Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Monday 1 October 2012

Cerpen : Bukan Milikmu




Kali ini saya tampilkan sebuah cerpen yang lain daripada yang lain…  maaf jika ada yang akan tidak akan suka. Tapi baca dulu baru tahu.. ^^ .. dan cerpen ini sedih sikit. Harap anda hayati dan enjoy reading.

*****
Sudah beberapa kali Aneesa berpusing di dalam pasar raya Giant itu. Tapi kelibat yang dia nampak tadi masih belum kelihatan. Tidak mungkin itu hanya firasat. Apa yang Aneesa nampak tadi memang betul. Bukan angan ataupun khayalan. Tapi kenapa sampai sekarang masih belum Nampak.


“ Aneesa! Anees!”
Aneesa menoleh ke belakang. Ternyata Mila mencarinya.


“ kau ni kenapa? Cari apa yang sampai gelisah macam ni?” soal Mila dengan melihat sekeliling. Mana tahu ada sesuatu yang menarik ke..
Aneesa menggeleng lemah. Mungkin itu hanya bayangan dia saja. Tak patut asyik fikirkan dia saja. Aneesa kembali lupakan tentang seseorang yang pernah bertahta di hatinya dua tahun yang lalu.


“ betul ni?” soal Mila meminta kepastian. Aneesa mengangguk lalu cuba mengukir senyuman.
“ baiklah kalau begitu. Jom teman aku pergi bayar barang-barang ni. Lepas ni boleh kita singgah kedai untuk makan jap.” Ajak Mila.


Aneesa hanya mengangguk. Buat sekalian kalinya, dia menoleh lagi ke belakang bagi mencari seseorang. Namun hatinya hampa kerana tiada. Adakah itu hanya khayalannya saja?
“ Neesa?” Langkah Aneesa terhenti saat mendengar namanya di panggil.


Mila yang pelik dengan Aneesa menarik tangannya untuk beredar ke kaunter bayaran.
“ Mila… tadi ada orang panggil nama aku ke?” soal Aneesa pinta kepastian. Dia sangat yakin yang ada orang memanggilnya. Malah hatinya kini turut berdebar-debar seperti dia rasakan sebentar tadi ketika mencari seseorang.


“ tak pun. Aku tak dengar pun. Mungkin khayalan kau je tu.”
Aneesa menggeleng. Dia sangat yakin yang ada orang telah memanggilnya. Malah suara itu seperti pernah dia dengar sebelum ini. Adakah itu dia?


Dengan perlahan-lahan Aneesa memaling ke belakang.
“ Neesa…” Aneesa terkaku. Hatinya juga berdegup kencang. Tidak semena-mena matanya mula berkaca-kaca. Jadi benar ini dia.


“ Neesa kan? Aneesa Yusof. Kan?” Aneesa terkelu lidah untuk berkata-kata. Semua ini bagaikan mimpi bagi Aneesa.
“ Aneesa.. siapa tu?” soal Mila yang semakin pelik dengan telatah Aneesa apatah lagi selepas berjumpa dengan lelaki itu.


“ Jadi betullah ini Neesa yang saya cari selama ini. Tak sangka kita di pertemukan semula di sini.”
Tidak sanggup lagi ingin menatap wajah itu. Jadi Aneesa terus memusingkan badan untuk lekas beredar. Hatinya kini turut rasa sakit.


“ Mila… kau pergi bayar cepat. Aku tunggu kau di kereta.” Ujar Aneesa tegas.
Mila yang langsung tak tahu apa-apa hanya menurut. Apa yang kena dengan Aneesa pun tak tahu. Selepas bertentang mata dengan lelaki tu terus dia berubah sikap.


“ Neesa.. tunggu!”
Pantas Aneesa meninggalkan mereka berdua. Bukan saat ini untuk dia luahkan segalanya. Apatah lagi di hadapan lelaki itu.


‘ mengapa Ya Allah. Mengapa? Jadi tadi tu bukan khayalan aku. Ternyata itu dia. Ya Allah adakah kami ini ditakdirkan bersama.’
Kata-kata itu sering bermain di fikiran Aneesa sepanjang dia berjalan menuju ke kereta Mila. Lagi cepat sampai lagi bagus.

“ Aneesa! Tunggu!” Aneesa tersentak. Rupanya dia masih mengekori. 


Jadi Aneesa ambil keputusan untuk bersua muka dengan lelaki itu. Itu adalah cara yang terbaik. Memandangkan Mila tiada bersama mereka.
“ kenapa awak lari?” Aneesa memandang tajam ke arah lelaki itu.


“ kita bincang di luar.” Ajak Aneesa. Lantas mereka berdua menuju ke luar pasar raya Giant. Mereka berdua menuju ke restoran yang berada di hadapan pasaraya Giant itu.
“ Neesa…” Aneesa tersenyum hambar.


“ tak sangka saya akan berjumpa semula dengan awak Ikhmal. Saya ingatkan kita tidak akan berjumpa lagi selepas kejadian itu. Kejadian yang sangat menyakitkan hati.” ujar Aneesa dingin.
“ Aneesa.. maafkan saya. Tapi itu semua salah faham saja. Percayalah cakap saya. Saya langsung tak berniat untuk lakukan semua itu. Awak pun tahu kan saya cintakan awak. Jadi mana mungkin saya buat begitu terhadap awak.” luah Ikhmal tulus.


Aneesa senyum sinis.
“ salah faham awak kata? Apa yang awak cuba nak maksudkan ini. Sudah ada bukti dan mama awak pun sudah jelaskan sendiri kepada saya. Awak masih tak nak mengaku. Apa jenis jantan awak ni hah!” bentak Aneesa dengan berang. Setiap kali teringat peristiwa itu, pasti hatinya sakit. Tapi hatinya turut rindu dalam dua tahun itu.


“ percayalah Neesa. Saya terpaksa lakukan demi mama saya. Saya langsung tak cintakan perempuan yang awak tengok tu. Ternyata itu semua rancangan mama dan perempuan itu. Mereka berniat untuk hancurkan hubungan kita ni. Percayalah Neesa.”
Buat pertama kalinya, Ikhmal menitiskan air mata di hadapan wanita. Itu pun di hadapan wanita yang sangat dia cintai.


Aneesa terkejut  meilhat keadaan Ikhmal. Tak sangka dia akan menangis demi dapatkan kembali kepercayaan Aneesa.
“ a..awak. tolong jangan menangis. Hati saya sakit lihat awak nangis.” Pohon Aneesa. Hatinya turut sebak melihat penderitaan Ikhmal.


Walaupun kejadian itu buat Aneesa bertekad untuk putuskan hubungan lantas ingin lupakan Ikhmal. Tapi semua itu tak berhasil. Dia masih cintakan Ikhmal dan setiap saat pasti akan merindui Ikhmal.
“ please.. Aneesa. Tolong percayakan saya. Kalau awak masih tak percaya juga. Saya akan bawa awak pergi jumpa dengan mama saya. Dia dah bertaubat dan ingin sangat jumpa dengan awak untuk meminta maaf. Dia sangat menyesal akan perbuatannya dulu terhadap awak. Awak ikut saya?”


Aneesa menggeleng. Dia belum bersedia ingin berjumpa dengan mama Ikhmal.
“ kenapa Neesa? Tolong beritahu saya.” rayu Ikhmal.


“ maaf Ikhmal. Tapi saya belum bersedia. Apatah lagi apa yang telah mama awak lakukan terhadap saya dua tahun yang lalu. Tak mungkin saya dapat lupakan segalanya. Berikan saya waktu Ikhmal.” Pinta Aneesa.
Ikhmal mengeluh perlahan. Akhirnya dia mengangguk tanda menyetujui Aneesa.


“ tapi sebelum awak pergi. Saya nak tahu sesuatu. Boleh kan?” Aneesa hanya mengangguk.
“ awak  masih cintakan saya?” Aneesa tersentak. Serta merta jantungnya berdegup kencang.


“ jawab Neesa. Saya masih cintakan awak.”Aneesa tunduk memandang jari. Perlukah untuk diluahkan rasa ini.
“ sa..saya.. lupakanlah Ikhmal. Maaf saya harus pergi dulu.” Pantas Aneesa bangun untuk beredar.


“ jika benar awak masih cintakan saya. Saya doakan agar jodoh kita berkekalan. Jikalau tidak saya hanya mampu berserah kepada Tuhan.”
Usai Ikhmal berkata demikian, Aneesa pun berlalu meninggalkan Ikhmal seorang diri. Pada masa yang sama, air matanya turut mengalir.


‘ bagaimana aku ingin luahkan Ikhmal yang aku masih cintakan kau. Sukar sangat Ikhmal. Kalaulah kau tahu yang aku tidak pernah lupakan kau, apakah kau akan bersamaku? Ya Allah bantulah aku untuk menempuhi semua ini. Aku tak kuat.’


*****
“ mama… Ikhmal dah jumpa dia..” luah Ikhmal sambil memandang wajah mamanya dengan pandangan sayu.


“ siapa? Maksud kamu Aneesa?” anggukan Ikhmal buat mamanya mengucap syukur di hati.
“ baguslah kalau begitu. Bawa mama jumpa dengan dia. Mama sangat rindukan dia.”


Ikhmal tersenyum hambar lalu menggenggam erat tangan mamanya.
“ belum tiba waktunya mama. Dia masih tidak mahu jumpa. Ikhmal rasa dia masih marah dan sakit hati akan kejadian silam itu. Tapi mama.. Ikhmal lagi sakit. Sakit menanggung semua tu. Mengapa semua ini harus terjadi kepada Ikhmal. Kenapa ma?”


Puan Erin membalas genggaman anaknya. Hatinya turut rasa sebak. Semua ini salahnya. Kalau tidak termakan hasutan Linda dan syaitan. Pasti sekarang anaknya bahagia di samping Aneesa. Menyesal sekali akan perbuatannya yang lalu.
“ Ikhmal… maafkan mama. Mama yang salah. Mama yang sepatutnya terima penderitaan ini. Maafkan mama sayang. Kalau mama tak halang kamu, pasti kamu berdua dah bahagia sekarang.” Tangis Puan Erin.


Ikhmal senyum lalu menggeleng perlahan.
“ mama tak salah. Ini salah satu ujian Allah ma. Kita kena terima. Tapi sekarang mama seharusnya bersyukur kerana telah mendapat hidayahNya. Mama kan dah insaf. Ikhmal yakin suatu hari nanti Ikhmal pasti akan ditemukan semula dengan Aneesa. Percayalah..” ujar Ikhmal dengan yakin.


Puan Erin senyum pahit. Kepala Ikhmal di usapnya.
‘ maafkan mama sayang. Apatah lagi dalam keadaan mama begini. Pasti lagi perit untuk kamu tanggung seorang diri.’


Puan Erin kini menjadi lumpuh selepas mengalami kemalangan 2 tahun yang lalu. Memandangkan suaminya telah tiada, hanya Ikhmal saja tempat dia berharap dan bergantung.
“ Ikhmal.. InsyaAllah Aneesa jodoh kamu nak…”


“ InsyaAllah ma..”


*****
Dua tahun yang lalu


“ Anees.. datanglah ke rumah mak cik. Ikhmal pun ada sekali. Lagipun ada makan-makan sikit. Datanglah ye..” ujar Puan Erin dalam telefon.
Aneesa terkejut menerima panggilan dari mama Ikhmal. apatah lagi Aneesa tahu yang mama Ikhmal tidak begitu menyukainya dari kali pertama berjumpa. Tapi dia mampu tersenyum. agaknya mama Ikhmal dah berubah.


“ insyaAllah mak cik. Petang nanti saya sampai. Assalamualaikum..”
“ waalaikumussalam..”


Aneesa segera bersiap untuk ke rumah Ikhmal. Buah hatinya dan bakal tunangnya nanti. insyaAllah.
Sampai saja Aneesa di hadapan rumah Ikhmal. dia di sambut mesra oleh mama Ikhmal.


“ seorang saja ke ni?” soal puan Erin.
“ ye.. urm.. Ikhmal mana makcik?” soal Aneesa apabila menyedari kelibat Ikhmal langsung tidak kelihatan sepanjang dia berada di situ.


“ hurm.. erk… dia keluar.” Luah puan Erin teragak-agak.
Aneesa mengerutkan dahi.


“ keluar ke mana makcik?” tiba-tiba dia berasa tidak sedap hati. Akan ada sesuatu berlaku ke?
“ urm… mak cik rasa mak cik tak perlu beritahu kamu. Tapi mak cik takut masalah ini makin melarat. Jadi biar mak cik beritahu jelah. Demi kebaikan kamu juga.”


Aneesa makin resah akan kata-kata puan Erin. Apa sebenarnya yang mama Ikhmal ingin cuba katakan ni.
“ sebenarnya…”


*****
Bagai batu yang menghempap di atas kepalanya setelah medengar cerita mama Ikhmal semalam. Sama ada mahu percaya atau tidak dia pun tak pasti. Yang pasti sekarang kepalanya sangat berserabut akan masalah itu.


Hampir seharian dia berfikir tapi masih belum ada jawapan.
“ sebenarnya Ikhmal sekarang sedang bersama dengan seorang perempuan yang bernama Linda. Malahan mereka akan bertunang tak lama lagi. Maafkan mak cik kerana tidak beritahu awal-awal lagi.”


Kata-kata itu sentiasa berlegar di ruang fikirannya. Apakah aku patut percaya semua itu tanpa ada sebarang bukti.
Telefon yang berdering mengejutkan Aneesa. Pantas di capai dan di jawab.


“ helo..”
“ helo.. Neesa. Awak di mana sekarang? Kenapa semalam saya call awak tak dapat? Awak okey ke?”


Aneesa terdiam.
“ helo.. are you still there?” Aneesa tersentak.


“ ya.. maaf. Saya ada di rumah. Awak… petang nanti kita jumpa di tempat biasa. Pukul 4 petang. Bolehkan?”
Hanya itu saja cara yang Aneesa ada untuk rungkaikan segala persoalan semalam.


“ okey dear.”
Selepas talian di matikan, tidak semena-mena air matanya mengalir. Jika kenyataan itu benar, adakah dia dapat terima. Hampir 2 tahun hubungan mereka dan terpaksa terputus gara-gara seorang perempuan yang bernama Linda. Wajarkah untuk diri ini.


Aneesa mengesat air mata. Petang ini akan terjawab segala persoalannya.
Di Taman Tasik…


Aneesa sengaja sampai satu jam lebih awal.. dia ingin menenangkan fikiran terlebih dahulu. Dari semalam lagi dia langsung tak dapat tidur memikirkan masalah ini.
Hatinya sukar untuk percaya tapi akal fikirannya sangat mempercayainya. Apatah lagi bukti yang di tunjukkan oleh mama Ikhmal. Jelas terbukti yang Ikhmal ada hubungan dengan seseorang yang bernama Linda. Jikalau betul mengapa dia masih nak bersama dengan aku. Tidak logik lah..


Aneesa mengeluh perlahan. Sabarlah hati.
Aneesa berjalan-jalan di sekitar taman itu. Mengahayati keindahan alam Allah yang tiada tolok bandingnya.


Saat dia ingin menuju ke taman permainan, dia ternampak kelibat Ikhmal. Aneesa tak pasti sama ada itu khyalan atau betul. Malahan Ikhmal bersama dengan seorang perempuan.
‘ siapa perempuan tu?’ soal Aneesa dalam hati.


Aneesa menilik jam. Ada masa lagi setengah jam sebelum pukul 4. Nampaknya aku perlu tahu siapa perempuan tu. Adakah apa yang dikatakan mama Ikhmal benar?
Akhirnya Aneesa ambil keputusan untuk mengekori mereka berdua. Kelihatan mereka cukup mesra. Apa yang pasti sekarang, hati Aneesa bagai di siat-siat setelah melihat apa yang terjadi. Menurut pandangannya sekarang, perempuan tu sangat bahagia di samping Ikhmal. tapi Ikhmal, tak tahu pula.


Sebab cara layanan tu berbeza sekali dengan layanan yang di berikan kepada Aneesa.


 “ IKHMAL!”
Ikhmal yang sedang berbual dengan Linda pantas menoleh ke belakang. Apa yang pasti itu suara yang dia kenal.


Sangkaanya betul. Itu adalah Aneesa.
“ awak…” panggil Ikhmal agar Aneesa tidak salah sangka.


“ Ikhmal.. siapa perempuan ni?” soal Linda.
Aneesa senyum perit melihat mereka berdua. Ternyata selama ini Ikhmal tipu dan beri harapan kepada Aneesa.


“ awak.. tolong jangan salah sangka. Ini semua tak seperti yang awak sangkakan. Tolong Neesa. Tolong..” rayu Ikhmal sambil menapak ke arah Aneesa.
Aneesa menghalang dengan gelengan.


“ sukar untuk saya percayakan awak lagi Ikhmal. Kenapa awak beri saya harapan dan minta bertunang sedangkan awak dah ada perempuan lain! Dah nak bertunang pun! Kenapa Ikhmal? kenapa awak buat saya macam ni?” bentak Aneesa lalu mengalirkan air mata.
Linda yang sudah agak ini semua akan terjadi hanya senyum sinis. Rancangan yang diaturnya semalam dengan mama Ikhmal ternyata berhasil. Tak sia-sia usahanya untuk bersama dengan Ikhmal.


“ tak Neesa. Saya langsung tak de niat nak buat semua ni. Saya ikhlas cintakan awak dan saya ikhlas nak kahwin dengan awak. Perempuan yang awak nampak ini sepupu saya. Saya ajak dia datang kerana ingin saya perkenalkan awak kepada dia. Saya tak bohong awak. tolonglah..”
“ Hei… apa korang ni. Dan kau Neesa. Ikhmal ni bakal tunang aku. Bukan ke mak cik dah beritahu kau. Asal kau degil sangat? Kau tak percaya lagi ke? Jadi sekarang ni kau percayakan?” soal Linda penuh sinis.


Pang!
Linda menyentuh pipi kananya. Sakit amat terasa.


“ apa yang kau katakan ni hah! Apa yang kau mengarut ni? Aku tak pernah kata yang aku akan bertunang dengan kau. Hanya Aneesa yang layak.” Ujar Ikhmal tegas dan tajam ke arah Linda.
Aneesa gigit bibir. Pantas air matanya di seka. Makin lama dia melihat mereka berdua. Hatinya makin sakit.


“ Ikhmal.. Linda. Saya minta maaf jika ganggu kalian. Tapi saya tak bermaksud untuk menganggu korang. Saya datang pun ingin tahu perkara yang sebenar. Ikhmal.. saya faham. Saya doakan kebahgiaan korang berdua.” Ucap Aneesa sambil tersenyum hambar.
Begitu perit dia rasa saat meluahkan semua itu. Sunggu dia tidak minta semua ini terjadi.


“ Aneesa.. tolong jangan tinggalkan saya. Saya mohon sangat. Semua ini fitnah. Saya langsung tiada hubungan dengan Linda. Percayalah.. saya hanya cintakan awak seorang.” Jelas Ikhmal lalu menatap sedalamnya wajah yang dicintainya.
“ maafkan saya Ikhmal. Awak jangan risau. Saya percayakan awak. Awak takkan bohong saya. Tapi saya tak tahan lagi. Lagipun saya tahu mama awak tidak restui hubungan kita.”


Aneesa tersenyum. Tapi dalam hati hanya TUHAN saja yang tahu apa yang dia rasai. Adakah dengan memutuskan hubungan hatinya akan tenang.
“ Aneesa.. please.. saya tidak sanggup kehilangan awak. Itu awak jangan risau. Saya akan pujuk mama saya supaya restui hubungan kita.”


Aneesa menggeleng perlahan lalu menapak ke Linda. Tangan Linda di genggam erat.
“ Linda… saya tahu awak cintakan Ikhmal. Saya tahu mama Ikhmal lebih suka kalau awak bersama dengan Ikhmal. saya percaya yang awak mampu buat dia bahagia. Saya harap sangat awak tidak kecewakan dia. Linda.. saya doakan awak dan Ikhmal bahagia.” Ucap Aneesa lalu tersenyum.


Linda terpanar. Adakah dia tak salah dengar. Dia ingatkan Aneesa akan melenting dan marah. Ternyata sangkaannya meleset. Dan dia dapat rasakan keikhlasan Aneesa.
“ Ikhmal.. saya rasa hubungan kita sampai sini saja. Mungkin kita tiada jodoh. Dan saya tahu awak akan bahagia bersama Linda. Mengertilah Ikhmal yang perhubungan tanpa restu orang tua tidak akan berkekalan lama. Saya tak nak awak jadi anak derhaka. Jadi saya minta diri dulu. Lepas ni jangan cari saya lagi Ikhmal.”


Usai Aneesa meluahkan apa yang dia rasa, dia pantas memusingkan badan untuk beredar. Hatinya kini meronta-ronta ingin bersama lebih lama lagi dengan Ikhmal. Tapi dia tak mampu. Mungkin ini cara yang terbaik. Dengan putuskan hubungan yang setelah lama terjalin.
“ Aneesa.. sebelum awak pergi. Saya nak katakan yang saya tidak akan pernah berhenti mencintai awak. Saya juga akan terus mencari awak. Percayalah yang awak sentiasa di hati saya. Dan kalau awak rindukan saya, pandanglah bintang-bintang yang berkelipan di atas sana. InsyaAllah rasa rindu awak akan saya rasa.” Ucap Ikhmal dalam nada sayu.


Sangat berat hatinya untuk melepaskan Aneesa pergi. Tapi apa lagi yang boleh dia buat. Itu tekad orang yang bernama Aneesa. Dia pasti yang Aneesa akan mendapat lebih baik. Ikhmal juga berharap yang kebenaran sebenar akan terbongkar.
‘ Ya Allah.. jika benar kami memang ditakdirkan bersama. Pertemukanlah kami suatu hari nanti. Jikalau tidak, redhakanlah aku dalam pemergiannya.’ Doa Ikhmal dalam hati.


Aneesa pantas berlari dari situ. Air matanya turut mengalir semula. Tak sangka perkara yang paling dia takuti akan terjadi juga.
‘ Ya Allah.. tabahkan hati aku agar dapat terima semua dugaan ini.’


*****
Sekarang…


Aneesa  membelek dirinya di hadapan cermin. Senyuman terukir apabila penampilannya sangat kemas. Alhamdulilah.. doanya dimakbulkan apabila mendapat tawaran untuk menjadi seorang guru di sekolah. Walaupun cikgu tadika tapi dia amat bersyukur.
Memandangkan hari ini hari pertama dia mulakan kerja, dia mengajak Mila bersama.


“ Mila.. okey tak?” soal Aneesa selepas keluar dari bilik.
Mila yang baru selesai bersiap-siap memandang Aneesa tanpa berkelip.


“ WOW! You look so beautiful Aneesa. Lain daripada yang lain. Aku pun tak percaya.” Puji Mila.
Aneesa tertawa kecil. Ada-ada saja dia ni.


“ so? Are you ready for today?” Aneesa mengangguk lalu tersenyum.
Aneesa menghembus nafas lega. Entah mengapa hatinya rasa gembira dan berbunga-bunga. Dadanya turut berdebar kencang saat teringat akan masuk ke sekolah. Rasa melonjak-lonjak pun ada sebenarnya.


“ okeylah.. kita gerak jom. Nanti kau lewat pula.”
“ yes madam!”


*****
Ikhmal memadang lama potret yang berada di tangannya kini. Rasa rindu kembali mencengkam. Selepas terjumpa dua minggu yang lepas, hatinya kembali merindu akan Aneesa. Entah di mana lagi harus di cari.


Ikhmal yakin yang antara dia dan Aneesa ada jodoh. Kalau tidak mengapa selepas dua tahun, kami dipertemukan lagi. Ikhmal sangat yakin akan itu. Mungkin itu petunjuk dari Allah.
“ Haih..cikgu Ikhmal. mengelamun lebih Nampak. Teringat makwe ke?” tegur Mail.


Pantas potret  Aneesa di simpan Ikhmal. Kantoi arr cam ni.
“ tak delah. Mana ada.. mengarutlah kau ni.” Dalih Ikhmal. Dia membuka buku latihan pelajar bagi mengelak soalan daripada Mail.


“ hek eleh.. nak tipu pun dengan aku. Tolonglah.. ni.. aku lupa nak bagitaw kau. Kejap lagi ada cikgu baru akan datang. Hari ini first time dia kerja di sini. Jadi kami nak minta tolong kau ajar dan tunjuk dia kawasan sekolah ini. Tak silap aku cikgu tu akan mengajar budak pra- tadika.” Jelas Mail lebih lanjut.
Ikhmal berkerut dahi.


“ asal aku pula? Kau kan ada? Lagipun ramai lagi yang boleh tolong.”
Mail tersengih.


“ ala bolehlah. Lagipun cikgu tu perempuan taw. Single lagi. Mana tahu kau akan terpikat dekat dia ke. Boleh di buat bini.”
Ikhmal menggeleng akan telatah Mail. Ada-ada saja dia ni. Entah mengapa dia tiba-tiba rasa seronok semacam je. Ni rasa berdebar semacam je ni. Mesti akan berlaku sesuatu.


“ yelah.. aku setuju.” Putus Ikhmal lalu menyimpan buku pelajar yang dibuka tadi.
“ bagus.. sekarang kau pergi ke pejabat. Mungkin cikgu tu akan berada di situ. Dan good luck erk..”


Ujar Mail sambil mengenyit mata. Nakal!
Ikhmal hanya tersenyum. Memang nakal Mail ni. Tapi satu je yang dia bertekad. Dia takkan terpikat akan sesiapa pun kecuali Aneesa.


*****
Aneesa menyentuh dadanya. Yang pasti debaran makin terasa. Langkahnya menuju ke pejabat sekolah juga makin dekat.


‘ Ya Allah bantulah aku di saat aku memerlukanMu’ doanya dalam hati.
Dengan lafaz basmallah, Aneesa melangkah masuk ke dalam pejabat sekolah itu. Kedatanganya      
di sambut seorang wanita. Mungkin cikgu di sini.


“ kamu ni Aneesa ke? Cikgu pra-tadika?” Aneesa pantas mengangguk.
“ oh.. sila duduk dulu di sofa. Nanti akan ada seorang cikgu yang akan teman cikgu. Akan ajar dan tunjuk cikgu sepanjang berada di sekolah ini.”


Aneesa hanya menurut lalu duduk di sofa yang disediakan. Cantik juga sekolah ni…
“ maaf lambat..” Aneesa mendongak apabila ada suara yang menegurnya.


Apabila bertentang mata, masing-masing terpaku.
“ Ik..Ikhmal?” soal Aneesa tidak percaya.


“ Neesa?” ternyata masing-masing masih belum terima kenyataan yang mereka telah dipertemukan semula.
“ ya.. awak berkerja di sini?” soal Aneesa lagi.


“ ya.. Alhamdulilah. Allah makbulkan doa saya.” ucap Ikhmal sambil ucap syukur dalam hati. Ternyata memang benar Aneesa ini adalah jodohnya.
“ cikgu? Cikgu ke yang akan bantu cikgu Aneesa?”


Datang seorang kerani pejabat menegur mereka. Masing-masing terus berlagak seperti tidak kenal.
“ ya.. jadi boleh kita pergi sekarang?”


Aneesa mengangguk perlahan. Perkara ini langsung dia tidak duga akan terjadi. Apakah ini namanya jodoh Ya Allah.
“ awak sihat?” soal Ikhmal setelah lama berdiam diri. Dia kini membawa Aneesa menuju ke kelas pra-tadika.


“ sihat. Awak?” soal Aneesa tanpa memandang Ikhmal. perasaannya kini bercampur aduk.
“ sihat.. betul kan apa yang saya kata dua minggu yang lepas. Kita ini sebenarnya ada jodoh Neesa. Walauapapun cara kita lakukan, jodoh itu milik kita.” Ujar Ikhmal tenang sambil ukir senyuman.


Aneesa hanya berdiam diri. Sebenarnya dia takut jika ini hanyalah mimpi semata-mata. Puas dipujuk hati agar tidak menaruh harapan yang tinggi. Tapi pertemuan kali kedua ini buat hatinya kuat berharap dan yakin akan Ikhmal. Apakah semua ini benar?
“ kita dah sampai. Awak boleh masuk ke dalam dan berkenalan dengan cikgu di sini.” Aneesa tersentak dan mendongak.


“ terima kasih Ikhmal. Saya masuk dulu.” Pinta Aneesa.
‘ Aneesa.. aku akan dapatkan kau semula. Cinta kita akan bersatu dengan izin Tuhan.’


Tekad Ikhmal dalam hati.


*****
Telefon digenggam Aneesa. Selepas dia pulang dari sekolah, hatinya jadi tidak senang. Kata-kata Ikhmal sebelum dia pulang amat terkesan di hati ini.


‘ saya akan mendapatkan kembali cinta awak. Cinta yang terkubur lama. Itu tekad saya Neesa.’
Aneesa jadi rungsing. Makin banyak persoalan yang belum terjawab kini. Tiba-tiba dia rasa rindu akan keluarga yang berada di Pulau Pinang. Memandangkan dia berada di Kuala Lumpur. Jarang sekali dapat pulang ke kampung.


Tapi kali ini dia bertekad untuk pulang ke kampung. Mungin dengan itu hatinya akan kembali tenang.
“ Neesa..” bahu Aneesa di sentuh Mila.


“ hurmm..” Mila melabuhkan punggung di sebelah Aneesa.
“ kau ni kenapa? Ada masalah ke? Sepatutnya kau happy sebab kau dapat kerja. Tapi ni aku tengok sedih je. Tak suka ke tempat kerja tu?” soal Mila risau.


Aneesa senyum hambar. Kemudian dia menggeleng. Matanya tetap terarah ke television. Tapi fikiran melayang ke tempat lain.
“ lebih baik kau berterus terang dengan aku Aneesa. Kalau tidak aku tak anggap kau kawan baik aku.” Ugut Mila.


Aneesa pantas menoleh ke arah Mila. Mulut dia sudah memuncung. Aneesa tersengih. Kena pujuk nampak gayanya.
“ yelah.. tapi kau kena simpan rahsia.”


“ baik Puan. Aku akan pegang janji.” Aneesa senyum geli hati.
“ sebenarnya…”


*****
“ Ikhmal nak meminang Aneesa ma..”


Puan Erin yang sedang minum hampir tersedak dibuatnya. Wajah Ikhmal di pandang tajam.
“ meminang? Kamu dah jumpa dia semula ke dan dia setuju?”

Ikhmal duduk di sebelah mamanya. Dengan perlahan dia menggeleng.


“ Ikhmal dah jumpa dia semula. Tapi dia tak tahu. Tak sangka yang kami akan bekerja di tempat yang sama ma.. sebab tu Ikhmal bertekad yang Ikhmal tak nak lepaskan dia lagi. Bolehlah mama..”
Puan Erin tersenyum.


“ apa saja yang terbaik untuk anak mama. Demi menebus dosa mama pada kamu dulu. Jadi mama sanggup berkorban untuk kamu.” Ikhmal senyum senang.
‘ tunggu aku Aneesa!’


*****
Kata-kata mak Aneesa bagai guruh yang bendentum di telinganya. Tidak sama sekali akan menyangka perkara itu berterusan sebegini. Tak percaya yang Ikhmal akan datang ke rumahnya.


“ dan kamu pun dah beritahu mak. Selepas ini mak berhak memilih siapa saja calon suami kamu kan? Jadi mak dah terima peminangan mereka. Lagipun sebelum ni korang kan hampir bertunang. Entah apa yang berlaku tetibe je tak jadi. Sebab tu mak terima. Budak Ikhmal tu baik orangnya.”
Apa yang mak dia kata langsung tidak di ambil perhatian oleh Aneesa. Yang dia perlu selesaikan sekarang adalah hubungan dia dengan Ikhmal.


“ Aneesa… kamu dengar tak apa yang mak kata tadi ni?” Aneesa tersentak dan memandang maknya.
“ apa mak? Mak kata apa tadi.” Memang betul apa yang maknya kata langsung tidak dapat                
di tangkap Aneesa.


“ kamu ni lah.. mak dah terima pinangan mereka. Jadi hujung bulan ni korang akan bertunang. Lepas dua hari korang akan bernikah. Muktamad!” Aneesa melopong. Biar betul! Terlalu drastik ni.
“ mak… tak cepat sangat ke?”


“ tak.. tak baik di lengah-lengahkan Aneesa. Lagipun mak yakin yang korang ni memang berjodoh.” Aneesa senyum hambar. Nampaknya selepas ini perlu buat rawatan hati pula. Yalah.. untuk kembali seperti sedia kala. Serperti tiada apa yang berlaku. Gara-gara perkara ini jugalah dia bergegas pulang ke kampung semalam.
Kring! Kring! Kring!


Telefon yang berada di sisi Aneesa di pandang sekilas. Hatinya serta merta berdebar-debar.
“ angkatlah telefon tu kak.. orang nak focus pun tak bolehlah.” Tegur adiknya Aliah.


Pantas Aneesa  mengambil telefon lalu membawa masuk ke dalam bilik. Tanpa berlengah telefon    di angkat.
“ helo?”

“ helo… Aneesa ka?” Aneesa tersentak. Itu suara Ikhmal.


“ erk.. macam mana boleh tahu nombor ni?”
“ mak awak yang beri kepada saya. Awak pasti tahu kan tujuan saya telefon awak ni?” Aneesa tersenyum.

“ minta persetujuan untuk kahwin dengan awak? gitu?” sindir Aneesa.


“ eh? Dia mengaku pula. Saya memang nak kahwin dengan awak. Tapi mak awak setuju tanpa pinta persetujuan awak.” Aneesa  rasa nak ketawa kecil tapi di tahan.
Entah mengapa, selepas dapat berbual dengan Ikhmal. Hatinya jadi tenang dan rasa seperti pertemuan pertama kali mereka dahulu. Gara-gara peristiwa dua tahun lalulah yang buat Aneesa berubah layanan terhadap lelaki. Tapi terhadap Ikhmal susah.


“ Aneesa… awak tak setuju ke? Maafkan saya?”
“ patutkah saya tolak pinangan awak sedangkan mak saya dah setuju pun. Jadi saya turut setujulah encik Ikhmal.” gurau Aneesa. Hatinya di landa riang.


“ hehe..ye bakal Puan Aneesa.”
“ adakah awak masih dapat terima saya Ikhmal? Lagipun saya tak sesuai untuk awak. Dan mana Linda. Bukan korang bersama ke?” soal Aneesa bertalu-talu. Tak dinafikan yang dia takut terima jawapan dari mulut Ikhmal soal Linda.


Kedengaran Ikhmal mengeluh di corong telefon.
“ Aneesa.. forget about Linda. Dia sudah tiada kena mengena dengan family saya. Of courselah saya terima awak. Sebab awak seorang saja yang saya cintai Neesa. Percayalah! Saya juga tahu yang awak masih rasa yang sama kan?”


Aneesa terkelu lidah untuk berkata-kata. Kata-kata yang baru di ucapkan Ikhmal menusuk ke hati. Katanya sangat ikhlas.
“ Neesa… InsyaAllah saya akan cuba jadi suami dan ayah yang soleh untuk awak dan anak-anak kita nanti. Jangan pernah ragui saya Neesa… dan mama saya meminta ampun kat awak. Katanya dia ingin jumpa awak esok.”


Aneesa tidak tahu untuk berkata apa melainkan berdiam diri.
Keadaan sunyi seketika.


“ Neesa.. wake up.. saya nak Neesa yang dulu. Tolonglah..” rayuan Ikhmal buat Aneesa sebak.
“ awak yang buat saya berubah macam ni Ikhmal.” luah Aneesa perlahan tapi mampu didengar Ikhmal.


“ maafkan saya. Tapi saya telah kembali. Jadi please.. buang yang keruh dan ambil yang jernih.”
“ hidup ini memang penuh dugaan tapi hidup ini akan lebih indah jika kita mampu hadapi dugaan itu dengan senang hati. Ikhmal.. InsyaAllah saya akan cuba kembali seperti sedia kala. Dan kalau benar kita tiada jodoh jangan sesekali salahkan takdir.” Pesan Aneesa ikhlas dari lubuk hati.


“ InsyaAllah..” balas Ikhmal tenang.
Akhirnya masalah mereka selesai. Alhamdulilah..


*****
Akhirnya.. hubungan Aneesa dan Ikhmal telah kembali seperti dulu. Memang itu yang diinginkan mereka berdua. Keluarga mereka apatah lagi.


Pejam celik pejam celik. Lusa mereka akan berkahwin. Terlalu cepat masa berlalu. Apa yang              di harapkan Aneesa adalah semoga perkahwinan mereka kekal bahagia dengan restu Allah.
“ Akak.. ada orang telefon ni!” laungan Aliah buat Aneesa tersedar dari lamunan.


Aneesa pantas keluar daripada bilik dan menuju ke ruang tengah.
“ siapa dik?” soal Aneesa lalu mencapai telefon.


“ entah..”
“ helo saya Aneesa. Anda siapa?” soal Aneesa apabila telefon dilekapkan di telinga.


“ helo.. tak sangka aku dapat bercakap dengan kau lagi Aneesa.” Aneesa tersentak.
Suara ini seperti dia kenal.


“ takkan kau dah lupa dekat aku Neesa. This is Linda. Nampaknya kau dah lupa semenjak dah nak berkahwin ni kan. Tak sangka korang tetap akan bersama juga.” Ketawa sinis dapat di dengar Aneesa.
Secara tak langsung, Aneesa berdebar-debar. Dia dapat rasakan ada perkara buruk yang akan terjadi.


“ Aneesa.. aku bagi amaran dekat kau ya.. tolong batalkan perkahwinan korang. Kau tak layak dapatkan Ikhmal Neesa. Kau langsung tak sesuai. Ikhmal milik aku Neesa. Ingat tu!”
Aneesa beristigfar dalam hati. Dia ingatkan Linda dah berubah. Ternyata tidak. Dengan beraninya Aneesa menentang.


“ Linda… aku tak kisah apa yang akan engkau lakukan. Kau nak tahu kenapa? Sebab Ikhmal dan aku ditakdirkan bersama. Jodoh itu milik kami. Kau tak berhak menghalang jodoh yang telah ditetapkan Tuhan. Sedarlah Linda.”
“ Haha..well..well. ternyata sangkaan aku meleset. Berani juga kau ye. Tak mengapa. Tapi aku nak ingatkan kau, jika esok kau tidak batalkan perkahwinan tu. Nyawa Ikhmal berada dalam genggaman aku. Kau mesti tak mahu kan Ikhmal mati? Jadi kau patut ikut arahan aku.” Ugut Linda lagi.


Aneesa tersenyum. Dia cuba untuk bersabar.
“ Linda… kau tak boleh tentukan nyawa kami melainkan Allah Yang Maha Esa. Hanya Dia yang berhak. Kau langsung tak berhak Linda. Jadi kau nak buat apa-apa pun buatlah. Tapi satu je aku pinta jangan sesekali sakitkan Ikhmal. Kalau ye pun kau tak sukakan perkahwinan kami, kau tak perlulah nak membunuh ni. Kau perlu cari yang lain Linda. Aku pasti ada jodoh yang lebih baik untuk kau di luar sana. Linda.. aku harap kau ambillah kata-kataku sebagai nasihat. Assalamualaikum.”


Pantas Aneesa mematikan talian tanpa mendapatkan balasan daripada Linda. Serta merta hatinya jadi gusar dan resah. Walaupun itu Cuma ugutan, tapi dia tetap takut.
‘ Ya Allah.. pelihara kami. Lindungilah kami. Kami amat memohon padaMu. Moga perkahwinan kami berjalan lancar tanpa gangguan Linda. Bukankanlah pintu hatinya untuk bertaubat Ya Allah.’


Aneesa cuba ukir senyuman walaupun payah. Dia berharap sangat yang Linda takkan menganggu hidup dia dan Ikhmal.
*****
Aneesa meraup mukanya beberapa kali. Mimpi yang baru dia dapat buat hatinya tidak tenteram. Langsung fikirannya teringat akan keselamatan Ikhmal.


Jam ditilik Aneesa. Pukul 11 malam. Hari sudah lewat. Tapi lampu di ruang tengah masih cerah. Memandangkan esok hari perkahwinan Ikhmal dan Aneesa.
Aneesa bergegas siap dan turun ke bawah. Tidak lupa juga dia menghantar pesanan kepada Ikhmal.


Awak saya nak jumpa awak. di depan rumah awak. maaf jika perbuatan saya terlalu drastik dan buat awak pelik. Tapi saya mesti berjumpa dengan awak malam ini juga.
“ eh Neesa? Nak ke mana tu? Hari dah lewat malam ni.” Soal mak Aneesa.


“ maaf mak. Tapi Aneesa  perlu jumpa Ikhmal malam ni juga. Nanti Neesa baliklah. Pergi dulu mak.” Selepas bersalam, pantas Aneesa keluar dan memandu kereta di lewat malam ini.
Telefon yang berbunyi buat tumpuan Aneesa memandu sedikit terganggu. Mujur juga itu bunyi pesanan masuk.


Aneesa.. kenapa dengan awak ni? Awak ada di mana sekarang? Lagipun bukan ke sudah lewat malam
Dengan berhati-hati Aneesa membalas pesanan Ikhmal.


Saya dalam perjalanan ke rumah awak. awak tunggu ye. Ada perkara penting saya perlu katakan kepada awak.
Aneesa sangat takut sekarang. Mimpinya seakan-akan benar. Dalam mimpi itu, dia nampak Linda dengan memegang sepucuk pistol. Dan dalam mimpi itu mereka berdua baru selesai berkahwin. Tak di sangka Linda mengacukan pistol ke kepala Ikhmal. dan.. Ikhmal mati.


Aneesa menggeleng beberapa kali. Dia harus berfikiran waras. Itu hanya sebuah mimpi. Takkan menjadi kenyataan. Tapi dia tetap harus berwaspada. Lagipun Ikhmal langsung tak tahu akan Linda yang menelefonnya semalam.
Selepas 15 minit memandu, akhirnya Aneesa sampai di hadapan rumah Ikhmal. Nampaknya rumah Ikhmal masih terang.


“ Aneesa!” laungan Ikhmal buat Aneesa berlari terus ke rumah Ikhmal.
“ kenapa ni? Ada apa awak nak jumpa saya malam-malam begini. Esok kan kita dapat berjumpa lagi. Kenapa? Tak sabar nak kahwin dengan saya?” gurau Ikhmal.


Aneesa langsung tidak tersenyum akan gurauan Ikhmal. Mukanya serius memandang Ikhmal. Ikhmal yang pelik terus menatap wajah Aneesa. Ada sesuatu yang tidak kena akan Aneesa.
“ jom kita masuk ke dalam. Mama saya masih belum tidur. Jom..” ajak Ikhmal. Aneesa hanya menurut.


Tempat di sofa di ambil ANeesa. Mama Ikhmal memandang Ikhmal pelik. Pelik akan kehadiran Aneesa pada malam itu.
“ Mak cik.. maafkan saya. Tapi boleh tak kalau saya nak cakap berdua dengan Ikhmal. Sekejap je. Tak lama mana pun.” Pinta Aneesa dengan berharap.


Puan Erin akhirnya mengangguk. Kerusi rodanya di tolak sehingga ke dapur.
“ ada apa ni?” soal Ikhmal lalu duduk berhadapan dengan Aneesa.


Tidak semena-mena air mata Aneesa gugur di hadapan Ikhmal. Ikhmal yang terkejut  spontan  mengesat air mata Aneesa.
“ Neesa.. kenapa ni?” soal Ikhmal lagi apabila Aneesa sedikit tenang.


Aneesa menatap Ikhmal. dia langsung tak sanggup jika akan kehilangan Ikhmal. Dia sanggup jika dia pergi tapi tak mungkin Ikhmal. Ikhmal berhak mendapat kebahagiaan.
“ saya takut Ikhmal. Saya takut awak akan pergi meninggalkan saya.” luah Aneesa dalam tangisan.


“ Neesa.. jangan takut. Saya tidak akan tinggalkan awak lagi. Percayalah. Kecuali maut je yang boleh pisahkan kita.”
“ itu yang saya paling takut awak. Saya baru dapat mimpi yang menakutkan. Sebab itu saya bergegas datang ke sini ingin memastikan awak tidak apa-apa. Awak selamat kan?”


Ikhmal mengangguk perlahan. Hatinya jadi sebak melihat Aneesa saat ini. Kasihan Aneesa yang terpaksa tanggung semuanya.
“ awak… percayalah yang saya tidak akan sesekali tinggalkan awak. Mimpi tu kan hanya mainan tidur.”


Aneesa terdiam. Dia tahu tapi dia tetap takut. Apatah lagi Linda tidak menganggunya lagi selepas menelefonnya semalam. Hatinya jadi terus gelisah selepas mendapat mimpi itu. Tapi dia tahu ia hanya mainan tidur semata-mata.
“ Neesa.. saya rasa awak patut balik. InsyaAllah semuanya akan baik-baik saja. Banyakkan berdoa kepada Tuhan.” Ikhmal memandang sayu ke arah Aneesa.


“ yelah.. hati saya sedikit lega apabila melihat awak dalam keadaan baik-baik saja. Maaf jika ganggu awak malam-malam begini. Saya balik dulu.”
Aneesa bangun dari duduk dan menuju keluar rumah. Buat sekalian kalinya, dia menoleh ke belakang melihat Ikhmal. dia tersenyum.


Ikhmal membalas senyuman Aneesa.
“ hati-hati di jalan raya.” Pesan Ikhmal apabila Aneesa masuk ke dalam kereta.


Aneesa hanya tersenyum. Moga-moga esok tiada apa-apa yang buruk akan berlaku.
*****
Nampaknya kau bertekad Aneesa. Kau ingat kau dah menang dengan berkahwin dengan Ikhmal. Kalau itu yang kau sangka. Kau silap banyak. Kau tunggu sajalah apa yang akan terjadi nanti. Awas Aneesa!


Pesanan yang baru Aneesa dapat buat hatinya sangat tidak tenteram. Serta-merta mimpi yang dia dapat semalam terlayar di fikiran. Pantas dia menggeleng.
‘ tidak! Ikhmal tidak boleh mati. Ya Allah lindungilah kami.’


“ Akak… pengantin lelaki dah sampai. Jom turun ke bawah.” Muncul Aliah dengan senyuman.
Aneesa mengangguk perlahan. Sebelum turun, dia menghembus nafas dan buang segala perkara yang buruk itu.


Sampai saja di bawah, Aneesa mengambil tempat disisi mama Ikhmal dan maknya. Dia ukirkan senyuman yang paling manis walaupun hatinya kini tidak tenteram. Tapi dia pasrah. Berharap tiada apa yang akan berlaku.
“ boleh kita mulakan?” soal tok kadi terhadap Ikhmal.


Ikhmal tersenyum lalu mengangguk. Sempat dia menjeling Aneesa yang Nampak sangat cantik pada pagi itu.
“ baiklah.. nampaknya semuanya sudah sedia. Kita mulakan sekarang ye?” ucap Tok kadi yang sedang berhadapan dengan pengantin lelaki iaitu Ikhmal. Semua yang berada di situ turut mengangguk.


“ baiklah Muhamad Ikhmal Hanafiah Bin Hanif…” mendengar nama Ikhmal di sebut oleh Tok kadi. Aneesa berdoa dalam hati agar semunya berjalan lancar.
“ Aku nikahkan akan dikau dengan Nurul Aneesa Bt Yusof dengan mas kahwinnya RM 200 tunai!”


“ Aku terima nikahnya Nurul Aneesa Bt Yusof dengan mas kahwinnya Rm 200 tunai!” lafaz Ikhmal tenang.
“ sah?” “ sah..sah..” sahut orang sekeliling.


Alhamdulilah! Dengan sekali lafaz Aneesa telah sah menjadi suami Ikhmal. Selesai berdoa, Ikhmal menuju ke arah Aneesa iaitu isteri yang baru sahaja di nikahinya itu.
Dengan berdebar, Ikhmal menyarungkan cincin perkahwinan ke jari manis isterinya dan melakukan upacara pembatalan air sembahyang.


“ terima kasih kerana masih sudi terima dan tunggu abang.” Bisik Ikhmal sewaktu mencium dahi isterinya.
“ sama-sama kasih.” Ujar Aneesa perlahan.  Malu dengan mata-mata yang memerhati, mereka berdua berpimpinan tangan menuju ke meja makan bersama keluarga.


“ sayang sangat cantik hari ini.” Puji Ikhmal ketika mereka sedang menjamu selera.
Aneesa yang di puji oleh suaminya itu hanya menunduk malu. Merah muka di buat dek Ikhmal. Tiba-tiba dia berasa tidak sedap hati. Adakah sesuatu akan berlaku.


“ sayang? Kenapa ni?” soal Ikhmal apabila menyedari Aneesa diam. Macam ada sesuatu yang sedang dia fikirkan.
Aneesa ukir senyuman lalu menggeleng. Mungkin perasaan dia je tu.


Selesai makan, mereka berdua melayan tetamu yang tidak henti-henti hadir. Memandangkan Aneesa mengadakan kenduri di Pulau Pinang, ramai saudara maranya yang hadir.
“ sayang letih?” bisik Ikhmal. Aneesa tersenyum lalu menggeleng.


Tiba-tiba Aneesa ternampak kelibat yang dia kenal. Serta merta hatinya berdebar-debar. Tangannya yang berada di dalam genggaman Ikhmal di genggam erat. Ikhmal yang perasan sesuatu akan Aneesa membalas genggaman itu.
“ sayang.. kenapa ni?” soal Ikhmal pelik. Aneesa tersentak. Di pandang wajah Ikhmal.


“ Neesa… Neesa Nampak kelibat seseorang yang Neesa kenal.” Luah Aneesa sambil memandang sekeliling. Yang pasti kelibat itu adalah Linda. Itu yang dia takut sekali.
“ siapa?” Ikhmal turut memandang sekeliling. Mana tahu dia kenal.


Tiba-tiba pandangan Aneesa tertumpu kepada Linda yang sedang memerhatinya dari jauh. Ikhmal tidak sedari kerana  dia sibuk melayan tetamu.
Linda membalas pandangan Aneesa dengan tajam. Dengan senyuman yang sinis, Linda bergerak ke  arah mereka berdua. Hati Aneesa serta merta di landa resah. Takut mimpinya jadi kenyataan.


“ Hai korang..” sapa Linda dengan senyuman. Aneesa yang takut itu cuba ukir senyuman.
“ hai… tak sangka akan jumpa kau di sini. Dari mana ni?” soal Ikhmal yang masih tidak perasan akan perubahan Aneesa.


“ kebetulan datang. Lagipun aku baru balik dari melancong. Aku ucapkan tahniah ya..” ucap Linda lalu memandang Aneesa.
‘ kau akan dapat habuan Aneesa. Ikhmal akan mati di tangan aku. Terimalah akibatnya.’ Linda kembali melihat Ikhmal.


“ Linda.. kau nak apa lagi ni? Lebih baik kau pergi. Aku tahu niat kau yang sebenar Linda.” Ujar Aneesa dengan tinggi.
Ikhmal yang terkejut itu memegang erat tangan Aneesa.


“ sayang.. dia datang melawat kita kan. Jangan macam tu. Dia dah berubah sayang.” Pujuk Ikhmal.
Aneesa menggeleng laju. Dia tahu Ikhmal tertipu akan helah Linda. Yang pasti dia harus bersedia jika Linda bertindak di luar kawalan.


“ well…well…well.. Ternyata kau berani juga ya Neesa. Aku tak sangka.” Ujar Linda sambil menepuk tangan. Orang yang berada di sekeliling memandang mereka bertiga pelik.
“ Linda?” Linda tersenyum sinis.


“ ya.. aku Linda yang korang kenal dulu. Hei Ikhmal. aku takkan sesenang itu berubahlah. Aku kan dah kata yang aku sanggup lakukan apa sahaja demi dapatkan kau Ikhmal. Tapi usaha aku selama ini ternyata sia-sia. Yang merosakkan segala rancangan aku adalah kau Aneesa. Kenapa kau hadir semula. Kenapa? Jadi aku dah bertekad. Kalau aku tak boleh dapat kiranya kau pun takkan dapat Neesa. Kau takkan dapat Ikhmal.”
Pantas Linda mengeluarkan sepucuk pistol dan mengacukan di dada Ikhmal. Orang sekeliling yang terkejut itu menjerit. Ada yang berlari.


“ Linda… turunkan pistol tu. Kau dah gila ke?” Ikhmal naik berang  akan sikap Linda.
“ya Ikhmal. Aku dah gila. Aku gilakan kau. Tapi sekarang aku nak korang rasakan penderitaan aku terutama kau Aneesa. Aku nak kau rasai macam mana deritanya hidup tanpa Ikhmal. haha..”


Aneesa pantas menggeleng.
“ tidak Linda. Kau tak boleh. Aku akan pertahankan hak aku.” Aneesa mencerlung melihat Linda.


“ oh ya.. hurmm beraninya.. tapi kau dah terlambat Aneesa… dengan satu tembakan suami kau akan mati…”
Aneesa memandang Linda dengan debaran yang memuncak.


‘ tidak! Aku takkan biarkan Ikhmal mati di tangan kau Linda. Takkan!’
Pow!

Linda melepaskan tembakan ke arah Ikhmal. Ikhmal tidak sempat mengelak, tapi tiba-tiba Aneesa yang berada di sisi Ikhmal telah menyerbu ke depan dan memberi perlindungan kepada Ikhmal. Peluru Linda tepat mengenai dada Aneesa.


“ Aneesa!”
Belum sempat Aneesa rebah terkulai menyembah bumi, tubuhnya pantas dipeluk Ikhmal.
Linda tergamam dan segera membuang pistol di tangannya. “Ne…Neesa..” dia tak percaya apa yang Aneesa buat.


“Kau! Kau kejam Linda. Kejam!” pekik Ikhmal sekuat-kuat hati. Air matanya sudah mengalir laju ke pipinya.
Linda tidak mampu berkata apa-apa. Benar, dia tidak menyangka yang tembakannya mengena Aneesa. Tak sangka yang Aneesa sanggup korbankan diri sendiri demi Ikhmal.


Ikhmal memangku kepala Aneesa sambil menangis teresak-esak. Habis baju pengantin mereka berdua penuh dengan darah yang mengalir keluar dari dada Aneesa.
“ Aneesa… jangan tinggalkan abang. Bangun Neesa. Bangun! Jangan tinggalkan abang..” dahi isterinya di kucup lama. Tidak sangka isterinya sanggup mengorbankan diri demi menyelamatkannya.

Linda melihat sekeliling. Semua orang pandang hina ke arahnya.


“ polis.. tangkap perempuan ni.” Arah seorang pemuda. 
Linda jatuh rebah ke tanah. Tapi segalanya sudah terlambat.


“ A…aku… aku minta maaf Ikhmal. a…aku… tak sangka yang..” Ikhmal pandang Linda tajam.
“ tak sangka Aneesa yang akan terkena tembakan kau? Begitu? Kau memang kejam Linda. Sanggup kau buat macam ni.  Kalau ye pun kau bencikan kami janganlah sampai membunuh. Kau tahu taK atas perbuatan kau tu nyawa Aneesa berada dalam bahaya. Isteri aku Linda. Isteri aku!” pekik Ikhmal lagi sambil mengulas wajah Aneesa.


“ bawa dia ke balai polis. Sekarang!” arah Ikhmal.
Pantas Linda di bawa pergi dari situ.


‘ aku minta maaf Aneesa.’
“ sayang.. bangun. Jangan tinggalkan abang.” Aneesa membuka mata dengan perlahan. Wajah Ikhmal di pandang dengan senyuman.


“a…a..abang.” panggil Aneesa perlahan. Dia cuba capai tangan Ikhmal. Pantas Ikhmal menyambut.
“ jangan tinggalkan abang sayang. Jangan pergi.”


Ikhmal mengucup dahi isterinya. Air mata terus mengalir laju. Beberapa titis menimpa ke muka Aneesa.
“a.a..abang.. maafkan Neesa… re..re..relakan pe.pemergian Neesa.” Ujar Aneesa lalu mengerutkan dahi apabila kesakitan di dadanya makin terasa.


“ sayang.. jangan pergi. Abang tahu sayang akan selamat.” Ikhmal menggeleng-geleng. Dia nak Aneesa selamat.
“ nak..Ya Allah. Sesiapa! Tolong telefon ambulan.” Muncul mak Aneesa.


“m..mak… ma..maafkan Nee..sa. ha..lalkan makan mi..minum Aneesa selama ini. Aneesa sa..sayang mak.” tangan Neesa sebelah kiri mencapai tangan mak dia.
“ ya.. mak dah lama maafkan kamu sayang. Kamu tak salah apa-apa pun kat mak. Sabar ya sayang.. nanti ambulan datang.” Air mata mak Aneesa semakin galak turun.


Ikhmal memandang sayu. Dia rasa derita melihat kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh isterinya itu. Kalau boleh biar dia saja yang menanggung segalanya.
“ m…mak. A…a..abang. ma..masa Neesa su..sudah tak lama lagi. Ma..maafkan Nee..sa sebab tak dapat te..teman a..abang. Neesa ber..bersalah sangat. Neesa… harap se..selepas pemergian Nee…sa. Ab..abang dapat cari peng..pengganti Nee..sa. ye bang ye?” pinta Aneesa sambil tersenyum. walaupun payah, dia tetap cuba demi suami yang tercinta.


“ Aneesa…jangan cakap macam tu.” Genggaman di eratkan Ikhmal.
“a..abang. tolong jan..janji dengan Nee..neesa. ka..kalau ti..tidak neesa tidak a..akan tenang.” Pohon Aneesa. Makin lama makin lemah keadaan Aneesa. Kesakitannya makin terasa.


Ikhmal memandang mak Aneesa. Mak Aneesa mengangguk perlahan tanda merelai pemergian Aneesa.
Ikhmal menggigit bibir. Dengan separuh rela, dia mengangguk perlahan. Wajah Aneesa di amatinya dengan penuh rasa kasih.


“ te..terima kasih ab..abang. te..terima ka..kasih mak. Aneesa sa..sayang korang se..semua. Neesa akan sen..sentiasa cin..cintakan abang.”
Dada Aneesa berombak kencang. Nafasnya dah tak stabil. Tangan Ikhmal digenggam erat. Sakitnya  amat perit sekali.


“ Neesa..Neesa.” panggil Ikhmal sambil mengoncangkan badan Aneesa.
Buat kali terakhir, dia tersenyum ke arah Ikhmal.


‘ selamat tinggal abang.’
Akhirnya, tangannya terlepas dari genggaman Ikhmal. Ikhmal yang terkejut pantas memeriksa nadi Aneesa.


Tangan Ikhmal terketar-ketar apabila mengetahui Aneesa telah pergi meninggalkannya. Pantas dipeluk isterinya erat.
“ Aneesa… terima kasih kerana sudi jadi isteri abang walaupun sekejap. Abang janji abang akan redha akan pemergian mu sayang.” Ucap Ikhmal dengan perlahan.


“ Ikhmal… adakah Neesa sudah pergi?” soal mak Neesa pinta kepastian.
Dengan perlahan Ikhmal mengangguk. Air matanya kembali mengalir.


‘ pergilah sayang. Abang  lepaskan Neesa pergi. Moga roh Neesa tenang di sana. Dan ingatlah yang abang sentiasa akan mencintai sayang walaupun di mana jua abang berada. Sekalipun Aneesa telah pergi.’
Ikhmal senyum rela  akan pemergian isterinya itu. Aneesa tetap  akan berada di dalam hatinya.


~ TAMAT ~
P/S: Panjang sikit cerpen… Sorry jika kalau tidak menarik. Dah cuba sedaya upaya. Harap sudi berikan komen selepas baca. ^^ dan sebagai hadiah.. bawah ini saya sertakan gambar watak2 yg berada dalam cerpen ini. Kiranya ambil dalam gambar tentang Dhia la ye.. hehe..


7 comments :

  1. fieyda qiraz@penang1 October 2012 at 03:03

    aduhai,sangat menyentuh perasaanku.rasa macam ingin mengalir saja air mataku.aku dapat merasai dan menghayati kisah ini.pengakhirannya sangat menyayat hatiku.by the way,this story is very best to me.i like it.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks... ini first time aku buat cerpen sedih mcm ni.. thnks because like it... ^^

      Delete
  2. Terbaikkk sungguh hebat jalan cerita dia

    ReplyDelete
  3. You are good in writing syima...good job...i hope you can write better essays soon

    ReplyDelete
  4. You are good in writing syima...good job...i hope you can write better essays soon

    ReplyDelete

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers