Aku rasa ingin menangis. Tapi tak boleh. Bukan
sekarang Misya. Bukan dalam bas ni. Aku tak boleh dan tak nak kalau Azfar dapat
tahu. Kuatkan hati kau Misya.
“ please tell me Misya. What wrong with you?” soal
Azfar risau. Aku yang melihat ke luar tingkap mengalih pandangan ke arahnya.
“ kau tahu ke aku ada masalah tadi. Sebab itu kau nak
balik awal?” soalku kembali.
“ ya.. aku tak sanggup tengok kau dalam keadaan yang
tidak serba kena. Tolong beritahu aku.” Aku tersenyum kecil.
“ kau masih ingat akan lelaki yang berada dalam frame
gambar tadi?” dia hanya mengangguk.
“ who?”
“ lelaki itu adalah orang yang paling ku sayang. Tapi
dia telah tarik rasa sayang ku dengan meninggalkan kami semua.” Luahku dengan
sayu.
“ itu…ayah kau?” aku mengangguk perlahan. Rasa sebak
di hati hadir semula.
Mataku kembali berkaca-kaca. Cuma tunggu ingin
mengalir je.
“ kau sabar ya. Jadi abang Shah tu abang tiri kau?”
aku mengangguk lagi dan terus melihat ke luar tingkap. Aku sangat malu jika
mengalirkan air mata dihadapannya. Walaupun dia sepupuku tapi bagi aku dia
tetap seorang lelaki seperti orang lain.
“ aku tak tahu nak kata apa. Tapi kau harus ingat.
Allah sentiasa ada dan aku akan sentiasa berada di samping kau jika kau
memerlukan.”
Aku tersenyum pahit. Walaupun aku tidak melihat dia
tapi aku tahu dia dapat kesan.
Air mataku yang di tahan tadi akhirnya mengalir jua.
Aku harap Azfar tidak Nampak.
“ menangislah jika itu buat kau lega.” Aku tersentak.
Rupanya dia tahu.
“ macam mana kau tahu?” soalku tanpa melihatnya.
“ aku tahu sebab kalau kau rasa sedih atau ingin menangis.
Kau akan mengelak daripada bertembung atau melihat seseorang yang berada di
sisi . Aku tahulah.” Aku tersenyum dalam tangisan.
“ rupanya kau masih ingat akan sikap ku. Terima
kasih.” Ucapku lalu seka air mata yang mengalir tadi.
“ no hal lah. Lagipun kita kan sepupu.” Aku hanya
mengangguk.
“ kuatkan hati kau Misya.”
“ tolong jangan beritahu sesiapa termasuk mak aku. Tolong
ya..” mohonku.
“ jangan risau. Aku akan simpan rahsia ini baik-baik.”
“ terima kasih.”
*****
Darah! Ya Allah.. darah dari mana ni. Darah yang
terdapat di bantalku buat aku jadi pelik.
Aku bangun dari tidur dan menuju ke bilik air.
Saat aku melihat cermin. Aku terkejut
besar. Ternyata darah yang terdapat di bantulku itu adalah dari hidungku ini.
Kenapa pula ni.
Segera aku basuh darah yang berada di hidungku ini.
Harap-harap tiada siapa yang tahu.
Tiba-tiba aku rasa penat sangat. Kenapa pula ni? Mungkin
aku tak cukup rehat agaknya. Tengoklah semalam. Pukul 2 pagi baru boleh tidur.
Habis bengkak mata aku ni. Gara-gara menangis semalam.
Hari ini aku harus ceria dan lupakan apa yang telah
berlaku semalam. Mesti. Aku tak mahu keluarga aku mendapati rahsia aku dan
lihat aku dalam keadaan yang tidak seperti selalu.
“ Misya! Ada orang nak jumpa ni!”
“ siapa?” sahutku.
“ turunlah dulu baru kamu tahu.” Aku mendengus. Siapa
pula yang menganggu orang pagi-pagi buta ni. Aku mandi pun belum. Macam mana
nak jumpa. Haiseehh…
“ mak! Beritahu orang itu supaya tunggu. Misya nak
mandi.” Laungku dengan harapan orang tu dengar.
“ dia kata dia tak boleh tunggu. Dia nak cepat.” Ish..
siapa yang beria-ria nak jumpa sangat tu.
“ yelah… Misya turun ni.” Aku hanya membasuh muka dan
menyarungkan tudung. Harap-harap darah dari hidung ni tak mengalir keluar.
Sampai saja aku di bawah, aku mencari kelibat mak.
“ mak… mana orang tu?” soalku.
“ di luar.” Aku terus bergerak ke luar rumah.
Aku mencari-cari kelibat seseorang tapi tiada siapa
pun. Entah-entah dia sudah balik.
Bagus juga dia sudah balik. Tapi tak mungkin sebab
sebuah kereta yang tidak dikenali masih berada di hadapan rumahku ini. Mana
perginya insan itu.
“ helo! Siapa yang ingin berjumpa dengan saya.” Ujarku
sedikit kuat agar dia tu dengar apa yang aku kata.
“ maaf buat awak tercari-cari. Di sini..” aku
tersentak. Macam aku kenal suara itu.
Aku pegang dadaku yang berdegup kencang ini. Kenapa
pula ni. Dengan perlahan-lahan aku memusingkan badan ke belakang.
“ surprise!” aku terkaku di situ. Sungguh aku tak
percaya siapa insan yang berada di hadapanku kini.
“ terkejut?” aku mengangguk dan makin lama makin lebar
senyumanku.
“ I’m so shock. I very-very shock.” Ujarku sambil
tertawa kecil.
“ sorry jika buat awak terkejut.” Aku tersenyum.
“ macam mana awak tahu tempat tinggal saya ni. Saya
tak pernah beritahu awak pun.”
“ adalah… saya sanggup buat apa-apa saja demi orang
yang saya sayangi. Tahu?”
“ tak tahu pun. Ni… mak saya tak pandang awak pelik ke
tadi?” dia tersengih.
“ mula-mula tu memang. Tapi saya kata yang saya ni
orang teristimewa bagi awak. Mak awak hanya tersenyum.” Aku terlopong.
“ awak… apa ni. Tak baik tahu. Nanti kalau mereka
marah macam mana.” Aku memasamkan muka. Geram lah. Sedap-sedap je kata macam
tu. Ingat kita ni apa.
“ ala.. sorry…” aku mencebik.
“ Misya… sebenarnya saya ada sesuatu ingin meminta
sesuatu dari awak. Saya tahu permintaan ini sangat berat untuk awak tapi saya
harap awak terima.” Aku menjongket kening.
“ kita tunang.” Aku tercengang.
“ saya nak awak jadi orang yang paling bermakna dalam
hidup saya. Kita bertunang. Kalau soal kahwin kita buat lepas awak bersedia.
Boleh?”
Aku terkelu seribu bahasa. Aku tak tahu apa patut aku
jawab. Macam cepat sangat masa berlalu. Macam terlalu cepat perkara ini
berlaku. Aidil kenapa awak buat keputusan begini.
“ kan saya dah kata kat awak yang kita berkawan dulu..lagipun
saya terlalu muda lagi.” ujarku agar dia faham.
“ itu saya tahu. Tapi lebih elok kalau kita dapat
mengenali sesame sendiri selepas berkahwin. Dalam tempoh bertunang ni pun kita
dapat lakukan itu. Saya nekad berbuat keputusan begini kerana saya tak mampu
kehilangan awak lagi. Awak tahu tak yang saya akan jadi gila kalau awak hilang
daripada depan mata saya.”
“ saya layakkah untuk awak. Lagipun saya ni tak lah
sempurna seperti orang lain.” Gumamku perlahan.
“ semua manusia tidak sempurna awak.” Aku tersenyum
kecil.
“ boleh kan?” aku memandangnya dengan dalam dan aku
dapat rasakan yang dia sangat ikhlas. Itu juga buat aku terharu.
“ sebelum tu awak kena minta persetujuan ibu dan ayah
saya dulu. Kalau mereka tidak setuju maafkan saya.” Putusku lalu masuk ke dalam
rumah dengan hati yang riang. Seronok pula. Hehe…
No comments :
Post a Comment