‘Awak ni memang lelaki yang tak guna. Saya dahlah tengah
stress dan awak menambahkan lagi stress saya. Dan ingat! Saya tak mahu jumpa
awak lagi.’
Kata-kata Dahlia kemas bermain di fikirannya semenjak habis
scene pertama filemnya itu. Sampai termenung dia teringatkan gadis itu.
“ Hei Haikal! Kau dah bersedia ke belum?” Sergahan itu
mengejutkan Haikal yang sedang termenung itu.
“ Ready untuk?” Soal Haikal tak faham.
“ Scene kedua kau lah. Kali ni kau sorang je. Dah ke?”
Haikal menghembus nafas kecil kemudian membuat anggukan
kecil. Kali pertama dia berlakon dalam filem. Jadi gemuruh pula. Dan ini
merupakan kali pertama dia dalam bidang lakonan. Sebab tu gemuruhnya lebih
sikit. Mujur pengarah nampak bakatnya itu.
“ Okey set! Ready semua!” Pengarah iaitu Sham memberi arahan
kepada semua. Haikal sudah ready di tempatnya.
“ Haikal! Okey?” Sham melaung. Haikal hanya mengangguk.
“ Okey! One, two and… action!”
Sebaik saja Sham mengeluarkan arahan, Haikal mula
menjalankan misinya. Walaupun payah dia telah cuba sedaya upaya.
“ Aku tak boleh lupakan dia. Tapi kenapa aku mesti jadi
macam ni. Istimewa sangat ke gadis tu?”
Itu adalah di antara dialog yang patut dia cakap. Dan dia
jadi pelik apabila semasa dia menyebut dialog itu, dia teringatkan gadis pada
pagi tadi.
‘ Aku teringatkan dia?’
“ Cut!” Haikal tersentak. Kepalanya yang tidak gatal di garu
perlahan. Wajah Sham di pandang.
“ Kau kenapa Haikal? Muka tu daripada tadi serba tak kena
je. Ada problem ke?” Soal Sham prihatin.
“ Ada. Kau lah.” Haikal mengambil botol air yang di hulur
Sham.
“ Aik? Aku? Pe hal?” Muncul kerutan di dahinya.
“ Kau ingat kan pagi tadi tu. Kau suruh aku cari seorang
gadis bidan terjun dalam babak aku tadi sebab Wahida tidak dapat datang.
Ingat?” Haikal cuba ingatkan Sham.
“ Oh! Kenapa dengan dia?”
“ Kaulah. Aku jadi serba salah lah dengan dia. Dia marah aku
sebab aku tiba-tiba libatkan dia dalam hal kita. Dan masa aku berlakon tadi aku
tiba-tiba je ingat dia.” Jelas Haikal dengan senyuman kecil. Tapi gadis tu
comel.
Sham tertawa kecil.
“ Kau minat dekat dia tak?” Duga Sham lalu memaut bahu
Haikal. Haikal pantas menepis tangan Sham. Tak ada kena mengena okey?
“ Dahlah. Perasaan kau je tu. Sambung!”
Haikal hanya mengangguk perlahan. Tapi wajah gadis itu masih
dia tak dapat lupakan.
**
“ Aku dah buat keputusan. Memandangkan Wahida tidak dapat
teruskan lakonan. Aku kau cari perempuan tu sampai jumpa. Hanya dia yang layak
memiliki watak ni. Aku rasakan dia yang paling sesuai setelah aku melihat
lakonan dia tadi.”
“ Itu bukan lakonan Sham. Itu tindakan spontan dia. Lagipun
dia tak tahu yang dia sedang berlakon.”
Haikal memandang serius ke arah pengarah filemnya. Ada suruh
aku cari perempuan tu selepas aku kena marah.
“ Tak kira. Buatlah apa pun. Yang pasti aku nak dia yang
jadi watak heroin. Fullstop!”
Sham terus keluar daripada bilik persediaan Haikal. Haikal
yang mendengar dah bagai nak meletup kepala otaknya.
“ Macam mana aku nak cari ni. Kenal pun tak. Dahlah aku kena
marah pula tu dengan dia. Sham ni macam-macam lah. Pakai je lah pelakon yang
ada ni. Hish!” Haikal melepaskan rasa tak puas hatinya.
Tapi walau apa pun, dia kena cari juga perempuan tu.
Persoalannya adalah bagaimana? How?
“ Dan!”
Sham berpatah balik dan melihat Haikal yang sedang tertekan
itu.
“ Aku kesian tengok kau sebab tulah aku suruh cari gadis tu.
Lagipun kan kau rasa serba salah dengan dia.”
Seusai Sham berkata. Dia terus beredar. Haikal yang
mendengar terlopong. What! Ish!
**
Dahlia merenung wajahnya di hadapan cermin. Tiba-tiba
perkara pagi tadi terlayar di fikirannya.
“ Lee Min Ho tu? Aish! Kenapa dia libatkan aku. Ish!”
Bebelnya tak puas hati.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Apabila melihat saja
nama yang tentera di skrin. Pantas dia tutup telefon itu.
“ Kenapalah jadi macam ni. Ingatkan bila datang sini
bolehlah tenangkan fikiran. Tapi makin berserabut adalah. Argh!”
‘ Saya sayangkan awak.’
Terdiam Dahlia apabila perkataan itu tiba-tiba terlayar di
fikirannya. Huh! Boleh gila aku kalau macam ni. Kalau boleh aku tak mahu jumpa
lelaki tu dah. Tak kisahlah Faiz ataupun Lee Min Ho tu. Dua-dua buat aku sakit
hati.
Tak tahan!
~Bersambung~