadapan dengan aku.
Aku mengetap bibir. Macam mana nak jawab ni.
“ Okey fine! Ya saya masih. Ia tersimpan kemas dalam hati
ni. Tahu tak? Puas?” Jelasku lalu menjelingnya geram.
Dia tertawa kecil.
“ Terima kasih. Dan saya memang benar-benar maksudkan
kata-kata tu. Tujuan saya datang pun semata-mata nak jumpa awak. Rindu saya
terbalas.”
Aku tersenyum kecil. Ada-ada saja dia ni.
“ Hurmm.. Anyway awak dapat berapa A?” Soalku teruja. Pasti
dia dapat banyak kan?
“ Kalau saya kata sikit?” Aku terdiam. Takkan kot?
“ Dan kalau saya kata banyak?” Ish! Nak main-main dengan aku
pulak dia ni!
“ Cakaplah betul-betul. Jangan buat saya tarik balik apa
yang saya nak cakap ni.” Ugutku dengan geram.
“ Okey. Saya dapat macam awak. Sebiji sangat. Dan apa yang
awak nak beritahu saya tu?” Aku terteguk air liur. Patutkah aku beritahu dia?
“ Dilaisya? Beritahulah. Saya tunggu!” Aku melihatnya dengan
debaran.
“ Kalau benar kita ini ada jodoh. Saya harap selepas ni kita
dapat berjumpa lagi. Mudah-mudahan.” Hanya itu yang mampu aku perkatakan.
Sungguh yang aku telah menyayangi lelaki ni.
Dia hanya tersenyum. Dan senyuman itu sangat manis pada
mataku.
“ InsyaAllah. Saya juga berharap sangat. Saya tak mahu
kehilangan gadis comel dan baik macam awak ni. Susah tahu tak nak cari.” Aku
hanya mencebik. Yelah tu!
**
“ Tepi! Tepi!”
Aku pantas berlari apabila aku meminta laluan. Aku
tergesa-gesa nak pergi jumpa seseorang ni. Semenjak duduk di kolej ni. Aku
sangat sibuk. Memandangkan ini tahun terakhir aku di sini. Aku perlulah lebih
berusaha.
“ Di! Kau nak ke mana?” Laung seseorang daripada jauh. Aku
hanya melambaikan tangan. Aku perlu cepat. Aku takut aku tak berpeluang
berjumpa dengan dia lagi.
Sebenarnya aku nak pergi jumpa dengan Airish. Hari ini aku
dapat berita mengejut. Dan buat pertama kali selepas pertemuan kami di sekolah
itu. Dia telah menelefon aku dan katanya nak berjumpa.
Jadi sekarang aku kena pergi airport. Dia nak jumpa aku di
sana. Tapi dia nak pergi mana? Janganlah buat aku gelabah macam ni Airish!
**
Tercungap-cungap aku selepas berlari masuk ke dalam airport
KLIA ni. Aku memusing-musing untuk mencari kelibat yang aku nak jumpa. Puas aku
mundar-mandir sekitar itu. Tapi tiada. Di manakah dia?
Aku tak mahu dalam keadaan tertanya-tanya jadi aku menelefon
dia. Tapi hampeh! Telefonnya di tutup. Apa kes ni? Kata nak jumpa aku tapi
tutupkan telefon. Ni yang geram ni. Lebih baik tak usah jumpa.
Tapi aku tak boleh cepat berputus asa. Jadi aku pergi dekat
dengan balai pelepasan. Dan tekaan aku tepat apabila dia berada di kerusi
menunggu untuk masuk ke dalam balai pelepasan. Dengan beg besar? Dia nak ke
mana?
“ Awak!” Panggilku apabila berada di sebelahnya. Dia
terkejut melihatku.
“ Awak ni kenapa? Awak nak ke mana? Awak telefon saya dan
kata nak jumpa semata-mata nak beritahu saya yang awak nak pergi, gitu? Jawab!”
Tanpa di duga, air mataku mengalir. Apa ni Di? Semenjak bila
kau jadi sensitif macam ni. Dia melihatku dengan muka terpinga-pinga. Lol!
Kenapa dengan dia? Takkan dah lupa wajah aku?
“ Awak? Awak dah tak kenal saya ke?” Soalku geram. Air
mataku di seka.
“ Dilaisya?” Dia menyebut namaku dengan kerutan di dahi.
Kemudian terpamer senyuman di bibirnya. Tapi aku pelik.
Apasal aku rasa macam tak kenal dia lagi? Macam orang lain
yang berada di hadapan aku ni.
“ Ya itu saya. Takkan awak dah lupakan saya? Sampai hati
awak. Saya beria-ria ingatkan awak dan sayangkan awak. Ini balasan awak?
Setelah apa yang awak janji dengan saya sebelum ni? Apa ni awak?” Serangku
lagi. Dadaku berombak kencang tanda yang amat marah.
Tapi dia hanya tersenyum. Pelik!
“ Maafkan saya Dilaisya. Tapi orang yang awak nak cari tu
ada di belakang awak.” Aku tersentak.
Pantas aku memusingkan badan ke belakang. Dan dia? Ya Allah!
Tapi?
Aku kembali menoleh ke hadapan. Dia dan dia. Ya Allah. Aku
terlupa yang dia ada abang kembar. Ya Allah! Malunya aku!
“ Sa..saya minta maaf. Saya tersilap orang.” Ucapku. Mulutku
tekup tanda yang amat malu. Apabila aku melihat Airish. Dia tersengih nakal.
“ Saya minta maaf. Sa..saya tak tahu yang awak ni abang dia.
Kalau saya tahu saya takkan serang awak. Maaf erk?” Pohonku lagi.
“ tak apa. Saya tahu awak keliru. Tapi tadi saya tahu awak
juga pelik apabila melihat sikap dan senyuman saya. Betul kan?” Aku mengangguk
kecil.
“ Airish! Kau janganlah duduk diam macam tu. Kesian dia
sampai salah orang.” Tegur abang kembarnya.
“ Hehe..Sorrylah. saya ke tandas tadi. Dan saya dah dengar
segala-galanya. Betul ke yang awak sangat sayangkan saya Di?”
Aku terteguk air liur. Dah terkantoilah. Hampeh!
“ Erk! Mana ada!” Sekeras-keras aku cuba menafikan hal itu.
Malu weh!
“ Awak mahu saya mainkan semula rakaman tadi? Mahu?” Aku
terlopong.
“ Awak!” Jeritku geram. Mereka berdua tertawa besar. Sampai
hati!
“ tak adalah. Adik saya gurau jelah. Anyway! Saya terpaksa
pergi dulu. Sebenarnya saya kena berangkat ke Kota London untuk sambung
belajar. Tapi saya harap awak dapat jaga adik saya yang nakal ni.” Aku
tersenyum. Sikap abang dan adik kembar ni memang berbeza.
“ Ceh! Macam nakal sangat aku ni.” Aku menjelingnya.
“ memang pun.” Balasku apabila dia tak percaya. Aku
tersengih mendapat jelingan mautnya.
“ Saya pergi dulu. Airish! Jaga ibu dan ayah ye.
Assalamualaikum..”
“ Waalaikumussalam!” Jawab kami serentak. Semoga berjaya di
sana.
“ Dilaisya!” Aku menoleh ke arahnya. Aku hanya tersenyum
lalu melangkah. Nak lari daripada dia sebenarnya.
“ Tunggulah!” Panggilnya lembut. Dan langkah ku terhenti.
Mataku tajam merenung dia.
“ Saya pun sayangkan awak sangat-sangat. Sudikah awak mulai
hari ini jadi sang ratu di hati saya? Seperti saya katakan beberapa tahun yang
lalu? Awak sudah bersedia?”
Aku terkedu. Tak sangka dia akan berterus terang. Memanglah!
“ Kalau saya kata tak bersedia apa jawapan awak?” Dugaku
dengan sengihan.
“ jangan main-main. Saya sanggup buat apa-apa saja demi
dapatkan jawapan awak. Jangan sampai saya jumpa orang tua awak.” Aku menggigit
bibir. Amboi dah pandai main ugut-ugut ni. Ikut siapalah kan?
“ ye. Baiklah Airish. Saya terima lamaran awak dengan hati
yang terbuka.” Ujarku ikhlas.
“ Masa bila saya kata saya melamar awak?” jelas kerutan di
dahinya bersama senyuman nakal.
Aku mengetap bibir geram. Dia mempermainkan aku?
“ Airish!” Terus aku mencubit lengannya. Dia tertawa besar.
Suka buat aku sakit hati.
“ Ouch! Okey-okey!” Cubitan aku terhenti. Puas!
“ Okey. Dan terima kasih kerana sudi bersama saya. Saya
janji saya akan jaga awak buat selama-lamanya.” Aku tersenyum mendengar jawapan
dia.
“ Sama-sama awak yang nakal!” Terus aku berlari sambil
tertawa.
“ Dilaisya! Jaga awak!”
Hehe.. Dan inilah bahagia kami.
~Tamat~