Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Friday 6 December 2013

Cerpen : Tetap Menanti

Wah!! Finally! Ada juga cerpen baru. Kihkihkih... Okey! Before you guys read. Cerita ni hanyalah rekaan semata-mata kayh. Tak ada kaitan yang hidup mahupun mati. (Eh! Kenapa ni?) Nak tahu? Kenalah baca sampai habis. Enjoy!



“ Saya mempersembahkan penyanyi kegemaran korang termasuk saya. Nomad!”

Aku menekup telinga saat mendengar jeritan orang sekeliling. Penyanyi je kot. Menjerit mengalahkan nampak sesuatu je! Ini Aina punya angkaralah. Tak fasal – fasal aku kena ikut dia datang tengok persembahan Nomad ni. Dah lah aku tak suka duduk dalam keadaan yang bising-bising macam ni.

“ Terima kasih semua! Terima kasih! Dengarlah lagu saya yang bertajuk Tetap Menantimu.”

Aku mendiamkan diri kerana semua orang tiba-tiba berdiam diri. Nak dengar lagu so kenalah diam.

Aku menyedari telah jatuh cinta
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagia ku mencintaimu
Walaupun kau belum mencintaiku

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir

Semakin ku bisa untuk menyayangi
Semakin ku bisa untuk mengerti
Dari semua hidupmu yang ku mimpikan
Kan ku hapus semua menjadi indah

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cintamu

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam Aku tetap menantimu
Aku tetap menantimu
Aku kan tetap.. menantimu…

“ Terima kasih!”

Terkelip-kelip aku memandang ke arah pentas. Aku perhati penyanyi itu. Ya Allah. Lagu dia tadi buat aku terpaku kejap. Lagunya menusuk ke hatiku. Ini kali pertama aku dengar lagu macam ni. Selalunya asyik dengar lagu jiwang-jiwang je. Terkena lagu ni terus terpaku. 

Lagu je lah bukan penyanyi dia.

“ Jom balik! Aku Cuma nak dengar lagu ni je.”

Lorh! Kalau macam tu lebih baik tak payah datang cik oii. Buang duit minyak kereta aku je lah minah ni. Nasib lagu dia sedap. Kalau tak memang lah.

“ Sebelum tu, jom teman aku jumpa Nomad belakang pentas. Aku nak bertahu sesuatu.”

“ Ha?! Tak nak lah! Kau peminat dia je kan? Tak usah nak masuk campur pergi ke sana.” Halangku. 
Sememangnya aku tak gemar nak pergi jumpa artis tu depan mata. Minat ke tak ke tetap
tak suka.

“ Kau kena ikut baru kau tahu. Jom! Tak ada alasan!”

Mahu tak mahu aku gagah ikut dia ke belakang pentas. Walaweyh! Banyaknya artis belakang ni. Tak kurang hebatnya. Tapi kawan aku ni selamba je. Siap boleh tersenyum lagi dengan artis lain. Aku pula yang jadi cuak.

“ Abang Nomad!”

Aku menoleh ke arah penyanyi itu. Abang? Cis! Panggilan langsung tak boleh tahan. Aku nak gelak boleh tak?

“ Ha! Baru sampai. Puas abang tunggu sebelum abang naik pentas tadi. Kenapa baru datang?”

Aku terlopong. Mereka berdua ni ada apa-apa ke? Dia pun turut menggunakan panggilan ‘abang’.

“ Tadi ada dekat depan. Tengok persembahan abang. Best lagu baru abang tu. Sampai kawan Aina ni pun terpegun.”

Aku tersedak. Guna nama aku pulalah minah ni. Aku mengalih pandangan ke arah lain apabila menyedari dia leka memandang ke arah aku.

“ Terima kasih.”

Dia ucap terima kasih dekat aku lah. Walaweyh!

“ Ada apa abang nak jumpa Aina ni. Aina tak boleh balik lambat. Nanti sunyi je jalan dekat taman tu. Dahlah malam-malam macam ni.”

“ Abang nak kamu balik hujung minggu ni. Jumpa papa dan mama. Mereka kata ada sesuatu nak beritahu kamu.”

Eh? Jap! Jap! Papa dan mama? Aku terus memandang tajam ke arah Aina. Aku menepuk bahunya dengan kerutan di dahi.

“ Papa dan mama? Aina….” Meleret aku menyebut namanya. I need your explain!

“ Sorry sebab tak beritahu kau lebih awal. Ini abang kandung aku. Abang yang aku selalu cerita tu. Cuma aku tak sebut nama ja. Sorry..”

Aku rasa nak hempuk je kepala dia sekarang ni. Tapi aku tetap menampar lengannya dengan kuat. Puas hati aku!

“ Weh! Ampun..!”

Aku mencebik dengan geram. Ampun lah kau sorang. Aku pandang pula ke arah abang dia. Tak sangka dia turut memandang ke arah aku.

“ Maaf. Saya nak bawa adik awak balik sekarang. Jangan risau hujung minggu ni pasti dia akan balik.” Amboi! Skemanya ayat. Haha..

“ Abang! Jumpa nanti!”

Ish! Kau memang nak kena dengan aku Aina!


**

Eh? Nombor siapa pula ni? Tiba-tiba hantar pesanan yang berbunyi Assalamualaikum. Nak jawab ke tak erk? Jawablah. Aku nak tahu juga siapa yang hantar.

+Waalaikumussalam. Siapa di sana?

Aku menanti dalam 5 minit. Lambat juga nak membalasnya. Atau tak mahu beritahu siapa dia?

+ Secret admire you ler…

What?! Aku manalah ada secret admire nyer. Siapalah nak minat dekat aku ni. Lainlah Aina. Dia cantik.

+ Jangan nak main-main boleh tak? Siapa awak? Secret admire? Saya manalah ada secret admirenyer.

+ Ada. Orang itu adalah saya

Aku menepuk dahi dengan perlahan. Ya Allah.

+ Okey Fine! Now tell me. Who are you?

+ No! Saya tahu kalau saya beritahu awak, pasti awak tak nak bersembang dengan saya lagi.

Tahu tak pe. Ceh! Aku tak mahu mengalah. Aku tetap nak tahu juga. Tapi aku sempat menjenguk ke luar tingkap. Mana tahu abang Aina dah sampai. Hari ni dia akan balik ke rumah papa dan mamanya. Yang jadi mangsanya aku. Aku kena ikut mereka juga. Hampeh!

+Kalau macam tu saya takkan balas message awak lagi selepas ni. Titik!

Aku terus mencampakkan handpone aku ke atas katil. Aku bersiap-siap untuk ke rumah orang tua Aina. Rumah orang kaya. Mestilah kena pakai elok-elok sikit. Tiba-tiba handpone aku berbunyi lagi.

+ Saya adalah orang yang menyanyi lagu Tetap Menantimu

Tanganku terus terketar-ketar saat tahu siapa pengantar message ni. Nomad? Abang Aina? Oh tidak!

+Tipu!!!           

+Betul! Tak percaya? Tengok ke luar tingkap.

Aku terus bergerak ke tingkap. Dia sedang memegang telefonnya sambil mendongak ke atas. Ke mana lagi kalau tak ke bilik aku. Ya Allah!

“ Aina!”

Aku terus berlari ke arah bilik Aina. Kelihatan Aina baru selesai bersiap. Dah abang dia datang.

“ Asal?” Dia mencapai beg lalu keluar daripada bilik.

“ Aku tak nak pergi!”

“ Lorh! Asal pulak? Jom lah teman aku. Aku pergi kejap je. Tak tidur sanalah.”

Aku menggelengkan kepala. I say no so no!

“ Cuba beritahu aku kenapa? Macam ada yang tak kena je ni.” Aku mengetap bibir. Erk?

“ Tak kira. Kau kena ikut juga. Aku dah janji dengan abang aku yang nak bawa kau bersama. Dia kata dia nak kenal dengan kau.”

“ Jadi kaulah yang beri nombor aku dekat dia?” Soalku dengan rasa tak percaya.

“ Yap! Dah aku tunggu kau dekat bawah. Lima minit je kay?”

Aku meraup mukaku kasar. Okeyh! Kawal perasaan kau Lia. Buat selamba je. kayh!

**

Haish! Asal dia asyik jeling aku ja ni. Nanti papa dan mama dia perasan macam mana? Gila lah dia ni. Tiba-tiba telefon bimbitku bergetar. Mujur aku silentkan handpone aku.

