“ Hei…” bahuku di tepuk
perlahan.
“ apa hei..hei.. tak de nama ke nak panggil. Nama orang bagi punya sedap kau panggil hei.” Ujarku tidak puas hati.
“ ala sorry
lah. Baik cik Isha Malika. Puas?” aku tersengih.
“ kan bagus
macam tu..” aku teruskan membaca apa yang aku baca sebentar tadi. Dia ni ganggu
je. Orang nak concentrate pun tak boleh. Che wah…
“ Isha… aku
nak tanya sikit boleh?” soal Lia.
“ tanya je.
Kalau kau tak malu.” Ujarku selamba.
“ ish dia
ni. Aku serius ni.” Aku mendongak melihatnya. Buku aku ditutup bagi mendengar
persoalan Lia.
“ so..
what?” soalku.
“ kau tahu
apa makna cinta?” aku hanya menggeleng.
“ aku
bercinta pun tak pernah. Manalah tahu.”
“ Isha… aku
rasa aku dah jatuh cinta lah.”
“ dekat
siapa?”
“
seseorang. So special for me.” Mula dah. Kalau angan dia datang tu mulalah aku
jadi mangsa celotehnya itu.
“ weh…
dahlah. Aku nak balik bilik. Lagi lama aku duduk di sini, lagi lama aku
boring.” Luahku lalu beredar dari situ.
“ isha! Kau
ni kan…” dengan pantas Lia mengejar aku. Tahu pun.
“ aku
sebenarnya kan. Baru perasan sesuatu.” Aku menjongket kening.
“ what?”
“ ada
seseorang yang asyik leka memerhati kau. Sudah dua hari. Aku saja tak nak gitaw
kau sebab aku ingat dia saja. Tapi aku tengok balik dia serius.” Aku tersentak.
“ lupakanlah. Malas aku nak layan.” Terus aku
berjalan tanpa menoleh ke belakang lagi.
*****
Mak aii…
Siapa pula yang bagi surat ni. Siap
wangi lagi. Jangan-jangan kad undangan kahwin tak? … tapi takkan lah.
Hishh.. menyemak kepala otak aku je.
“ kau ni
kenapa?” soal Lia.
“ ni.. ada
orang tinggal sepucuk surat atas meja aku. Aku tak tahu siapa dan mengapa orang
tu letak di sini. Untuk aku ke?”
“ mestilah
untuk kau. Kalau tidak dia takkan letak atas meja kau.” Aku tersengih.
“ kau nak
baca ke tak?” aku menjeling Lia dan menggeleng.
Surat itu
aku ambil dan simpan ke dalam beg.
“ ala…
kenapa? Aku excited nak tahu apa isi dia. Mana tahu surat cinta.” Aku
mendengus.
“ malas
arhh.. nanti ganggu konsentraasi aku je. Lagipun bulan depan dah peperiksaan akhir.
Aku tak nak leka.” Jelasku lalu buka buku. Lia di sebelah tidak di hiraukan.
“ ikut kau
lah… jangan menyesal sudah.” Aku mengerutkan dahi.
“ menyesal?
Kenapa pula. Ini dari orang yang aku minat ke? Setahu aku, tiada siapa yang aku
minat kecuali buku.” Ujarku selamba.
Bahuku di
tepuk kuat.
“ sakit
lah.” Ujarku kasar.
“ tahu pun
sakit. Orang cakap elok-elok… dia main-main pula. Lantaklah..”
Hishh.. Lia
ni lah. Apa masalah dia. Arghh.. lantaklah. Now I’m need focus.
*****
Akhirnya…
aku bebas. Peperiksaan pun sudah selesai. Leganya aku rasa. Lia pun aku lihat
sudah senyum bahagia. Mana tak nya. Nanti dia akan bertunang. Seronoklah dia.
Dengan orang yang di katakan special sebelum ni. Tak sangka aku..
Aku pun
seronok kerana selepas ini aku akan balik ke kampong halamanku di Pulau Pinang.
Rindunyer dekat mak dan adik . Tak sabarnya nak balik petang
nanti. Hurmm…
“ eh? Sya?”
aku menoleh ke arah Lia.
“ pe hal?”
“ kau
tengok tu.. dekat tempat letak kereta tu.” Aku melihat apa yang di suruh Lia.
“ so?”
“ lelaki tu
aku pernah lihat sebelum ni. Dalam sebulan yang lepas.” Aku mengorak langkah ke arah lelaki itu.
“ eh? Kau
nak ke mana?” laungan Lia tidak aku hiraukan.
Aku terus
mengorak langkah ke arah lelaki itu. Entah mengapa, aku rasa macam kenal je
dengan lelaki itu. Betul kata Lia sebab bulan lepas aku pernah Nampak dia
sekitar sini.
Eh? Apa ke
hal nyer aku ni. Langkahku terhenti. Apasal aku tiba-tiba nak pergi dekat
lelaki tu. Kenal pun tak tapi.. hati aku kuat mengatakan yang aku kenal dengan
dia. Aduh.. nak pergi ke tak? Pergi atau tak? Hurmm…
“ Sha?” aku
mendongak. Aku tersentak. Bukan kah aku berada jauh lagi daripada dia. Apasal
dia datang ke sini.
“ maaf..
anda siapa?” soalku. Siap tahu nama aku lagi.
“ awak Isha
Malika kan?” aku mengangguk kecil.
“ akhirnya
saya jumpa awak. Awak tak ingat saya?” aku berkerut dahi.
Dari hujung
kaki hingga ke kepala aku tengok. Penampilan yang kemas dan boleh tahan hensem.
Tapi sayang aku tak kenal dan tak pernah Nampak.
“ ermm..
tak pun. Awak ni siapa?” soalku lalu menoleh ke belakang. Lia masih berada di
situ. Bagus.. jangan kau pergi ye Lia.
“ mungkin
awak sudah lupa. Saya kawan awak. Kawan semasa kita di tingkatan 5. Masa tu
awak banyak menolong saya semasa saya gagal dan kadang-kadang saya di buli.
Ingat?”
Aku
berfikir sejenak. Hurmm.. memang betul dulu aku ada kawan lelaki yang boleh di
katakan baik dan bagi aku dia ‘ poyo’.
“ poyo?
Ingat?” aku tersentak.
“ poyo.
Mamat poyo? Adham?” soalku tak percaya. Dia tersenyum lalu mengangguk.
“ biar
betul?” aku melihatnya dengan pandangan yang susah untuk percaya.
“ betullah.
Memang susah untuk awak percaya. Saya sendiri pun tak percaya dengan diri saya
sekarang ni.” Aku tersenyum.
Tak sangka
aku. Dulu dia ni boleh di katakan selekeh juga. Berisi sedikit dan yang paling
aku tak tahan adalah rambut dia. Dulu rambut dia boleh buat renbonding.. sebab
tak kemas langsung. Dengan rambutnya yang panjang dan tak sikat ke? Entahlah.
Tapi sekarang
memang jauh berbeza. Kemas sekali. Sudah jadi kurus dan bertambah hensem.
Hurmm..
“ puas dah
tengok?” aku tersedar dan tersengih.
“ sorry..
awaklah jauh sangat bezanya. Oklah awak saya kena pergi dulu. Kawan tengah
tunggu tu. Bye..” terus aku mengorak langkah tanpa mendapat balasan daripda
dia.
“ siapa
lelaki tu… kau kenal?” soal Lia apabila aku berada di hadapan dia.
“ kawan
lama. Biarkanlah.” Aku terus berjalan tanpa menoleh ke belakang lagi.
Tak sangka
aku dapat jumpa dengan kau balik mamat poyo yang aku rindui. Hehe..
*****
Salam Isha…
Maaf jika
kehadiran surat ini menganggu fikiran awak. Saya minta sangat yang awak takkan
buang surat ini sebelum membacanya. Saya tahu ia akan ambil masa awak tapi saya
pohon. Sekali saja.
Sebenarnya
saya ada perkara ingin beritahu awak. Kalau boleh saya nak beritahu awak tapi
saya tak berani. Saya juga tahu yang awak takkan membuang masa untuk berjumpa
dengan saya. Tak apalah kalau begitu.
Biar saja
saya berterus- terang. Saya sebenarnya sukakan awak. Mesti awak terkejut.
Maafkan saya kerana bertindak sebegini melulu. Tapi saya sudah tidak dapat
tahan. Lagipun selepas ini kita tidak akan berjumpa lagi. Jadi lebih baik saya
luahkan di sini saja.
Saya jadi
lega kerana sudah luahkan kepada awak. Selepas ini terserahlah sama ada awak
akan membenci atau apa saja. Saya tak kisah kerana saya mencintai awak. Saya
rasa sampai di sini saja. Insya-Allah kalau betul kita berdua ada jodoh. Pasti
suatu hari nanti kita akan di pertemukan lagi.
Yang ikhlas
Fikri…
Aku
sangat-sangat terkejut dan tak sangka. Aku jadi tergamam seketika.
“ Isha?
Hei.. apasal ni?” Lia aku tidak hiraukan. Mungkin dia jadi pelik dengan sikapku
ketika ini. Seperti mendapat berita yang sangat besar.
“ weh…
ceritalah kenapa?” aku memandang Lia tanpa berkelip.
“ Fikri…”
Lia mengangguk.
“ kenapa
dengan dia? Dia ada masalah dengan kau ke?” aku pantas menggeleng. Aku
menyerahkan surat itu kepada Lia. Aku suruh dia sendiri yang membaca.
Fikri
adalah teman aku dan Lia semenjak semester dua lagi. Kami tidaklah begitu
rapat. Kami kenal pun melalui tugasan kerja. Tapi aku sama sekali tak sangka
yang dia ada perasaan dekat aku. Patutlah setiap kali aku jumpa dengan dia. Dia
akan berikan senyuman yang sukar untuk aku tafsirkan.
“ What?”
jeritan kecil Lia buat aku tersedar.
“ OH MY
GOD!” Lia menekup mulut lalu memandangku dengan pandangan tidak percaya. Aku
mengangguk kerana betul apa yang di bacanya.
“ patutlah
layanan dia terhadap kau selama ini sangat baik. Kalah layanan terhadap
kawan-kawan.” Aku mengeluh.
Perkara ini
telah buat aku bingung. Ia sudah jadi satu masalah buat aku. Aku baru dapat
tenangkan fikiran sebab kejap lagi aku nak balik kampong. Tapi surat yang telah
aku baca tadi mengnaggu ketenteraman aku.
Kalau aku
tahu begini, aku takkan baca sampai bila-bila,.
“ jadi kau
nak buat apa selepas ini?” aku hanya menjongket bahu.
“ kau tak
nak beritahu dia yang kau tiada perasaan terhadap dia?” aku menggeleng.
“ cari
nahaslah kalau macam tu. Nanti aku yang dapat malu. Tak nak lah aku.” Bantahku.
“
habis..cam ne? kau nak biarkan je?” aku terdiam.
“ kau kena
selesaikan juga walau apapun caranya. Kalau tidak ia akan memakan diri kau.”
Aku memadang ke luar tingkap.
“ apa yang
harus aku lakukan? Kenapa aku mesti terjebak juga dengan masalah cinta macam
ni. Haih…”
“ kau harus
jumpa dia sebelum kau balik kampong. Tak
apa sebab aku akan temankan kau.” Aku mengangguk lemah.
*****
Keadaan
jadi sunyi sepi semenjak 10 minit yang lepas. Aku jadi kekok pula apabila
berdepan dengan budak ni. Haissh..
“
erk…Fikri. Saya nak minta maaf.” Ucapku lalu menjelingnya sekilas. Dia
kelihatan diam tidak berkutik.
“ maafkan
saya kerana tidak dapat terima cinta awak. Saya tahu awak ikhlas. Saya dapat rasakan perasaan itu. Tapi awak salah
Fikri. Awak salah orang. Saya bukanlah wanita yang sesuai untuk awak. Jadi
maafkan saya dan tolong lupakan saya..” ujarku tenang tanpa melihat ke arahnya.
Tiba-tiba
dia ketawa.
“ Isha…
maaf jika buat awak gelisah. Sepatutnya saya yang minta maaf. Tak mengapalah.
Awak tak beritahu pun saya dah tahu jawapan awak. Jadi awak jangan risau dan
tak perlu rasa bersalah kerana awak tak salah.” Jelasnya tenang.
Aku melihat
dia dengan senyuman lega.
“ terima
kasih kerana memahami. Saya yakin yang awak
akan dapat insan yang lebih baik
dariapda saya .”
“ Amin…”
*****
Tenangnya
berada di kampong. Rasa aman dan damai je berbanding berada di Bandar. Lega
rasanya dah dapat balik ke rumah
sendiri.
“ akak!”
laungan Asyraf buat aku naik ke dalam
rumah.
“ pe hal.
Panggil macam panggil binatang je.” Ujarku tak puas hati. Dia tersengih.
“sorrylah.
Tak sengaja. Mak suruh akak bersiap.” Aku mengerutkan dahi.
“ for
what?” Asyraf hanya menjongketkan bahu.
Asyraf
merupakan adik aku yang bongsu. Umurnya tahun ini dah mencecah 17 tahun. Kami
hanya dua beradik je. Ayahku pun telah lama meninggal. Tinggal aku, Asyraf dan
mak aku je. Rasa sedih dan sunyilah bila ayah tak de. Sebab ayah penghibur
kami.
Tapi kalau
tanpa Asyraf lagi kami sunyi. Dia persis ikut perangai ayahnya. Syukur sebab
dapat adik macam Asyraf tu.
“ akak!
Sempat lagi dia mengelamun ke tempat lain. Nanti kalau mak marah jangan
salahkan orang ye..”
Aku
mencebik.
“ tahulah.
Sudahlah. Akak pergi siap.”
*****
“ kita ada
di mana ni mak?” soalku apabila berada di rumah yang aku tidak kenali dan tak tahu
menahu langsung.
“ ini rumah
kawan lama mak. Mak ajak kamu datang sebab nak kamu kenal-kenal.” Jelas mak.
Owh… itu
rupanya. Tapi kalau tak ajak aku pun tak boleh ke.. dahlah tak boleh buat
apa-apa. Hanya mendengar je apa yang mereka bualkan. Boringlah. Dahlah Asyraf
tak ikut. Budak ni pun satu. Sengaja nak biarkan akak dia duduk sorang-sorang
melayan perasaan. Huhu…
“ hai…” aku
tersentak. Siapa tu?
Aku menoleh
ke belakang. Ya Allah..
“ Adham?”
dia tersenyum.
“ ingat
lagi rupanya. Ingatkan sudah lupa. Jom keluar. Kelihatan ibu kita seronok
berbual tu.” Aku memandang mak. Ternyata betul. Sampai anak kawan dia ada pun
tak sedar. Jadi aku menurut je kata Adham.
“ tak
sangka awak anak kawan mak saya.” Ujarku.
“ saya pun.
Tapi saya tahu lebih awal dari awak.” Ujarnya sambil tersenyum.
“ jadi
tujuan awak datang ke U tu?” dia mengangguk.
“ ya..
untuk mencari awak. Untuk mencari cinta sejati awak.”
Cinta
sejati? Cinta sejati siapa?
“ cinta
sejati awak.” Aku tersentak. Macam tahu-tahu je apa yang sedang aku fikirkan.
Eh? Aku salah dengar ke tadi. Cinta sejati aku?
“ maksud
awak?” soalku.
“ maksud
saya ialah saya nak cari cinta sejati awak. Nak awak mencintai saya seperti
mana saya cintai awak. Faham?” aku terlopong. Ada ke begitu?
“ boleh ke?
Saya ni erti cinta pun tak tahu inikan pula nak jatuh cinta dekat awak.
Pleaselah…” ujarku selamba.
“ pasti
boleh. Saya akan buat awak jatuh cinta juga. Tengoklah nanti.” Aku senyum
sinis.
“ okey.. no
problem.” Aku masuk kembali ke dalam rumah. Malas nak layan orang lelaki ni.
Tambah-tambah mamat macam tu. Huh! Jatuh cinta? Pleaselah…
*****
“ opocot!”
gelak tawa itu makin buat aku meluat.
“ awak ni
kenapa hah? Suka-suka hati je awak nak buat saya terkejut.” Ujarku tak puas
hati. Dia tersengih. Meluat aku.
“ saya suka
tengok wajah awak yang comel tu. Apatah lagi ketika marah. So sweet…” aku
terlopong.
Mamat ni memanglah… argh! Apasallah aku di
pertemukan semula dengan mamat ni.
“ apa
sebenarnya tujuan awak?” soalku dalam nada sopan.
“ kan saya
dah kata dua hari yang lepas. Saya nak buat awak jatuh cinta dekat saya. Dah
lupa ke?” aku menjelingnya geram.
“
terserahlah. Malaslah nak layan mamat tak betul macam awak ni.” Aku pantas
masuk ke dalam rumah. Orang nak sapu sampah pun tak senang. Dan macam mana pula
dia dapat tahu rumah aku ni. Pasti mak yang beritahu. Lagi senang lah kerja dia
ya… huhu…
“ Isha!!”
langkahku terhenti.
“ awak tak
dapat lari daripada saya. Saya takkan lepaskan awak lagi.” Aku jadi terkaku.
Katanya amat menusuk hatiku.
“ lah…
Adham ke. Masuklah dulu. Isha ajak Adham masuk.” Aku tersedar lalu melangkah
masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan mak dan dia yang sedang memerhati aku.
“ mak..
jangan layan sangat si Adham tu. Dia tu pun bukan betul sangat.” Sempat lagi
aku laung sebelum menuju ke dapur.
Puas
hatiku. Sengal punya mamat.
*****
Wah!!
Akhirnya!! Aku dapat tawaran sambung belajar di luar Negara. Peluang inilah
yang aku tunggu-tunggu lamanya. Seronoknya..
Orang
pertama yang aku kongsikan adalah dengan keluargaku. Mereka turut gembira jika
aku gembira.
“ akak..
tak bagitaw abang Adham ke?” pertanyaan Ashraf buat aku tersentak dari lamunan.
“ buat apa?
Lagipun dia bukan orang penting pun.” Ujarku selamba.
“ akak..tak
baik cakap macam tu. Kalau akak nak tahu, dia sangat cintakan akak. Cuma akak
je yang tak layan. Buat endah tak endah je.. kalau Ashraf jadi abang Adham. Dah
lama Ashraf lari cari perempuan lain. Tapi abang Adham setia kat akak tahu
tak?” aku terdiam.
“ biarlah
dia. Siapa suruh dia setia kat akak. Macam akak nakkan dia. Kalau Ashraf nak
tahu akak ni susah nak jatuh cinta. Apatah lagi dengan mamat sengal tu. Eh? Kau
kecil lagi mana tahu soal cintan cintun ni?” ku lihat dia tersengih.
“ tak padan
dengan budak SPM.”
“ akak
ingat kita ni kecil sangat ke sampai tak faham itu semua. Orang dah besarlah.
Jauh lebih matang dari akak tahu tak?” aku mencebik.
“ perasan…
belahlah kau.” Aku angkat punggung dan menuju ke luar rumah. Hatiku membuak-buak
ingin keluar melihat pemandangan petang di hadapan rumahku.
“ akak..”
langkahku terhenti. Aku menoleh.
“ kenapa?”
Ashraf memuncungkan mulutnya ke kiri. Ada apa?
Aku turut
menoleh ke kiri. Alangkah terkejutnya aku kerana Adham berada di situ.
“ erk.. apa
yang awak buat di sini?” soalku separuh terkejut. Takkan dia dengar apa yang
aku katakan tadi. Argh! Lantaklah. Buat apa aku nak rasa bersalah pula.
“ betul ke awak nak pergi sambung belajar di
luar Negara?” soalnya dengan muka yang muram.
Aku
tersenyum lalu mengangguk
“ ya.. dan
untuk pengetahuan awak khamis ni saya akan bertolak ke sana. Kenapa? Ada
apa-apa masalah?” aku menjeling Ashraf supaya masuk ke dalam rumah. Dia pun
menurut.
“ sampai
hati awak tak beritahu saya. Kenapa awak?” aku terdiam mendengar suaranya yang
sayu itu.
“ sekalipun
awak tak sukakan saya tapi janganlah rahsiakan perkara itu daripada saya. Saya
sedih tahu tak?” aku menoleh ke arah lain apabila mendapati dia merenungku.
“ saya tahu
awak susah jatuh cinta. Dan awak takkan suka mamat sengal macam saya ni. Tapi
hargailah saya. Anggap ajalah saya ni seperti kawan. Susah sangat ke?” aku
terkedu. Dan kenapa hatiku tiba-tiba rasa sedih akan kata-katanya.
“ baiklah.
Kalau itu yang awak mahu. Selepas ini saya takkan ganggu awak lagi. Saya tahu
awak rimas akan kehadiran saya. Mungkin apabila awak pergi ke luar Negara, hati
awak akan tenang. Saya pun tak akan telefon dan ganggu awak lagi selepas ini.
Tapi ingatlah yang saya akan tetap mencintai awak sampai bila-bila tidak kira
di mana awak berada. Itu janji saya. Saya harap awak dapat habiskan pengajian
di sana dengan tenang.”
Usai dia
berkata, dia pun melangkah pergi. Mukanya cukup kecewa. Ya Allah kenapa aku
rasa sebak je ni. Kenapa juga aku rasa nak nangis je ni. Sepatutnya aku gembira
kerana dia tidak akan ganggu aku lagi. Aku pun kan tak lama lagi akan ke luar
Negara. Jadi apa lagi yang perlu aku risaukan.
Arghh!!
*****
3 tahun
berlalu…
Troli di
tarik dengan perlahan. Kelibat yang sangat aku rindui masih tidak kelihatan.
Mana mak dan Ashraf ni. Janji nak datang jemput. Tapi hampir 15 minit aku
tunggu tak datang-datang juga. Ni yang buat aku marah ni.
Aku tunduk
ke lantai apabila beg kecilku terjatuh. Apabila aku mendongak dan melangkah…
“ Ouch!!”
aku usap perlahan kepalaku. Insan mana pula yang langgar aku ni. Tak Nampak ke
aku yang sikit punya besar.
“ siapa
yang langgar aku ni. Sakit tahu tak?” bebelku geram lalu mendongak.
Aku terkaku
di tempat. Wajah yang sentiasa aku ingin lihat dan jumpa. Kini berada di
hadapanku.
“ awak…
awak okey?” aku tersentak.
“ erk.. ya
saya okey.” Jawabku lalu tersenyum hambar. Mungkin aku silap orang kowt. Kalau
tidak pasti dia perasankan aku.
“ saya
minta diri dulu..” aku terus bergerak. Hatiku kini bagai di siat-siat. Tak
semena-mena air mataku bertakung.
Tiba-tiba
tanganku di rentap.
“
lepaslah!” arahku kasar. Apabila aku mendongak aku terdiam.
“ awak
masih tak berubah Isha..” ujarnya sambil tersenyum.
Tidak
semena-mena juga air mataku mengalir. Apa ni? Tadi bukan dia tak ingat aku ke?
“ lepaskan
saya..” suruhku perlahan.
“ okey..
tapi lepas ni jangan harap saya akan lepaskan awak lagi.” Ujarnya separuh
berbisik dan tersenyum.
Tanpa
membalas pertanyaannya, aku terus melangkah pergi. Ya Allah air mata ni pun
satu. Degil sangat. Kenapa dia nak mengalir pula. Ini semua pasal laki tu lah.
Tapi siapa suruh aku jatuh cinta kat dia. Arghh!!
Aku rasa nak
menjerit je ketika ini. Dahlah batang hidung mak dan Ashraf pun tak Nampak.
Makin bengang aku jadinya.
Aku
melabuhkan punggung di kerusi setelah penat berdiri. Tiba-tiba fikiranku menerjah semula kepada
peristiwa lama yang buat aku menangis di London selama tiga hari tiga malam.
“ akak…
betul ke akak nak pergi?” soal Ashraf. Aku tersenyum.
“ ye
sayang. Mak.. akak pergi dulu. Adik jaga mak baik-baik taw. Kalau tidak siap
adik.”
“ yelah.”
Selepas
bersalaman dengan mereka, aku pun menoleh dan bergerak ke arah balai pelepasan.
Aku tidak mahu lagi menoleh ke belakang tapi hati aku ni degil. Saat-saat
akhir, aku gagahkan juga menoleh ke belakang buat kali terakhir. Mengharapkan
kedatangan insan itu.
Tapi hampa…
kelibatnya tidak muncul. Mungkin betul apa yang dia katakan semalam yang dia
tidak akan ganggu aku lagi. Tulah kau Isha. Sebelum ni jual mahal sangat. Bila
dah sampai tahap parah ni baru lah nak sedih-sedih. Lebih baik tak payah..
Dengan
langkah yang longlai, aku menuju masuk ke dalam balai pelesapan. Tanpa menoleh
ke belakang lagi.
Tiba-tiba
namaku dilaung.
“ Isha…
saya tetap akan tunggu awak…” ternyata itu kata dari Adham. Aku mendengar
laungannya tapi aku sama sekali tidak menoleh. Aku tak nak dia tahu aku
menangis kerananya. Kalau tidak kantoilah yang aku sudah jatuh cinta dekat dia.
Aku terus melangkah tanpa beralih lagi.
Tepukan di
bahu menyetakkan lamunanku. Aku mendongak.
“ apasal
lambat?” soalku lalu seka air mata. Ashraf yang melihat tidak aku endahkan.
“ akak
jumpa dia kan?” aku tersentak. Aku memandang Ashraf.
“ apa
maksud kau ni? Akak tak fahamlah.” Ujarku cuba berselindung.
Ashraf
senyum sinis. “ akak jangan nak berdalihlah. Ashraf tahu akak jumpa dia. Sebab
tulah akak nangis dekat sini.” Aku terdiam akan ujahan Ashraf.
“ so?”
“ akak tak
luahkan ke perasaan akak kat dia?” aku terdiam. Tanpa menghiraukan Ashraf, aku
mengambil beg-beg ku dan melangkah ke luar daripada KLIA.
“ akak..
mengaku jelah. Kenapa susah sangat?” langkahku terhenti. Aku menoleh ke arah
kanan dan melihat Ashraf. Wajahnya jauh beza. Dia lebih matang dan tinggi sikit
daripada aku.
“
Ashraf…kau cakap senang lah. Tapi siapa yang tanggung. Siapa yang merana? Akak
juga tahu tak. Orang lelaki ni cakap memang senang tapi orang lelaki tak tahu
macam mana perasaan perempuan ni. Adik ingat setelah apa yang akak buat kat dia
tu, dia akan terima akak? So sorrylah. Dia pun pandang akak sebelah mata je
sekarang ni. Sudahlah adik. Tak usahlah lagi kita bahas soal itu. Sekarang akak
nak balik and then berehat.” Jelasku panjang lebar kepada Ashraf.
Baru saja
aku ingin melangkah, tanganku di rentap. Sekali gus aku terdorong ke belakang
dan buat aku pusingkan badan ke belakang.
“
Ashraf..lepaskan akaklah.” Suruhku tegas tanpa mendongak ke arahnya.
“ akak…
Ashraf dekat sinilah.” Aku mendongak. Ternyata tekaan aku silap. Rupanya Adham.
“ abang
Adham. Ashraf pergi ke kereta dulu. Nanti hantar akak ke kereta Ashraf ya..”
aku masih kaku tanpa bergerak sedikit pun.
“ Ashraf.. nanti biar abang je yang hantar akak
kamu ni balik. Kamu balik dulu.” Ujarnya serius.
“ baiklah.
Ashraf pergi dulu.”
Selepas
ashraf pergi. Tinggallah kami berdua. Tanganku masih berada dalam genggamannya.
Mujurlah berlapik. Kalau tidak aku bagi penumbuk dah. Tapi beranikah aku? Tambahan
dengan wajahnya yang serius tu. Lebih serius daripada tadi.
“ jom ikut
saya..” arahnya lalu menarikku. Aku tak berani nak menolak jadi aku ikut je ke
mana dia ingin pergi.
Sampai saja
di sebuah kereta Honda CIV. Langkah kami terhenti.
“ masuk ke
dalam..” arahnya sekali lagi. Aku mengeleng.
Aku berhak untuk membantah kerana dia bukan sesiapa untukku walaupun dia insan yang sangat aku cintai.
Segera air mataku seka dan mendongak melihatnya.
Ya Allah. Adakah aku sudah nak bersalin? Sakit sangat.
Aku berhak untuk membantah kerana dia bukan sesiapa untukku walaupun dia insan yang sangat aku cintai.
“ saya kata
masuk tu masuklah!” arahnya lagi dengan nada yang tinggi.
“ awak ni
kenapa? Kenapa paksa saya?” soalku geram. Mataku mula berkaca-kaca.
Wahai air
mata, tolonglah jangan mengalir di hadapan lelaki ni.
“ Isha…
tolong dengar kata saya ni. Tolong ikut saya ke satu tempat.” Aku menggeleng
laju.
Tanpa membalas
kata-katanya, aku terus berlalu dari situ. Aku kalah untuk berhadapan dengan
dia. Aku kalah dengan perasaanku. Air mataku semakin galak mengalir.
“ Isha!”
laungan itu aku tidak hiraukan. Malah langkahku semakin laju.
Tiba-tiba
tanganku di rentap.
“ Lepaskan
sayalah!” suruhku kasar.
“ awak ni
memang degil ya?” aku menatapnya tajam.
“ ya.. saya
memang degil. Jadi? Apa yang boleh awak buat? Paksa saya or tinggalkan saya? Saya
juga memang degil kerana telah jatuh cinta dekat awak. Menangis kerana awak. Memang
betul saya sangat degil.” Luahku dengan penuh perasaan.
Akhirnya aku
dapat luahkan perasaanku kepadanya walaupun keadaan tidak begitu mengizinkan.
“ Isha…
kenapa dengan awak?” aku berkerut dahi.
“ kenapa
dengan saya? Apa maksud awak? Oh… mungkin benar tekaan saya selama ini. Saya pun
terlalu bodoh kerana masih lagi ingin cintakan awak walaupun saya tahu awak
tidak akan lagi ganggu saya. Tidak lagi akan sukakan saya. Okey.. baiklah. Selamat
tinggal!”
Aku terus
berlalu tanpa menoleh ke belakang lagi. Perasaanku kini tidak dapat aku
gambarkan. Mengapa aku mesti berjumpa dengan dia lagi? Dalam keadaan begini? Mengapa?
“ Isha! Awas!”
aku tersentak dan menoleh ke kiri.
Ternyata ada
kereta laju sedang menuju ke arahku. Ya Allah… apa yang akan berlaku selepas
ini kepadaku. Aku redha Ya Allah.
Dengan tenangnya
aku menutup mata.
Tiba-tiba
badanku di tarik. Aku pantas membuka mata.
“ awak tak
apa-apa?” aku mendongak dan melihat wajah Adham.
“ erk…”
pantas aku keluar dari pelukannya.
“
te..terima kasih kerana selamat kan saya.” Ucapku lalu terduduk.
“ eh? Isha
kenapa ni? Awak cedera ke?” aku tersenyum kecil. Ternyata dia masih mengambil
berat akan aku. Adakah apa yang aku katakan sebentar tadi salah?
Segera air mataku seka dan mendongak melihatnya.
“ awak…
kenapa awak masih ambil berat akan saya? Kenapa awak selamatkan saya?” soalku
dengan air mata yang bergenang.
Dia tersenyum
lalu duduk bertinggung di hadapanku.
“ saya
cintakan awak. Awak sudah lupa ke? Saya memang ada kata yang saya tidak akan
ganggu awak lagi. Tapi itu tak bermakna yang saya akan lupakan awak. Saya tidak
pernah berhenti cintakan awak. Ingat tu.” Aku terkedu.
“ Jadi
mulai saat ini, saya tidak akan lagi biarkan awak menangis dan tidak akan
biarkan awak sakiti diri lagi. Saya akan terus lindungi awak. Itu janji saya.” Aku
memandangnya dengan seribu sinar harapan.
“ terima
kasih.”
*****
“ abang! Sakit
bang! Sakit…” jeritku dari bilik.
Ya Allah. Adakah aku sudah nak bersalin? Sakit sangat.
“ Ya Allah
sayang. Kenapa ni?” soal Adham apabila melihat keadaanku.
“ abang…
Isha rasa Isha dah nak bersalin.” Luahku lalu memegang perutku yang memboyot
itu.
“ Ya Allah
betul ke ni? Jom kita ke hospital”
SUARA bayi
yang menangis itu buat aku tersedar. Aku menoleh ke kiri.
“ abang…”
panggilku dengan senyuman.
“ sayang…
anak kita. Kita dapat anak lelaki.” Ujar Adham dengan ceria. Aku tersenyum.
“ kita
namakan dia Airez Ikram. Boleh?” aku tersenyum lagi lalu mengangguk.
“ saya tak
kisah bang. Asalkan kita bahagia dengan kehadiran anak ini.” Ujarku.
“ sayang…
terima kasih kerana sanggup melahirkan anak ini. Susah payah sayang tidak dapat abang balas.” Aku hanya
mengangguk.
Terima kasih
Ya Allah dengan rezekiMu. Berkat kesabaran dan takdirMu telah menemukan kami
dan menyatukan kami. Terima kasih Ya Allah. Aku hanya mampu bersyukur ke atas
kurniaaMu. Aku tidak akan mensia-siakannya.
~ Tamat ~
No comments :
Post a Comment