Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Friday 20 March 2015

Cerpen : Setulus Hatimu (End)



“ Yes. Saya nak kahwin.”

Aku memandang dia dengan perasaan sedih. Ya Allah. Jadi betul tekaan aku selama ini?

“ But why you?”

Aku dah tak mampu untuk terus bertanya. Hati aku sakit. Aku terus toleh ke arah lain.

“ Because I love that girl.”

Aku menggigit bibir.

“ Puas hati awak? Tipu saya selama ni? kalau betul nak kahwin kenapa tipu perasaan saya? Awak dah hancurkan hati saya. Puas hati awak?”

Aku terus turun daripada katil dan berdiri sebelah dia. tapi tak pula aku toleh ke arah dia. sakit hati.

“ Lepas ni. jangan cari saya lagi. Saya benci awak.”

Tanpa berlengah, aku terus keluar daripada bilik tersebut. Aku tersentak sebaik sahaja melihat kelibat Ika dan Lokman.

“ Eh? Kau nak ke mana? Kau belum boleh keluar la?” Ika menahan aku.

“ Biar aku mati je Ika. Biar aku mati!”

Air mataku laju mengalir. Ika terus memeluk aku.

“ Ya Allah. Istighfar Aisyah. Kau ni kenapa?”

Aku terus hamburkan tangis aku dalam pelukan dia.

“ Dia tipu aku. dia nak kahwin dengan perempuan lain. Kalau betul dia sayangkan perempuan tu kenapa mesti tipu aku dengan cakap cintakan aku? kenapa?”

Ika meleraikan pelukan.

“ Serius dia cakap macam tu?”

“ Dahlah. Aku nak pergi. Jangan cari aku.”

“ Tapi kau belum sembuh.”

Aku tersenyum hambar.

“ Semua dah tak peduli fasal aku. aku sakit ke sihat ke. Tak ada maknanya lagi. Tolong biar aku pergi. Aku nak bertenang.”

Tanpa sempat mereka berdua menghalang, aku terus berlari meninggalkan wad tersebut. Aku menuju ke taman hospital. Ada saja bangku kosong. Aku terus duduk di situ. Seriously. Hati aku lebih sakit daripada perut aku ni.

Kenapa? Kenapa kau buat aku macam ni Amie? Kenapa? Kau tipu perasaan aku. Aku dah terlanjur mencintai kau tahu tak? Argh! Semua lelaki tak boleh dipercayai.

“ Awak.”

Aku tersentak saat ditegur suara itu. tapi aku terus berdiri tanda mahu pergi daripada dia.

“ Awak!” dia terus merentap tangan aku kasar.

“ Lepaskan aku!”

Aku terus merentap tangan aku kembali.

“ Awak. ada sesuatu yang belum awak tahu. Saya tak habis lagi bagi penjelasan.”

“ Penjelasan tentang apa? perkahwinan kau? Hey! Peduli apa aku. kau dah tipu perasaan aku. sekarang kau nak jelaskan apa lagi? Tadi pun kau cakap kau sayangkan perempuan tu. aku nak kata apa lagi?”

Yes. Aku memang dah tak boleh bersabar dengan dia. aku benci dia! tapi hakikatnya hati aku sayang dia.

“ Awak.. jangan buat macam ni. sedih saya awak.”

Aku tersenyum sinis.

“ Ingat kau je sedih? Aku dua kali ganda sedih. Aku bodoh sebab terlalu mempercayai kau. Sebab dah jatuh cinta dekat kau dalam diam. Tapi akhirnya jadi macam ni. okay aku faham. Jodoh tak boleh dipaksa. Okay. Aku redha. Dan tolong jangan ganggu aku lagi. Jangan buat aku bertambah benci dekat kau.”

Terus aku beredar daripada situ. Hati aku perit sangat. Perit.

“ Saya cintakan awak Aisyah! Bukan orang lain!”

Tiba-tiba dia berdiri tepat di hadapan aku. Perut aku pula secara tiba-tiba sakit kembali. Aku cuba tahan. Aku tak nak lemah di depan dia. jadi aku berpaut pada dinding.

“ Penipu! Pergi!”

Pandangan aku sudah menjadi kabur.

“ Awak?”

Aku menelan air liur. Arh! Kau tak boleh lemah Aisyah!

“ Just go!”

Belum sempat aku nak melangkah, ada seseorang terlebih dahulu memaut bahuku. Aku tersentak. Dia juga tersentak.

“ Jangan paksa diri tu kalau tak boleh.”

“ Awak!”

**
Aku pandang mereka berdua silih berganti. Kemudian aku toleh pula ke arah Ika dan Lokman. Mereka pun terkejut dengan kemunculan Adha. Tiba-tiba ja muncul.

“ Dah lama ke kau kat Malaysia ni Adha?” Soal Ika.

“ Baru dua hari. Kenapa dengan awak Aisyah?”

Aku tunduk memandang lantai. tak mampu untuk bertentang mata dengan dia.

“ Dia gastrik. Kau buat apa dekat sini?”

“ Aku datang lawat kawan aku. tapi tak sangka aku terserempak dengan dia.”

Aku tengok Amie. Dia hanya mendiamkan diri daripada tadi. Kenapa dia still ada dekat sini?

“ Btw.. you Syazmie right?”

Amie kelihatan terkejut selepas ditegur Adha.

“ Yes.”

“ Maybe you should know something.”

Aku dan Ika saling berpandangan. Adha sukar untuk diramal. Dia lain daripada yang lain.

“ Dulu aku dan Aisyah kawan rapat. Semenjak tingkatan 1 lagi. Tapi hubungan kami putus sebaik sahaja aku pindah masa aku tingkatan 3. And masa tu juga aku luahkan perasaan aku dekat dia. Malangnya, dia hanya anggap aku tak lebih daripada seorang kawan.”

Aku dan Ika tersentak. Ya Allah. Kenapa dia perlu cerita semua kenangan lama tu?

“ Yes. Siapa yang tak sedih kan? Tapi aku cekalkan hati dan sampai ke saat ini, jujur aku masih sayangkan dia. kau tahu tak? Hati dia sukar untuk dicuri. Hati dia keras. Tapi dia baik. Dia suka ketawa. Dia suka cari fasal. Dia menjadi diri dia yang sebenar. Dia lain daripada yang lain.”

Seketika Adha pandang aku. itu buatkan aku malu seketika.

“ Tapi aku tau. Hati dia dah cintakan seseorang. Kalau sekali dia jatuh cinta. Selamanya dia akan cintakan lelaki itu.”

Aku menggenggam tangan aku sekuat hati. Aku rasa nak nangis. Ya Allah. Adha terlalu baik. Kenapa hati aku langsung tak terpaut pada dia? maybe sikap dia macam seorang abang buat aku.

“ Kau la lelaki tu. aku tahu aku tak patut cakap macam ni. tapi kau kejam dan tak berperikemanusiaan kalau kau tinggalkan perempuan sebaik dia. aku takkan teragak-agak rampas dia semula kalau kau still lembap macam ni.”

Aku terteguk air liur. Aku memandang Amie sekilas. Tajam dia merenung aku.

“ Tak. Aku takkan tinggalkan dia. itu janji aku dari dulu lagi.”

Adha tersenyum senang. Dia menepuk bahu Amie perlahan.

“ Bagus. Aku harap kau dapat bahagiakan dia. Dia terlalu berharga tau tak. Rugi kalau kau lepaskan dia.”

Dia melangkah ke arah ku pula.

“ Aisyah. Saya minta maaf tapi saya sayangkan awak tau. As brother. Hehe.”

Aku tersenyum kecil. adha..Adha.

“ Yelah. Saya tahulah. Thanks Adha. You help me a lot.”

“ Sure. Because you my girl. Hehe.”

Aku memandang Amie. Okay! Nampak nada jealous dia dekat situ. Biar. Siapa suruh dia sakitkan hati aku sebelum ni. baru puas hati dia.

“ Okaylah. Aku gerak dulu. Awak.. maybe lepas ni kita susah nak jumpa. Harap awak baik-baik saja. And kau…”

Dia menoleh memandang Amie pula.

“ Take care of her. Don’t make her cry anymore.”

Lagak dia persis seorang abang. Aku tersenyum lagi. Thanks Adha.

**
Selepas Adha, Ika dan Lokman pulang ke rumah, tinggal aku dan si dia dalam bilik wad ini. keadaan stil sunyi sepi semenjak 5 minit yang lalu. Arh! Aku benci keadaan macam ni.

“ Awak pernah sayangkan dia?”

Aku tersentak apabila tiba-tiba ditanya sebegitu. Tapi dia still tunduk ke bawah. Aku pandang dia dengan seribu persoalan.

“ Sebagai sahabat. Tak pernah lebih daripada itu.” Jelasku.

Tiba-tiba dia mendongak.

“ Saya malu. Dia nampak lebih sesuai dengan awak. sedangkan saya?”

Aku tersenyum dalam diam. Ya Allah. Adakah kehadiran Adha menyedarkan dia sesuatu?

“ Tapi kami macam adik-beradik. Awak sedar sesuatu?”

“ Yes. And I want you to know something. I don’t tell you before this because I want hear your feeling.”

Mukaku tiba-tiba berona merah. Teringat kes petang tadi. Aku tercakap kasar dekat dia.

“ Sorry about that.”

“ It’s okay. This is my fault. Saya asyik main tarik tali je dengan awak. Asyik bagi awak salah faham je.” Dia tersenyum lebar.

Alhamdulillah. Hati aku lega tengok senyuman tu. sebab daripada tadi dia langsung tak tersenyum. itu buat hati aku jadi gusar.

“ Tahu takpa. So can you tell me everything? About your wedding?” Nadaku bergetar. Aku takut nak terima kenyataan yang dia akan berkahwin.

Dia tersenyum lagi lantas menggelengkan kepalanya. why?

“ Itu yang saya cuba nak beritahu awak tadi. Yes. Saya memang akan kahwin. Dan pengantin perempuan tu mestilah awak.”

Aku terkedu. Seriously?

“ yes honey. Because I love you so much. I am so sorry because make you cried. But I promise. After this I will make you happy everyday.”

Air mata kegembiraan mengalir ke pipi. Ya Allah.

“ Please. Jangan menangis. Nak je saya sapu air mata awak. Tapi saya tak mampu.”

Aku tersenyum lantas menyeka air mata.

“ Air mata kegembiraanlah awak. Saya tengah bahagia ni.” Aku tersenyum lagi.

“ promise that you will stay with me forever?”

“ InsyaAllah.”

**
Alamak! Dah pukul 10 pagi. Ya Allah. Dah lambat nak ke kelas ni. Aduh! Inilah padahnya bila lepas solat subuh pergi tidur balik. Aku toleh ke kiri. Aku pantas menggoncangkan badannya. kuat pula tu. arh! Biar!

“ Apa awak ni?” Dia merengek geram.

“ Dah lambat! Tengok sekarang pukul berapa?”

Aku bergegas ke bilik air untuk membersihkan diri. Argh! Mandi koboi je la jawabnya. Sekembalinya aku ke katil. Aku menepuk dahi melihat sang suami masih beradu.

“ Abang!!!” Suaraku dah naik satu oktaf.

“ Okay! Okay! Abang siap.” Dia masih menguap.

Aku pantas menukar baju dan memakai tudung. Argh! Dah terlewat sangat ni. tinggal setengah jam je lagi. Masak aku dengan lecture Sham tu. Arh!

“ Sayang!”

Belum sempat aku nak sembur minyak wangi. Dia tiba-tiba memeluk aku daripada belakang. Erm! Wangi. Baru lepas mandi la ni.

“ Pergila pakai baju cepat. Kita dah lambat ni!” Rungutku lalu meleraikan pelukan. Aku pergi ke almari baju. 

Aku terus capai baju kemeja berwarna purple sama dengan aku dan diberikan kepada dia.

“ Rilekslah sayang.”

Aku merenung dia tajam. Rileks?

“ Abang. Ish! Abang la punya fasal ni. tengok dah lewat. Erh! Cepat pakai baju ni. kang saya tinggal abang sorang-sorang. Saya pergi dulu nanti. Ha! Baru tahu!” Ugutku sambil mengemas beg untuk dibawa ke kampus.

“ Yela sayang.”

Lagi lima minit nak pukul 11 pagi. Baru sampai ke kampus. Selepas salam sang suami. Aku bergegas ke kelas. Cepat Aisyah! Cepat!

“ Arh!”

Langkahku serta-merta terhenti sebaik sahaja sampai di depan pintu dewan. Aku terkebil-kebil melihat apa yang berada di depan mata aku saat ini.

“ Selamat pengantin baru dan selamat hari lahir Aisyah!”

Aku terkedu. Tak tahu nak cakap apa.

“ Ika?”

Ika menarik aku masuk ke dalam dewan. Semua orang sedang tersenyum ke arah aku. ya Allah. Kejutan apa ni?

“ Mesti kau lupa yang hari ni birthday kau kan?”

Aku hanya menganggukkan kepala.

“ Serius? Suami kau tak wish lagi la ni?”

Aku terdiam. Tak lagi rasanya.

“ Siapa kata tak. Aku orang first wish kat dia semalam tau.”

Tiba-tiba bahuku dipeluk mesra. Aku pandang dia dan Ika silih berganti.

“ Untunglah dah kahwin. Haha.”

“ Mestilah. Sayang? Kenapa diam?”

Aku pandang mereka semua sekali lagi. Ya Allah. Nak cakap apa ni?

“ Tak tahu nak cakap apa. terharu sangat. Thanks guys!”

Akhirnya aku mengukirkan senyuman mesra.

“ Semua ni idea suami kau tau. Nak bagi surprise kononnya.”

“ Dan mujurlah lecture Sham bagi kelonggaran hari ni. Katanya nak bagi peluang untuk kami sambt birthday kau. Tapi hari ni je la.”

Aku tersenyum lagi. Alhamdulillah.

“ Dah. jom ikut aku. kita pergi potong kek.”

Aku terharu lagi. Sampai dua kek?

“ Satu birthday kau. Satu lagi sempena perkahwinan kau. Ala.. baru minggu lepas korang kahwin. Kami semua tak sempat hadir sebab test. So inilah hadiah kami.”

Aku rasa nak menangis. Arh!

“ Jangan kau gatal nak buat drama dekat sini.”

Terlepas tawaku sebaik sahaja mendengar kata-kata Ika. Ada pula drama?

“ Amie! Sini! Korang berdua kena potong kek ni.”

Amie datang dan menggenggam tangan aku erat.

“ Thanks sayang. Abang bahagia sebab sayang dah jadi suri hati abang.”

“ Me to.”

**
“ Sayang!”

Aku tersengih. Aku pandang muka dia yang cemberut tu.

“ Mana handphone abang?”

“ Tak ada. Saya tak tahu. Abang yang simpan kan?”

Aku terpaksa sembunyikan phone dia. sebab apa? sebab masa cuti pun still sibuk dengan phone. Tahulah diri tu dah habis belajar dan tengah praktikal. Aku je masih setahun lagi. Rasa dipinggirkan tahu tak? Huhu.

“ Jangan tipu abang.”

Dia makin mendekat dan mendekat. Serta-merta jantungku berdebar. Aku terteguk air liur saat melihat renungan mata dia. Aduhai!

“ Siapa suruh abang leka sangat dengan phone tu? masa cuti pun still sibuk dengan phone. Abang tahu tak saya terabai? Saya terasa tau tak.” Luahku dengan perasaan sedih.

Aku tersandar pada dinding. Okay. Aku dah tak ada tempat nak lari lagi.

“ I am so sorry.”

Dia terus memeluk ku erat. Aku tersenyum.

“ dah lah. Merajuklah dengan abang. Nak pergi tidur lah.”

Aku bergegas lari daripada pelukan dia dan masuk ke dalam bilik. Mujurlah cuti sem kali ni panjang. Dia tu je cuti sabtu dan ahad je. Huhu. Baru sebulan berkahwin. Terpaksa terima yang dia dah praktikal. Sabar je lah.

“ Sayang?”

Aku dah berbaring atas katil lalu memejamkan mata. Merajuk ni merajuk! Huh! Pujuk cepat!

“ Abang minta maaf. Janganlah macam ni.”

Terasa kucupan pada dahiku. Tapi aku still tak bereaksi. Malas!

“ Okay. Abang salah. Siapalah abang kan? abang buat semua ni demi family kita sayang. Nanti bila dah ada anak, abang nak anak kita bahagia. Abang minta maaf sebab abaikan sayang.”

Aku terasa sebak tiba-tiba. Ya Allah. Adakah aku isteri yang kejam? Dia berusaha demi aku. demi kebahagian keluarga ni. tapi aku? langsung tak faham dia. Aku kejam.

Aku pantas membuka mata dan melihat dia yang sedang merenung aku tu. aku mula bangun duduk.

“ Saya minta maaf.”

Terus aku peluk dia dengan tangisan.

“ Jangan nangis sayang. Sayang tak salah. Abang yang salah. Tekun sangat kerja.”

“ Tak. Saya salah. Saya tak faham abang. Sedangkan abang buat semua ni demi family kita. Sorry abang. Saya janji lepas ni saya takkan buat macam ni lagi.”

Aku leraikan pelukan dan memberikan dia senyuman manis.

“ Janji?”

“ InsyaAllah.”

“ Kalau macam tu nak hadiah.”

“ Hadiah? Apa?”

Aku toleh kiri dan kanan. Apa hadiah yang boleh aku bagi dekat dia? Hmm.

“ Nak sayanglah!”

“ Argh!” Aku menjerit tanda terkejut. Tiba-tiba angkat aku. mahu tak terkejut.

“ Turunkan saya. Cepat!”

“ Tak nak.”

“ Kalau tak nak saya gigit abang.”

“ Uish! Garangnya. Isteri siapa ni.”

Aku menjeling geram tengok sengihan dia.

“ Dah sampai.”

Aik? Aku tak sedar pula dia bawa aku ke belakang rumah.

“ Sayang ingat tak. Dulu abang marah sangat bila sayang tulis sebuah cerpen mengenai kita dan gunakan abang.”

“ Of coursela ingat. Kenapa?”

“ Masa tu. Masa sayang merajuk tu. abang terfikir balik. perlu ke abang marah sedangkan sayang ikhlas. Sayang nak abang faham kan? abang je cepat sensitif. Sepatutnya abang faham niat baik sayang tu. abang tak gentle langsung kan masa tu?”

Aku tersenyum. tahu pun.

“ Abang rasa menyesal sangat masa tu. tapi sekarang sayang dah jadi milik abang. Abang bersyukur.”

Dia turunkan aku dengan cermat. Aku peluk lengan dia sambil melihat pemandangan luar.

“ saya sayangkan abang sangat-sangat. Ingat tau.”

“ Abang akan ingat sampai mati. Thanks honey.”

Akhirnya, dia hadiahkan kucupan pada dahiku. Ya Allah. Terima kasih untuk segala-galanya.

‘ Setulus hatimu membuatkan aku sedar tidak selamanya aku derita dan tidak selamanya juga aku bahagia. Terima kasih.’

~Tamat~

3 comments :

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers