Selepas sebulan aku di U arau ni. Aku mengambil
keputusan untuk pulang ke rumah. Lagipun sekarang tengah cuti semester.
“ abang Shah
kau tunggu di bawah.” Ujar Dila. Aku yang sedang mengemas beg mendongak ke arah
Dila.
“ buat apa?” soalku.
“ entah. Turun jelah. Misya.. dalam cuti semester ni
kan, aku harap kita akan selalu berhubung. Cuti dua minggu tu.” Aku tersenyum.
“ pasti.” Selepas mengemas segalanya, aku pun bawa beg
dan turun ke bawah.
Sampai saja di tempat perhentian bas, aku Nampak abang
Shah berada di situ.
“ abang.. apa yang abang buat disini?” soalku pelik.
“ abang nak hantar Misya lah.” Aku menjongket kening.
“ untuk apa? Misya boleh naik bas lah. Lagipun nanti
akak Farihah marah pula.” Ujarku bernada usikan.
“ taklah. Abang sudah beritahu dia. Dia lagi suka
abang hantar Misya.” Aku hanya menjongket bahu.
“ ikutlah. Dah abang ada. Jadi jimatlah duit Misya.”
Ujarku sambil tersengih.
“ amboi..tak
apa. Rezeki.” Aku tersenyum.
“ nanti abang tumpang tidur rumah Misya boleh?” soal
abang Shah ketika dalam perjalanan.
“ buat apa? Tak usahlah. Lagipun itu rumah ayah Misya.
Bukan rumah mak. Apa kata orang pula.” Ujarku.
“ saja. Nak kenal-kenal. Tak boleh?”
“ bukan tak boleh. Tapi tak usahlah sampai nak tumpang
tidur.. ha.. rumah abang kat ne?”
“ kat Pulau Pinang gak.” Aku tersentak.
“ serius? Kenapa Misya tak tahu pun?”
“ manalah nak tahu dah orang tu tak Tanya. jadi abang
tak nak cari malu kalau beritahu.” Aku tersengih.
“ hehe…sorry. Abang tinggal daerah mana?”
“ itu biar rahsia dulu. Insya-Allah dalam cuti ni,
abang akan bawa Misya ke rumah abang. Jumpa keluarga abang. Pasti mereka suka.”
Aku tersenyum. Abang Shah memang baik.
“ terima kasih.”
*****
Aku tersenyum lebar saat ternampak mak di luar rumah.
Selepas turun dari kereta abang Shah, aku bergegas
menuju ke arah mak dan memeluknya.
“ mak…”
“ anak mak. Kenapa tak beritahu nak balik?” soal mak
lalu meleraikan pelukan.
“ nak bagi surprise.” Ujarku ceria. Mak hanya
tersenyum.
“ siapa tu?” soal mak sambil melihat abang Shah. Aku
tersenyum.
“ kejap. Abang.. sini..” panggilku. Abang Shah pun
menuju ke arah kami.
“ assalamualaikum mak cik.” Tegur abang Shah lalu
menyalami mak.
“ waalaikumussalam.”
“ mak.. ini abang Shahmi. Abang Misya.” Mak
menjelingku manja.
“ dia ambil saya sebagai abang dia makcik. Jadi saya
terima je lah sebab saya pun inginkan seorang adik.” Jelas abang Shah. Mak
tersenyum.
“ mak cik tak marahlah. Cuma pandai Misya cari. Shah.
Selepas ini panggil je mak. Ya?” aku tersengih.
“ erk… boleh ke?” soal abang Shah ragu-ragu.
“ mestilah boleh.” Sokongku sambil tersengih. Abang
Shah akhirnya mengangguk.
“ masuklah…”
“ MISYA tak beritahu pun belakang rumah Misya ni ada sawah padi”.
Aku tersenyum saat abang Shah menyapa.
“ buat apa nak beritahu. Tak penting pun.” Ujarku.
Angin sepoi-sepoi buat aku bertambah tenang. Sudah
lama aku tak rasakan ketenangan ini. Selepas SPM, aku sibuk tolong mak buat
kerja. Lagipun masa tu aku tiada apa yang ingin di buat. Dan selepas mendapat
keputusan, dalam dua minggu selepas itu. Aku mendapat tawaran pula dari UITM
Perlis.
Jadi memang tiada masa ingin duduk belakang ni. Jadi
sekarang aku luangkanlah masa di sini.
“ abang nak Tanya sikit boleh?” aku hanya mengangguk. Sambil-sambil
itu aku menjeling abang Shah di sebelah.
“ Misya dan Aidil tengah bercinta erk?” aku tersentak.
“ er… tak lah.” Aku berdalih. Memang kami tak bercinta
sebab kami masih berkawan. Betul tak kalau begitu?
“ eleh… tak konon. Cuba cakap dengan abang
betul-betul.” Aku menghembus nafas pasrah.
“ yelah. Misya akan beritahu. Memang betul kami
masing-masing ada perasaan dan sudah luahkan pun. Tapi buat masa sekarang kami
hanya berkawan. Berkawan dulu.” Jelasku dan perkataan berkawan ku tekan agar
abang Shah faham.
“ baguslah kalau begitu. Eloklah kalau berkawan dulu.
Walaupun masing-masing dah sama suka. Tapi abang nak tahu juga. Macam mana
korang boleh suka sama suka ni. Abang rasa tak sampai dua bulan korang
berkenalan.” Abang ni nak cuba korek rahsia aku ni.
“ panjang ceritanya abang..”
“ pendekkan..” pintasnya. Aku menjeling geram dan dia
hanya tersengih.
“ macam ni. Kami berkenalan semenjak sekolah rendah
lagi.” Ujarku dan kenyataan itu memang buat abang Shah terkejut.
“ biar betul. Sampai sekarang?” aku mengangguk.
“ sukarkan untuk percaya. Misya pun sebenarnya memang
sukar untuk percaya. Ramai orang kata dan Misya pun ada katakan yang cinta masa
zaman sekolah ni hanyalah cinta monyet. Tapi entahlah…” bila sebut soal cinta monyet ni aku jadi
malu.
Ya Allah..apasallah aku pi sebut soal cinta monyet tu
pula. Pipiku pegang dan aku rasa pipi aku sudah merah kerana malu.
“ eh? Apasal dengan Misya pula ni. Merah pula pipi
tu.” Aku tersentak . yeke? Allah malunya aku.
“ tak ada apalah. Mungkin cuaca panas yang jadi macam
ni.” Nafiku.
“ apa yang Misya katakan tadi tu memang ada betulnya.”
“ tulah. Dan Misya tak sangka yang Aidil masih ada
perasaan dekat Misya. Kalau abang nak tahu, setiap kali berdepan dengan Aidil.
Hati Misya ni berdebar dan Misya dapat rasakan getaran yang sangat hebat.
Apakah maksud itu?”
Abang Shah tersenyum.
“ itu maknanya Misya sudah jatuh cinta dengan Aidil.
Mungkin dulu memang betul Misya suka dekat dia tapi ada rasa tak macam
sekarang.” Aku menggeleng.
“ Cuma berdebar-debar je.”
“ betullah tu. Misya kembali jatuh hati kepada Aidil.”
Iya ke?
“ sukar untuk percayalah bang. Dulu, berapa kali pun
Misya cuba ingin lupakan dia tapi tak boleh. Kadang-kadang tu tiba-tiba je
teringatkan dia. Sukarlah…” luahku.
“ mungkin itu cinta sejati korang berdua.” Aku hanya
menjongket bahu.
“ tapi Misya masih perlu belajarlah bang. Lupakanlah
soal itu.” Suruhku.
“ terserah. Tapi ingat..kalau suatu saat nanti Misya
nak berkahwin, jangan lupa jemput abang dan akak Farihah erk…” aku membulatkan
mata.
“ abang…apa ni?” ujarku geram. Dia hanya tersengih.
“ mana tahu nanti Misya akan berkahwin dulu dari
abang.” Aku mencebik. Kalau mengusik nombor satu. Huh!
Alamak!... Ya Allah… alahai!!
Aku gigit jari.
“ kenapa pula ni?” soal abang Shah akan perubahanku.
Aku memandangnya meminta simpati.
“ esok… Misya akan pergi jemput sepupu Misya dari luar
Negara di Perak.” Ujarku.
“ lorh..itu je ke. Pergi jelah. Apa salahnya.” Aku
pantas menggeleng.
“ tak nak. Misya tak suka. Setiap kali Misya berjumpa
dengan dia pasti akan berlaku pertelingkahan. Dan dialah selalu mulakan. Apatah
lagi suka mengusik. Samalah macam abang.” Dia tersengih sambil menggaru
kepalanya yang tidak gatal itu.
“ tak apa. biar abang temankan. Boleh?” aku tersenyum
ceria.
“ betul ni?” soalku meminta kepastian.
“ ye adikku. Abang akan ikut.” Aku menjerit girang.
“ yeay… sayang abang.” Hehe…
No comments :
Post a Comment