Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Wednesday 16 December 2015

Cerpen : The Mr and The Mrs

Assalamualaikum. Yeay. Cerpen baru lagi. Ermm. Aku tak tahu nak cakap tapi aku cuba buat lain daripada lain. Tapi macam tak best jugak. Haha. Erm.. Sorry kalau tak memuaskan hati. Dah cuba. Huhu. 



“ Izzah!”

“ Ya!”

Aku. Diberi nama Nurul Izzah. Seorang mahasiswi di UPSI. Pelajar tahun ke 3. Ada lagi 2 sem sebelum aku tamat belajar. Dan kini aku hampir dekat dengan final exam. Penat memang penat tapi ini cabaran yang perlu aku tempuhi sebelum bergelar graduan.

“ Ada orang nak jumpa.”

“ Siapa?”

Tapi semua rasa happy aku, rasa teruja aku dan rasa ceria aku tu hilang dalam sekelip mata. Semuanya berlaku dalam sekelip mata tanpa dapat aku undur lagi. Aku kadang-kadang berharap semua itu hanya mimpi tapi ternyata realiti.

“ Dia ada dekat mana?”

“ Ada kat bawah. Tengah duduk rehat kat bawah.”

Siapa sangka umur semuda aku ni yang still belajar ni ternyata dah mendirikan rumah tangga. Yes. Ramai orang kata tak salah kahwin muda. Dapat elak maksiat. Dan dapat pahala. Tapi semuanya macam tak bawa makna apa-apa dekat aku kalau kahwin ni pun just sekadar untuk menepati janji arwah nenda aku dan nenek dia satu ketika dulu. Tanpa dasar cinta pun.

“ Hai awak.”

Aku memandang dia dengan pandangan kosong. Baru sebulan perkahwinan kami. Tapi aku hairan. Dia tak pernah berkasar dengan aku. Tak pernah tunjuk yang dia tak suka kahwin dengan aku. Tak pernah juga aku nampak dia tak pernah tak layan aku. Sampai saat ini boleh dikatakan hari-hari dia datang melawat aku dekat UPSI ni.

“ Buat apa dekat sini? Tak kerja ke?”

Sampai satu hari aku ada tanya dia. Kenapa dia terima bulat-bulat permintaan nenek dia tu? Sedangkan benda dah lama. Nenda aku pun dah lama meninggal. Tapi jawapan dia simple je. Sampai buat aku terdiam. ‘ Yes. Maybe awak kahwin sebab janji nenek kita. Tapi saya kahwin dengan awak sebab Allah.’ Siapa yang tak terdiam kan?

“ Saya nak ajak awak makan. Tak ada kelas kan?”

Aku melihat dia yang elok bersandar dekat kereta itu dengan perasaan geram. Boleh dikatakan hari-hari aku cuba mengelak untuk berjumpa dengan dia. macam-macam alasan aku bagi sebenarnya. Tapi dia tak serik untuk terus berjumpa dengan aku. Yelah. Lepas kahwin mana kami pernah duduk serumah. Hanya semalam je tu pun aku tidur bawah. Dia atas katil. Haha. Sebab aku kena balik UPSI.

“ Saya tak nak. Saya ada banyak kerja. Awak baliklah.”

Terus aku memusingkan badan ke arah lain. Nak blah! Sakit hati aku bila tengok reaksi dia yang selamba tu. kalau setakat selamba tak apa lagi. ni siap dengan senyuman manis dia tu. tahulah handsome. Tapi jangan buat aku terpikat boleh?

“ Awak.”

Terasa bahuku disentuh. Aku terus menoleh ke belakang. Dia sedang berdiri tepat dibelakang aku sekarang ni. membuatkan aku sukar untuk bergerak. Oh ya. Hanya roommate aku je tahu aku dah berkahwin. Orang lain tak tahu.

“ Nak apa lagi?” Aku dah mula marah. Geram. Degil lah dia ni.

“ Please. Teman saya makan. Lapar ni.”

Aku nampak dia usap perutnya yang kata lapar tu. Dengan mimik muka manja minta simpati tu. Alahai. Kalau macam ni manalah aku tak terpujuk.

“ Yelah. Kejap nak ambil purse.”

“ Tak payah. Awak teman je saya.”

Aku renung dia dengan renungan tak puas hati.

“ Habis tu? Kalau tiba-tiba ada polis minta IC saya? Awak nak buat apa? Saya bukan warga asing tau.”

Tiba-tiba dia ketawa. Apa yang kelakar?

“ Tak apa. Saya cakaplah awak bibik saya. IC tu tertinggal dekat rumah.”

Aku mengetap bibir. Terus aku cubit lengan dia. Ketawa lagi dia. Sengaja la tu!

“ Ha. Gelak la gelak. Tak nak ikut awak. pergilah makan sensorang.”

Terus aku berlalu. Sakit hati! Dia kalau sehari tak cuba sakitkan hati aku tak sah. Even tak pernah berkasar.

“ Awak!”

Zupp! Macam ironman dah aku tengok dia. bukan main laju lari. Tiba-tiba muncul depan mata aku. Okay. Tipu sangatlah tu kalau dah macam ironman. Ahaaha.

“ Saya minta maaf okay. Jom lah ikut saya.”

Perlahan tanganku ditariknya lembut. Sampai ke arah kereta. Aku merengus geram. Sabar lah wahai hati melayan encik suami yang macam budak-budak ni. Nasib comel.

**
Aku menongkat dagu melihat dia yang ralit makan itu. Berselera sungguh dia. Teringat lagi time sebelum kahwin tu. Terkejut besar bila mama dan papa aku suruh kahwin dengan lelaki yang aku langsung tak kenal. 
Mula-mula aku memang bantah sekeras-kerasnya. Tapi bila nenek dia sendiri datang jumpa aku dan jelaskan benda yang sebenar dan siap kata lagi yang cucu dia boleh bahagiakan aku tu. Aku terfikir lagi. Dan akhirnya aku setuju.

Memang. Tak sampai hati nak hampakan permintaan mereka. Tapi lagi mengejutkan bila nenek dia sendiri cakap tuan badan tu setuju dan suruh nenek datang jumpa aku. That’s why aku terkejut sangat. Bakal suami setuju dah. So, bakal isteri kena setuju jugalah. Kan?

“ Awak tak nak makan?”

Aku hanya menggelengkan kepala. Tengok dia makan pun aku dah jadi kenyang.

“ Lepas ni ikut saya balik Penang.”

Aku tersentak. What? Penang?

“ Eh! Mana boleh. Saya ada kelas lah esok.” Tolakku dengan keras.

Dia menghirup minumannya sampai habis. Lepas tu baru dia memandang aku dengan wajah yang cukup serius. Okay. Ini pertama kali aku tengok wajah dia yang serius. Buat aku gerun okay.

“ Nenek. Dia masuk hospital.”

Aku terkedu. Nenek. Kenapa aku tak tahu? Ish! Teruk punya cucu.

“ So, mama awak suruh saya ambil awak. Kalau mama tak cakap pun memang saya nak datang ambil awak. Nenek nak jumpa awak sangat.” Nada dia dah kembali lembut dan bibirnya dah menarik senyuman.

Aku terdiam. Nenek. Dah hampir sebulan juga aku tak jumpa dia selepas majlis kahwin hari tu. Rindu pula.

“ Tapi.. kelas saya esok macam mana?”

Tu lagi satu hal. Kalau ponteng esok, susahlah.

“ Kelas awak pukul berapa esok?”

“ Erm.. pukul 8 sampai pukul 10. Lepas tu tak ada dah sampai Sabtu.”

Rasanya tu je lah.

“ Okay. Esok pukul 10 saya datang ambil awak.”

Aku terus tengok dia. Dia still tersenyum. Terdetik di hati nak tanya dia something.

“ Kenapa awak sentiasa datang jumpa saya even saya selalu tolak awak. Mengelak dari awak dan selalu buat awak terasa hati. Saya ni isteri yang teruk awak.” ujarku terus terang.

Memang betul teruk. Sampai roommate aku marah aku buat suami aku macam tu. Tak hargai langsung kedatangan suami. HUrm. Aku Cuma still sukar nak terima kenyataan yang aku dah jadi isteri orang je.

Tiba-tiba tanganku disentuhnya perlahan. Tak pula aku tepis.

“ Sebab saya nak jadi suami yang baik. Suami yang bertanggungjawab dan selalu jaga kepentingan isteri dia. Saya tahu satu hari nanti awak akan terima saya juga. Cuma waktu tu belum tiba.”

Pipiku ditelusnya lembut sebelum dia bangun dan melangkah ke kaunter. Kata-kata dia tadi berjaya membuatkan jantung aku berdebar-debar kembali. Wuargh! Mama!

**
“ Semua beg dah siap?”

Aku hanya mengangguk. Aku rasa dah tiga kali dia soal aku soalan yang sama. Turun-turun ja aku dari bilik. Tersenyum lebar terus dia. seronok la tu.

“ Encik Nizam.”

Dia menoleh ke arah kawan aku. Tak fasal-fasal roommate aku turun juga. Katanya nak jumpa insan bertuah yang berjaya kahwin dengan aku ni. Aku yang dengar hanya buat pekak.

“ Yes.”

“ Saya harap Encik Nizam mampu bersabar dengan kawan saya ni. Memang luaran dia nampak kasar, keras kepala, degil dan suka membentak. Tapi sebenarnya hati dia baik. Hati dia lembut. Kalau Encik Nizam cuba faham dia betul-betul. Saya confirm Encik Nizam akan tertarik dekat dia. Saya harap sangat Encik Nizam takkan lepaskan dia.”

Okay. Kata-kata Nur tu berjaya membuatkan aku terharu. Terharu sangat. Tak sangka dia sayang sangat dekat aku.

“ Of course. I never let her go. Don’t worry girl. And please take care of her when I was no at her side.”

Dia memandangku dengan senyuman yang sukar untuk aku tafsirkan. Okay. Perasaan aku dah rasa lain sangat bila dengar dia kata macam tu tadi.

“ Don’t worry Encik Nizam. Tahulah saya jaga roommate saya yang degil ni.”

Aku buat muka bosan. Macam aku ni keras kepala sangat.

“ Okay. Thanks. Awak.. jom. Kita kena bertolak sekarang. Kalau tidak sampai lambat.”

Aku hanya menurut lalu memasukkan beg ke dalam bonet kereta. Lepas tu aku bergerak ke arah Nur. Aku peluk dia erat-erat.

“ Thanks beb. Aku sayang kau.” Bisikku dengan senyuman.

“ Aku pun. Aku harap kau mampu buka hati kau untuk suami kau sendiri. Dia baik beb.”

Aku terus leraikan pelukan. Aku tersenyum kecil.

“ InsyaAllah. Aku gerak dulu. Jumpa Isnin ni balik.”

“ Okay.”

Sebaik sahaja aku masuk ke dalam kereta, dia pun mula memandu keluar daripada UPSI. Alahai. Mesti akan rindu Nur nanti. 3 hari aku tak ada dekat sini.

“ Izzah.”

“ Ermm..”

Aku hanya pandang ke luar tingkap. Tiada hati nak tengok dia.

“ I really mean it.”

“ What?”

“ Kata-kata saya tadi.”

Aku terus duduk tegak.

“ Boleh tak awak beri saya peluang? Saya janji saya akan jaga awak sepenuh hati saya. Saya akan sayangkan awak seperti mana saya sayangkan diri saya. Beri peluang pada diri kita berdua. Kalau tidak perkahwinan ini tidak bermakna apa-apa. sia-sia. Harapan nenek kita pun pasti hancur.”

Aku tersentap. Pada masa yang sama aku juga sedih.

“ Saya takut. Takut rasa ditinggalkan dan dikecewakan. Awak tahu kan yang saya pernah putus tunang dulu.”

Yes. Setahun sebelum nenek suruh aku kahwin tu, aku dah pernah bertunang. Pilihan hati. Tapi apa yang aku dapat? Aku nampak dia curang belakang aku. Dan dia terus putuskan pertunangan kami. Rasa sakit tu la yang menyebabkan aku susah nak buka hati aku untuk mana-mana lelaki.

“ Yes. That’s why saya nak awak beri kita peluang. Beri hati awak tu peluang. Saya janji takkan sia-siakan awak. Trust me.”

Air mataku mula bergenang. Tapi pantas aku kawal perasaan aku. Aku kerling sekilas ke arahnya.

“ Kalau macam tu, apa kata kita main.”

“ Main?”

“ Yes. Saya beri awak masa sebulan. Kalau dalam masa sebulan awak berjaya buat saya jatuh cinta. Saya terima awak. Kalau tidak…”

Aku terdiam. Takkan nak bercerai?

“ Kalau tidak saya akan undur diri.”

Aku tersentak. Pantas aku menoleh ke arah dia yang tengah tersenyum itu.

“ Saya tak nak orang yang saya sayang menderita kalau tak bahagia bila bersama saya. That’s why kalau tak berjaya saya sanggup lepaskan awak even hati saya sakit sangat time tu.”

Aku memejamkan mataku erat. Adakah dia benar-benar cintakan aku?

“ Okay. Deal.”

“ Deal!”

**
Aku memandang sayu keadaan nenek saat ini. Rasa sebak menyelubungi diriku. Nenek. Izzah datang ni nenek. Bangunlah. Nenek tak sayang Izzah ke?

“ Awak..”

Bahuku disentuh lembut. Siapa lagi kalau bukan dia yang setia berada di samping aku saat ini. Aku tahu dia lagi sedih sebab dari kecil sampai besar nenek dia yang besarkan dia. Sebab dia dah kehilangan ibu tersayang. Dia Cuma ada papa dan adik perempuan. Aku pula hanya anak tunggal.

“ Bila nenek nak bangun. Saya rindu.” Luahku sambil melihat nenek.

“ nanti dia sedarlah. Jom keluar dulu. Kita pergi makan. Semenjak sampai tadi awak tak makan apa-apa lagi.” Ajaknya.

“ Tak nak. Awak pergilah. Saya dah kenyang.” Nafiku. Sedangkan aku tiada selera.

“ Janganlah macam ni.”

Aku pantas menggelengkan kepala dan berikan senyuman tawar.

“ Pergilah. Saya tunggu dekat sini.”

Disebabkan aku berkeras tak nak turun barulah dia keluar. Kalau aku tak berkeras maybe dia asyik ajak aku. Sedangkan aku langsung tiada selera. Bila tengok keadaan nenek sekarang ni. Teringat akan arwah nenda aku. Ya Allah. Izzah rindu nenda.

“ Izzah?”

Aku tersentak daripada lamunan. Bila tengok nenek dah sedar pantas aku memberikan senyuman.

“ Nenek. Nenek dah sedar? Maafkan Izzah sebab baru datang.”

Aku tunduk dan menyalami tangan tua itu.

“ Tak apa sayang. Mana Nizam?”

“ Dia turun pergi makan. Nenek macam mana? Dah rasa okay?”

“ Alhamdulillah. Esok dah boleh keluar.”

Aku menghembus nafas lega. Baguslah kalau macam tu. Kalau tak aku rasa serba salah juga.

“ Izzah.”

Nenek bangun dan duduk agar senang berbicara dengan aku. Aku tunggu kata-kata seterusnya daripada nenek.

“ Maafkan nenek.”

Aku tersentak.

“ Kenapa nenek nak minta maaf pula? Nenek tak salah lah. Izzah yang salah sebab dah lama tak datang sini jenguk nenek. Maafkan Izzah.” Pintaku dengan nada sebak.

“ Tak. Kamu tak salah. Nenek faham kamu sibuk. Tapi maafkan nenek sebab janji nenek dengan arwah nenda kamu, kamu disatukan dengan Nizam.”

Aku terdiam. Aku tak tahu nak kata apa. Sebab dulu aku membantah sekeras-kerasnya. Tapi semua tu dah berlalu.

“ Nenek tahu kamu susah nak terima Nizam dalam hidup kamu. Nenek juga tahu kamu pernah dikecewakan. Sebab itulah nenek bertekad untuk teruskan janji nenek tu. Sebab nenek tahu Nizam pasti dapat bahagiakan kamu. Percaya pada nenek. Nizam bukan seperti bekas tunang kamu.”

Aku tersenyum dalam diam. Ya. Aku akui itu. Dia memang lain daripada yang lain. Aku mengaku sebab dia tak pernah lelah untuk meraih hati aku. Tak pernah gagal untuk cuba buat aku tersenyum even aku susah dah nak senyum sekarang ni.

“ Nizam dah lama sayangkan kamu Izzah.”

Kenyataan itu membuatkan dadaku serta-merta berdebar.

“ Ya. Sebelum kamu kahwin lagi. Dia selalu perhatikan kamu. Kamu memang tak sedar sebab kamu sibuk dengan belajar. Sebab tu dia terima dan setuju keputusan nenek.”

Aku mengetap bibir dengan sekuat hati. Nizam.

“ Cuba buka hati kamu Izzah. Nenek pasti kamu akan bahagia.”

Terus aku peluk nenek dengan seribu perasaan.

“ Percaya pada nenek.”

Tanpa dapat ditahan, air mataku mengalir keluar. InsyaAllah nenek. Izzah akan cuba buka hati Izzah untuk suami Izzah.

**
“ Awak nak yang mana? Ini or ini?”

Aku buat muka toya. Aku pantas menggelengkan kepala.

“ Dua-dua saya tak berkenan. Tak cantik.”

Boleh pula dia bawa aku ke shopping selepas lawat nenek. Katanya nak belikan aku baju. Masalahnya satu apa pun aku tak minat.

Dia je yang beria-ria nak beli untuk aku. Tengoklah sekarang. Teruja bukan main. Dalam dia memilih baju tu. Sempat juga aku tengok dia. Lama. Ya. Dia memang handsome. Mempunyai rupa paras yang segak. Sado. Tinggi dan pandai mengambil hati. Penyabar. Penyayang. Dan tak suka tengok orang sedih. Aku tersenyum. Sedar juga kau Izzah sikap dia. Kalau tak asyik keraskan hati je.

Tiba-tiba dia menoleh ke arah ku. Seketika kami berbalas pandangan. Sedar yang aku dah kantoi. Pantas aku menoleh ke arah lain. Dup dap! Arh! Dah mula dah.

“ Saya belikan untuk awak yang ni?”

Perlahan-lahan aku kembali menoleh ke arahnya. Terpampang sepasang baju kurung moden yang berwarna biru laut lembut bersama selendang berwarna pink di depan aku. Aku mendongak melihatnya.

“ Cantik tak?” Dia memberikan aku senyuman.

“ Erm. Cantik jugak.”

“ So.. saya beli yang ni.”

Aku hanya tengok dia berlalu ke kaunter. Alahai. Encik Suami siapa la ni.

“ Puan?”

Aku tersentak. Puan? Siapa Puan? Aku pantas menoleh ke kiri.

“ Oh maaf. Saya ingat awak dah kahwin tapi belajar lagi.”

Aku tersenyum Cuma. Mana dia tahu aku masih belajar lagi? Aku tunduk memandang perut. Oh. Terlupa nak buang kad pelajar ni. Haish. Tapi kan? Kenapa dia panggil aku puan tadi?

“ Saya ingat tu suami awak. boyfriend erk?”

Aku tersengih. Betullah tu. Suami. Tapi takkan nak mengaku.

“ Awak. Jom.”

Tiba-tiba dia muncul lalu menarik lenganku. Perempuan yang tengok aku tadi hanya tersenyum. aku pula jadi segan. Suami tapi tak nak mengaku. Ambik!

“ Awak nak beli apa-apa tak?”

Aku menggelengkan kepala.

“ Jom makan.”

Aku terlopong. Aku rasa dia baru makan tadi. Takkan nak makan lagi? Dia ni tak kenyang-kenyang lagi ke?

“ Awak tak kenyang lagi ke?”

Dia tersengih. Elok sangatlah tu tersengih macam tu. mentang-mentang handsome.

“ Jomlah teman.”

Aku buat muka bosan. Sah. Kemaruk makan!

“ Jangan buat muka macam tu boleh? Saya cium karang!”

Dengan pantas juga aku menutup mulutku. Ish! Dia ni la!

“ haha. Jom.”

Tanpa rela aku mengikut langkah dia. Malu!

**
Dua hari dah aku ada dekat rumah dia. dan dua hari juga aku terpaksa berkongsi katil dengan dia. katanya takut papa perasan yang aku dan dia tak baik. Apa lagi aku turutkan saja. Dan hari ni adalah hari last sebelum aku pulang ke UPSI. Yeay!

“ Awak. Pergi siap dengan baju ni.”

Aku baru lepas mandi terkejut bila tengok dia serahkan baju yang dibeli dua hari lepas. Aku nampak dia pun bukan main bergaya lagi. nak ke mana?

“ Nak ke mana?” Dia still tersenyum.

“ Pergi siap cepat. Ke nak saya tolong pakaikan untuk awak.” Ujarnya dengan senyuman nakal. Ha sudah!

“ Erk. Tak payah! Saya pergi siap sendiri.”

Gerun aku tengok dia macam tu. Meremang bulu roma aku. Weii! Dia suami kau kot. Ah! Apa-apa je lah.

**
Aku tengok sekeliling lepas tu aku tengok dia. Siap genggam tangan aku lagi. Aku nak lepas tak boleh sebab genggaman dia terlalu kuat. Akhirnya aku hanya membiarkan je.

“ Ini kenduri kawan baik abang. Jom.”

Aku hanya turutkan saja. Malas nak melawan. Kang kena cium. Siapa susah? Aku Juga. Macam selama. Tak fasal-fasal pipi aku kena cium sebab cuba berebut remote control dengan dia. nasib baik papa dah tidur time tu. Kalau tak free je dapat malu.

“ Hye bro! datang pun kau.”

Aku tengok pasangan pengantin tersebut. Teringat time aku dan Nizam kahwin dulu. Aku ni muka gila masam tapi dia setia senyum. Punya dia paksa aku untuk senyum tapi aku buat toya. Haha. Bila ingat memang lawak.

“ Hai Izzah.” Aku tersentak apabila disapa pengantin perempuan. Aku hanya membalas senyuman. Nizam entah hilang ke mana bersama kawan dia tu.

“ hai. Tahniah tau.” Ucapku.

“ Thanks. Tahniah juga untuk awak. maaf sebab time tu tak dapat pergi kenduri kahwin awak dengan Nizam. Saya sibuk uruskan pertunangan kami.”

Aku tersenyum. tak datang pun tak apa lah. Bukannya meriah pun. Muka pengantin perempuan pun masam. Haha.

“ Sokay. Saya masuk dululah. Nak makan. Hehe.”

“ Jemputlah. Jangan segan-segan.”

Aku bergerak ke khemah dan mengambil makanan. Lepas tu ambil tempat dan terus duduk. Nizam? Lantak dia la. Yang penting aku kenyang. Dia sibuk dengan kawan dia. So, jangan kacau! Haha.

“ Sampai hati tak ajak!”

Aku tersedak. Adoi! Time ni nak sergah aku pun. Aku jeling dia dengan geram.

“ Siapa suruh pergi sembang dengan kawan. Saya lapar so saya makan dulu.” Aku buat muka selamba. Tengok dia tarik muncung buatkan aku tergelak kecil. Haha. Buruk bila dia merajuk.

“ Siapalah saya ni kan? Okay. Saya sedar.”

Aku tersengih. Sebelum dia merajuk lagi teruk baik aku buat sesuatu.

“ Yela. Saya pergi ambil makanan untuk awak. Tunggu sini.”

Aku hanya menggelengkan kepala sebaik sahaja melihat sengihan dia. Mengada. Tapi aku pergi ambilkan juga makanan untuk dia. Suami siapalah yang suka merajuk tu. Haha. Selepas mengambil makanan, aku kembali menuju ke tempat tadi.

Tapi langkahku serta-merta terhenti bila nampak ada seorang perempuan sedang berbual dengan Nizam. Okay. Kenapa aku tiba-tiba rasa tak senang hati bila tengok mereka berdua? Kenapa rasa nak halau perempuan tu pergi? Okay! Kenapa?

Aku kembali sambung langkah dengan pamerkan senyuman yang paling tak ikhlas. Biar. Bukan ada orang tahu.

“ Nah makanan awak. saya pergi makan dekat sana la.” Dingin je aku bercakap. Sebab perempuan tadi tu macam nak menggatal je. HUargh! Kenapa dengan aku ni? Cemburu ke cam na?

“ Eh! Makanlah dengan saya. Awak nak pergi mana?”

Aku terus ambil pinggan aku tanpa mempedulikan dia dan perempuan tu. Hilang terus selera aku. Come on Izzah! Takkan tu pun nak cemburu. Jangan cakap kau dah sayangkan dia? Tak! Belum lagi. Ada lagi 27 hari lagi kan?

“ Izzah.”

Aku terus makan dekat tempat baru tanpa mempedulikan panggilan dia. Geram!

  Kenapa dengan awak ni?”

Suapan aku terhenti bila dia sudah duduk di sisi aku. Perempuan tadi dah pergi mana? Bosan kot.

“ Saya dah kenyang. Saya nak balik.”

Aku nak bangun. Tapi tak jadi bila dia pegang erat lengan aku.

“ Izzah. Awak kenapa?” Suara dia mula kedengaran tegas. Aku mengeluh perlahan. Tak patut aku rasa perasaan macam ni. Bodoh la kau Izzah! Tapi tak salah sebab dia suami kau!

“ Nothing. Cepatlah makan. Saya tunggu.” Aku mengalah lantas terus menoleh ke arah lain. Tak sanggup lawan panahan mata dia tu. Yang boleh buatkan aku cair.

“ I know what you’re thinking about. Don’t worry dear. She’s nothing for me. But you is everything to me.”

Dan kali ni aku terus lawan renungan dia yang redup itu. Okay! Okay! Okay! I’m crazy right?

**
Kejap-kejap aku tengok dia. Kejap-kejap aku tengok tingkap. Bila dia dapat tangkap renungan aku. Cepat-cepat aku tengok ke arah tingkap. Lepas tu aku ulang semula perlakuan aku sampai dia tersedar.

“ What’s wrong dear? Anything happen?” Soalnya dengan senyuman tapi mata still fokus pada pemanduan.

Kami dalam perjalanan pulang ke UPSI. Tapi aku tak tahu kenapa aku macam tak nak balik  ke UPSI lagi. Rasa nak lama-lama lagi dengan dia. Okay. Memang aku dah gila.

“ Nothing. Just forget about it.”

Aku menghembus nafas dengan perlahan-lahan. Come on Izzah! Takkan kau dah jatuh cinta? Yelah. Dah sebulan seminggu kau bersama dia. hari-hari dia cuba ambil hati kau. Mana tak nya kau tak jatuh cinta? Aku tersengih dalam diam. Aku kalah.

“ Erk..Nizam.” Panggilku perlahan.

“ Yup.”

“ Awak still nak teruskan game kita ke?” Soalku tanpa melihat dia. Aku rasa dah kecut perut ni.

“ Why?”

Tiba-tiba tanganku digenggamnya. Aku jadi makin bersalah sebab buat dia tertunggu-tunggu. Akhirnya, aku membalas juga genggamannya.

“ Apa kata.. kalau.. erk.. kita jadi suami isteri macam orang lain. Erk.. saya.. saya..”

Aku mengetap bibir. Apa benda yang aku nak cakap ni? Haih!

“ I know. You already love me right?”

Aku mengerling ke arah dia. yes. Dia tengah tersenyum lebar. Aku masih mendiamkan diri. Tak tahu nak bagi jawapan macam mana. Bukan 30 hari tapi dalam 3 hari je aku dah jatuh cinta. Hahaha.

“ I don’t know. Just.. erm..”

“ Don’t worry. I know that. So I win right?”

Aku dapat kesan riak cerianya time ini. Terus terbit senyuman pada wajah aku. Aku tarik tangan dia yang setia menggenggam tangan aku tadi ke dadaku.

“ Saya tak tahu. Tapi kenapa jantung saya asyik berdebar time berada dekat dengan awak. Puas saya cuba nafikan perasaan ni. Tapi saya gagal. Maybe Allah nak tunjuk yang awak memang ditakdirkan untuk saya.” Aku terus terang. Aku malas nak sembunyi lagi.

Keadaan sunyi seketika. Hanya tangannya setia menggenggam tanganku. Dan aku tahu hatinya kini rasa gembira sekali mendengar jawapan aku tadi.

“ I will miss you dear.”

Akhirnya, selama 10 minit berdiam diri. Dia keluarkan suara juga. Dan kata-kata dia berjaya membuatkan aku tersenyum. Lagipun kami dah berada dalam kawasan UPSI. Aku akan masuk  semula kelas esok.

“ Kita dah sampai.” Ujarku lambat-lambat. Tapi still tak berganjak. Aku mahupun dia. still statik pada tempat duduk. Mataku pula jauh merenung ke hadapan.

“ Saya keluar dulu.” Akhirnya aku lepaskan genggamannya dan keluar daripada kereta. Aku tak boleh terus macam ni atau aku akan jadi gila. Huarh! Memang parah!

Aku bergerak ke bonet kereta. Apabila berjaya mengeluarkan semua beg. Aku tutup bonet dan membawa beg ke arah kerusi yang berada tepat di belakang aku. Selepas itu aku kembali bergerak ke arah kereta. Aku hanya menanti dia yang belum keluar daripada kereta.

Dah seminit berlalu. Tapi dia still tak keluar lagi. Aku mula jadi kecewa. Kenapa dia tak nak keluar? Tak sudi nak jumpa aku dah ke? Aku salah cakap ke? Ni yang mula rasa nak nangis ni.

“ Izzah.” Laungnya dari dalam kereta. Aku tersentak. Aku melihat dia melalui tingkap kereta yang terbuka 
itu.

“ Masuk sekejap.”

Aku hanya patuh. Tutup pintu kereta dan melihat dia. Cermin kereta pun dah dinaikkan ke atas. dan kini, kami sama-sama membalas renungan.

“ Seriously. I will miss you dear.” Dahiku dikucupnya perlahan.

Aku hanya mendiamkan diri tapi senyuman setia berada pada bibir. Biar mata yang memainkan peranan.

“ Esok awak akan datang lagi kan? Macam saya tak tahu.” Usikku.

“ Of course. Tapi… esok saya tak boleh. Saya outstation sayang.”

Hati aku tiba-tiba jadi sedih. Alahai. Sensitif lagi.

“ it’s okay. Kita boleh sms kan? Dahlah. Saya keluar dulu. Nanti ada orang nampak.” Aku toleh sekeliling. Mujur tak ada orang.

“ biarlah orang nampak. Bukannya kita buat maksiat. Kita dah kahwin pun kan?”

“ Tahu. Tapi bukan orang tau kita dah kahwin. Lagipun saya tak nak lah sebab benda ni merosakkan nama baik saya dekat kampus ni. mana saya nak letak muka.”

“ mengaku je awak tu dah kahwin. Senang.”

Aku merenung dia dengan geram. Senang dia cakap kan?

“ dahlah. Pergilah balik. saya nak keluar dulu.”

“ Kejap.”

Aku melihat dia dengan jongketan di kening. Nak apa lagi?

“ Salam.” Aku terkedu. Okay. Lupa lagi.

“ Dah.”

Aku baru nak keluar. Tapi sekali lagi dihalang dengan pelukan dia. Aku sekali lagi terkedu.

“ Will miss you dear.”

Bila dia dah meleraikan pelukan, pantas aku keluar daripada kereta sebelum dia buat benda yang lebih teruk lagi. Malu la aku!

“ Bye.” Ujarku sebelum bergerak jauh daripada kereta dia.

I will miss you to dear.

**
Assignment. Assignment. Dan assignment. Wuargh! Banyaknya! Dalam sehari dapat 3 assignment. Bila boleh rehat ni? Ingatkan esok boleh rehat sebab Sabtu kan? Cuti. Tapi rasanya memang tak boleh.

“ Izzah. Kau dah kenapa? Daripada tadi monyok je.”

Aku kerling sekilas ke arah Nur yang sedang menyiapkan assignmentnya tu.

“ Banyak gila assignment aku kali ni. Sedangkan lagi 2 minggu je kot nak final exam. Bila nak study kalau macam ni. Parah.”

Aku memicit perlahan dahiku yang terasa sakit itu. Kalau stress aku boleh sakit kepala. Bukan sikit tapi teruk. Tahap migrain dah.

“ Rileks. Fikir fasal masa depan kau. Confirm kau takkan merungut banyak.”

Aku terdiam. Nur. Kau memang kawan baik aku.

“ Aku cuba.”

Selepas membaca beberapa doa yang boleh memberikan aku semangat, aku terus sambung study. Ya. Demi mama dan papa. Demi arwah nenda. Aku mesti boleh. Oh yeah!

“ Oh ya. Boleh aku tanya something?”

Aku yang sibuk buat assignment hanya mengangguk mendengar pertanyaan dia.

“ Dah seminggu aku tak nampak cik abang kau datang sini. Dia dah give up ke or ada kerja?” Soalan itu mengundang kerutan di dahi aku.

“ Dia outstation. Esok baru balik rasanya.”

“ Dia tak ada call ke SMS kau ke?”

“ Adalah juga. Tapi tak selalu. Just tanya khabar je. kenapa?”

“ Aku just pelik. Nothing lah.”

Tumpuan aku terganggu selepas mendengar kata-kata Nur. Aku terfikir juga. Selalunya setiap hari dia akan call. SMS jarang sekali. Tapi sekarang ni dia selalu SMS. Call jarang sekali. Maybe dia sibuk. Biarlah.

“ And one more thing. Aku perhati je si Asyraf tu. Dia ada simpan perasaan dekat kau Izzah. Aku rasa kau kena berterus terang dekat dia fasal status kau.”

Aku tertawa kecil.

“ Merepek la kau ni. Kami kawan je kot.”

“ Bagi kau kawan. Bagi dia?”

Okay. Kali ni aku terdiam.

“ Baik kau terus terang dekat dia sebelum hal ni jadi lebih teruk. Ke kau tak sayangkan Nizam?”

Aku menjeling dia. Sayang? Bolehlah. Haha. Ceh!

**
Setelah dua minggu aku dan Mr Nizam tidak berjumpa. Akhirnya hari ni kami dapat berjumpa. Tapi aku dapat kesan perubahan dia. Lain sangat dengan Mr Nizam yang aku kenal sebelum dia pergi outstation. Kenapa ni?

“ Awak. Minggu depan kampus saya adakan dinner tau. Sebab final exam kami berakhir dah kemarin. So, saya nak awak datang. Sudi tak?”

Aku menyuarakan hasrat aku sebab daripada tadi kami diam ja. Selalunya dia tak macam ni. Aku dapat lihat dia tersangat letih hari ni. Tapi kalau letih kenapa still datang jumpa aku?

“ Oh. Yeke? Ermm. Tengoklah macam mana.”

Dan jawapan yang dia berikan betul-betul buatkan aku kecewa. Terbit senyuman hambar pada bibirku. Aku kerling dia yang ralit pandang ke luar tingkap semenjak tadi. Kini kami masih berada dalam kereta sebenarnya sebab hujan. Kedai makan depan kami pula tutup. So, terus kan berada dalam situasi kekok ini. Tak suka!

“ Jomlah balik.” Ajak aku.

“ Okay.”

Hampir 10 minit perjalanan, akhirnya sampai ke kampus aku. Aku terus keluar selepas menyalami dia. Kecewa! Pedih! Sakit hati! Geram! Sedih!

“ Izzah?”

Langkahku terhenti. Apabila aku mendongak, aku tersentak kecil.

“ Asyraf? Buat apa dekat sini. Ini kan jalan masuk nak ke kampus perempuan?” Soalku aneh.

“ Haha. Jangan salah sangka. Saya nak ke kantin sebab nak hantar ni.”

Aku nampak dia pegang kotak besar yang berisi air mineral itu. Aku pula jadi tergelak.

“ Maaf. Tak tahu. Hehe. Awak dari mana?”

“ Dari kelas. Awak?”

Aku menjeling kereta dia. tiba-tiba dia keluar dan memandang aku tajam. Aku tidak hiraukan pandangan dia lantas kembali menoleh ke arah Asyraf. Senyuman kecil aku hadiahkan.

“ Pergi makan tadi. Tapi kedai tak buka so tak jadi makan. Haha.”

“ Oh ya? Kalau macam tu apa kata saya belanja makan?”

Aku menimbang-nimbang idea dia. kemudian aku tersengih.

“ Tak perlulah. Lagipun dah nak maghrib ni. Esok boleh?”

“ Sure. No hal.”

Aku buat tangan thumbs up. Great!

“ Ehem!”

Tiba-tiba Mr Nizam datang ke arah kami dan berdiri tepat sebelah aku. Aku tersenyum sinis tanpa mereka berdua sedar.

“ Siapa ni awak?” Soal Asyraf ingin tahu.

“ Oh lupa. Ini abang saya. Kenalkan ini Nizam dan ini Asyraf kawan saya.”

Aku senyum puas bila nampak jelingan tak puas hati dia. Yala buat lagi aku ni macam tak wujud.

“ Oh. Kalau macam tu saya pergi dululah. Esok kita jumpa.”

“ Alright.”

Usai saja Asyraf berlalu, aku terus memusingkan badan untuk pergi. Tiada hati nak berdepan dengan sang suami. Sakit hati!

“ Izzah.”

Lenganku ditariknya. Tapi aku tak menoleh ke arah dia langsung.

“ Sampai hati awak tak kenalkan saya sebagai suami awak.”

Aku tersenyum sini lantas menoleh ke arah dia.

“ Siapa suami saya? Saya belum kahwin. Sedar pula awak suami saya? Daripada tadi saya tercongok macam orang bodoh sedangkan suami saya termenung terfikirkan orang lain.”

Aku dah tak tahan. Baik aku blah sebelum aku menangis dekat sini.

“ Baliklah. Saya masuk dulu.”

If you know Mr Nizam that I really miss you. Huh!

**
Aku pandang jam. Lagi 10 minit majlis dinner nak bermula. Tapi kelibat yang aku nanti-nantikan masih tak muncul. Sedangkan sudah ramai yang berkumpul. Aku mula rasa nak nangis. Aku pandang pula ke luar dewan. Tiada kereta yang aku nak tengok. Tiada!

“ Izzah. Kenapa kau still berdiri kat situ? Majlis dah nak bermula ni. cepat!”

Laungan Nur membuatkan aku terus memusingkan badan ke dalam dewan. Arh! Tak guna tunggu orang yang tak sudi. Bagi dia aku dah penting. So buat apa fikirkan dia lagi. Arh! Bodohnya kau Izzah!

“ Izzah? Are you okay?” Asyraf datang menegur. Aku terus menganggukkan kepala tanda okay.

“ Okay guys! Semua dijemput duduk. Majlis akan bermula beberapa minit daripada sekarang.”

Aku pandang kerusi kosong di sebelah aku. Terhambur keluhan kecil daripada mulut aku. Awak! Kenapa tak datang? Saya nantikan awak ni!

“ Izzah.”

Aku toleh ke arah Nur. Dia mengusap perlahan bahuku.

“ Sabar. Aku tahu dia pasti akan datang.”

Aku tersenyum hambar. Mudah-mudahan.

“ Assalamualaikum semua. Berdirinya saya di sini ingin mengucapkan terima kasih kepada semua sebab sudi hadir ke majlis ini…”

Aku dah tak dapat tumpukan perhatian pada ucapan ketua majlis tersebut. Lantas aku terus bangun dan menuju ke luar dewan. Mukaku yang masam tu aku cuba maniskan sehabis baik. Tak payah masam sebab dia! Dia takkan datang!

“ I’m sorry. Where that’s girl?”

Aku tersentak. Dengar je suara tu aku pantas toleh ke belakang. Dan serentak itu senyuman terukir pada bibir aku. Tapi Cuma seketika bila teringat perbuatan dia yang lambat tu.

“ Pergilah masuk. Majlis dah mula.” Ujarku senada lantas masuk ke dalam dewan dan diikuti oleh dia.

Tapi lenganku sempat diraihnya dan itu menyebabkan aku tak jadi untuk melangkah. Dengan sabar aku menanti kata-kata dia.

“ I’m sorry dear.”

Aku keraskan hati untuk tidak dengar kata-kata itu lantas meraih kembali tanganku lalu masuk ke dalam dewan. Hati kosong!

“ Kau ke mana tadi?” Soal Nur sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di sebelah dia dan diikuti oleh Nizam.

“ Ermm.” Nur dapat agak bila aku jeling ke arah Nizam.

“ See. Aku dah agak dia akan datang juga.”

Tapi kalau tak ikhlas buat apa? Aku terus tumpukan perhatian pada majlis malam ini. Sampai nak dekat dua jam barulah majlis selesai. Aku menghembus nafas lega. Selesai! Esok dah mula cuti semester aku. Rindu mama dan papa!

“ Izzah. Aku balik bilik dulu. Kau nak jumpa Encik Nizam kan?”

Aku hanya mengangguk dan melihat dia berlalu sampai hilang daripada pandangan mataku. Baru saja aku nak turutkan juga langkah dia tapi lenganku sempat diraih. Aku menoleh dan menentang renungan mata dia.

“ Wait for me.”

Terus dia tarik aku jauh daripada dewan. Sebenarnya ke kereta dia ni. Tapi aku terus tarik lengan dia kembali sebab aku tak nak ikut dia. Kini, kami berada di tengah-tengah di antara kereta dia dan dewan. Aku pandang dia. dia pandang aku. selepas tu aku terus toleh ke arah lain.

“ Izzah. I’m sorry. I know it’s my fault. I know.”

Aku still diamkan diri.

“ Sayang. You know what? I really really love you. I miss you. Dua minggu saya pendam perasaan ini sebab kerja. Dan perjumpaan minggu lepas pun saya sabarkan hati saya untuk tidak mesra dengan awak sebab saya nak buat surprise sebenarnya.”

Kata-kata dia berjaya menarik perhatian aku. Terus aku toleh ke arah dia. Surprise?

“ Yes dear. Surprisenya ada di sini.”

Dia mengeluarkan rantai tangan dari genggamannya lalu ditunjukkan padaku. Aku yang melihat terus memandang dia tanda tidak percaya.

“ Happy birthday Nurul Izzah. I’m sorry about that day. Saya sengaja buat macam tu sebab nak uji awak.”

Aku kerling jam tangan aku. Aku baru sedar dah 12.00 pagi. Dan tarikh hari ni dah masuk 15 Mac.

“ Awak ingat?”

“ Of course sebab awak isteri saya. Because you’re Mrs Nizam. Right?”

Akhirnya aku tertawa kecil dengan kata-kata dia. Aku sambut pemberian dia dengan hati yang terbuka.

“ Awak suka?”

“ Suka sangat. Thanks. And sorry sebab salah faham. Saya Cuma kecewa sebab awak layan saya macam tu. tahu tak saya rindu sangat dekat awak.” Mengaku juga aku. Haha.

“ I know. Sorry dear.”

Aku terus tersenyum. Bahagia. Ya itu yang aku rasakan

“ Izzah?”

Serentak kami berdua menoleh ke belakang sebaik sahaja mendengar suara itu. Asyraf?

“ Hai. Awak tak balik lagi ke?” Soalku ingin tahu. Encik Nizam dah berubah riak ye.

“ Oh. Belum. Ternampak awak kat sini. Erk.. abang awak kan?”

Aku pandang mereka berdua silih berganti. Okay. Takut aku tengok renungan mereka berdua saat ini.

“ Tak.”

Okay. Kata-kata aku sebentar tadi berjaya menarik perhatian dua-dua lelaki itu. Aku tarik senyum.

“ Benci nak mengaku tapi Asyraf. Maafkan saya sebab dia bukan abang saya.” Ujarku dalam senafas.

“ Ha? Saya tak faham?”

Aku kerling Nizam. Dia sudah tersenyum lantas menganggukkan kepalanya agar aku mengaku.

“ Kami dah kahwin. Dia suami saya. Saya minta maaf sebab rahsiakan daripada awak selama ini.”

Terus bahuku dipaut Nizam. Yes. Aku dapat kesan riak kecewa pada wajah Asyraf. Maafkan aku Asyraf. Aku tahu kau kecewa tapi itu kenyataannya.

“ Oh. Maafkan saya. Semoga berbahgia. Saya pergi dulu.”

Aku lihat saja Asyraf berlalu. Terhambur keluhan kecil daripada mulut aku. Kesian dia.

“ Mengaku juga Mrs Izzah kita.”

Aku tersengih.

“ Sebab saya tak nak dia terus simpan perasaan dekat saya dan..”

Aku kembali memandang ke arah dia. Dia setia mengukirkan senyuman padaku.

“ Dan?”

“ Dan saya cintakan awak Mr Nizam.”

Terus aku peluk dia dengan erat. Malu!

“ I love you to dear. Thanks.”

Serius. Dari mula aku tak suka dia. Tak nak mengaku dia suami aku. Tapi akhirnya, mengaku juga. Yalah. Mengaku. Kami dah kahwin! And I love him so much! Yeah! Hahah. Kbye. Semoga terhibur.

~Tamat~

1 comment :

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers