Aku meraup muka berkali-kali. Tak percaya apa yang
telah aku katakan sebentar tadi. Betulkah apa yang aku katakan tadi. Sukar
untuk percaya. Tapi dah terlepas cakap. Kalau terlajak perahu boleh di undur.
Kalau terlajak kata apa boleh buat. Pagi tadi, aku terserempak lagi dengan abang Shah. Semalam pun sama. Tapi pagi tadi berlainan sikit sebab aku di tegur oleh akak Farihah. Aku tak boleh nak mengelak sebab akak Farihah ada. Kalau tidak aku dah lari dah.
Perkara yang paling aku takut terjadi juga pagi tadi.
Peristiwa pagi tadi amat menyesakkan jiwaku. Daripada tiada siapa yang tahu
jadi tahu. Akak Farihah pun turut tahu segalanya. Orang yang paling bersalah
ketika itu adalah abang Shah.
Tapi aku tak berapa pasti adakah muka itu rasa
bersalah mahupun marah. Sepatutnya aku yang marah sebab ibu dia yang buat ayah
aku berpisah dengan mak. Arghh! Kusut fikiran aku.
Peristiwa pagi tadi kembali terimbau di fikiranku.
“ Misya…” panggilan itu buat aku mendongak daripada
membaca. Ketika itu aku berada di tempat berehat.
“ erk…akak..” lidahku kelu untuk berkata-kata kerana
abang Shah turut ada bersama. Aku dapat kesan wajahnya sangat tegang. Aku pun
tak tahu kenapa.
“ Misya…mahu tak akak belanja. Shah.. boleh kan?”
akak.. mesti dia tak sudi sebab aku buat dia marah dan tertunggu akan
perubahanku kini.
“ silakan.” Aku terkedu. Alahai… terpaksalah demi
menjaga hati akak Farihah yang tidak tahu apa-apa itu.
Aku mengekori langkah mereka berdua ke kafe. Waktu
itu, orang tidak berapa ramai kerana mungkin masih awal.
Sampai di satu meja, aku mengambil tempat di sebelah
akak Farihah dan berdepan dengan abang Shah.
“ Misya nak pesan apa?” aku tersenyum melihatnya.
“ apa-apa sajalah akak. Misya tak kisah.” Ujarku.
“ baiklah. Shah awak pilihlah. Kejap ya..akak nak ke tandas kejap.”
Alamak! Kenapa sekarang akak.
Tapi apa pun tak boleh buat kerana akak Farihah sudah
pun bergerak ke tandas. Kini tinggal aku dengan abang Shah. Masing-masing
kelihatan kekok daripada sebelum ni. Semua ini gara-gara sikapku. Bukan itu
saja, kalau aku tidak tahu abang Shah ini abang tiriku. Aku takkan membuat
perubahan pada sikapku kepadanya. Tak akan.
“ Misya… abang sangat perlukan jawapan. Boleh kan?”
soalnya penuh mengharap.
Aku rasa serba bersalah pula. Buat dia dalam keadaan
yang tertanya-tanya akan perubahan sikapku ini. Tapi aku masih belum bersedia.
Tiba-tiba deringan telefon abang Shah berbunyi tanda
panggilan masuk.
“ exucese me..” dia melangkah jauh dariku. Mungkin
panggilan penting.
Aku juga turut berterima kasih kepada yang menelefon
itu kerana aku dapat hindarkan diri daripada menjawab pertanyaan dia.
Sekembalinya akak Farihah ke meja, abang Shah masih
berbual di telefon. Apa agaknya yang penting itu.
“ Misya..kenapa dengan abang Shah kamu tu?” aku hanya
menjongket bahu. Malas nak ambil tahu. Huh! Yelah tu Misya.
Seketika kemudia, abang Shah pun kembali ke meja.
“ siapa call Shah?” soal akak Farihah.
“ ayah I. katanya dia hendak datang ke sini. Dalam
perjalanan.” Aku tersentak. Ya Allah. Kenapa sekarang. Kenapa tidak selepas
ini. Mana mungkin aku akan berhadapan dengan dua orang ini sekaligus.
“ oh.. jadi bila sampai je, dia akan datang ke sini?”
soal akak Farihah lagi.
Anggukan abang Shah buat aku hampir melepaskan sudu
yang di pegang.
Macam mana kalau ayah jumpa aku. Aku kena pergi dari sini.
Mesti!
“ erk..akak. abang. Misya kena pergi dulu. Misya ada
hal lepas ni.” Pintaku lalu bangun berdiri.
“ ala… baru sekejap. Hal apa tu?” akak.. maafkan Misya
kerana terpaksa berbohong.
“ Misya kena jumpa Prof sebab ada perkara yang perlu
di uruskan. Maafkan Misya ya..” pohonku lagi.
“ tak mengapalah. Pergilah. Nanti kita berjumpa lagi.”
Aku hanya tersenyum.
Aku menarik nafas lega apabila sedang berjalan menuju
ke luar kafe. Lega-seleganya.
“ Misya!” laungan seseorang buat langkahku terhenti.
Aku ragu-ragu untuk menoleh sebab aku takut kalau panggilan itu daripada
seseorang yang aku tidak ingini untuk berjumpa sekarang. Ini kerana suaranya
aku pernah dengar sebelum ini.
“ Misya!” haisshh… apa perlu aku buat. Toleh atau
tidak. Arghh! Toleh je lah.
Apabila ku menoleh, aku terkaku di situ. Apa yang aku
takut telah terjadi. Insan yang berada di hadapanku kini adalah ayah kandungku.
Ya Allah bantulah aku.
“ Ya Allah Misya. Ayah rindu sangat ingin jumpa dengan
Misya.” Ujar ayah dengan ceria sambil melangkah ke arahku. Menyesal aku tak
jalan laju-laju tadi. Aku masih berada di dalam kafe.
“ Stop!” arahku dengan tegas kepada ayahku. Ayahku
menurut.
Aku mengalih pandangan ke arah meja akak Farihah dan
abang Shah. Mujur juga mereka masih belum sedar.
“ ayah… tolong jangan datang ke sini. Kan ayah sudah
ada anak.” Ujarku bernada sindiran.
Dia ku lihat sperti terkejut. Memang patut pun
terkerjut sebab hal itu benar.
“ Misya… maksud Misya?” aku merengus kasar.
“ ayah tak usah nak berdolak-dalih lagi. Misya sudah tahu
segalanya tentang keluarga baru ayah tu. Siapa anak lelaki ayah tu. Misya sudah
tahu semuanya. Misya tak sangka juga yang mungkin ayah sudah berkahwin lama
dari mak. Kan?” aku rasa nak menangis je. Mujur orang tidak tengok sebab kami
berada di pinggir kedai.
“ Misya…siapa yang beritahu Misya semua ini?” soal
ayah. Aku tersenyum sinis.
“ Misya tahu kerana anak ayah. Kerana dia telah bawa
Misya ke rumahnya. Rumah ayah. Melalui situlah Misya tahu segalanya.” Balasku
lalu tertunduk. Mataku mula berkaca-kaca.
Misya..jangan macam ni. Aku tak boleh menangis di
depan orang. Apatah pula di depan ayah. Kau harus kuat Misya. Kau pasti boleh.
“ ayah minta maaf jika ayah terlambat ingin beritahu.
Tapi ayah nak Misya tahu yang ayah tak bermaksud pun untuk rahsiakan semua
itu.” Aku mendongak dan menatap ayah tajam.
“ tak bermaksud ayah kata. Apa ni ayah. Misya tak
fahamlah. Lagipun Misya tahu yang ayah lebih sayangkan anak ayah yang bernama
Shahmi tu daripada Misya kan? Misya tahu yang diri Misya dan mak tidak bererti
buat ayah. Kami tahu tapi janganlah buat kami seperti orang yang tidak
berguna.” Ujarku bernada sayu lalu menatap ke arah lain.
Aku ketap bibir dengan kuat kerana tak mahu air mataku
menitis. Tidak di depan ayah.
“ ayah?” aku tersentak dan melihat ke arah ayah. Rupanya abang Shah. Aku rasa dia
sudah dapat dengar segalanya.
“ apa semua ini?” soalnya kepada ayah. Aku hanya
tersenyum tapi sinis.
“ kalau abang nak tahu. Abang tanyalah ayah abang
sendiri. Ayah.. Misya harap ayah sedar akan perbuatan ayah selama ini. Jika
ayah ada rasa sayang terhadap kami walaupun sedikit. Janganlah abaikan kami dan
jangan buat kami seperti orang yang menumpang walaupun ayah telah pun berpisah
dengan mak. Maaf.” Aku terus berlalu meninggalkan mereka.
Hatiku kini sangat-sangat sakit dan amat menyesakkan.
Air mataku menitis akhirnya walaupun cuba di tahan. Aku masih tidak kuat apatah
lagi harus mengharungi seorang diri.
Mak.. Misya perlukan mak.
~ Bersambung ~
No comments :
Post a Comment