Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Thursday 7 March 2013

Cerpen : Bila Mamat Sombong Luahkan Cinta


AKu nak balik. Nak balik! Tak mahu duduk termenung macam orang gila di sini. Nak balik! HukHukHuk! Alonglah ni. Gatai pergi sabitkan aku pulak. Memang nak kena dia ni.

" Haih! Apasal monyok je muka tu akak?" Teguran mama buat aku tersengih.

Papa dan along datang menghampiri. Dah habis ke?

" Dah habis ke kerja?" soalku dengan mata penuh bersinar. Berharap kerja along dan papa dah selesai.

Tapi malangnya. Belum! Apasallah pergi geleng kepala tu. Hishh!

" Akak nak balik. Bukankah akak dah kata akak tak mahu ikut tadi. Alonglah ni." rungutku tak puas hati.

Along hanya tersengih. Manakala papa dan mama tergeleng-geleng melihat sikapku. Biasalah anak bongsu yang manja.

Tapi aku berhak memprotes. Ada punca along suruh aku ikut mereka. Kalau pergi shoping tu lain ceritalah. Ni hanya pergi dengar perbincangan pasal kerja. Mama pun satu. Ikut je cakap along.
Kalau aku faham tak apa lah juga. Ni satu patah haram apa pun aku tak faham. Ergh!

" Yelah. Along minta maaf. Jadi sekarang akak boleh balik. Papa dan mama pergilah balik dulu. Nanti along menyusul."

Aku tersenyum lega. Alhamdulilah! Dapat balik juga ke rumah. Dah berjam-jam aku duduk dalam bilik mesyuarat yang besar ni. Memboringkan.

" Terima kasih along. Tapi kalau lain kali along buat lagi. Siap along." siap amaran keras aku bagi dekat along. Biar dia tahu rasa.

Yang dia tahu tersengih. Itu je dia tahu. Mengalahkan budak-budak. Walaupun dah berumur 25 tahun. Anak sulung pula tu.

Apa yang peliknya. AKu paling rapat dengan abang sulung daripada abang kedua aku. Walaupun umur aku dan along jauh beza. Tapi kami berdua paling rapat. Alah..beza 5 tahun je pun.

" Yelah..dah pergi." Aku tersenyum lalu menarik lengan mama supaya mengikuti ku. Takut mama ubah fikiran. Mama aku ni bukan boleh.

" Jom mama. Tinggalkan along sendirian di pejabat dia tu. Apa yang menariknya pun tak tahulah. Patutlah tiada seorang pun permpuan melekat dekat dia."

Seusai aku berkata demikian. Terus aku berlari. Takut kena hentam dengan along aku. Haha..Tahu pun malu.

" akak! Hati-hati!" Aku terpinga-pinga. Kenapa?

Kedebuk!

" Ouch!" Aku jatuh terduduk. Sakitnya! Sakit punggung aku ni. Haissh! Siapa yang langgar aku ni. Aku pun salah lari tengok belakang bukan depan.

" Ish! Minah mana pulak yang langgar aku ni. Hoih! Tak reti-reti tengok depan ke bila berjalan tu. Ish! Menyusahkan orang je." bebelan mamat di depan aku buat aku bengang.

Yang dia tahu membebel. Bukannya nak tolong aku yang jatuh ni. Sakit tahu tak. Ergh!

" Akak? Akak okey ke?" Muncul along aku yang baik hati.

" Okey.." Aku memaut lengan along untuk bangun berdiri. Peritnya!

" Oh..adik kau ke Zafri." Aku mendongak melihat mamat tu. Kiranya along dan dia berkenalan.

" Ya... maafkan adik aku. Tak sengaja." Aku mengetap bibir.

Along! Orang macam ni tak patut kita meminta maaf. Yang dia tahu membebel.

" Biasalah..budak-budak. Tahu nak seronok je."

Cis! Aku benar-benar terasa dengan kata-kata dia tadi. Kelihatan dia sedang tersenyum sinis. Kureng kau mamat. Ergh!

" Along! Jom balik. Tak ada kuasa nak hadap mamat sombong ni lama-lama." Ujarku lalu memusingkan badan untuk beredar.

Mama dan papa sudah bergerak ke lif. Mereka hanya tersenyum.

" Akak..Jangan cakap macam tu." tegur along. Aku hanya buat tak tahu.

Aku kembali melangkah. Aku harap aku tak berjumpa lagi dengan mamat yang sombong tu. Buat sakit hati je..

" Elok sangatlah tu! Perangai pun macam budak-budak!"

Sempat lagi mamat tu laungkan sesuatu dekat aku. Ya Allah. Apasallah hari ini aku jumpa mamat tu. Ergh!

**
Alhamdulilah. Kuliah aku baru je selesai. Dan aku dalam perjalanan ke pejabat along. Nak ajak lunch. Lama aku tak lunch dengan dia. Dalam 2 bulan jugalah.

Biasalah..papa dan along sekarang makin busy. Mengalahkan perdana menteri dah aku tengok. Dah dapat projek besarlah katakan. Tapi angah. Abang kedua aku tu. Dia lain sikit.

Dia tak suka hal bisnes-bisnes ni. Sekarang dia sedang melanjutkan pelajaran di Jordan. Baru habis buat ijazah. Dalam bidang perguruan. Hebat kan angah aku tu. Kalah along. Dah itu cita-cita dia. Kami hanya mampu menerima.

Mujur angah ni tak banyak songeh macam aku. Hihihi..

" Dah sampai dik..." Aku tersentak.

Rupanya aku dah berada di hadapan bangunan pejabat along. Selepas menyerahkan duit tambang, aku pantas keluar daripada teksi.

Dengan senyuman, aku pantas mengorak langkah ke arah lif. Mesti along dan papa terkejut terima kunjungan aku. HiHiHi..

Ting!

Aku sudah sampai di tingkat 4. Di mana tempat papa dan alongku berada. Aku perhati sekeliling. Lengang je. Biasalah waktu lunch.

" Akak?" Aku terseyum. Itu suara along.

Aku pantas memusingkan badan. Aku melihat along dengan senyuman. Tapi saat bertembung mata dengan orang di sebelahnya. Senyumanku terus mati. Mamat tu!

" Buat apa akak di sini?"

Aku pantas mengalihkan pandangan. Mamat tu masih sombong dan egois. Langsung tak berubah macam 2 bulan yang lalu.

" Akak nak ajak along dan papa lunch. Tak busy kan?" soalku kembali.

" Erk.." Along kelihatan teragak-agak. Itu bermakna along busy. Hurmm..

" Tak apalah kalau along busy. Akak boleh ajak mama." balasku dengan senyuman hambar.

Punah harapan aku nak makan bersama. Tak mengapalah. Dah bukan rezeki aku.

" Akak tak kisah ke?" soal along. Aku tersenyum.

" Tak apa. Dah bukan rezeki akak nak makan bersama along. Oklah. Akak balik dulu. Kirim salam dekat papa."

Aku kembali memusingkan badan ke arah lif. Rasa nak mengalir je air mata ni. HukHukHuk..

" Tunggu!" Aku tersentak. Itu suara mamat tu.

" Biar aku teman kau."

Aku terus menoleh memandang dia. Apa betul ke aku dengar ni. Dia nak teman aku. Tapi muka tu macam tak ikhlas je. Serius je. Bengang aku kalau macam ni.

" Tak payah!" Tolakku keras.

Saat pintu lif terbuka. AKu pantas masuk ke dalam. Baru je aku nak tekan butang lif, mamat tu pantas masuk ke dalam dan berada di sebelah ku. Tapi aku hanya biarkan. Mungkin dia nak ke mana-mana.

Mamat ni kan? Aku tak dapat nafikan yang dia hensem. Tapi kenapa dia tak pernah senyum. Hek eleh kau ni. Baru jumpa dua kali. Mana mungkin dia senyum. hurmm..

" Kau ni tak ada kawan ke?" Terkejut aku dengar soalan dia.

" Kenapa?" aku kembali menyoal tanpa menghadap muka dia. Tak kuasa aku nak hadap muka dia jika dia dengan wajah serius 24 jam.

" Yalah..kau ajak along kau lunch. Kenapa tak ajak kawan kau?"

Aku tersenyum pahit. Ada tu ada. Tapi dia sudah berpindah. Jadi sekarang aku dah tiada kawan sebaik dia. Yang lain hanya biasa-biasa. Tak serapat seperti sebelum ni.

Ting! Pintu lif terbuka dan aku pantas keluar tanpa menjawab pertanyaan mamat tu. Aku nak balik. Makan dengan mama. Nak menangis pun ada.

" Kau nak pergi mana?"

Soalannya aku biarkan sepi. Aku melangkah dengan pantas. Harap-harap teksi muncul sekarang.
Apabila aku keluar je daripada bangunan tu. Kelihatan sebuah teksi datang. Aku tersenyum lebar. Rezeki aku hari ini.

Aku pantas menahan teksi itu. Tapi baru saja aku nak masuk ke dalam, aku di tarik menjauhi teksi itu. Aku mendongak melihat siapa gerangan yang memandai-mandai menarik tangan aku ni. Ternyata mamat tadi. 

Ish! 

Pe hal dia ni.

" Lepaslah." Arahku geram. Tapi mamat ni langsung tidak mempedulikan rayuanku. Memanglah mamat ni.

" Kan aku dah kata aku akan teman kau pergi makan."

Aku mencebik. Ini bukan kata teman tapi dah lebih kepada memaksa. Cis!

**
Aku menatap makanan di depan mata dengan muka masam. Tiada selera nak makan. Tambah-tambah dengan mamat sombong ni. Sekali pun aku tak pernah tengok dia senyum. Ni yang menghilangkan selera aku ni.

" Makanlah. Jangan asyik tenung je makanan tu." Tegurannya buat aku geram.

" Tak ada selera." jawabku selamba.

AKu hanya menghirup air suam. Kering tekak aku sebab tak habis-habis tadi aku bertekak dengan dia. Sepanjang perjalanan.

" Degil juga kau ni." terpamer senyuman sinis di bibirnya. Aku mengetap bibir tanda tidak puas hati.

" Habis awak tu sombong. Egois!" balasku geram.

Aku terus berdiri. Tak kuasa aku nak bertekak suara dengan dia. Sampai bila tak habis.

" Pergi mana tu?" soalnya apabila aku melangkah. Baru dua langkah.

" baliklah. Tunggu apa lagi." jawabku kasar.

Hari pun dah petang. Nanti mama risau pulak.

" Tunggu. Biar saya hantar awak balik." Aku buat muka tak percaya. Tapi aku tidak hiraukan. Lantas aku berlari dengan laju supaya dia tidak dapat kejar. Tak mahu dan tak mahu jumpa dengan dia lagi. Argh!

**
" Akak pergi mana? Dekat nak maghrib baru balik?"

Itulah soalan pertama aku terima apabila aku menjejak kaki ke dalam rumah. Wajah along dan papa yang tegang aku pandang. Mama hanya menggeleng-geleng. Bukankah ini kali pertama aku balik lewat.

" Maaf. Akak pergi jalan-jalan." ujarku terus terang.

Aku cuma pergi shoping kompleks je. Nak tenangkan fikiran selepas berhadapan dengan mamat egois tu.

" Kalau ye pun kenapa tak telefon. Kenapa tak suruh abang Haikal je yang hantar."

Oh..nama mamat tu Haikal. Ceh!

" Tak mahu. Maafkan akak. Akak janji akak takkan buat lagi. Akak naik dulu."

Terus aku melangkah naik ke atas. Masih kecewa dengan pertolakan along siang tadi. HukHukHuk..

**
" Zulia! Kau nak pergi mana?"

Muncul Rania kawan sekelasku. Aku hanya tersenyum. Dah sejam aku tunggu di stesen bas ni. Tapi kelibat along atau papa langsung aku tak nampak.

" Aku nak balik lah. Tapi aku tengah tunggu along aku datang ambil. Kenapa?" soalku kembali.

Sekarang aku memang kecewa dengan sikap keluargaku. Susah sangat ke nak datang jemput aku. Ya Allah... Aku tiba-tiba rindukan angah pula.

" Tapi ada seorang lelaki bertanyakan kau. Dia tengah tunggu kau di pintu pagar kolej." Aku tersentak. Along ke?

" Kau tahu tak siapa?" soalku tak sabar.

" Tak pasti. Yang pasti bukan along kau. Pergilah."

Harapanku kembali punah. INgatkan along. Habis tu siapa?

Dengan langkah longlai.. aku melangkah ke pintu pagar kolej. Kalau macam ni hari-hari. Lebih baik aku jalan kaki je.

 " Zulia!" Aku mendongak saat mendengar namaku di laung.

Aku bergerak ke pintu pagar dengan tertanya-tanya. Siapa lelaki yang berkaca mata tu.

" Awak panggil saya?" soalku.

Selepas dia membuka cermin mata, aku terkedu. Mamat ni lagi. Apa lagi yang dia nak.

" Kenapa?" soalku dingin.

" jom aku hantar kau balik." Aku buat muka seposen. Kemudian aku tersengih.

" Maaf.. tapi tak. Bye!"

" along kau busy." Langkahku terhenti.

Mataku mula berkaca-kaca. Tanganku genggam. Kemudian aku cuba ukirkan senyuman.

" tak apa. Saya boleh balik sendiri." ujarku perlahan.

" Ikut je lah!" Aku ditarik nya dan masuk ke dalam kereta.

Aku yang terkejut dengan tindkan drastiknya.

**
" Selepas ni tolong jangan cari saya lagi."

Itu sajalah yang mampu aku katakan kepada dia selepas dia menghantarku pulang. Aku tak nak terhutang budi dengan dia lagi. Walaupun dia jenis yang tak ambil peduli semua tu.

Aku keluar daripada kereta dengan perasaan kecewa.

" Aku takkan peduli dengan arahan kau. Aku tetap akan cari kau."

Aku tersentak. Tapi tidak pula aku menoleh melihatnya. Biarlah dia nak kata apa-apa pun. Dengan rasa kecewa aku masuk ke dalam perkarangan rumah.

Tapi...terima kasih Haikal!

**
Tik! Tok! Tik! Tok!

Tunggu masa je sebelum aku berangkat ke KLIA. Ya..aku sudah buat keputusan untuk pergi melawat angah. Lagipun sekarang aku tengah cuti semester. Aku dah buat keputusan dan mujurlah keluargaku setuju.

Angah pula seronok apabila dapat tahu aku nak pergi melawat dia. Aku sangat merinduinya. Dan dia..Siapa? Aku tersengih. Mamat sombong tu. Kalau aku kata egois boleh pakai ka. Hurmm..

" Beg dah siap ke?" muncul along. AKu hanya mengangguk.

" Akak..along minta maaf. Along tahu along banyak buat akak sakit hati." Aku tersenyum. Dah lepas lah.

" Okey je. Tak apa. Dahlah. Jom turun."

Belum sempat aku nak capai beg. Along menarikku ke dalam pelukannya. AKu terkejut.

" Along tahu akak banyak menderita. Akak kecewa dengan sikap kami. Kami minta maaf." Mataku kembali berkaca-kaca. Senyuman terukir. Lantas aku leraikan pelukan.

" Akak dah maafkan. Akak tahu along dan papa sibuk. Tak apa." Air mataku di sekanya.

" Dah..jom turun." ajakku. Beg ku biar dia bawa ke bawah.

Kelihatan papa dan mama sudah berada di luar. Aku tersenyum melihat mereka. Tapi senyuman aku mati saat ternampak dia. Maksud aku mamat tu. Apa yang dia buat dekat sini.

" Dia nak jumpa akak. Pergilah." ujar along. Aku melihatnya dan along hanya mengangguk.

Aku pun melangkah ke arahnya dengan seribu pertanyaan. Dan reaksi dia tetap sama. Serius je. Tak pernah senyum pun. Apa peliklah orang ni.

" Dah dua bulan kita tak berjumpa. Aku pegang kata-kata kau. Kau kata aku tak usah cari kau lagi." Aku tersenyum.

" Tapi sekarang awak tak patuhi. Awak datang jumpa saya juga." ujarku selamba.

" Aku datang nak ucapkan selamat jalan dekat kau."

" untuk?" Tetibe je..

Aku merenung dalam wajahnya. Dan aku terpana. Dia senyum. Dia senyum weh! Wah!!

" Untuk awak." aku terpinga-pinga dengan jawapannya. Untuk aku? Maksud dia?

" Akak! Jom kita pergi. Nanti lewat." suara papa buat aku menoleh.

" Jap!"

Apabila aku kembali menoleh. Dia sudah melangkah. Lol! Aku tak fahamlah maksud dia.

" Apa maksud awak?" laungku. Tapi dia hanya melambaikan tangan. Ish! Tak puas hati.

Walauapapun..terima kasih atas senyuman tu. Ermm!

**
2 bulan berlalu...

" Akak!"

Aku menoleh ke kiri. Kelihatan mama,papa dan along sedang melambaikan ke arah kami. Kami? Siapa lagi? 

Hehe..

Aku balik ke Malaysia dengan angah aku. Dia dah habis pengajian di sana. Sekejap je masa berlalu.

" Assalamulaikum mama.." Tubuh mama ku dakap erat. Rindunya!

" Waalaikumussalam.. Apa khabar anak-anak mama ni?"

Aku dan angah tersenyum. Angah pun makin matang.

" Hei Zairul. Kau ada buli dia tak?" Tegas suara along.

" Hei Zafri. Ini satu-satunya adik kesayangan aku. Mana mungkin aku nak buli dia." angah jawab dengan tegas juga.

Kemudian mereka saling berpelukan. Begitulah cara mereka melepaskan rindu. Pelik kan? Kasar pulak tu.

" Tak sangka aku yang kau makin matang."

" Biasalah.. 2 tahun berada di Jordan. Yang kau ni. Tak kahwin-kahwin lagi ke.."

Aku tertawa saat mendengar perkataan kahwin. Along nak kawin? Ceh! 24 jam duduk dalam pejabat. Calon mana ada lah..

" Akak!" aku pantas menekup mulut apabila mendapat jelingan maut along. hehe..

" Balik jom!"

**
Ting! Pintu lif terbuka. Aku dan angah melangkah keluar. Macam tak percaya je. Ini kali pertama selepas 2 bulan aku tidak menjejakkan kaki ke pejabat along dan papa.

Banyak perubahan. Ya Allah..rindunya aku dekat dia. Mamat tu masih ada ke dekat sini? Mestilah ada. Aku pergi bukan 2 tahun tapi dua bulan. Ceh!

" Angah! Angah pergilah dulu. Akak nak pergi tandas jap." Aku berikan alasan. Sedangkan nak pergi jumpa dia. hehe..

" Yelah.."

Aku pantas melangkah ke kiri. Di mana bilik mesyuarat berada. Sebelum ni aku selalu teserempak dia dekat situ. Encik bermuka serius atau lebih senanglah mamat sombong. Hehe..

Tapi sayang. Tak ada. Cuti tak! Hurmm.. aku kembali melangkah dan membelok ke kanan.

Kedebuk!

" Ouch!" Sakitnya! Kena langgar lagi. Ish! Memang nasib aku tak berapa baik dekat pejabat ni kot.

" Hurmm..." Aku mengerutkan dahi. Hurmm je dia cakap. Bukan nak minta maaf ke apa ke.

Dengan payah, aku bangun berdiri. Apabila aku mendongak. Aku tergamam melihat insan yang berada di hadapan mataku saat ini. Insan yang aku cari-cari selama ini. Yang aku rindui nak bertekak lagi dengan dia. Walaupun dia dengan berwajah serius.

" A..awak.." tergagap-gagap aku panggil dia. Dan paling buat aku terkejut. Perwatakannya berubah. 

Rambutnya pendek. Nampak telinga yang pasti. Hehe..

" tak sangka kita terlanggar buat kali kedua." Aku tersengih.

" Maaf.. Erk..saya pergi dulu." Kekok jika berada dengan dia lebih lama. Dah dua bulan tak jumpa.

" Tunggu!" Aku memberhentikan langkah tanpa menoleh ke arahnya.

" Aku akan sentiasa cari kau selepas ini. Gadis degil!"

What? Gadis degil. Ceh! Senyuman ku terukir. Dia masih tak berubah.

***
" Haikal nak jumpa akak. Dia tunggu di luar pagar rumah." Maklum along dengan senyuman.

Aku yang jadi terpinga-pinga. Semua orang dalam rumah pandang aku pelik. Terutama along dengan sengihannya. Ada apa?

" Anything wrong?" soalku.

" No! Nothing." Jawab mereka serentak. Angah turut serta.

Last-last aku hanya menjongket bahu. Malas nak ambil tahu. Dan apa tujuan mamat tu nak jumpa aku malam-malam ni. Tak ada hari lain ke nak jumpa.

" Ada apa awak nak jumpa saya?" soalku apabila berhadapan dengannya.

Dia menatapku serius. Eh? Silap. Memang sebelum ni dia serius pun. Tapi ini dua kali ganda kot. Ceh!

" Cepatlah cakap." arahku apabila dua minit berlalu. Bagi penumbuk kang!

" Pusingkan badan kau ke belakang jap." Aku mengerutkan dahi. Pe hal?

" Apasal?" soalku tak mengerti.

" Pusing je lah." Arahnya tegas. Amboi! Main paksa-paksa pula.

" yelah!" Pantas aku pusingkan badan. Nanti free je kena marah. ish!

" Zulia.." Tergamam aku. Kali pertama aku mendengar dia memanggil namaku dengan lembut. Adalah sikit nada romantik tu.

" Aku tahu aku ni tak pandai layan perempuan. Tak pandai nak berlemah lembut dengan perempuan. Tapi semenjak aku kenal dengan kau. Ianya berbeza. Kau berbeza dengan perempuan lain. Kalau perempuan lain tak sanggup bertekak atau tahan dengan perangai aku ni. Tapi kau lain. Kau sanggup bertahan dengan sikap aku yang sombong ni."

Aku tersenyum. Tahu pun.

" zulia... Patutkah kalau aku cakap aku sudah jatuh cinta dekat kau." Tercengang aku mendengar pengakuannya itu.

" Zulia.. Patutkah kalau aku cakap aku sudah mula merindui kau walaupun baru dua kali bertemu. Patutkah?"

Aku menekup mulut tanda tidak percaya apa yang aku dengar sebentar tadi.

" Zulia.." Aku pantas memusingkan badan. tapi apa yang aku lihat dia pusingkan badan ke belah sana.

Aik? Pe kes ni? Dia cakap dengan aku ke dengan kereta. Haikal?

" Patutkah kalau aku cakap yang aku selalu teringatkan kau saat kau berada di Jordan."

Aku masih menanti agar dia memusingkan badan. First time aku tengok orang cakap berhadapan dengan kereta.

" Yang pasti. Aku nak beritahu kau. Aku memang cintakan kau." Aku tersentak.

Dia memusingkan badan. Dan dia terkejut melihat aku yang sudah mengalih posisi.

" be..betul ke apa yang awak cakap tu?" soalku tak percaya.

Dia buat muka terkejut. Tangannya meraba-raba poket. Apa yang dia cari tu?

" Erk.." Tergagap pulak.

" Jawablah." Dah lama aku menanti saat ini. Tolonglah beri jawapan yang pasti. Aku turut rasa apa yang kau rasa tu Haikal.

" Ya..betul." Dia menatapku dalam. Kemudian buat kali kedua dia mengukirkan senyuman khas untuk aku. 
AKu jadi terpana.

" Saya cintakan awak Zulia!" Aku terundur dua langkah ke belakang.

Aku menoleh ke kiri. Ternyata papa,mama,along dan angah mendengar perbualan kami. Kureng asam betul. Mereka tersengih.

" tak sangka mamat sombong macam awak boleh jatuh cinta dekat saya.." Kata-kataku lebih kepada perlian. Sengaja nak duga perasaannya.

" Aku pun manusia biasa." Pulak! Dia guna balik panggilan aku dan kau tu. Ish!

" Apa jawapan kau?" aku tunduk memandang lantai. Kemudian aku tersenyum.

" Awak kena ubah sikap jika awak mahu saya terima awak." tegasku. Aku lihat dia seperti teragak-agak. Aku jongket kening. Berani ke terima cabaran aku tu.

" Baiklah. Aku sanggup." Bagus!

" Awak kena sentiasa senyum. Terutama dengan saya. Awak tak boleh egois mahupun sombong lagi. Kalau tidak saya tak mengaku yang awak ni teman lelaki saya." Rasa nak terhambur ketawa aku melihat reaksi dia. Tapi ini sajalah cara agar dia berubah. Demi kebaikan kita berdua.

" Okey fine!"

" Yeah!" Aku bersorak kegembiraan. Macam tu lah.

" Terima kasih..." Senyumannya yang menawan itu terukir. Ha! Kan hensem macam tu hehek.

" Yap..sama-sama encik yang bermuka serius. Hehekk.."

" Zulia!"

~Tamat~

3 comments :

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers