Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Thursday 4 April 2013

Cerpen : Lelakiku Seorang Pemalu


“ Bila tahun lah aku nak tengok kau kahwin ye…”

Kata-kata itu buat aku menjelingnya tajam. Dia ni kan kalau sehari tak buat aku marah tak sah. Mentang-mentanglah dia dah kahwin dan dah beranak- pinak pun.

“ Kau! Diam!” Tegasku.

“ Hurmm.. Kau ni lesbian erk?” Aku membulatkan mata melihatnya.

“ Woih! Agak-agak arh. Aku ni straight lah.” Ujarku tak puas hati. Ish!

Terdengar ketawa halus daripada dia.

“ Manalah tahu. Sampai saat ini kau masih belum berpunya.”

Aku menongkat dagu dengan tangan kanan. Pandanganku teralih ke luar butik. Kawan aku ni mempunyai sebuah butik. Butik pengantin pulak tu. Sebab tu aku suka lepak dekat sini.

“ Kau ingat aku tak teringin ke nak kahwin. Kalau kau nak tahu, aku teringin sangat nak kahwin. Dapat lelaki macam suami kau pun jadi lah. Masalahnya tiada seorang pun yang aku minat atau datang mengorat aku. Faham?” Jelasku selamba.

“ Apa kata aku kenalkan kau dengan seseorang. Nak?”

Aku hanya mendiamkan diri. Takut dia yang lari bila tengok aku. Aku ni bukannya lawa sangat. Bukan secomel macam kawan aku ni. Ceh! Merendah diri pula kau ye.

“ Tak nak. Jodoh aku belum tiba. Aku blah dulu lah. Laparlah.”

Pantas aku mengangkat punggung. Beg galas di capaiku. Biasalah kerja sebagai pensyarah ni perlukan banyak beg. Kadang-kadang sampai dua tiga beg yang aku kena bawa.

“ Orang nak tolong pun tak nak.” Aku tersenyum. Merajuk pula.

“ Tengoklah dulu!” Balasku lalu menolak pintu butik yang berkaca itu.

Tapi, belum sempat aku nak tolak sepenuhnya. Pintu itu telah di tolak dari luar pulak. Aku pun apa lagi hampir terhumban ke belakanglah. Dahlah kuat.

“ Woih! Tak reti-reti nak sabar ke?” Aku bengang ni.

Aku tunggu orang itu masuk ke dalam. Aku mengetap bibir tanda tidak puas hati.

“ Maaf..” Alahai! Lembutnya suara dia. Lelaki pula tu. Tapi kenapa dia mesti tunduk.

“ Maaf..Maaf. Sudahlah. Dahlah minta maaf tak ikhlas.” Hei! Kalau nak minta maaf tu biarlah ikhlas. Kan?

“ Erk..” Aku Cuma mengamati wajah lelaki itu tapi dia makin tundukkan wajah. Apa kes dia ni?

“ Ah! Sudahlah. Malas aku nak layan.”

Aku terus menolak pintu dan keluar daripada butik tersebut. Buat sakit hati je.

“ Tunggu!”

Langkahku terhenti di separuh jalan. Kereta aku masih jauh lagi ye.

“ What?” Aku kembali memusingkan badan. Dan..Wow! Aku jadi terpegun. Hensem weh! So hensem! 

Serius aku cakap. Boleh cair beb!

“ Saya minta maaf. Saya tak sengaja.” Aku tersenyum. Macam ni lah.

“ Okey. Maafmu di terima.”

Dan lelaki itu kembali masuk ke dalam. Aku masih dengan senyuman teruja. Kalaulah aku dapat jumpa dengan dia lagi. Kan syok? Tapi kenapa dia datang ke butik pengantin tu. Takkan dia nak kahwin. Huhu..Melepas pulak lah aku ni.

**
“ Risya!”

Terus aku menjauhkan telefon daripada meletak di telingaku. Haishh! Jerit macam aku tak dengar. Farah ni lah.

“ Kau ni pe hal? Aku nak tidur senang pun tak boleh.” Ujarku tak puas hati.

Yalah. Semalam gila banyak kerja aku kena siapkan. Pukul 4 pagi baru aku boleh tidur. Nasib hari ini tiada kelas. Lepas tu tiba-tiba ja tepat pukul 7 dia telefon. Manalah tak bengang.

Mak aku pun tak bising.

“ Bangunlah! Kau tak bangun solat subuh ke?”

“ Cuti. Pe hal?” soalku kembali.

“ Kau free tak hari ni? Datang ke butik aku.” Aku menenyeh-nenyeh mataku yang kelabu. Kemudian aku kerling jam di dinding.

“ Free kot. Asal?”

“ Datang je. Nanti kau akan tahu.”

“ Yelah.”

Macam-macam kau ni Farah. Huargh! Nak tidur pun tak senang.

**
Aku terlopong melihat Farah dengan insan itu. Weh! Lelaki yang aku kata hensem tu. Tapi buat apa dia di sini? Eh? Mestilah dia nak cari baju pengantin. Nama pun butik pengantin. Mengapa Farah ajak aku datang butik dia?

“ Farah.”Panggilku. Apabila lelaki itu menoleh ke arahku aku hanya tersenyum. Tapi dia hanya melihat . Macam orang tak berperasaan je aku tengok. Lantak kau lah!

“ Kenapa?” soalku apabila Farah mendekatiku.

“ Kau Nampak kan lelaki tu?” Aku hanya mengangguk. Siapa lagi kalau bukan lelaki hensem tu.

“ Dia nak jumpa kau.” Aku tersentak. Biar betik kau ni Farah. Senyum pun tak.

“ Buat apa?” Aku kerling sekilas ke arah lelaki itu.

“ Tak tahu. Pergilah. Dia tunggu kau daripada tadi lagi.”

Kenapa? Pergilah Risya. Nak tahu juga kenapa dia nak jumpa aku. Jadi aku pun mendekati dia.

“ ehem..Ehem..” Sengaja aku buat-buat batuk. Barulah dia memusingkan badan ke arahku.

“ Ada apa awak nak jumpa saya?” soalku. Sikit pun aku tak tengok muka dia. Lagi sejuk mata aku tengok baju pengantin tu. Hehe..Jahat tak aku.

“ Masa bila saya kata saya nak jumpa awak?” Jelas kerutan di dahiku. Aku terus menoleh ke arahnya.

Manakala dia memandangku dengan tajam. Macam orang yang tak berperasaan.

“ Tapi..Farah kata yang awak nak jumpa saya.” Ujarku. Takkan Farah nak tipu aku kot.

“ Tak lah. Awak silap dengar kot.”

Seusai dia kata, terus dia beredar dengan muka gelabahnya. Aku yang jadi ternganga. Farah mendekatiku.

“ Ada apa dia jumpa kau?” Aku mengetap bibir. Tangan Farah ku cubit.

“ Kau ni kalau tak perkena aku tak boleh ke?” soalku geram.

“ Ouch! Perkena apanya?”

“ Dia tak kata dia nak jumpa aku pun.” Ujarku. Farah memandangku tak percaya.

“ Weh! Sumpah aku tak tipu. Dia sendiri yang cakap dengan aku yang dia nak jumpa dengan kau. Kalau kau nak tahu dah setengah jam dia tunggu kau datang. Takkan dia cakap macam tu.”

Aku yang dengar terlopong.

“ Habis tu? Kenapa dia cakap tak nak jumpa aku pun.” Aku tergaru-garu kepalaku yang diselaputi tudung itu. Hairan aku.

“ Manalah aku nak tahu.” Farah pun tak faham dengan lelaki tu.

“ Kejap. Dia datang ke butik kau ni ada hal lain ke atau semata-mata nak jumpa aku?” soalku ingin kepastian. Mana tahu dia nak tengok baju pengantin ke.

“ Semalam dia datang sebab nak ambil baju untuk kakak dia. Hari ini dia datang kata nak jumpa kau. Itu yang aku pelik tu.”

Oh! Ingatkan dia nak kahwin. Jadi.. Peluangku masih ada. Yes! Haha.. Melebih pula kau ye Risya.

“ Tak apa. Kalau selepas ini dia datang. Kau minta nombor telefon dia. Biar aku cakap sendiri dengan dia. Apa masalah dia ye?”

Tapi apa yang boleh simpulkan. Dia tak suka senyum. Dia memang hensem. Cuma tiada senyuman yang menghiasi wajahnya. Tak  apa. Kita tunggu esok ye encik tak suka senyum.

**
Tepat pukul 8 pagi. Aku sudah bertenggek di butik Farah. Mujur kelas aku pukul 1o pagi. Jadi banyak masa lagi. Aku Cuma nak tunggu lelaki itu datang. Nak tahu apa reaksi dia.

“ Kau tak jemu ke Risya?” Muncul Farah dengan segelas air kosong.

“ Nak jemu apanya. Seronok pa tunggu lelaki hensem tu.” Ujarku selamba.

“ Aku rasa kan, dia tu pemalu lah.”

“ Mana kau tahu?” Betul juga apa yang Farah cakap. First time aku jumpa dia, dia tundukkan wajah. Tapi betul ke?

Ting!

Itu bunyi loceng pintu butik Farah. Menandakan ada tetamu datang. Aku yang duduk tadi terus berdiri. Mana tahu lelaki itu yang datang.

“ Assalamualaikum..”

Tapi punah harapan aku. Suara perempuan. Aku kembali duduk.

“ Waalaikumussalam. Oh.. Arisya.”

Aku tersentak. Namanya hampir serupa dengan aku. Cuma aku Marisya. Dia Arisya. Kebetulan kot.

“ saya datang nak buat pembayaran. Dua hari lepas adik saya ada datang ambil baju.”

“ Adik awak lelaki kan?”

“ Ya..”

Aku terus menoleh ke arah perempuan itu. Adik dia lelaki. Farah ada kata lelaki itu datang ambil baju adik dia. Jangan-jangan…

“ Maaf..” Tegurku bersama senyuman.

“ Ya..” Arisya tersenyum kembali.

“ Adik awak lelaki kan? Yang tinggi, putih dan hensem kan?” Amboi kau Risya! Terus-terang Nampak.

Arisya tersenyum kecil. Aku Cuma tersengih.

“ Ya.. Maaflah sebab saya suruh adik saya datang ambil. Lagipun masa tu saya ada hal. Kenapa? Dia ada buat masalah ke?”

“ Ada!” Ops! Aku terus menekup mulut. Adoyai! Terlanjur berkata pula.

“ Apa?” Farah menjelingku tajam. Aku Cuma tersengih. Tersilap kata okey!

“ Tak..Macam ni. Semalam Farah ni telefon saya suruh datang butik. Katanya adik awak nak jumpa saya. Tapi bila saya berhadapan dengan dia. Dia kata masa bila dia nak jumpa saya. Jadi saya pun terkejut lah.” Ceritaku panjang lebar.

“ Oh.. Maaflah. Adik saya tu memang macam tu. Kalau korang nak tahu. Dia pemalu sikit. Tambah-tambah dengan perempuan. Kalau dia bersikap macam tu, maknanya dia dah suka dekat awak. Sebab tu dia malu.”

Aku tersentak. Dia suka dekat aku? Masuk akal ke?

“ Arisya. Ini Marisya.” Farah memperkenalkan aku kepada Arisya.

“ Oh..Tak sangka nama kita hampir serupa. Dan saya pasti awak hampir sebaya dengan adik saya.”

Erk! Ye ke. Aku Nampak dia macam tua daripada aku.

“ Arisya ni umur berapa?” soalku ingin tahu.

“ 30. Hurmm.. Kelakar kan dah umur 30 baru nak kahwin. Adik saya tu lagilah teruk. Mengurat perempuan pun tak pandai. Sebab tu lah saya kata dia pemalu.”

Aku tersengih. Hurm. Menarik. Pertama kali aku jumpa lelaki macam ni. Tunggu je lah. Esok aku tahulah nak buat apa bila dia datang lagi. Dia pasti datang punyalah. Hehe..

**
Tarik nafas kemudian hembuskan. Fuh! Aku sebenarnya sedang tahan debaran. Lelaki itu datang lagi ke butik. Tapi aku tidak munculkan diri. Aku bersembunyi di bawah meja kaunter. Aku serahkan segalanya kepada Farah. Aku harap kau Berjaya Farah.

“ Ye..” Farah menjongket kening melihat lelaki di hadapannya sedang memerhati sekeliling. Rupanya macam sedang mencari seseorang.

“ Erk… Saya datang nak buat pembayaran. Akak saya datang semalam buat separuh je. Saya nak habiskan.” Jelas lelaki itu.

Aku nak tergelak apabila terdengar suara dia. Suara tu macam takut sesuatu.

“oh.. boleh. Nak bayar berapa?” Farah menyoal.

“ Seribu.” Aku menarik sikit baju Farah. Menyuruh dia bertanya lelaki itu tentang aku. Farah hanya mengangguk kecil tanpa pengetahuan dia.

“ Hurmm. Boleh saya tahu nama adik Arisya ni?” Aku tersenyum. Bagus Farah!

“ Arman.” Hurmm..Simple.

“ Awak ni tengah cari seseorang ke? Sebab daripada tadi saya tengok awak asyik tengok sekeliling.” Ujar Farah.

Arman pun apa lagi jadi gelabahlah.

“ Erk..tak lah. Saya Cuma tengok baju pengantin je. Cantik.” Aku dan Farah tersenyum. Alasan!

“ Kenapa? Teringin ke? Kalau teringin cepat-cepatlah cari pengantin perempuannya.”

Arman pantas menyerahkan duit kepada Farah. Farah menyambut dengan senang hati. Rezeki tu.

“ Ada tu ada. Dah berkenan dah. Cuma saya tak tahu macam mana nak beritahu dia.” Terdengar suara dia yang seperti pasrah.

“ Saya dengar akak awak kata yang awak ni seorang pemalu. Betul ke?” Farah cuba mengorek rahsia. Aku pun nak tahu juga betul ke tak.

“ Erk..Hurm. Betul. Tambah-tambah dengan perempuan yang saya suka. Susah sebenarnya saya nak berhadapan dengan perempuan yang saya suka.”

Aku tersentak. Betul ke?

“ Jadi saya pasti yang awak sukakan kawan saya tu kan? Yang awak kata nak jumpa dia tempoh hari tu. Kan?”

Farah ni memang straight to the point lah.

“ Erk..ya.” Sekali lagi aku tersentak.

Tanpa sebarang amaran, aku terus keluar daripada tempat persembunyian. Dan dia terkejut melihat aku. Aku apatah lagi. Dia sukakan aku?

“ Be..betul ke  apa yang awak kata tu?” soalku kembali.

Dia tunduk memandang lantai. Dah serupa perempuan aku tengok dia. Malu-malu macam perempuan.

“ Arman..” Panggilku perlahan. Tapi apa yang aku dapat dia terus lari keluar daripada butik. Aku dan farah terlopong. Arman?

“ Lelaki tu memang pemalu.”

Aku merenung ke luar butik. Dia memang hensem tapi kenapa mesti seorang pemalu.

**
“ Ada orang masuk meminang kamu.”

Aku yang tengah minum air tersedak selepas mendengar kata-kata mak.

“ Siapa mak?” soalku selepas Berjaya mengawal diri. Berpeluh di buatnya.

Hari ini banyak sungguh kejutan untuk aku. Pagi tadi tentang Arman. Malam ni tentang ada orang meminang pula.

“ Nama anak teruna tu Hairish. Mak tak terima lagi sebab mak Tanya kamu.”

Aku terdiam. Wajah mak dan ayah ku pandang silih berganti. Rasa serba salah pula kalau aku tolak sebab mereka memang mengharapkan aku cepat-cepat mendirikan rumah tangga. Aku ni pun bukan makin muda tapi makin tua.

“ Tengoklah dulu. Nanti Risya fikir-fikirkan balik. Lepas itu baru beritahu mak.” Putusku lalu kembali menyuap nasi ke dalam mulut.

Ya Allah berilah aku petunjukMu.

**
“ Apa?”

Aku hanya mengangguk. Farah tak percaya mendengar ceritaku. Dia tak percaya aku lagilah. Ini lamaran mengejut. Lepas balik kerja terus aku datang sini. Nak luahkan perasaan.

“ Habis apa yang kau nak buat?” soal Farah.

Terhambur keluhan kecil daripada mulutku.

“ Entahlah. Tapi aku serba salah lihat rupa mak aku yang penuh mengharap tu. Kalau aku terima, apa jadi dan kalau aku tak terima pun apa jadi? Argh! Stress.”

Aku memandang ke luar butik. Aku terkedu apabila melihat Arman sedang merenung tajam ke arahku. Aku terteguk air liur. Kenapa?

“ Weh! Arman tu. Dia dengar ke apa yang kita cakap tadi?” soalku kepada Farah. Takkan kot.

“ Ya Allah. Dia mestilah dengar sebab pintu terbuka. Aduh! Lebih baik kau jelaskan dekat dia perkara sebenar.”

Aku menoleh ke arah Farah. Aku buat muka seposen.

“ Aku nak kejar dia? Kau gila ke apa? Sepatutnya dia yang datang ke aku bukan aku pergi kejar dia. Dah dia yang suka jadi dia yang patut datang cari aku. Bukan aku.”

Aku kembali menoleh ke luar butik. Ternyata dia sudah hilang. Hurmm. Lantak kau lah Arman.

“ Kau kan tahu dia pemalu.”

“ Pemalu pun ada batas dia.”

Aku mengangkat punggung. Nak beredar dari sini. Malas aku nak berada lama-lama di sini. Arman tu? Biarlah dekat dia. Malas aku nak layan.

" Aku gerak dulu." Aku mencapai beg tangan lalu keluar daripada butik tersebut.

Yang membuatkan aku terkejut. Arman setia menunggu di keretaku. Aku pun apa lagi laju mendekati ke arah kereta lah. Elok je dia sandar dekat situ. Pe hal?

" Awak!" Panggilku apabila dia asyik tunduk memandang lantai.

Apabila mendengar suaraku dia mendongak. Tapi dia kembali menunduk. Apa kes ni?

" Kenapa?" soalku. Dia bergerak menjauhi keretaku. Kemudian dia melihatku.

" Betul ke apa yang saya dengar tadi?" Aku tersenyum. Ingatkan tak mahu tanya dah. Bagus!

" Haah! Malam ni saya akan berikan jawapan dan esok saya akan pergi beli barang pertunangan. Kenapa?" Bohongku.

Sengaja aku ingin menduga reaksinya. Dan akhirnya aku berjaya apabila melihat dia menggeleng tanda tak setuju.

" Jangan." Aku mengerutkan dahi.

" Jangan? Jangan untuk apa?" Soalku kembali. Seronok bermain kata-kata dengan dia ni. Dah macam budak-budak pun ada.

" Awak tak di benarkan kahwin dengan sesiapa pun." Amboi! Tegasnya cik abang ni.

" Kenapa pula? Itu hak saya!" Aku kembali bertegas. Tapi aku jadi lemahlah apabila dia senyum. Hensem sangat beb! Tapi sayang sebab pemalu.

" Awak hanya boleh kahwin dengan saya. Understand?"

Aku terlopong.

" Kenapa pula? Saya tak suka dekat awak pun dan awak pun tak mengaku yang awak suka dekat saya. Kan?" Aku membalas renungannya yang lembut itu.

" Okey! Mulai hari ini saya mengaku yang saya suka dekat awak. Jadi awak tidak di benarkan kahwin dengan sesiapa pun kecuali saya."

Aku tersenyum. Mengaku juga kau ye. Tapi aku menduga dia lagi dengan menggeleng.

" Awak tak boleh buat macam tu. Kalau awak tak benarkan saya kahwin dengan orang lain. Awaklah kena bertindak cepat. Awak kenalah cepat-cepat kahwin dengan saya. Faham?" Aku kembali memprotes. Haha..kelakar pulak.

Pasti dia terdiam dan tak tahu nak cakap apa. Mesti dia tak setuju.

" Okey! Esok saya datang meminang ke rumah awak."

What? Sangkaanku meleset. Ingatkan dia tak setuju. Bukan dia pemalu ke. Nak jumpa aku pun malu macam mana nak jumpa orang tua aku. Aku dah terkesima mendengar jawapan dia.

" Jadi awak tunggu! Awak tak tahu diri saya yang sebenar lagi."

Terus dia tinggalkan aku dalam keadaan terpinga-pinga. Arman!

**
Okey! Mataku sudah ada lingkaran hitam kerana tidak tidur semalaman. Gara-gara fikirkan masalah peminangan itu dan Arman. Lelaki pemalu itu buat aku tak boleh tidur.

Ergh! Sekarang dah pukul 5 pagi. Pukul 8 ada kelas. Macam mana ni. Nak pergi dalam keadaan macam ni. Dah serupa burung hantu aku tengok. Huargh!

' Awak tak tahu diri saya yang sebenar lagi.'

Ayat tu terus menghantui aku. Apa maksud dia? Aku tak kenal dia dengan dalam lagi? Maknanya dia bukan seorang pemalu. Begitu? Berserabut haih!

Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Siapalah pagi-pagi buta ni telefon aku. Mujur aku dalam keadaan sedar. Dengan malas aku jawab.

" helo.." Aku buat suara bangun tidur sedangkan tak tidur pun.

" Awak jangan nak bohong saya. Awak tak tidur pun."

Terus aku bangun daripada pembaringan. Siapa ni? Dia tahu aku tak tidur?

" Saya lelaki yang awak kata pemalu tu." Aku tersentak. Macam mana dia dapat nombor aku.

" Jangan nak terkejut sangat. Buat biasa je." Aku mengetap bibir. Hish! Lelaki ni memang suka buat aku sakit hati.

" Macam mana awak dapat nombor saya? Dan mana awak tahu saya belum tidur?" soalku bertalu-talu.

" Bilik awak cerah dengan cahaya lampu."

Aku terus mengendap di dinding. Nah! Dia duduk dalam kereta dan sedang mengintai aku dari bawah. Kureng kau Arman. Ingatkan kau ni pemalu sangat.

" Macam mana awak tahu rumah saya? Awak ekori saya erk?" Aku terus menarik kain langsir. Tak ada hati nak tengok dia.

" Itu secret. Kan saya dah kata saya akan datang meminang awak pagi ni. Awak dah lupa atau buat-buat lupa?"

Aku kembali berbaring dan mengiring ke kiri.

" Awak ni kejap-kejap pemalu kejap-kejap tak. Yang mana satu diri awak ni." Yalah. Macam ada dua perwatakan.

" Saya akan jadi malu sekiranya saya jumpa awak secara terkejut atau dah lama tunggu nak jumpa awak. Saya tidak akan jadi malu jika saya ada niat untuk mendekati awak. Untuk mengahwini awak. Faham?"

" Kiranya kalau berjauhan awak tak malu dengan saya la? Okey faham. Dan bye!"

Terus aku matikan talian. Aku memejamkan mata. Stress nya! Huhu!

**
Okey! Jelas kecewa muka mak dan ayah aku selepas mendengar keputusan aku. Keputusan yang aku telah tolak pinangan Hairish tu. Aku nak tengok sampai tahap mana Arman berani. We see!

" Habis? Kamu dah ada ke calonnya?" Soalan mak buat aku tersedak.

Tengah sarapan jugalah mak nak tanya soal itu. Petang nanti tak boleh ke?

" Belum.." perlahan je aku menjawabnya. Takut kena bebel dengan mak. Ayah tak apa lagi.

" Habis kenapa tolak pinangan tu?" Nada mak aku sudah tinggi. Itu tandanya mak aku sudah marah ya.

" Orang tak kata yang orang tak akan kahwin.Orang akan kahwin. Mak tunggu je." Ujarku dengan yakin. Terkelip-kelip aku memandang mak memohon simpati.

Biasalah aku ni pandai bodek orang. Apa-apa pun pasti berhasil. Yang buat mak aku marah sebab umur aku dah mencecah 28 tahun dah. Tapi masih juga belum kahwin. Hehe.. Kini harapanku terletak pada tangan kau Arman.

Aik? Mengharap nampak. Hehe.. Sebenarnya kata tak suka tapi dalam hati memang suka. Dahlah hensem. Cuma dia perlu buang rasa takut tu je.

" Sengih pula dia." Terus aku menutup mulut. Senyum je aku berikan kepada mak dan ayah. Sorry!

" Ikut kamu lah. Mak dah tak tahu nak buat apa dah."

Aku cuma tersengih. Mak tunggu je. Hari ini akan ada seorang lagi datang meminang Risya ni.

**
“ Saya dah ada di depan rumah awak.”

Aku yang tengah tanda buku pelajar terkejut mendengar suara Arman. Dia dah berada di hadapan rumah aku?

“ Jadi?” Aku menyoalnya balik. Apa aku peduli?

“ Ibu bapa saya dah masuk dalam. Kejap lagi giliran saya. Doakan saya.”

Aku buat muka seposen. Siapa yang nak kau jadi suami aku. Hek eleh kau ni Risya. Tak mengaku konon sedangkan teringin dia jadi suami kau. Hehe..

“ Tak nak! Dah saya nak buat kerja. Itu urusan awak. Tak ada kena mengena dengan saya. Bye!”

Aku terus mematikan telefon. Itu maknanya tiada sesiapa pun yang boleh ganggu aku. Kawan aku di sebelah aku kerling. Tekun dia buat kerja. Aku nak Tanya dia sesuatu. Agak-agak dia nak dengar tak.

“ Kenapa Risya?” Tersentak aku. Dia tahu aku sedang tengok dia kot.

“ Tak.. saya nak tahu. Lelaki ni ada banyak perwatakan ke?” soalku terus terang.

“ Asal kamu Tanya macam tu?” Jelas kerutan didahinya.

“ Tak..nak tahu je. Sebab ada sorang kawan saya ni. Kejap-kejap malu kejap-kejap tak. Pening saya. Tapi yang malu tu lah saya tak suka. Kalau biasa-biasa je tak  apa. Ni terlebih.” Jelasku.

“ Biasalah tu. Kamu cuba memahami dia. Lama-lama kamu akan kenal dia. Kamu akan tahu siapa dia. Okey?”

Aku tersenyum.

“ Okey!”

**
“ Ada orang datang meminang kamu pagi tadi dan mak dah terima.”

Jelas aku terlopong mendengar jawapan mak. Apa? Mak terima? Tapi kenapa?

“ Mak dah tengok dia. Cara dia dan sikap dia. Mak dan ayah suka. Ibu bapa dia pun orang yang baik-baik. Dan ibu dia beritahu yang akak dia nak kahwin hujung bulan ni. Jadi kalau boleh dia nak kamu dan Arman tu pun kahwin hujung bulan ni.”

“ Apa?” Aku rasa dah nak pitam dengar apa mak cakap. Hujung bulan ni? Apa tak cepat sangat ke? Macam gedik pula. Baru kenal dua tiga hari terus kahwin. Apa kes ni?

“ Mak tak nak dengar alasan kamu. Itu keputusan muktamad mak.”

Aku mencebik. Nasib Arman bukan orang lain. Kalau orang lain memang aku nak protes cukup-cukup lah. Dia lah ni. Apa yang dia promote dekat mak aku pun tak tahulah.

“ Sebelum mak lupa. Dia ada pesan dekat kamu. Nanti dia akan telefon kamu. Jangan kamu tak jawab pula.”

Aku mengalih pandangan. Tengok televisyen lagi bagus. Telefonlah kalau nak telefon. Aku dah matikan telefon daripada petang tadi. Hehe.. Biar dia tahu rasa. Seronok perkenakan dia.

Tiba-tiba telefon rumah berbunyi. Aku tidak hiraukan. Layan gambar lagi bagus. Biar mak yang angkat.

“ Risya!” Ish! Siapa pulak.

Dengan malas aku menyambut gagang telefon.

“ Helo..”

“ Awak matikan telefon ye..” Aku tersentak. Dan tindakan drastik aku menyebabkan aku meletakkan gagang telefon. Ops! Tak sengaja. Hehe..

**
Aku kembali ke butik pengantin kawan aku setelah tiga hari aku tak ke sana. Sebab aku tak mahu bertembung dengan Arman.

“ Lama kau tak datang.”

AKu tersenyum. Aku melabuhkan punggung di sofa tetamu. Pandanganku terarah pada luar butik. Petang-petang je bila aku datang butik dia. Mesti aku macam ni. Lebih kepada layan perasaan sebenarnya.

“ Aku macam cakap dengan dinding lah.” Aku tersengih.

“ Aku ada hal. Dan aku ada satu berita mengejut buat kau. Arman datang lamar aku. Dan ibu bapa aku dah terima lamaran tu.” Luahku tanpa memandang ke arah Farah.

“ Apa? Uish! Seronoklah kau nak kahwin.” Aku menjelingnya geram.

“ Seronok ke?” Aku kembali memandang ke luar butik.

Dan aku perasankan seseorang. Siapa lagi kalau bukan Arman. Dia sedang memerhati aku daripada luar. Farah tak perasan sebab Arman berada di tempat yang sedikit terpencil. Dia ni kalau tak jumpa aku sehari tak sah. Dah hilang kot rasa malu dia tu.

“ Mestilah. Dahlah Arman tu hensem. Rugi kalau kau tolak dia.” Aku hanya tersenyum.

Ya. Betul. Tapi bukan itu kunci utamanya. Kunci utama adalah saling mencintai. Masalahnya aku cintakan dia ke?

“ Weh..aku keluar jap. Nanti aku masuk balik.”

Aku melangkah di mana Arman berada. Dengan senyumannya itu. Dulu aku hanya nak mempermainkan dia saja. Nak uji dia. Tapi sekarang terkena batang hidung sendiri. Padan muka kau Risya.

“ Kenapa awak selalu ekori saya? Awak tak ada kerja ke?” Soalku. Dia tersenyum lagi.

“ Seronok. Dan saya tengah cuba buang rasa malu dalam diri saya ni. Saya Berjaya kan?” Aku tersenyum.

“Yeke? Kalau sehari awak cuba bersikap gentlemen sikit tak boleh ke?" Soalku lagi.

" Macam mana?" Aku terlopong. Itu pun tak tahu ke?

" Contohnya, awak hantar bunga dekat saya. Jemput saya atau selalu hantar kata-kata romantik. Tak boleh?"

Dan dia terus berlari daripada situ. Aik? Pe kes ni? Arman!

Dengan malasnya aku kembali melangkah ke butik. Tapi apabila aku kembali menoleh, dia sudah berada di belakang aku. Aik? Sejak bilakah?

" Nah..bunga untuk awak." Aku tergamam. Aku cakap terus dia beli? Hebat! Haha..

" Awak! Saya cuma cakap lah. Yang awak pergi beli tu dah kenapa?" Aku menjeling Farah di dalam butik. Dia buat thumbs up. Aku nak bagi belasah dekat dia.

" Saya tengah cuba."

" Cuba apa?" Tegas nampak aku ni. Biar dia tahu rasa.

" Cuba nak buang rasa malu."

Seusai dia berkata terus dia berlari. Hurmm.Ini yang aku tak gemar. Aku melihat bunga yang berada di tangan aku. Tapi terima kasih Arman! Awak dah cukup berusaha. 

**
Tiga  tahun kemudian…

Riuh-rendah rumah aku sekarang. Eh? Silap! Rumah Arman. Hehe.. dah dekat tiga tahun aku menjadi isteri dia. Tapi satu je yang tak lekang daripada dia. Malu! Selepas berkahwin kan? Dia ada jugalak malu dengan aku tapi tak melampau sebelum kahwin lah.

Lagipun sekarang dia dah menjadi ayah. Jadi dia kenalah buang rasa malu tu. Harap-harap anak aku ni tak ikut ayah dia lah. Tapi..Kan? Hehe.. Aku sukalah dengan sikap malu dia tu. Comel juga. Haha..

" Mama!" Tersentak aku.

Anak lelaki aku yang baru setahun memanggilku kuat. Dia pandai sebut mama je. Papa dia tak pandai. Sebab aku selalu ajar dia. Papa dia pemalas.

" Ada apa sayang?" Aku memangkunya.

" Mestilah nak susu. Mama ni." Muncul anak sulungku. Mujur perempuan.

" Oh..Sorry sayang. Mama terlebih berangan tadi." AKu tersengih memandang kedua-dua orang anak aku.

Aku menjeling Arman yang berada di meja kerja. Tekunnya dia buat kerja.

" Abang!" Sengaja aku menjerit memanggil namanya. Apabila dia menoleh aku tersengih.

" Tolong jagakan anak lelaki abang ni jap. Risya nak bancuh susu." Ujarku. Dia hanya mengangguk.

Korang nak tahu sesuatu tak. Yang ni kelakar sangat. Bila aku mengandungkan anak perempuan.

Time tu, aku tengah tidur di pangkunya. Biasalah masa tu nak bermanja-manja sikit. Tak de pula rasa malunya itu. Baguslah. Yang nak di jadikan cerita. Masa aku sedar daripada tidur.

Air ketumban aku pecah. Orang pertama panik pastilah suami aku. Dalam aku tengah sakit-sakit tu, dia boleh lagi fikir apa yang perlu dibuat. Orang hantar ke hospitallah. Tapi dia? Haha.. Telefon mak aku dulu. Lepas tu baru bawa pergi ke hospital. Apasallah dengan suamiku saat itu.

Tapi sesiapa pun pasti macam tu bila dah panik. Kan?

" Risya! Lamanya!"

Selesai aku membancuh susu, aku terus melangkah naik ke atas. Apabila aku masuk je. Aku melihat Arman sedang baring di sebelah anak lelaki aku.

" Nah Arish. Kesian anak mama ni. Lapar susu."

Aku terus berbaring di sebelah Arman. Tapi dia pergi bangun tu buat apa.

" Akak..Akak nak tahu sesuatu tak?" Soalku kepada Airina. Anak sulungku.

Dia hanya mengangguk. Manakala Arman menjelingku manja. Aku tersengih. Lari lagi.

" Papa kamu kan? Seorang yang sangat pemalu." Ujarku dalam satu nafas.

" Betul ke mama? Patutlah bila pergi sekolah, dengan cikgu perempuan slow je suara papa." Aku tersentak. 

Aku pantas menoleh ke arahnya tapi dia larikan pandangan ke arah lain. Amboi!

" Abang... abang kata abang akan malu pada orang yang abang sayang je. Ini apa?" Soalku.

Aku mula bergerak mendekatinya. Dia tersengih ke arahku.

" Abang tak nak mereka terpikat dengan abang." Aku mencebik.

" Okey. Kalau begitu abang kena buktikan. Abang kena cium pipi Risya."

Aku lihat dia terteguk air liur. Aku tersenyum. Airina sudah menekup mulut tahan tawa. Jahat tak mama ni? Haha..

" Depan Airina?" Aku hanya mengangguk. Bersedia untuk pipiku di cium. Aku dah nampak pipinya merah. Dengan anak sendiri pun malu ke?

" Cepatlah papa." ha! Tengok. Anak pun nak tengok juga.

Dan..Cup! Pipiku telah di cium. Aku kembali mencium pipinya.

" Terima kasih abang.."

Aku dan Airina ketawa apabila melihat Arman seperti cacing kepanasan. Arman..Arman.. Tapi kau tetap comel di hatiku. Dan kau tak pernah nak serius dalam hal macam ni.

Suamiku memang pemalu. Hehe

Tamat

6 comments :

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers