Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Thursday 16 May 2013

His Heroin or Wife? 2



Semenjak dah dapat kerja bagus ni. Dahlia sering kali sibuk. Nak meluangkan masa yang lebih dengan papanya pun payah. Yelah. Keputusan SPM dia bagus. Dah tu dapat tawaran ke Kolej Komuniti Sains tapi dia tolak.

Katanya dia tak mahu tinggalkan papanya sendirian. Jadi dia ambil keputusan untuk mencari kerja. Dan nasib dia bagus apabila mendapat tawaran kerja. Belum sampai setahun dia kerja di situ, dia sudah di naikkan pangkat. Alhamdulillah..

Pagi itu, seperti pagi sebelum-sebelum ini. Dahlia sibuk menyiapkan sarapan sebelum pergi kerja. En Dahlan tak boleh kalau tak makan sarapan dulu sebelum ke tempat kerja. Katanya tak boleh fokus.

“ Dahlia.. Tak usahlah masak banyak-banyak. Kita dua je yang makan kan?” Muncul En Dahlan di dapur bersama beg kerjanya.

Dahlia tersenyum sambil menuang air teh ke cawan En Dahlan. Kemudian cawan itu di letakkan di hadapan En Dahlan.

“ Tak banyak pun. Roti telur dan roti sandwich je. Kalau tak habis Dahlia boleh bawa ke tempat kerja.” Ujar Dahlia lalu duduk di kerusi.

En. Dahlan hanya tersenyum. Beruntung dia dapat anak seperti Dahlia ni. Dalam hatinya dia amat berterima kasih kepada arwah isterinya.

“ Dah.. Makan cepat. Lepas tu pergi kerja.” Suruh En.Dahlan.

Dahlia hanya mengangguk. Seronok melihat papanya menikmati sarapan. Kan bagus kalau mama ada sekali. Ada adik pun tinggal dekat lain.

“ Pa.” Perlahan Dahlia memanggil En.Dahlan yang tengah menikmati sarapan itu.

“ Ye. Ada apa?”

Dahlia menggigit bibir. Patutkah dia beritahu yang dia sedang cuba mengenali seorang lelaki. Lelaki yang dia mulai ragu-ragu. Patutkah?

“ Dahlia?” En.Dahlan pelik melihat telatah Dahlia yang macam tak tentu arah itu. Ada masalah ke?

“ Maaf pa. Tak ada apa-apalah.” Dalih Dahlia lalu bangun dan bergerak ke arah sink. Nak cepat-cepat ke 
tempat kerja.

En.Dahlan hanya menggeleng. Anak dia yang sulung ni memang perahsia orangnya. Jauh beza dengan anak bongsunya itu. Yang sekarang berada di luar negara menyambung pengajian.

“ Dahlia. Papa minta sangat. Kalau Dahlia ada masalah beritahu papa. Jangan pendamkan dalam hati tu. Tak baik.” Pesan En.Dahlan tegas.

Dahlia terdiam. Selepas mencuci tangan, dia mendekati En.Dahlan yang sedang memerhatikan dia.

“ InsyaAllah pa. Dahlia minta diri dulu.” Tangan En.Dahlan di capai dan dikucupnya perlahan.

“ Yelah.” En.Dahlan tersenyum.

**

“ Cik Dahlia!”

Dahlia yang baru masuk ke dalam pejabat terkejut apabila namanya di panggil. Jadi dia menoleh ke belakang. Ternyata setiausaha dia.

“ Ada apa Mimi?” Soal Dahlia lembut.

“ Ada orang nak jumpa Cik Dahlia. Dia tunggu dalam bilik pejabat cik.” Maklum Mimi dengan senyuman.
Dahlia mengerutkan dahi. Siapa?

“ yelah. Terima kasih kerana beritahu.” Ucap Dahlia lalu bergerak ke pejabatnya. Sebelum masuk dia sempat kenyitkan mata ke arah Zahida iaitu kawan baiknya. Zahida hanya memuncung.

Apabila Dahlia memulas tombol pintu dan masuk ke dalam. Dia terkejut melihat seorang perempuan yang sungguh asing pada pandangan matanya. Perempuan itu pula sebaik saja Dahlia masuk, dia terus memandang tajam ke arah Dahlia.

“ Awak siapa?” Soal Dahlia sebaik sahaja menutup pintu.

Perempuan itu mengukirkan senyuman sinis.

“ Aku perempuan yang menelefon kau semalam. Ingat?” Dahlia tersentak. Hampir terlepas beg tangan daripada pegangannya.

“ Ma..macam mana awak tahu saya kerja di sini?” Soal Dahlia lagi dengan kerutan di dahi.

“ Biasalah. Aku bukan perempuan yang lemah macam kau ni. Aku datang Cuma nak beritahu kau something. Ini mengenai Faiz.”

Hati Dahlia terus berdetak hebat. Adakah dia nak tunjukkan aku bukti bahawa Faiz itu playboy?

“ Sebelum tu aku Irsya. Kau aku tahu lah siapa jadi tak usah kenalkan lagi.” Kasar sungguh percakapan perempuan di hadapan Dahlia itu.

Dahlia hanya terkaku di tempat dia berdiri. Dia hanya melihat Irsya sedang mencari sesuatu dalam beg tangannya. Irsya yang tidak memakai tudung dan berpakaian ketat itu membuatkan Dahlia terus beristighfar.

“ Nah..” Irsya menyerahkan sekeping gambar ke arah Dahlia. Dahlia menyambut dengan perlahan.

“ Aku nak kau tengok betul-betul siapa lelaki dan perempuan dalam gambar tu.” Arah Irsya.

Dahlia menurut. Saat matanya terpaku pada gambar itu, dia hampir saja terduduk. Lelaki dan perempuan yang berada dalam gambar itu adalah Faiz dan Irsya. Ya Allah.

“ Sekarang kau percaya kan? Faiz tu bukan seorang lelaki yang baik.”

Dahlia menggigit bibir. Rasa sebak di tahan sekuat hati. Dalam gambar itu Faiz dan irsya kelihatan sangat mesra. Dan yang membuatkan Dahlia terkejut, Faiz dengan ringan tangan memegang tangan Irsya sambil tersenyum mesra.

Ya Allah. Kalau dengan aku sentuh pun dia tak pernah. Tapi macam mana?

“ Awak tak bohong saya kan?” Soal Dahlia. Air matanya mula bertakung.

“ Buat apa aku nak bohong kau. Tak ada faedahnya. Aku buat semua ini demi kebaikan kau. Kalau kau nak tahu dia pernah beritahu aku tentang kau. Katanya dia terima salam perkenalan kau sebab kau cantik dan baik. Sebab itu dia sudi kawan dengan kau. Dan dia kata yang kau ni kaya jadi dia hanya nak mempermainkan kau. Sekarang! Sekarang dia memang benar-benar hanya nak mempermainkan perasaan kau Dahlia.”

Kata-kata Irsya membuatkan air mata Dahlia terus mengalir. Benarkah?

“ Tapi dia yang pinta hubungan kami jadi makin serius. Kenapa pula dia nak mempermainkan perasaan saya?” Soal Dahlia tak faham.

Irsya tersenyum sinis.

“ Lelaki Dahlia. Lelaki ni memang lah. Kalau kau nak tahu, dia ada beritahu aku yang dia bosan dengan kau sebab dia tak boleh sentuh kau. Nak pegang tangan pun susah sebab kau bertudung. Jadi dia tak pernah dan minta untuk pegang tangan kau kan? Dia pinta semua itu sebab dia nak kau jadi hak dia sepenuhnya. Tapi aku jamin sangat selepas dia dapatkan hak dia , dia akan lepaskan kau begitu saja. Percayalah cakap aku.”Jelas Irsya.

Dahlia terkedu. Ya Allah. Betulkah?

“ Apa hubungan awak dengan dia?” Dahlia menyoal lagi. Sekuat mungkin dia cuba tepiskan kata-kata Irsya. Tapi sukar.

“ Sebelum ni aku dan dia sepasang kekasih kalau kau nak tahu. Sebelum kau kenal dia lagi. Tapi baru-baru ni dia minta putus sebab aku beritahu dia aku mengandung. Sebab tu aku beritahu kau sebelum terlambat. Aku tak nak kau jadi macam aku. Dulu aku bodoh macam kau. Percaya je kata-kata dia. Sampai dia tipu aku pun tak perasan. Dan dia selalu cerita hal kau dekat aku. Sebab tu aku tak nak hati kau sakit.” Suara Irsya kembali kendur dan lembut.

“ betul ke apa yang awak kata ni?”

Irsya merenung Dahlia tajam. Air matanya seakan-akan nak menitis.

“ Maafkan aku jika sebelum ni aku asyik berkasar dengan kau. Tapi aku memang macam ni dri dulu lagi. Betul. Kalau kau masih tak percaya, esok kau ikut aku ke satu tempat. Malam esok maksud aku. Dalam pukul 8 malam. Boleh?”

Dahlia terdiam. Patutkah aku ikut untuk mengetahui perkara sebenar. Dan sanggupkah aku melihat perkara sebenar dan hati aku disakiti. Sanggupkah?

“ Aku harap kau boleh datang. Aku tunggu kau di stesen minyak Petronas.”

Seusai Irsya berkata, dia terus beredar. Manakala Dahlia terduduk di sofa. Air matanya serta-merta mengalir laju.

Hatinya sangat kecewa. Kecewa sangat. Lelaki yang dia sangka baik dan mampu memimpinnya seorang lelaki yang jahat? Lelaki kaki perempuan? Yang sampai mengandungkan anak orang lain? Ya Allah. Kuatkan hati aku ini. 

~Bersambung~

2 comments :

  1. best!! tapi pendik. hope dpt abiskan cepat n boleh pegang buku die.
    kalo x keberatan jemput baca karya Ashi pulak
    http://ashikakkoii.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ye.. tapi ini just e-novel... dlm 20 bab habis lah.. :)
      InsyaAllah saya akn menjenguk dan baca karya anda.

      Delete

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers