Aku memandang sekeliling. Tiada. Aku kembali menoleh ke
kiri. Masih tiada. Ke hadapan pula. Juga tiada. Aku mengeluh dan duduk di
stesen bas. Penat menanti tapi bus belum datang. Sampai bila aku harus tunggu
ni.
Berejam aku tunggu ni. Habislah nanti kena marah dengan papa.
“ hei..bro!” terasa tepukan di bahuku.
“ oit! Kau buat apa di sini? Menyemak je..” aku menjelingnya tanpa perasaan.
“ kau ni lah. Aku nak cakap sikit.”
“ cakap je… kenapa tetiba minta izin ni.” Aku menoleh ke
kiri dan kanan. Bus masih belum kelihatan. Panas dah punggung aku ni duduk
berejam kat sini. Haih…
“ aku nak kau tolong aku.”
“ tolong apa?”
“ tolong pikat seorang perempuan. Selepas itu kalau berjaya
kau maklumkan kepadaku.” Aku berkerut dahi. Gila ke apa dia ni.
Aku pegang dahi dan tengkuknya. Tak panas pun.
“ aku oklah.” Aku memandangnya tajam.
“ kau ni kenapa? Kalau kau nak pikat perempuan pikat je lah.
Asal suruh aku pikat pula. Lagipun aku tak semestinya suka dekat perempuan yang
akan aku pikat tu.”
“ sebab itulah aku nak kau pikat dan cari seorang gadis yang
boleh buat kau gembira dan tenang. Aku pun tak risau dah lepas ni.” Aku semakin
tertanya-tanya ni. Apa ke heinyer dia ni. Macam ada masalah je.
“ weh.. cuba kau beritahu apa masalah kau sebenarnya ni. Kau
nak risaukan aku kenapa? Aku bukannya buat apa-apa pun. Lagipun aku boleh jaga
diri. Aku pun dah besar panjanglah.”
“ aku nak Tanya satu soalan kat kau. Kalau kau dapat tahu
sesuatu yang buat kau sedih. Apa yang kau akan buat?” aku menjongket bahu.
“ entah. Aku tak dapat fikirkan sekarang sebab aku tak alami
semua itu. Aku akan rasa jika aku alami semua tu. Ni.. what wrong with you
Aman? Do you have any problem?” soalku tenang.
“ ya..memang aku ada masalah. Masalah risau kat kau.” Aku
tersenyum senget.
“ risaukan aku? Kau tak usah risau sangatlah. Aku tahulah
jaga diri. Lagipun kau tu yang sepatutnya dirisaukan..”
“ aku nak esok kau tunggu di sini selepas kelas berakhir.
Aku tak kira. Aku pergi dulu.” Tegasnya.
Aku menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal. Apasal dengan
mamat tu. Semacam je. Haishh.. ini yang buat aku tak senang duduk ni. Mesti ada
masalah ni. Selagi aku tak tahu, selagi tu lah aku tidak dapat duduk senang.
Aman..Aman..
*****
“ Firdaus! Firdaus! Bangun! Bertuah punya budak.” Suara tengkingan
mama buat aku tersedar daripada tidur.
Aku mengerdipkan mata berkali-kali sebelum menggeliat.
“ ada apa ma?” soalku lalu bangun duduk. Mengantuk masih
terasa.
“ ada apa? Kamu tengok jam. Pukul berapa dah sekarang? Kamu
tiada kelas ke?” aku tenyeh mata beberapa kali.
Aku mengambil jam randik di sebelah. Baru pukul 8 pagi.
“ baru pukul 8 ma. Awal lagi. Kelas abang mula pukul 9.”
Jelasku masih dalam keadaan yang mamai.
“ eloklah tu. Perangai abang dan adik sama je. Sudah. Bangun
dan pergi mandi. Mama tunggu kat bawah. Sarapan. Lepas ni adik kamu pula.”
Aku hanya melihat mama keluar dari bilik. Huargghh!
Mengantuknya. Dahlah semalam tidur lewat. Gara-gara Aman lah ni.
“ Firdaus! Jangan sambung tidur!” laung mama.
Ala mama ni. Baru nak mengelat. Nampaknya tak jadi.
“ hurmm.. apa?”
“ tolong hantar adik ke sekolah. Tayar basikal adik pancit
lah.” Aku berdiri setelah selesai mengikat tali kasut.
“ boleh. Tapi hantar naik baslah. Nanti adik nak balik
dengan apa?” dia tersengih.
“ itu tak jadi masalah. Kawan adik ada. Boleh erk?”
“ mama dan papa?”
“ mereka sudah tahu. Mereka yang benarkan. Tolong erk?” aku
menilik jam. Ada lagi lima belas minit sebelum pukul 9. Sempat ke ni. ala kalau
tak sempat buat-buat sempatlah.
“ ok jom. Tapi hari Sabtu pun ada kelas ke?”
“ tusyen. Kan tahun ni adik ambil SPM.” Aku hanya
mengangguk.
Aku suka dengan sikap
adik aku yang berdikari ni. Tengoklah adik siapa. Hehe.. kadang-kadang tak
boleh juga. Nakal sangat dia ni. Tapi kalau tak
ade dia dalam rumah ni, pasti akan rasa lain. Adik aku tu yang paling
riuh dalam rumah.
“ abang. Dah sampai. Adik turun dulu.” Suara adik aku menyetakkan
lamunanku. Pantas tanganku di capai dan di salam.
Aku menghantarnya dengan pandangan. Belajarlah rajin-rajin
adikku. Moga kau akan dapat keputusan yang cemerlang.
*****
Bukk!
Aku mengutip buku yang terjatuh akibat perlanggaran tadi.
“ maafkan saya. Saya tak sengaja.” Pohonku sambil mengutip
bukunya.
“ tak apa. Saya pun
bersalah sebab terburu-buru.” Aku kembali berdiri dan menyerahkan buku
kepadanya.
“ terima kasih.” Aku tersenyum lalu mengangguk.
“ minta diri.” Aku memberi ruang untuk dia. Comel. Cis…
apalah aku ni.
“ Oit!” aku menoleh ke kanan.
“ ha.. ada apa kau nak jumpa aku. Tapi bukan dekat stesen
bas ye.” Aman tersengih.
“ jom aku belanja kau makan. Aku perlu beritahu kau
sesuatu.”
Hurmm.. apa agaknya itu. Ikut jelah. Lagipun makan free.
Hihi…
“ aku nak perkenalkan kau dengan seseorang.” Aku kini berada
di sebuah restoran.
“ siapa?” dia tersenyum dan melambai tangannya. Mungkin
panggil orang.
“ Daus.. perkenalkan ini Umairah.” Aku mendongak dan
memandang insan yang bernama Umairah itu.
Aku tersentak.
“ awak?” kata kami serentak. Selepas itu kami sama-sama
ketawa kecil.
“ tak sangka kita akan berjumpa lagi selepas pelanggaran
tadi.” Ujarku.
“ korang dah kenal?” aku menggeleng.
“ tak. Tapi kami terjumpa tadi sebab terlanggar. Tak sangka
ini kawan kau.”
“ erk.. salah tu. Bukan kawan.” Aku berkerut dahi dan
memandang Aman meminta penjelasan.
“ sabar. Ini adik akulah.” Aku terdiam. Adik? Sebelum ni dia
tak pernah beritahu aku pun dia ada adik. Aku ingat dia anak tunggal.
“ itu baru betul. Hai saya Umairah.” Aku tersenyum.
“ saya Firdaus.” Aku masih tertanya-tanya kenapa dia
perkenalkan aku dengan adik dia. Macam ada sesuatu yang dia sorokkan. Mesti
selidik ni.
“ mesti kau tertanya-tanya. sorry sebab tak beritahu kau.
Dia baru masuk tahun ni. Kiranya semester pertama. Kita dah di tahun akhir.”
Aku mendengar sambil menjeling Umairah. Inilah gadis yang aku kata comel.
Macam Najwa Latif. Comel sangat. Macam nak picit je pipi dia
yang tembam tu. Haih… tak baik aku ni. Hehe…
“ erk… abang. Irah dah lewatlah. Irah perlu pergi dulu.
Nanti kita jumpa di rumah. Assalamualaikum.”
“ waalaikumussalam.”
Selepas Umairah pergi, aku kembali memandang Aman dengan
pandangan yang pelik.
“ pe hal?” soalnya.
“ sepatutnya aku yang Tanya kau. Kau ni dah kenapa? Tetiba
je perkenalkan adik kau tu dekat aku.”
“ saja.” Aku melihatnya dengan mengecilkan mata. Pelik tapi
apa.
“ aku nak kau pikat dia. Aku nak kau cintai dia dan jaga dia
seperti mana kau jaga diri sendiri.” Hampir tersedak aku dibuatnya.
“ ehem…ehem.. kau ni kenapa?” dia tersenyum.
“ janji ya? Kalau kau sudah mulai jatuh hatii dekat dia. Aku
nak kau cintai dia betul-betul dan jangan tinggalkan dia.ya?”
“ tapi..”
“ please…” aku tak sanggup menghampakannya. Dengan muka yang
penuh mengharap tu. Jadi aku terus mengangguk. Entah kenapa sikap dia berubah
kebelakangan ni.
*****
Dua bulan sudah berlalu. Dalam dua bulan itu juga aku akui
yang aku semakin tertarik akan Umairah.
Aku masih belum berani buat kesimpulan kerana ia masih baru. Jadi aku hanya
pendamkan. Mungkin itu hanya perasaan suka sebagai kawan. Mungkin..
Dalam dua bulan ni juga, aku jarang dapat jumpa dengan Aman
seperti dulu. Entah mengapa. Aku ingin bertanyakan kepada Umairah. Tapi aku tak
berani. Lagipun adakah dia tahu? Aman tu pun bukannya suka sangat beritahu
orang lain masalah dia. Termasuk keluarga.
Tapi hari ini aku bertekad untuk menanyakan Umairah soal
abangnya. Apa nak jadi jadilah.
Petang itu, aku berjumpa dengan dia di perpustakaan.
Sebenanya kebetulan jumpa. Jadi ada peluanglah.
“ erk..maaf kalau ganggu awak. Tapi saya nak Tanya sesuatu.”
Ujarku perlahan. Tak mahu ganggu orang lain yang sedang menelaah.
“ tak apa. Tanya je.”
Dia tersenyum.
“ abang awak ada masalah ke sebab kebelakangan ni saya
jarang jumpa abang awak.” Kelihatan dia sedang berfikir sesuatu dan kembali
tersenyum.
“ sebenarnya saya pun tidak tahu. Tapi yang saya tahu dia
selalu pergi ke hospital. Katanya melawat kawan. Saya pun tak tahu siapa.” Aku
tersentak.
Buat apa dia ke situ. Melawat kawan. Siapa? Sepatutnya dia
akan kongsi rahsianya dengan aku. Tapi kali ini tidak.
“ saya tahu awak risaukan abang saya. Tapi awak jangan
risaulah. Dia tu kuat orangnya.” Aku tersenyum.
“ itu saya tahu. Tak usah beritahu pun saya dah tahu.”
Ujarku bergurau. Umairah hanya tersenyum.
Sesungguhnya gadis ini telah buat hatiku berdebar-debar
apabila dia tersenyum. Gadis yang bertudung labuh ini juga telah buat aku lebih
mengenali Tuhan. Adakah aku layak untuk dia?
“ awak…” dia melambai-lambai tangannya di hadapanku.
“ erk..saya..”
“ kenapa? Awak berangan erk… teringatkan siapa tu. Saya?
Hehe…” aku tersengih dan memandangnya.
“ awak percaya tak kalau saya kata yang telahan awak tadi
betul? Saya memang sedang fikirkan awak.” Senyumannya mati dan tunduk memandang
buku.
“ maaf jika kata-kata saya keterlaluan. Tapi saya beritahu
awak perkara yang benar.” Luahku. Aku rasa sekaranglah masa yang sesuai untuk
aku luahkan perasaan. Apa yang kau suruh tu Aman memang terjadi. Aku bukan
cintai adik kau sebab suruhan kau. Tapi ia memang lahir dari hati ini untuk
mencintainya. Dia persis sama dengan kau.
“ maaf.. saya kena pergi dulu.” Aku terus minta diri selepas
dia berdiam diri terlalu lama. Mungkin dia terkejut akan pernyataan aku.
Biarkan dia berfikir dulu.
Tutt! Tutt! Tutt!
Telefonku yang berada dalam beg pantas aku ambil dan jawab.
“ helo…”
“ helo… Daus. To…tolong aku.” Aku tersentak mendengar suara
Aman yang lemah itu.
“ eh Aman, kau kenapa ni? Cuba beritahu aku.” Aku bergerak
laju ke stesen bus.
“ a..a..aku.. Daus… to..tolong… da..datang ke ru..rumah a..aku
se..sekarang.”
Belum sempat aku balas, talian terputus. Ya Allah kenapa
dengan Aman. Ya Allah lindungilah dia. Aku perlu berpatah balik bagi menemui
Umairah. Lagipun dia kan adik Aman.
Pantas aku melangkah semula ke perpustakaan. Mujur juga
Umairah masih berada di situ.
“ awak… tolong ikut saya.” Arahku lembut.
“ ke mana?” soalnya terkejut.
“kita keluar dulu. Nanti saya beritahu awak.” Aku pantas
mengemaskan buku dia dan keluar dari perpustakaan. Keselamatan Aman lebih
penting.
“ awak…” aku menoleh dan tersenyum.
“ kita kena pergi ke rumah awak sekarang juga. Abang awak.
Ada sesuatu berlaku kepada dia.” Maklumku. Dia seperti terkejut.
“ kenapa dengan dia?” aku menggeleng tanda tidak tahu.
“ yang penting sekarang kita kena pergi ke rumah awak.
Cepat.”
*****
Buat pertama kalinya air mata aku gugur melihat dia dalam
keadaan yang lemah. Aku tak sanggup melihat dia menderita. Ya Allah
selamatkanlah Aman.
“ awak..” pantas air mataku seka. Tak mahu Umairah Nampak.
“ ya..” balasku sambil tersenyum.
“ saya tahu awak risaukan dia. Tapi kita harus berdoa
banyak-banyak. Insya-Allah dia akan selamat dan sembuh.”
Aku terkesima. Sungguh. Selepas mendengar dia berkata
begitu. Aku rasa lebih tenang dan dadaku terasa lapang. Macam ada perasaan lain
yang muncul dalam hati ni.
“ terima kasih.” Ucapku sambil tersenyum.
“ sama-sama.”
Seketika kemudian doktor pun keluar. Dengan debaran yang
semakin hebat, aku bertanya kepada doktor akan keadaan Aman.
“ macam mana dengan Aman?” soalku.
Doktor menggeleng lemah. Apa maksudnya?
“ maksud doktor?” doktor itu memegang bahuku.
“ sabarlah. Sesungguhnya Allah lebih menyanyangi dia.
Banyakkan berdoa kepada dia.” Aku terkedu.
“ adakah abang saya sudah tiada?” soal Umairah dengan suara
yang bergetar.
“ ya.. maafkan kami. Kami sudah lakukan sedaya upaya. Tapi
kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana Allah lebih sayangkan dia. Bawa
bersabar ya. Saya minta diri dulu.”
Air mataku gugur
tanpa segan silu dihadapan Umairah. Aku amat berasa kehilangannya. Ya Allah…
“ awak… sabar ya..” aku memandangnya sekilas.
“ saya tak kuat. Saya seperti bermimpi. Saya tak sangka dia
akan tinggalkan saya dulu. Awak sebagai adik dia pun mesti rasa yang sama
seperti saya.” Ujarku lemah.
Dia tunduk dan memegang begnya dengan kuat. Aku dapat
rasakan kesedihan dia.
“ saya tahu awak sedih. Menangislah. Kalau itu yang buat
awak lega.” Aku tak mampu menangis lagi. Tambahan pula di hadapan Umairah. Aku
tak boleh lemah di hadapan dia. Aku tak nak dia sedih.
“ a..awak… maafkan saya. Sebenarnya saya tahu apa yang
terjadi kebelakangan ni terhadap dia.” Luahnya dalam nada serak.
“ tak mengapa. Lagipun sekarang bukan saat yang sesuai.
Jangan paksa diri untuk luahkan.”
Dia menggeleng dan mendongak melihatku. Matanya merah kerana
menangis. Ingin saja aku seka air mata kau tu Umairah. Tapi aku tak boleh. Kita
bukan muhrim.
“ saya kena beritahu juga. Sebenarnya saya seorang saja yang
tahu apa yang terjadi kepadanya. Ibu dan ayah saya langsung tak tahu. Dia yang
suruh rahsiakan. Sebenarnya dia hidapi penyakit barah. Dalam dua bulan sebelum
ni, dia sebenarnya pergi ke hospital bagi membuat rawatan fisioterapi. Itupun
saya yang suruh. Saya tak mahu dia beputus asa. Maafkan saya kerana…. Sa.. saya
tak beritahu lebih awal.”
Dia menangis lagi. Sesungguhnya aku sangat terkejut
mendengar kenyataan Umairah. Patutlah kebelakangan ni dia asyik berkata yang
bukan-bukan. Ya Allah macam mana aku tak boleh perasan semua itu. Ya Allah …
Aman maafkan aku.
“ kita masuk tengok Aman ya..” ujarku kepada Umairah sambil
tersenyum kelat. Dia hanya mengangguk.
Kakiku lemah ingin melangkah masuk ke dalam. Tapi aku ingin
menatap wajahnya buat kali terakhir.
“ awak… saya tak kuat.” Aku tersenyum pahit.
“ jangan risau. Saya ada untuk temani awak. Percayalah.”
Ujarku memberi rangsangan kepadanya. Dia hanya tersenyum hambar.
Dengan perlahan-lahan aku dan Umairah masuk ke dalam bilik
rawatan Aman. Segala debaran dapat di rasa kini.
Sekujur tubuh yang
kaku sedang terbaring lemah di katil. Umairah ku lihat menekup mulutnya tanda
tidak tahan untuk melihat semua ini. Aku tersenyum hambar bagi menyakinkan dia.
“ sa…sa…saya.. rindukan abang.” Luahnya dalam sebak. Aku
yang melihat pun sudah berasa sebak. Dia adalah kawan yang sangat baik dan
berharga untukku.
“ saya tahu… saya pun amat rindukan dia. Tapi dah takdir dia
akan pergi dulu. Saya harap awak dapat bersabar.”
Aku mengetap bibir sekuat hati bagi tidak menitiskan air
mata di hadapan Umairah. Aku tak boleh sedih. Kalau tidak Umairah pasti akan
rasa yang sama.
Aman.. aku harap kau tenang di sana. Moga roh kau di cucuri
rahmat. Amin…
*****
“ ya Allah Aman. Kenapa ni? Apa yang terjadi kat kau ni.”
Aku jadi gelabah dan cemas melihat keadaan Aman. Mulutnya
berlumuran darah. Mukanya pucat tapi dia masih mampu tersenyum.
“ Daus… akhi..akhirnya… kau…da..datang..ju..ju..ga…” ujanya
tersekat-sekat lalu tersenyum.
“ Ya Allah abang.” Muncul Umairah dalam keadaan panik.
“ Umairah.. telefon ambulan. Cepat!” arahku. Dia menurut dan
keluar dari bilik Aman.
“ Aman..sabar ya. Kejap lagi ambulan datang. Ya Allah kau
kenapa ni. Macam mana boleh jadi macam ni?”
“ ma..maafkan aku. Aku tak sengaja untuk ti..tidak
be..beritahu kau. A..aku tak…nak… kau sedih. La..lagipun… aku ok … je…” dia
masih cuba mengukir senyuman untuk aku. Sesungguhnya kau memang seorang yang
kuat.
“ aku tak salahkan kau Aman. Kau berhak kerana itu hal
peribadi kau. Aku dah lama maafkan kau.” Ujarku.
“ te..te..terima kasih Daus. A..aku… nak minta… satu
permintaan bo..boleh tak?” soalnya dalam keadaan sakit. Aku hanya mengangguk.
“ kau..jan..ji ya?” aku mengangguk lagi.
“ to..tolong jaga adik… aku Umairah. A..aku.. ta..tahu kau
mencintai dia. Ja..jadi aku nak kau kahwini dia… to..tolong Daus. A..aku tak
nak… se..selepas dia kehilangan aku… dia akan bertambah sedih. Aku harap kau
mampu bahagiakan dia… da..dan.. cin…cintai dia sepenuh hati. to..tolong ya.”
Aku tersentak. Aman…
“ Fir..Firdaus…” aku tersenyum.
“ pasti Aman. Aku janji yang aku akan jaga dia sebaik
mungkin. Aku akan jaga dia macam aku jaga diri aku sendiri. Aku akan mencintai
dia sepenuh hati aku. Aku akan pegang janji kau tu. Ya…” janjiku.
Dia tersenyum dan menggenggam erat tanganku.
“ kau sabar ya Aman. Ambulan akan tiba tak lama lagi.”
Ujarku beri dia semangat. Jangan kau pengsan Aman.
“ awak.. ambulan akan tiba sekejap lagi. Abang.. sabar ya..”
Umairah mengambil tempat disebelahku.
“ adik… adik jaga diri ya… ja..jangan lawan cakap ibu dan
ayah. Ja..jangan lawan cakap sua..suami. jangan se…sedih akan kehilangan abang.
Ab…abang tak nak melihat Umairah sedih dan asyik… menangis. Janji ya…?”
Aku melihat Umairah sangat terkejut akan permintaan abangnya
itu.
“ abang.. apa yang abang cakap ni. Abang akan sembuh.
Percayalah. Umairah akan sentiasa ada di samping abang. Jangan cakap macam tu.”
Aman tersenyum kecil.
“ Umairah… ma..masa abang tak pan..panjang dah di dunia ini.
Ab..abang minta maaf kerana ti..tidak dapat jaga adik dah se..selepas ini. Ja..
jadi ab..abang nak adik sa..sabar dan terima Firdaus seba..sebagai suami. Ya?”
aku tersentak.
“ Aman. Tak baik cakap macam tu. Percayalah kau akan sembuh.
Sudah jangan mengarut lagi. Ambulan dah datang. Umairah tolong panggil mereka.”
Suruhku tenang. Sedangkan hati ini ingin menangis jika aku benar-benar akan
kehilangan kawan sebaik kau Aman.
Tanganku di genggam erat oleh dia. Umairah juga tidak dapat
berganjak dari situ kerana tangannya juga turut di genggam.
“ Umairah….”
“ ya…adik terima permintaan abang. Adik janji.” Aku pantas menoleh ke arahnya.
Umairah…
“ al..alhamdulilah. te..terima kasih semua. Sam..sampaikan
salam buat ayah dan ibu..”
“ abang…” suara Umairah mematikan lamunanku terhadap
kejadian setahun yang lalu.
“ hurmm…”
“ abang kenapa ni? Abang menangis?” aku tersentak. Aku
menangis ke? Patutlah mata aku rasa berair je.
“ abang…” aku tersenyum ke arahnya.
“ abang tidak ada apa-apa. Abang Cuma teringatkan pesanan
akhir arwah Aman.” Luahku.
“ Mai tahu abang rindukan dia. Mai sendiri pun amat rindukan
dia. Jadi kita patut sedekahkan doa kepadanya.” Aku tersenyum lalu mengangguk.
Aman.. seperti yang kau ingini. Aku dan Umairah telah pun
bersatu. Kami telah berkahwin selepas aku habiskan pengajianku. Kami bukan
terpaksa Aman. Tapi atas kerelaan hati. sebab kami saling mencintai. Terima
kasih Aman. Kalau bukan kerana kau, kami tidak mungkin dapat bersama.
Akan aku abadikan segala kenangan sepanjang kita berkawan di
hati ini. Aman.. ingatlah bahawa aku selalu akan bersama kau. Walaupun kau
telah pergi, kau tetap dalam ingatan.
Kaulah kawan sejatiku.
~~TAMAT~~
P:s// cerpen kali ni so simple kan? sebab dah tak de idea. ini je yg ada masa yg aku tengah tulis tu.
oklah kan? hehe... harap anda terhbur..