Sudah tiba masanya aku pulang ke tempat pengajianku.
Selama dua minggu aku berada di kampong. Pelbagai perkara yang telah berlaku. Sampai di luar
dugaan aku pun ada.
Aku harap bila sampai saja di sana. Aku dapat lupakan
apa yang telah berlaku. Terumata hal abang Shah. Ya Allah macam mana aku nak
berdepan dengan dia selepas ini. Kuatkan hatiku ini. Amin…
“ Misya… nanti siapa hantar kamu?” soal mak ketika aku
sedang mengemaskan barang.
“ Misya balik naik bas la mak. Siapalah nak hantar
Misya.” Ujarku lalu menutup zip beg.
Semuanya sudah sedia. Bagus.
“ abang Shah kamu tak hantar ke?” aku tersentak.
“ Misya tak beritahu dia yang Misya akan pulang hari
ini. Kalau di ikutkan esok baru Misya balik. Tapi Misya nak pulang lebih awal.”
Jelasku. memang betul. Aku langsung tidak beritahu dia. Kalau boleh aku tak nak
lagi berhubung dengan abang Shah. Tapi aku takut dia bertambah curiga pula.
“ apa kata aku hantar.” Suara Azfar buat kami berdua
menoleh ke arah pintu.
“ tak usahlah. Aku tak nak menyusahkan kau.” Tolakku
dengan baik.
“ biar Azfarlah yang hantar kamu. Mak pun tak berapa
risau sangat. Boleh kan?” aku mengetap bibir. Macam mana ya…
“ oklah. Tapi kau nak hantar aku naik apa? Jalan kaki?”
soalku lalu tersengih.
“ aku pinjam kereta ayah kau. Aku dah minta kebenaran
dah. So?”
“oklah.” Putusku.
“ kalau begitu aku tunggu di bawah.” Aku hanya
mengangguk.
“ mak… Misya pergi dulu. Kalau berlaku apa-apa telefon
Misya. Tahu?” mak hanya mengangguk.
Sebelum aku keluar, buat kali terakhir aku belek
diriku di cermin. Ok. Perfect!
Baru aku teringat jadi aku menoleh ke arah mak.
“ kenapa pula?” soal mak.
“ pasal pertunangan tu…” mak tersenyum.
“ itu kamu tak usah risau. Mak dan ayah akan uruskan.
Kalau ada apa-apa mak akan beritahu kamu.ok?” aku tersengih.
“ ok.”
*****
“ bila pula kau akan balik kampong?” soal Azfar
tiba-tiba.
“ entahlah. Mungkin selepas peperiksaan pula. Kau tu
selepas ni nak sambung belajar di mana?”
“ aku belum buat keputusan. Kalau boleh aku nak pergi
KL.” Aku hanya mengangguk. Eh? Kejap-kejap..
“ kau ni ada lesen ke tak?” soal ku risau. Dia ku
lihat tersengih.
“ kau rasa?” aku terlopong.
“ tak ada? What?”
“ oit… gila tak
ada. Adala.. kalau tidak ayah kau tak benarkan aku pinjam kereta dialah
dan aku pun tak berani naik. Kalau kena saman nanti siapa yang susah. Aku
juga..” aku tersengih. Betul juga apa yang dia kata tu. Apalah aku ni.
“ manalah tahu. Kau ni pun bukan boleh caya sangat
kan?” dia hanya menjeling geram.
“ ermm… aku nak tahu macam mana orangnya tunang kau
tu.. hensem ke tak. Baik ke tak.” Aku tersengih.
“ apasal tetiba pula ni?” soalku sambil menjelingnya.
“ teringin juga nak tahu siapa yang buat sepupuku ini
jadi angau.” Aku tersengih buat sekalian kalinya.
“ perli Nampak. Nanti kau akan tahu juga. Dia boleh
tahan hensem dan semestinya baik.” Ujarku.
“ baguslah kalau begitu. Aku harap kau akan bahgia
berada di sampingnya.” Aku tersenyum.
“ amin…”
“ aku nak tahu boleh?” soalku.
“ what?”
“ siapa orang yang telah buat kau angau tu?” aku
sedari riak muka dia berubah.
“ itu…erk.. lupakanlah. Lagipun aku dah beritahu kau
yang dia sudah terlepas kerana aku terlewat.” Aku terdiam.
Cara dia cakap tu macam orang yang dia suka tu ada di
hadapan aku. Tapi aku tak dapat kesan sebab dia kembali senyum seperti biasa.
Kenapa susah sangat ya… Azfar..Azfar..
*****
Aku tersenyum girang saat berada di hadapan bilikku di
UITM ini. Aku tak pasti sama ada Dila dan Syifa sudah pulang kerana aku pulang
lebih awal. Mujur jugalah kunci bilik di berikan seorang satu. Kalau tidak
susah juga aku.
Selepas Azfar menghantarku tadi, aku ada berkata
padanya dan aku pasti dia akan faham maksudku itu.
“ Azfar. Walau apapun yang terjadi nanti dan sekiranya
orang yang kau suka tu tidak lagi kembali pada kau. Aku harap kau bersabar dan
terima qada’ dan qadar Nya. Ingatlah yang Allah sentiasa bersama kau. Aku juga
sebagai sepupu dan kawan kau sentiasa menyokong kau dari belakang. Ingat tu.”
Pesanku ikhlas dan buat dia tersenyum.
“ terima kasih Misya. Aku akan pegang kata-kata tu.
Aku akan cuba lupakan dia dan mulakan
hidup yang baru agar aku dapat bertemu dengan orang yang lebih sesuai
untuk aku.” Aku hanya mengangguk lalu tersenyum. Baguslah kau faham.
Deringan telefon menyentakkan lamunanku. Aku tersenyum
sendirian kerana sempat lagi termenung di depan pintu ni tanpa buka dan masuk
ke dalam. Teruk betul.
Deringan telefonku sebentar tadi tanda pesanan masuk.
Aku hanya membiarkanya dan mengambil kunci untuk membuka pintu.
Pintuku kuak dengan perlahan. Beg di bawa masuk hingga
ke katil. Selama dua minggu aku tidak berada di dalam bilik ni. Terasa rinduu
pula. Rindu dengan keletah mereka berdua tu. Hurrmm…
Ha! Baru aku teringat. Pesanan yang aku terima belum
di baca. Pantas aku membuka.
Misya.. esok abang akan balik. Misya nak abang
hantarkan ke?—abang Shah.
Selesai membaca pesanan itu, aku jadi kaku. Kenapa di
saat aku ingin merasa gembira, pasti aka nada orang yang buatku kembali
teringat kenangan lalu. Mengapa?
Pesanan itu ku biarkan saja tanpa membalasnya. Apa nak
jadi, jadilah. Tapi patutkah aku melayannya sebegitu sedangkan dia tidak tahu
apa-apa soal itu. Dan dia tidak bersalah.
Arghh! Aku tak kira. Yang penting dia telah rapat dan
anak kandung ayah aku. Mana mungkin aku akan cepat menerimanya setelah
perbuatan ayah terhadap keluargaku. Tidak secepat itu akan aku maafkan.
Ya Allah. Adakah perbuatanku ini salah. Salahkah apa
yang telah aku lakukan ini. Patutkah? Ya Allah bantulah aku yang berada dalam
keadaan yang buntu ini. Aku sangat memerlukan bantuan-Mu.
Deringan telefonku sekali lagi berbunyi tanda pesanan
masuk. Apabilaku lihat dari abang Shah sekali lagi.
Misya.. are you okay? Kenapa tak balas message abang?”
–abang Shah.
Aku rasa nak baling je henset ni kat luar. Tapi tak
boleh sebab henset ini pemberian mak. Mak yang telah bersusah payah membelikan
aku henset ini. Walau tak seberapa mahal, tapi aku sangat hargai titik peluh
mak.
Dengan hati yang berat, aku terpaksa membalas message
dari dia.
Maaf kerana lambat balas. Misya tak apa-apa. Misya ok
je. Abang tak usah hantarkan. Azfar ada. Jadi abang tak usah risaukan misya.
Okla misya ada kerja ni. Bye!—aku
Selepas menghantar pesanan itu, aku terus off henset.
Sekarang, aku sangat-sangat perlukan ketenangan dan perlu bersendirian.
*****
Aku terjaga dari tidur saat mendengar suara azan.
Mataku ditenyeh-tenyeh dan mengambil jam di sebelah.
Patutlah. Sudah pukul 1:35 petang. Agaknya sudah
berapa lama aku tidur ya. Jadi sekarang aku perlu solat.
Pasti esok abang Shah akan cuba cari aku. Aku juga tak
boleh terus-terusan lari daripada bertembung dengan dia. Apa perlu aku buat.
Macam mana aku nak beritahu mak dan ayah soal ini. Aku
tak kuat dan masih dalam keadaan yang tidak berapa baik. Aku sangat perlukan sokongan
seseorang ketika ini. Ifah.. aku sangat perlukan kau.
Aku perlu menelefon dia.
Selepas melipat telekung dan sejadah, aku kembali
duduk di birai katil dan on kan henset.
Aku jadi terkejut kerana terdapat 5 pesanan SMS dan 10
kali missed call dari orang yang berlainan.
Misya.. abang tak tahu apa masalah Misya sekarang ni.
Sebab abang dapat rasakan sikap Misya sekarang ni cuba nak jauhkan diri dari
abang. Kenapa? Abang harap Misya dapat balas SMS abang. –abang Shah.
Hensetku di genggam kuat. Maafkan aku abang Shah. Tapi
sekarang bukan masa yang sesuai untuk Misya luahkan segalanya. Aku teruskan
membaca pesanan seterusnya.
Misya. Abang akan tahu selepas abang berjumpa Misya di
kolej nanti. Abang akan tunggu.—abang Shah.
Aku tersentak. Itu sudah pasti dan tekaan aku pasti
tepat. Dia akan datang cari aku juga akhirnya.
Misya.. terima kasih kerana berikan pesanan yang
begitu bermakna buat aku. Aku akan hargai itu. Terima kasih sekali lagi—Azfar.
Aku tersenyum. Sama-sama Azfar.
Awak.. umi saya kata hujung bulan ni juga kita akan
bertunang. Boleh kan? Saya akan tunggu saat itu. Aidil. – Aidil.
Macam mana dia boleh tahu nombor aku. Mesti seseorang
yang telah kasi kepada dia. Tapi dia buat aku tersenyum lagi. Nampaknya dia tak
sabar ingin jadi tunang aku.terima kasih Aidil kerana sudi terima saya.
Maaf jika buat Misya terganggu. Cuma ayah nak sekali
berjumpa dengan Misya. Ayah nak jelaskan segala-galanya dan ayah nak meminta
maaf. Tolonglah Misya. Sekali pun cukuplah. – ayah.
Aku terpaku. Tidak semena-mena hensetku jatuh dari
tangan. Ayah nak berjumpa. Tapi untuk apa lagi. Aku masih belum bersedia.
Apatah lagi selepas dapat tahu abang Shah adalah abang tiriku. Aku tak kuat
lagi.
Missed call kebanyakannya adalah dari ayah dan lagi
dua dari abang Shah. Mereka anak beranak sama ja. Suka menganggu aku. Ya
Allah.. terlalu celopar mulutku ketika ini. Mungkin kerana aku sangat geram dan
marah ketika ini. Maafkan aku Ya Allah.
~ Bersambung ~
terbaiklah,haha...best gak kisah nie. ;)
ReplyDeletenanti buat kisah2 yg lebih menarik lagi,tau...
okay,goodluck yow...
^^ thanks. InsyaAllah akan ada lagi kisah menarik.. teruskan menyokong dn menunggu...
Delete