“ Puteri!”
Puteri yang sedang
breakfast itu terus terhenti saat mendengar namanya dijerit lantang. Kakinya
laju menuju ke luar rumah. Dan bila dia nampak wajah yang memanggil namanya itu
terus dia membuka pintu pagar.
“ You buat apa datang
sini?”
Imran terus mendekati
Puteri. Tanpa sempat Puteri nak berkata lagi, pipinya terus menjadi mangsa.
Puteri terus terkedu. Pipinya dah rasa pedih dengan tamparan Imran. Tajam dia
merenung Imran. Dia tak percaya Imran akan tampar dia.
“ Ini balasan untuk kau
sebab kau kacau hidup aku! Kau buat Aimi pengsan! Kau buat hubungan kami
renggang! Semua ni untuk kau! Kalau kau tak nak aku buat lebih daripada ni,
baik kau jangan ganggu aku lagi!”
Puas memarahi Puteri.
Kakinya laju saja keluar daripada kawasan itu dan terus masuk ke dalam kereta.
Lepas keluar daripada hospital tadi terus dia menuju ke sini. Dia takkan puas
selagi dia tak warning Puteri. Itu baru sikit Puteri! Kau jangan sampai aku
buat lebih teruk.
Puteri yang melihat Imran
berlalu terus merengus marah. Pipinya yang ditampar tadi diusap lembut. Tak
sangka sebab budak mentah tu Imran tampar aku! Huh! Tak guna punya budak!
“ I dah cakap sebelum
ni kan? Dia dah tak sayangkan you. Kenapa you still beria-ria nak dekat dengan
dia?”
Puteri hanya memandang
lelaki itu mendekati dirinya bersama dengan senyuman sinis. Khairul!
“ Kalau you datang
setakat nak sakitkan hati I. Baik you pergi.”
Puteri terus
memusingkan badan ke belakang. Hatinya bengkak melihat senyuman sinis Khairul
tadi.
“ Puteri. Sampai bila
you nak mengelak daripada I? I sayangkan you tahu tak?”
Khairul dah mencengkam
lengan Puteri. Itu satu-satunya cara agar Puteri tidak lari daripada dia.
“ Sebab I langsung tak
sayangkan you! I Cuma sayangkan Imran!” Bentak Puteri.
Khairul tersenyum
sinis.
“ Yeke you sayangkan
Imran or you just nak kaut harta dia? Come on Puteri! Kalau benar you sayangkan
dia kenapa you still layan I?”
Kini Khairul terus
memusingkan badan Puteri dan memeluk Puteri. Puteri yang terkejut dengan tindakan
Khairul terus menolak tubuh itu. Tapi Puteri tak mampu. Khairul memeluknya
terlalu erat.
“ I love you Puteri!
Tolonglah faham I!”
Puteri rimas! Dia rasa
sesak nafas. Sekali lagi dia menolak tubuh Khairul agar jauh daripada dia.
“
Lepaskan I!”
Puteri meronta-ronta
agar dilepaskan. Tapi Khairul semakin mengeratkan pelukannya. Dia terlalu
rindukan Puteri. Terlalu rindu!
“ I takkan lepaskan you
selagi you tak terima I!”
Belum puas dengan
pelukan itu, bahu Puteri pula menjadi mangsa kucupannya. Puteri yang menyedari
hal itu pantas menolak kuat tubuh Khairul agar jauh darinya. Bila dah berjaya
pantas dia memberi tamparan yang kuat pada pipi Khairul.
“ You dah melampau
Khai! I layan you baik-baik tapi ini cara you balas?!”
Puteri dah mengalirkan
air mata. Dia kesal dengan Khairul.
“ I ke you yang
melampau?!”
Khairul tertawa sinis.
Rambutnya diraup kasar. Puteri yang melihat hanya mampu berdiam diri.
“ You yang melampau
Puteri. I terlalu cintakan you tapi ini yang you balas? You lebih pilih orang
yang langsung tak cintakan you. Sedangkan I? I yang setia dengan you, you
tolak. You yang melampau!”
Tajam Khairul merenung
ke arah Puteri. Sekali lagi dia mendekati Puteri yang tidak mampu berkata-kata
itu. perlahan rambut Puteri diusapnya.
“ Maafkan I. Tapi
sebelum hati I terluka lebih teruk. Baik I pergi.”
Khairul kecewa. Bila
tengok Puteri masih mendiamkan diri, dia terus tersenyum tapi tawar. Dia terus
memusingkan badan untuk beredar. Tapi sebelum itu, dia sempat mengerling
sekilas ke arah Puteri.
“ Carilah I bila you
perlu. I akan sentiasa berada di samping you.”
Terus kakinya melangkah
meninggalkan kediaman Puteri. Sebaik sahaja kelibat Khairul hilang, Puteri
terus terduduk dengan linangan air mata. Hati dia sakit. Pedih melihat Khairul
pergi. Kenapa dia mesti rasa macam ni? Kenapa bila Imran pergi dia tak pernah
rasa macam ni? Arhh!
**
Bila ditanya benda apa
yang paling membahagiakan dalam hidup ini. Jawapan dia bila rasa jatuh cinta.
Perasaan cintakan seseorang. Itu jawapan insan yang bernama Imran. Tetapi Aimi
pula, bagi dia perasaan paling indah apabila ada orang sudi bersama dengan dia.
Sudi menyayangi dia dan menjaga dia. Yang paling penting ialah yang tahu
menghargai dia.
Aimi tersenyum. Tak
tahu lah kenapa tapi semenjak Imran hadir dalam hidup dia. Macam-macam yang dia
dah lalui. Dan dia tak dapat nafikan perasaan yang dia pernah rasa sebelum ni
dengan Razif sangat berbeza bila berada dekat dengan Imran. Dia sendiri buntu.
Adakah itu cinta?
Tangannya mencapai
telefon bimbit yang berada di sebelahnya. Dia mula menaip sesuatu pada skrin
telefon itu. Dalam hatinya saat ini maybe dah terukir nama dia. Siapa? Rasanya
korang dah pandai agak.
Assalamualaikum.
Terima kasih Imran.
Teringat pula kata-kata
Imran semalam. Serius. Dia sangat terkejut. Dia tidak tahu maksud sayang Imran
tu hanya sekadar kawan, pesakit atau pun lebih daripada itu. Dia masih tak nak
buat kesimpulan. Sebab dia takut nanti dia yang syok sendiri.
Tiba-tiba telefon
bimbitnya berbunyi. Ada pesanan ringkas daripada Imran.
Waalaikumussalam.
Untuk apa Aimi?
Laju saja tangannya
membalas pesanan itu.
Entah.
Tapi terima kasih.
Most
welcome. Just remember, I always be there when you really need me.
Aimi tertawa kecil.
Ada-ada je Imran ni. Alahai. Perasaan bahagia muncul lagi. Tapi aku takut kalau
aku terlalu rasa bahagia, iainya hanya bersifat sementara.
“ Aimi. Termenung apa
tu?”
Suara itu terus
membuatkan dia kembali sedar. Senyuman diberi kepada ibunya. Hari ini dia dah
boleh keluar hospital. Cukuplah sehari dia duduk di sini. Dia dah rasa sihat
walaupun doktor kata jantungnya semakin hari semakin teruk kalau dia
terus-terusan melayan emosi. Masa dengar doktor kata macam tu, Aimi hanya mampu
tersenyum. Dia dah bersedia dengan segala kemungkinan tersebut.
“ Mak. Jom balik.” Ajak
Aimi lantas mengemaskan tudungnya dengan rapi.
“ Jom. Ayah dah tunggu
dekat bawah. Nanti kamu menyusul. Mak pergi dulu.”
Melihatkan Maznah sudah
berlalu, AImi kembali duduk di birai katil. Ruang bilik wad tersebut diperhati
sekilas. Dia tersenyum lagi. Entah ke berapa kali dia menghuni bilik ini.
Alahai. Oh! Come on! Stop dreaming! Sekarang jom balik.
Baru sahaja Aimi nak
memulas tombol pintu. Pintu tersebut terlebih dahulu diketuk. Cepat saja Aimi
membuka pintu itu daripada dalam. Dan terpampang wajah Imran yang tengah
tersenyum itu.
“ Hai awak. Dah nak
balik ke?”
Aimi terus keluar dan
berdiri di sisi Imran. Kepalanya dianggukkan.
“ Ingatkan awak tak
masuk kerja lagi.”
Mereka berjalan
beriringan menuju ke bawah.
“ Nak jumpa awak. Sebab
tu datang awal.”
Aimi tersenyum. Bila
dah sampai di pintu utama hospital. Aimi terus menghentikan langkah. Badannya
berpusing agar dapat menghadap Imran yang setia dengan senyumannya itu.
“ Im. Kalau saya nak
cakap sikit boleh?”
Imran terdiam.
Melihatkan riak Aimi yang serius itu membuatkan dia rasa takut.
“ Apa?”
Aimi menarik nafas
dalam-dalam sebelum memandang tepat ke dalam mata Imran.
“ Saya tak tahu bila
saya akan sembuh. Tapi macam tiada kemungkinan untuk sembuh.”
Aimi jeda seketika lalu
tunduk memandang lantai.
“ Terima kasih sebab
sudi jaga saya selama ini. Dan fasal semalam tu. I’m sorry. Saya tak patut
kacau awak.”
Imran tersentak. Dia
terus menggelengkan kepalanya.
“ Awak silap. Awak
langsung tak bersalah. Saya yang salah. Saya dengan Puteri tiada apa-apa la
Aimi. Betul.”
Aimi tersenyum nipis.
“ tak kisahlah. By the
way, saya happy dapat kenal dengan awak Doktor Imran.”
Dadanya dah mula rasa
sebak. Pantas saja dia berlalu daripada situ sebelum Imran perasan dengan
perubahan wajahnya. Dia mengetap bibir kuat. Imran. Betul. Saya mengaku. Saya
dah mula cintakan awak.
Imran hanya melihat
Aimi berlalu. Dia terdiam. Tapi dia dapat rasakan Aimi ada perasaan yang sama
dengannya. Or itu hanya imaginasi dia saja? Arh! Kenapa aku susah sangat nak
lafazkan rasa cinta ni pada dia? Tapi tengoklah semalam. Aku cakap sayang pun
dia tak nak percaya. Oh! Come on! Takkan kau nak berputus asa Imran!
“ Doktor. Ada pesakit
pengsan.”
“ Okay. Kejap lagi saya
datang.”
Imran tersenyum sebelum
menoleh ke arah hospital semula. I will never let you go Aimi Aisya. Never!
**
Matanya terus meliar ke
sekeliling. Ingin mengelakkan daripada air mata jatuh terus ke pipi. Tidak. Dia
tak nak menangis lagi. Tak nak. Senyuman cuba diukirkan even hambar. Bila dah
rasa okay terus dia menoleh ke luar tingkap.
“ Saya memang sayangkan
awak Aimi.”
Tiba-tiba kata-kata
yang pernah diucapkan Imran semalam kembali berlegar dalam fikirannya.
Jantungnya yang berdegup biasa tadi terus jadi kencang. Dia terkedu seketika.
Betul ke apa yang Imran katakan tu? Arh! Tak nak percaya! Tak nak!
“ Aimi. Apa yang kamu
menungkan tu?”
Aimi tersentak. Dia
terus menggelengkan kepalanya. Soalan ayahnya itu dibiarkan sepi. Sebab dia tak
mampu untuk bersuara saat ini. Dia yakin kalau dia keluarkan suara, suara dia
akan jadi serak.
“ Ayah tengok Doktor
Imran tu bukan main risau lagi tengok kamu pengsan hari tu.”
Sekali lagi Aimi
tersentak. Tapi dia masih mendiamkan diri.
“ Dia ada cakap dekat
ayah yang dia sayangkan kamu.”
Kali ni Aimi terus
menoleh ke arah ayahnya yang tenang memandu itu. Maznah dah tersenyum melihat
reaksi Aimi.
“ Ayah tak kisah kalau
betul dia sayangkan kamu. Sebab ayah percaya dia dapat jaga kamu dengan baik.
Bila ayah dah tak ada nanti, tak lah ayah risau sangat.”
“ Ayah! Kenapa cakap
macam tu.”
Aimi dah kembali
mengalirkan air mata. Dia tak suka bil ayah dia cakap macam. Dia masih belum
bersedia untuk kehilangan ayah dia.
“ Jodoh dan ajal semua
terletak di tangan Tuhan. Ayah Cuma nak mengingatkan diri ayah ja. Aimi. Kalau
betul dia sayangkan kamu. Kamu terima ya. Sebab ayah yakin yang kamu pun dah
sayangkan dia kan?”
Terus Aimi tergelak.
Gelak yang sengaja dibuat-buat. Sedangkan dalam hati dah rasa lain macam.
“ Kenapa ayah yakin
sangat yang dia sayangkan AImi?” Soal Aimi ingin tahu.
Azmir tersenyum nipis.
Wajah isterinya dikerling sekilas sebelum dia kembali memandang ke jalan.
“ Sebab cara dia jaga
kamu. Cara dia risau dan cara dia pandang kamu. Ayah dan dia lelaki. Jadi ayah
tahu lelaki ni macam mana.”
Kali ni Aimi terus
terkedu.
“ Mak pun suka tengok
Imran tu Aimi. Tak salah kan kalau dia sayang kamu?”
Aimi terus terdiam. Dia
terkelu lidah untuk menjawab. Semuanya berlaku dalam sekelip mata.
“ Percaya kata hati
Aimi tu.”
“ Dan jangan lupa terus
berdoa.”
Aimi memejamkan matanya
erat. Kata-kata orang tuanya disimpan semat dalam hati. InsyaAllah ayah dan
mak. InsyaAllah.