+Saya akan sentiasa perhatikan awak selepas ni. So get ready!

Parah! Aku menyiku perut Aina yang sedang minum air tu. Dia menoleh ke arahku dengan kerutan di dahi. Maksudnya ‘ Apa’

“ Aku nak balik. Tiba-tiba tak sihat badan.” Nafiku. Ini semu demi elakkan diri daripada abang dia ni lah.

“ Kau berehat dekat bilik aku dululah macam tu. Nanti petang kita baliklah.”

Walaweyh! Macam mana ni?

“ Aku keluar jap.”

Aku tak tahan nak terima panahan matanya tu. Buat sakit mata je kalau asyik tengok. Tak penat ke asyik pandang aku.

Telefon bimbitku bergetar lagi. Pasti dia.

+Kenapa? Bosan ke sebab saya asyik merenung awak?     

Huh! Memang! Aku melangkah ke kolam ikan. Rasa tenang sikit bila tengok ikan dalam kolam ni. Masa aku datang tadi aku terkejut habis. Ternyata kaya juga kawan aku ni. Sampai hati dia rahsiakan hal ni daripada aku. Mati-mati aku ingat dia macam aku. Yelah.. Kalau kaya, pakaian dia tak bergaya sangat. Dah tu lebih kurang macam aku. Tak sangka pula yang dia..

“ Ehem.. ehem..”

Aku menoleh ke kiri. Apa dia buat dekat sini? Aku tak mahu pedulikan dia. Buat habis air liur aku je kalau cakap dengan dia. Jadi aku lebih selesa mendiamkan diri. Tapi tak lama apabila telefon bimbitku kembali bergetar.

+Kenapa diam? Cakaplah dengan saya.

Aku mengerutkan dahi. Haih! Dekat macam ni pun nak message lagi? Habis kredit aku je lah mamat ni. Tapi layankan je lah.

+Tak ada topik yang ingin dibualkan.     

+ Kalau macam tu awak tanyalah saya. Saya tahu banyak yang awak nak tanya saya.

+ Takut awak kecil hati pula nanti. Aku menjelingnya sekilas. Haish! Tengok dari tepi hensem pula mamat ni. Ceh!

+Tak apa. saya rela tahan demi awak.

Ingin saja aku muntah hijau dalam kolam ni.

+Apa tujuan awak? Awak secret admire saya? Haha! Jangan nak bergurau boleh tak? Kita baru kenal je kot.

+ Manalah saya nak tahu. Bila kali pertama tengok awak saya dah tertarik.

Senangnya jawapan dia kan?

+ Tak mungkin.

+ Betul. Ikut awaklah nak percaya ke tak. Yang pasti saya dah jatuh hati dekat awak. Saya akan berusaha dekat dengan awak.

“ Lia!”

Aku terus berlari menuju ke arah Aina. Rasa sesak nafas bila berada dekat dengan mamat tu.

“ Jom balik.” Ujarku.

“ kejap lagilah. Apa yang abang aku cakap dekat kau tadi? Serius je..”

Aku melihatnya dengan rasa tak percaya.

“ Abang kau tengah bercakap ke tadi? Setahu aku dia sibuk dengan telefon bimbit dia je. keluarkan suara pun tak.”

Aku tertawa kecil. serius ketika membalas SMS aku lah tu. Kalau adik dia tahu mahu abang dia kena bantai gelak. Haha..

“ Oh. Jomlah masuk. Papa dan mama aku nak kenal kau.”

“ Okey.”

**

+I want to see you

Aku tersedak selepas membaca SMS itu. Apa? dia nak jumpa aku? Malam-malam macam ni? Kau dah gila ke apa?

“ Asal tu Lia?” Tegur Aina yang sedang membaca buku.

“ Sekarang pukul berapa Aina?”

“ Pukul 10 dah. Kenapa?”

“ Ada orang gila nak jumpa aku.” Ujarku selamba.

“ Ha! Mana-mana? Meh, aku nak serang dia supaya dia tak ganggu kau pada malam-malam macam ni. Orang gila bahaya oo Lia. Kau jangan main-main.”

Akhirnya ketawaku meletus selepas melihat reaksi Aina yang tak boleh blah tu.

“ Caring juga ye kau fasal aku.”

“ Of course! Betul ke ada orang gila nak jumpa kau? Jangan tipu!”

Aku menggelengkan kepala. sebenarnya Aina langsung tak tahu yang abangnya masih berhubungan dengan aku melalui telefon. Kali terakhir kami berjumpa dekat rumah Aina tu jelah. Lepas tu Aina dah tak tanya aku fasal abang dia. Aku legalah jadinya.

“ Bukan. Kawan aku yang nak jumpa. Aku memang suka panggil dia orang gila sebab dia suka buat sesuatu yang diluar jangkaan.” Nafiku. Tapi memang betul pun.

“ Oh! Aku ingatkan siapalah tadi. Aku naik dululah.”

Aku kembali melihat ke skrin telefon. Aku membalas SMS dia.

+Buat apa? Lain kali jelah!

+Ada hal penting nak beritahu awak ni.

+Beritahu je lah dekat sini. Apa masalahnya?

+Jom couple?

Aku yang sedap-sedap berbaring tadi terus bangun selepas membaca SMS dia ni. Lawak apa ni?

+ Jangan nak buat lawak antarabangsa boleh tak?

+Saya serius ni. Jom couple..

+Erk!  Aku tak tahu nak jawab apa.

+Okey. Itu tandanya awak setuju. Jumpa nanti dear.

“ what? Ish! Mamat ni kan!!!”

**

“ Lia! Abang aku dah berjaya!”

Ha! Aku blur seketika melihat Aina yang terlebih gembira dekat ruang tamu ni. Sampai terloncat-loncat jadinya.

“ Apa yang dia dah buat?”

“ Dia kata dia berjaya dapatkan calon isteri. Katanya nanti dia nak bawa calonnya tu jumpa aku.”

“ Uhuk! Uhuk!” Ya Allah. Orang yang abang kau kata tu aku lah! Walaweyh! Kenapa dia pergi beritahu adik dia ni? Baru dua hari couple kot. Tu pun dia yang buat keputusan sendiri.

“ Kau dah kenapa?”

Telefon bimbitku tiba-tiba berbunyi. Itu menyelamatkan aku daripada menjawab soalan Aina. Aku terus berlalu masuk ke dalam bilik.

“ helo. Awak dah gila erk?!” terus aku serang dia selepas melihat namanya di skrin.

“ Gila? Kenapa?” Amboi! Buat tak tahu ke atau memang tak tahu?

“ Kenapa awak beritahu adik awak macam tu? Saya tak rela lah!”

Aku terus matikan talian. Geram punya fasal.

Tut..tut..tut.. Dia hantar SMS pula.

+Maafkan saya. Saya Cuma tak nak lama-lama couple dengan awak. Kita kahwin?

What? Ya Allah! Ish! Hati dia ni memang kayu kan? kalau nak melamar pun biarlah berdepan dengan aku. Barulah terharu sikit hati aku ni.

+Awak yakin ke ni?

+Of course!

+tapi saya tak yakin! Kita ni masih muda dan masih baru berhubungan. Kita pun masih belum kenal hati budi masing-masing. Saya nak awak fikir masak-masak dulu.

Aku terus tinggalkan telefon bimbit dalam bilik sebelum aku melangkah ke ruang tamu. Malas aku nak layan.

“ Lia! Abang aku ada dalam tv sekarang ni! Cepat!”

Aku menoleh ke arah tv.

“ Bukan siaran ulangan ke?” Soalku lalu melabuhkan punggung di sebelah Aina.

“ Haah. Terlupa. Kau tengok tajuk tu. Rahsia Nomad akan terbongkar. Wah! Mesti abang nak beritahu fasal calon isteri dia ni.”

Tanganku menggeletar secara tiba-tiba. Walaweyh! Dia nak beritahu dalam tv ni? Janganlah awak! saya belum ready lah!

“ Sekarang kita bersama dengan penyanyi yang makin dikenali ramai. Lagunya juga dah menjadi permintaan ramai di radio. Perkenalkan Nomad!”

“ Terima kasih.. terima kasih.”

Aku rasa tak sedap hati. Tolonglah awak! jangan sebut nama saya dekat sini.

“ Jadi? Hari ni kita akan tahu rahsia terbesar Nomad. Dengar kata dia nak beritahu siapa buah hati dia selama ni. Benarkah Nomad?”

Hatiku berdebar-debar dengan laju. Seperti baru selesai berlari daripada marathon.

“ Ya. Saya ingin berterus terang kepada semua termasuk dia. Saya harap dia sedang tengok siaran ni.”

Aku menjeling ke arah Aina. Dia kelihatan teruja sangat. Aku pula dah macam cacing kepanasan ni.

“ Jadi siapakah insan yang bertuah tu Nomad? Tak sabar nak tahu ni..”

“ Insan itu adalah…”

Aku menutup mataku erat. Aku tak sanggup nak dengar dia sebut nama aku lagi. Ya Allah.

“ Zafliana. Saya sayangkan dia sebagaimana saya sayangkan diri saya.”

Ya Allah. Dia telah sebut nama penuh aku. Aku membuka mata dengan perlahan. Terkejut melihat ke arah tv. Dia tengah buat apa tu?

“ Awak. saya tahu awak marah sebab saya buat keputusan yang melulu. Tapi saya tak sanggup nak bertahan dengan lebih lama. Jadi.. saya harap awak sudi jadi isteri saya.. Bolehkah awak?”

Aku rasa sebak. Aku juga rasa nak menangis saat ni. Tapi? Hah! Aina! Aku pantas menoleh ke kiri. Eh? Dia tak ada? Mana pergi?

Aku menyedari telah jatuh cinta…”

Huh! Itu.. itu suara dia.

tapi aku tak bisa mengungkapkan..”

Aku bangun dengan perlahan-lahan dan menuju ke arah pintu.

Terasa bahagia ku mencintaimu
  Walaupun kau belum mencintaiku
…”

Aina? Dia? Ya Allah. Mengapa mereka berada di sini?

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang tera
khir…”

Dia menghampiriku dengan gitarnya sambil menyanyikan lagu favourite aku tu.

Semakin ku bisa untuk menyayangi
Semakin ku bisa untuk mengerti
Dari semua hidupmu yang ku mimpikan
Kan ku hapus semua menjadi indah


Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam 
Aku tetap menantimu


Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cintamu

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu Aku tetap menantimu
Aku kan tetap.. menantimu…”

Sebaik sahaja dia selesai menyanyi, dia menyerahkan gitar itu kepada Aina. Aina melihatku dengan senyuman. Aku masih tak faham dengan semua ni.

“ Awak…”

Tiba-tiba telefon bimbitku bergetar. Aku terus membuka SMS yang aku baru dapat sebelum aku menyoalnya dengan lebih lanjut.

+Sudi tak awak menjadi isteri saya?

Ha?!  Aku toleh ke arahnya. Macam mana dia?

“ Lia!” Aina memanggil dan menunjukkan telefon bimbit Nomad ke arahku.

“ Lebih baik awak cakap sebelum saya campak telefon ni ke bawah.” Ugutku.

Aku nak dia berani cakap apa yang dia rasa. Bukan melalui SMS. Walaupun aku masih sukar untuk terima semua ni. Haih! Dulu aku berangan nak kahwin selepas dah bekerja. Sekarang ni belajar pun belum habis, ada orang dah datang melamar aku. Dengan romantik pula tu. Romantik ke namanya kalau tanya melalui SMS? Hah!

“ Awak..”

Sekali lagi telefon bimbitku bergetar.

+Dia tak berani nak cakaplah Lia. Apa kata kau paksa dia sikit. Abang aku ni pemalu sikit. Kau cuba lakukan sesuatu.

Itu kata-kata AIna. Aku tersenyum nakal. Oh! Malulah sangat. Tapi bila nyanyi depan orang ramai tak malu pula ye..

“ Saya nak masuk..”

Aku berura-ura nak masuk ke dalam rumah. Tapi dia cepat-cepat menarik lenganku supaya dapat berhadapan dengannya.

“ Awak jangan nak malukan saya boleh tak? Tak puas lagi awak malukan saya dalam tv. Sekarang pula? Apa ni?”

Aku berpura-pura marah kepadanya. Sedangkan hati aku cair selepas mendengar nyanyian dia tadi. He do it! Kiranya hati dia tak kayu lah ye. Haha!

“ Maafkan saya. Saya takut awak tak dapat terima semua ni.”

“ Jadi? Awak kenalah terus menanti. Kan awak lelaki sejati?”

Aku menahan senyuman saat melihat wajahnya yang cemberut tu. Tahu pun!

“ Lebih baik awak cakap sekarang sebelum saya cakap saya  nak putus dengan awak.” Tegasku.

“ Awak! jangan!” Tahu pun takut.

“ Saya sayangkan awak. Sudi.. sudi tak awak ikut saya?”

Dahiku berkerut. Ikut ke mana?

“ maksud awak? ikut ke mana?”

“ Ke… ke.. ke…” haih! Gugup pula. Nampak je berani atas pentas tu. Tapi bila berdepan dengan orang yang dia sukai terus lemah macam ni. Lawak lah awak ni Nomad.

“ Ke mana?!” Sergahku kuat.
“ Ke dalam hati saya! Eh?”

Tawa kami meletus serentak. Awak! Hahaha! Apa lah awak ni.

+Abang aku ni merosakkan suasana.

Itu kata adiknya. Aku terus memandang ke arah Nomad yang mula rasa kesal cakap macam tu.

“ Ke dalam hati awak? Macam mana saya nak masuk kalau hati awak kecil je.. Kalau macam tu saya kena bertukar kecil lah.” Seloroh ku.

“ Saya boleh besarkan hati saya ni. Awak sanggup ke?”

Ha?! Pulak! Dia perkena aku balik.

“ Okey stop! Sekarang lebih baik awak berterus terang dengan saya. Apa yang awak nak cakap tadi. Ikut awak ke mana?” Aku dah tak tahan nak main-main dengan dia. Dia pun dah makin gugup aku tengok.

“ Saya nak awak ikut ke rumah saya dan jadi isteri saya!”

Fuh! Cepat sungguh dia bercakap. Haha!

“ Awak serius? Awak tak main-main?” Aku pula yang tak percaya.

“ Of course not! Saya dah cakap berapa kali dah soal ni. Cuma awak kata awak belum bersedia.”

Aku tersenyum.

“ Saya rasa awak tetap kena menanti lah Nomad.”

“ ha?!”

“ Saya rasa awak tetap kena menanti sebab saya masih belajar untuk mencintai awak..”

“ Ha?!”

**

Dua tahun berlalu..

“ Lia! Jom teman aku tengok wayang!”

Aku yang baru selesai habiskan kerja menoleh ke arahnya. Wayang apa tengah hari macam ni.

“ Kau demam erk? Mana ada orang tengok wayang tengah hari macam ni. Masa ni orang tengah makanlah.” Aku tersenyum kecil apabila teringat ajakan Aina yang tak logik tu.

“ Bukan terus pergi tengok wayang. Kita pergilah jalan-jalan dulu. Jomlah.. Aku bosan ni…” Aina masih berusaha memujuk aku.

“ Ajaklah abang kesayangan kau tu.”

“ Ala.. Kau bukan tak tahu sekarang ni dia macam mana. Sibuk mengalahkan perdana menteri. Sebab tu lah sekarang dia jarang datang sini dan message dengan kau. Betul tak?”

Aku tersentak. Pandai Aina meneka. Ala.. Aku pun sibuk juga. Aku yang minta dia untuk tidak berfikir fasal kahwin dulu. Aku cakap dekat dia sebelum ni, biar kita kejar cita-cita dulu. Dan sekarang kami sama-sama telah pun berjaya.

Walaupun masing-masing sibuk. Tapi sebenarnya dia masih berusaha untuk mencari ruang untuk aku. Kiranya masih couple lah. Haha.. Mujur pihak media tak tahu. Kalau tidak aku lah yang dapat malu.

“ Ala..jomlah. Aku pasti kau takkan menyesal.”

Hurmm.. Boleh juga. Aku boleh release tension sikit.
“ Okeylah. Tapi kau belanja erk?” 

“ Okey beres!”

**

Haish! Minah ni lah. Asal pergi tandas tu lambat sangat. Wayang dah nak mula ni. Aina!! Jangan spoilkan mood aku boleh tak? Nasib baik kau yang belanja.

Tiba-tiba telefon bimbitku bergetar. Pasti Aina. Nak mengelat lah tu.

+Weh! Sorry! Aku tiba-tiba ada hal. Pihak penerbitan aku ada meeting dengan aku. Kau masuk sorang je lah erk? Sorry sangat-sangat.

Terhambur keluhan kecil daripada mulutku. Seperti yang aku jangka. Biasalah. Dah nama pun jadi model. Of course sibuk sentiasa. Kalau dah tahu sibuk buat apa ajak aku datang sini? Buang masa je lah. Hurmm.. Nak masuk tengok ke tak erk? Malas lah!

Baru saja aku nak buang tiket wayang tersebut, telefon bimbitku kembali bergetar. Apa lagilah si Aina ni.

+Kau masuk! Jangan tak masuk! Rugi je aku beli tiket mahal-mahal. Jangan risau akan ada orang teman kau dekat dalam tu. Masuk tau!!!

Cis! Macam tahu-tahu je aku nak buang tiket ni. Ada orang temankan aku? Siapa? Hurm.. Masuk je lah. Nanti free je aku kena dengan AIna tu.

Jadi aku pun melangkah masuk ke dalam dengan perasaan yang kecewa. Sampai saja di tempat yang sesuai. Aku pun melabuhkan punggung dekat kerusi. Tak depan sangat dan tak belakang sangat. Tengah-tengah.

Aku sempat perhati sekeliling. Tak ramai sangat pun. Maybe sebab ramai orang tak minat cerita Inggeris ni kot..

“ Mempersembahkan…”

Ha! Dah mula!

“ Penyanyi yang makin tersohor dalam bidang hiburan ini. Terkenal dengan sifat peramah dan romantisnya itu. Kami mempersembahkan kepada anda nyanyian daripada beliau. Dan dia tujukan lagu ni khas untuk seseorang yang telah lama bertakhta dalam hatinya.”

Erk! Kata gambar Inggeris tadi. Asal pergi cakap bahasa Melayu pula? Layankan je lah!

“ Mama! Oh mama! Abang dah jumpa dia. Abang dah ready ni..”

“ Jumpa apa? Ready untuk apa?”

“ Untuk melamar dia. Dan abang khaskan lagu ini untuk dia..”

Terkelip-kelip aku memandang dua orang manusia yang berada dalam gambar tersebut. Macam aku kenal.

Muzik dimainkan. Penyanyi itu keluar daripada sebuah kediaman sambil memegang mikrofon. Tak lupa juga dengan sekuntum bunga mawar pada tangan kirinya. Wow! Bertuah perempuan yang dilamar tu kan?

“Aku menyedari telah jatuh cinta
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagia ku mencintaimu
Walaupun kau belum mencintaiku…”

Di…dia?

“Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir

Semakin ku bisa untuk menyayangi
Semakin ku bisa untuk mengerti
Dari semua hidupmu yang ku mimpikan
Kan ku hapus semua menjadi indah

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cintamu

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam

Aku tetap menantimu Aku tetap menantimu
Aku kan tetap.. menantimu…”

Aku tak boleh menahan diri daripada menitiskan air mata. Apa yang dia tengah buat ni? Tiba-tiba telefon bimbitku bergetar.

+Tadi tu khas untuk awak. Saya nak awak berdiri dan pandang ke belakang.

Aku mengesat air mata sebelum aku bangun. Aku menoleh seperti yang dia suruh. Alangkah terkejutnya aku melihat siapa yang berada di belakang aku sekarang ni.

“ Zafliana!”

Aku menekup mulut menahan diri daripada menitiskan air mata.

“ Sudikah awak menjadi isteri saya?”

Nomad! Dia mendekati aku dengan sekuntum bunga mawar. Dia menyerahkan bunga itu kepadaku. Aku menyambut dengan rasa sebak. Terharu!

“ A..awak dah penat untuk menanti?” Soalku dengan senyuman kecil.

“ Apa yang awak rasa tu adalah apa yang saya rasa. Family saya dan orang ramai dekat sini menjadi saksi. Saya melamar awak untuk menjadi isteri saya sebab saya mencintai awak. Saya juga dah tak sanggup nak berjauhan daripada awak. Harap awak sudi?”

Ya Allah. Dia dah banyak bersusah payah demi aku. Dia sanggup buat macam ni demi menambat hati aku. Bohonglah kalau aku cakap aku tak terharu. Dan aku memang mulai mencintai dirinya semenjak setahun yang lalu.

“ Nomad… I do! I say I do..” balasku dalam sekali lafaz.

Tiba-tiba kedengaran orang bersorak di belakang kami. Ternyata peminat Nomad. Ya Allah malunya aku.

“ I always waited for you before this. And now I always love you forever…”

Aku mengangguk mendengar kata-katanya. Thank you Nomad. Awak buat hati saya berbunga-bunga dan bahagia.

**

“ Haih…. Orang yang tengah darah manis ni mana boleh berjumpa. Cik abang yang aku sayang… Sabarlah sikit. Lagi 2 hari je pun nak nikah. Tak sabar sungguh..”

Bebelan Aina berjaya membuatkan aku tertawa kecil. Mereka langsung tak perasan yang aku sedang bersembunyi di satu tempat dan mendengar setiap butir bicara mereka.

“ Please… abang nak jumpa dia kejap je. Ada benda abang nak bagi.. Bolehlah Aina…”

“ Benda apa? Meh Aina tolong kasi.”

“ Tak boleh. Kalau Aina bagi nanti nampak sangat tak ikhlas.”

Aku mencebik. Ye lah tu. Baru saja aku nak keluar daripada tempat persembunyianku, telefon bimbitku tiba-tiba bergetar. Mujur aku silent. Kalau tidak kantoi je lah.

+Awak! Saya tahu awak dapat dengar saya tadi. Please… Kejap je. Tak lama.

Aku menggeleng-gelengkan kepala saat membaca SMS dia. Mengada-ngada.

+Apa bendanya tu? Awak kena lepasi Aina dulu baru saya jumpa awak. Kalau tidak.. bye-bye!

Aku nak je ketawa besar sekarang. Tapi tak baik pula.

“ Aina… Please… Kalau susah sangat Aina temanlah kami. Dekat luar rumah je pun. Aina temankanlah Lia. I beg you..”

Teruknya dia merayu. Haha..

“ Yelah. Lia! Keluar! Buah hati kau nak jumpa. Dah tak sabar sangat nak jumpa.”

Aku keluar daripada tempat persembunyianku sambil ketawa. Memang tak sabar sungguh.

“ Kenapa awak?” Tersengih-sengih aku melihat dia yang monyok tu.

“ Keluar jap. Aina tunggu sini. Aina perhati dari jauh je. Awas kalau cuba-cuba dengar!” Nomad memberikan amaran keras buat Aina.

“ Fine!”

Aku mengekori langkahnya ke luar rumah. Aku Cuma perhati dia ambil sesuatu dalam poketnya.

“ Nah..” Aku tengok kotak baldu kecil itu dengan kerutan di dahi.

“ Apa tu? Cincin ke? Tak payahlah.” Tolakku dengan baik.

“ Ambillah. Ini khas dari saya. Cincin masa kita nikah tu mama yang sponsor. Ini saya yang beli sendiri tau. Please…”

Aku tersenyum lalu menyambut kotak itu. Macam-macam lah awak ni Nomad.

“ Okey. Ini je kan? Saya masuk dulu lah.”

“ Eh? Jap!” Apa lagi?

“ Saya nak awak dengar serangkap lagu daripada saya.”

Aku melihatnya dengan jongketan di kening. Lagu apa pula yang dia cipta ni?

Aku menyedari telah jatuh cinta
Dan aku telah bisa mengungkapkan
Terasa bahagia ku mencintaimu
Walaupun lambat kau mencintaiku…”

“ Okey! Itu je. Bye! Love you!”

Aku terlopong melihat dia pergi macam tu je. Lorh! Haha..

“ Abang gila!”

Akhirnya tawaku meletus. Sekarang ni perkataan tu memang sesuai untuk dia. Gila! Tapi sikap dia yang gila-gila tulah yang berjaya membuatkan aku tersenyum dan ketawa saban hari.

+I always love you..

+Me too..

~TAMAT~


1 comment :

  1. Cerita kelam kabut. entah pape je. menyesal baca. baiki lagi

    ReplyDelete

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers