Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Friday 7 September 2012

Hati Ku Yang Kau Miliki (bab 10)


Puas aku berdiri. Aku kembali duduk. Melihat sekeliling yang penuh dengan orang tu menambahkan lagi sakit kepala aku. Macam-macam yang sedang aku fikirkan ketika ini.
“ Ya Allah budak ni. Cuba duduk diam-diam sikit. Kenapa ni? Resah semacam je..” aku menilik jam. Lagi 10 minit mungkin dia akan sampai.

“ memang  resah. Resah tunggu seorang sepupu yang cukup Misya geram dan tak berapa suka.” Ujarku geram.
“ sabar Misya. Cuba bawa bertenang. Mana tahu dia sudah berubah.” Aku berfikir sejenak. Cakap abang Shah tu ada betulnya juga. Tapi…

Aku pantas menggeleng. Dia tidak mudah berubah.
“ kenapa pula? Abang nak tahu ni. Sepupu Misya tu lelaki ke perempuan?” aku mengalih pandangan ke arah abang Shah.

“ lelaki. Sama macam sikap abang. Tapi dia lagi teruk lah.” Ujarku selamba lalu tersengih apabila mendapat jelingan maut dari abang Shah.
“ perli Nampak.” Aku tersengih.

“ sorry.” Ucapku.

“ oklah. Bila sepupu Misya nak sampai ni.” Aku menilik jam.
“ lagi beberapa minit kowt…”

Aku sekarang berada di stesen bas Perak untuk menjemput sepupu aku dari luar Negara itu. Kalau tidak kami kena menjemput dari lapangan terbang Kuala Lumpur. Tapi aku tiada masa ingin ke sana walaupun aku datang dengan abang Shah. Aku ada bertanya juga kepadanya kenapa tidak balik terus je ke stesen Pulau Pinang. Jawapan yang aku dapat adalah Cuma tiket ke Perak je ada masa dia hendak beli tu.
Mahu ke tak mahu ke. Dia terpaksa beli. Boleh ke macam tu?

Sebab itulah kami menjemputnya disini. Aku terfikir-fikir jugalah kenapa tak ibu bapa dia saja yang datang jemput. Tapi bila aku ingatkan kejadian 5 tahun lalu, aku jadi rasa serba salah. Yalah ibu dan ayah dia mati dalam kemalangan dan dalam kemalangan itu hanya dia yang selamat.

Tengoklah aku ni. Sampai perkara besar macam tu pun boleh lupa. Teruk betul. Kalau dia tahu mesti hati dia terasa. Walaupun dia lelaki tapi perangai mengalahkan perempuan. Suka merajuk.
“ bas sepupu Misya nombor berapa?” soal abang Shah.

“ erk… tak silap Misya… err… entah.” Balasku selamba. Aku pun tak ingat dah. Dia beritahu semalam. Manalah aku nak ingat.

“ Ya Allah budak ni. Teruk betul.” Aku hanya mencebik.
Mana dia ni. Apasallah kau lambat sangat. Kalau aku tinggal gaduhlah marah lepastu merajuk mengalahkan perempuan.

“ apa yang Misya tengah merepekkan tu.” Aku tersentak. Abang tahu ke?
Mungkin abang Nampak mulut aku terkumat-kamit kowt..hehe..

“ adalah.. kalut je abang ni.” Ujarku. Abang Shah hanya menggeleng-geleng.
Sambil-sambil aku perhati keadaan sekeliling, aku rasa bahuku di cuit. Tapi aku tidak hiraukan. Mungkin silap orang. Tapi aku terpaksa menoleh apabila kali kedua bahuku di cuit oleh seseorang.

“ Assalamualaikum my beloved cousin…” ucapnya dan buat aku terkaku.
“ This is Azfar? My cousin?” soalku sukar untuk percaya.

“ yes. This me. Why? You do not believe?”

“ no..i believe. But you look different. So different before this.” Ujarku. Aku menjeling abang Shah sedang senyum mengejek ke arahku. Yalah.. salah aku kerana tidak percaya dia akan berubah. Huh!
“ itu Azfar yang lamalah. Ini Azfar yang baru.” Aku tersenyum.

“ baguslah kalau begitu. Ops!! Terlupa nak jawab salam. Waalaikumussalam.” Aku tersengih.
“ tahu pun. Can I ask something?” aku hanya mengangguk.

“ who is this?” aku melihat sebelah dan tersenyum.
“ this is my brother.” Dia tersentak.

“ brother?” abang Shah tersenyum.
“ yes. She took me as his brother.” Aku tersengih saat melihat Azfar sukar untuk percaya.

“ sudahlah. Panjang cerita dia. Nanti aku cerita lain. Sekarang jom balik. Aku dah letih tunggu kau berapa jam lamanya. Penat tahu…” leterku dengan muka geram.
“ sorrylah. Jalan sesak. Itu pun nak marah.” Aku mencebik. Alasan yang tidak boleh dipakai.

“ sudah-sudah. Kalau korang tak nak balik. Abang Shah balik dulu.”

Aku dan Azfar tersengih.
“ok…”

*****
Petang itu di rumah , keluarga aku sangat riuh kerana sepupuku baru balik. Abang Shah aku pun ada. Alhamdulilah juga kerana ayah aku tak marah kerana aku anggap abang Shah seperti abang aku sendiri. Dia lagi mengalu-alukan sebab aku sunyi di sini.

Semalam abang Shah telah tumpang tidur di rumahku atas desakan orang tuaku. Aku apa lagi boleh buat. Turut je lah.
Aku malas ingin turut serta dalam perbualan keluarga aku dengan sepupu. Jadi aku turun ke bawah dan menuju ke belakang rumah. Apa lagi kalau bukan melihat pemandangan yang cantik . Itu sajalah tempat aku suka dan tempat kegemaran aku sampai bila-bila.

Aku berasa gembira sekarang kerana aku sama sekali tidak sangka yang Azfar akan berubah. 100% berubah tu. Yalah… dulu aku tengok dia suka berambut panjang. Lebih kurang lebih daripada bahulah. Lepas tu Nampak selekeh. Pakai seluar pun koyak rabak. Aku Tanya kenapa. Dia kata fesyen.
Tolonglah… tak elok langsung. Tapi sekarang dia memang jauh beza. Lebih kemas dan hensem gitu. Che wah.. dulu bukan tak hensem tapi Nampak  selekeh. Sekarang jauh lebihlah. Hehe…

Dan yang buat aku sangat terkejut semasa aku melihatnya dia tadi, dia pakai songkok. Serius? Sukar untuk percaya kan? Mungkin di luar Negara dia belajar lebih bab agama. Mungkin.

Lagipun dia jadi begitu disebabkan ibu dan ayah dia. Dia tidak dapat terima apabila ibu dan ayah dia sudah meninggal. Apatah lagi masa tu dia baru berusia 12 tahun. Aku rasa sedih sangat ketika melihat keadaan dia masa itu.
Tapi atas dorongan kami sekeluarga. Dia kembali kepada kehidupan asal. Cuma selepas itu dia jadi nakal dan suka merajuk. Yang aku katakan tu. Itulah… mana dia dapat pun tak tahulah.

“ Hamisyah!” sergahan itu buat aku hampir melatah. Mujur aku sempat menutup mulut. Siapakah gerangan itu?
“ dia sudah datang…” inilah salah satu sikap dia. Suka buat orang terkejut.

“ siapa?” aku menepuk dahi. Buat-buat Tanya pula.
“ kaulah. Siapa lagi.” Dia tersengih.

“ amacam sekarang? Belajar di mana?” soalnya.
“ di UITM Arau Perlis. Kenapa kau balik sini… bukan ke kau patut belajar di sana banyak tahun lagi. Selepas SPM bukan ke kau sambung belajar di sana?”

“ penat dah. Dua tahun aku disana belajar sampai dapat keputusan SPM. Aku buat keputusan untuk pulang ke tanah air. Rindu.. Lagipun sunyilah aku duduk sorang-sorang di sana.” Aku tersenyum.
“ alah.. carilah awek. Awek Mat Salih kan banyak di sana..” ujarku sambil tersengih.

“ Pleaselah. Not my taste ok.” Aku tertawa kecil.
“ betul ke apa yang aku dengar ni? Bukan taste kau? Bukan dulu itu ke taste kau?”

“ Misya.. setiap manusia di beri peluang untuk berubah kan… Jadi aku sudah berubah. Aku bukan Azfar yang dulu.” Ujarnya serius dan buat ketawa aku mati.
“ maaf. Aku tahu.” Balasku lalu menatapnya.

“ oklah….”

“ lepas ni kau nak belajar kat ne?”
“ di tempat kau boleh?” aku terlopong.

“ serius?”
“ tak tahu lagilah. Masih membuat keputusan.” Aku mengangguk perlahan.

Baru tadi aku perasan sesuatu dekat diri dia. Iaitu perasaan yang ceria dan gembira. Mungkin selepas dia berubah. Baguslah kalau begitu.
“ erk… aku nak Tanya sesuatu boleh?” soalnya.

“ boleh.”
“ aku ada dengar dari orang terdekat. Ayah kau datang cari kau. Betul ke?” aku tersenyum hambar.

“ haah…sebulan yang lepas.” Cepat betul berita ni tersebar.
“ kau … erk… kau tak rasa gembira?” soalnya ragu-ragu. Aku melihat ke hadapan dan bangun berdiri.

“ entahlah… aku pun tak tahu. Sedih, terharu, gembira… aku pun tak tahu. Yang aku tahu semasa aku jumpa dengan dia. Aku rasa marah. Kenapa dia mesti tinggalkan aku dengan keadaan yang aku sendiri tidak pasti.” Jelasku dan berjalan. Azfar turut mengekoriku dari tepi.
“ sabarlah.. aku pasti nanti kebenaran itu akan kau ketahui.” Aku Cuma tersenyum.

“ Insya-Allah.” 

~ Bersambung ~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers