Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Google+ Followers

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Saturday, 1 September 2012

Hati Ku Yang Kau Miliki (Bab 2)


Minggu orentasi yang sangat memenatkan aku. Sebelum ni taklah sepenat ni. Masa sekolah menengah tak lah penat sebegini. Mungkin dah dewasa. So kena beratkan sikit la kowt..


Atau abang dan kakak senior  ni nak buli kami. Arrgghh… penat sangat. Baru dua hari. Lagi 5 hari. Mak…nak balik. Akak dah tak tahan. Huhu…


“ Weh..sabarlah.” tegur Dila. Aku yang sedang melepaskan lelah di kerusi batu tepi padang Cuma tersenyum hambar.


“ sabar-sabar juga. Tapi mereka tu macam nak buli kita. Aku tahu lah kita ni budak baru. Tapi berilah peluang sikit untuk kita orang ni bernafas. Semput tahu..” ujarku tak puas hati…

“ hurmm..apa boleh buat. Terima jelah seadanya.” Ujar Syifa pula.

“ ehem…ehem…” suara deheman itu buat kami berempat menoleh ke belakang. 

Ternyata abang senior atau ketua kumpulan kami. Mujur kami di sama kumpulan.


“ penat?” soalnya. Kami berempat hanya diam. Abang ni memang nakal dan suka mengusik kami.

Apatah lagi aku. Kadang-kadang tu serius sangat. Sampai orang nak senyum sikit pun tak boleh. Dan di jadikan satu cerita adalah abang senior ni abang yang aku tegur tanyakan tandas tu. Mujur dia tak ingat aku.


“ penat?” soalnya lagi dalam nada lembut. Aku bosan jadi aku menjawab.

“ penatlah juga…kenapa? Bang Shah kita ni nak tolong ke?” soalku lalu mengalih pandangan ke arah Dila. Aku dapat kesan sebentar tadi Dila mengenyit matanya. Aku hanya tersenyum dalam hati. kalau senyum di luar, nanti kena perli.


“ tolong? Tolong apa tu?”

“ tak ada apalah. Korang..jomlah kita gerak. Nanti kena denda pula kalau lambat.” Ujarku kepada mereka bertiga.

“ Hamisyah tunggu! Yang lain boleh pergi dulu.” Ujar abang Shah itu tanda arahan.

“ kau ok ke seorang?” soal Syifa.

“ apa boleh buat. Nak kena marah? Korang pergilah dulu. Nanti aku menyusul.” Mereka hanya mengangguk lalu berlalu.

Sekarang tinggallah aku dan abang Shah ni.

“ kenapa?” soalku tanpa melihat ke arahnya. Dia ni jangan buat tak endah je. 

Nanti kena marah free je. Apa-apa pun dia tetap yang tua dan merupakan ketua kumpulan kami.


“ kenapa dengan awak ni?” soalannya buat aku menjongket kening.


“ kenapa dengan saya? Saya ada buat salah ke abang? Kalau ada maafkan saya.” Ujarku dalam nada lembut.


Aku lihat dia mengeluh. Aku tak tahu kenapa tapi macam berat je.


“ saya minta maaf jika buat awak dan kawan awak penat. Tapi dah itu tugas kami sebagai abang senior. Jadi apa lagi yang kami boleh buat.” Aku tersenyum.

“ abang Shah jangan risau lah. Kami faham dan akan cuba faham.”ujarku lalu memusingkan badan untuk beredar. Lagi lama aku di sini, nanti akan timbul gossip pula. Yelah abang Shah ni boleh tahan hensem gak. Tapi rugi bagi orang yang minat dekat dia sebab dia dah ada makwe.


“ tak puas hati ke?” laungnya dari jauh. Aku tak menyahut tapi hanya melambaikan tangan tanda malas nak layan.


Pergi join kawan lagi syiok…heheh…

*****

Aku tersenyum saat teringat kenangan masa darjah satu.

“ sorry sangat. Tak perasan yang pensel ni terlalu dekat dengan hidung tu. Nasib tak kena mata.” Aku tersenyum.


“ ok. Aku ok. Tak apa.”


Aku asyik tersenyum saat teringat kenangan itu. Entah mengapa sudah lama aku tak ingatkan dan sudah lupakan mungkin. Sekarang jadi makin teringat pula.


Nak tahu kenapa dengan atas hidungku itu. Macam ni cerita dia.

Masa tu aku sedang bersembang dengan kawan aku ni Ifah. Yang budak laki duduk depan aku ni, rabat (duduk) atas meja supaya dapat pergi ke kawan dia sebelah aku ni. Yang aku tak sedar adalah dia bawa pensel.


Perbualan aku dan Iffah tergendala gara-gara budak tu. Sedap-sedap je rabat (duduk) atas meja aku ni. Dan yang jadi ceritanya, apabila ku menoleh ke arah dia, atas hidungku di cucuk pensel yang dia pegang tu. Jenama HB pula tu.

Sakit kowt… berapa kali aku tenyeh pun takkan keluar punya. Yang aku nak tergelak adalah begitu senang aku maafkan dia. Sebab dulu aku minat dan suka kat dia. Haha.. lawak betul. Yalah kecil-kecil dah pandai bab suka-suka ni. 

Apalah nak jadi ngan aku ni. Kah..kah..kah..


Dan tanda hitam pensel tu sampai sekarang tak hilang.


“ Hamisyah!” laungan seseorang buat aku tersedar dari lamunan. Kacau daun betullah. Aku nak termenung sikit pun tak boleh. Tapi masalahnya aku tengah makan ni. Itu pun boleh termenung. Pelik betul aku ni.

Hamisyah!” laungan itu lagi. Siapa tu. Aku berhenti makan dan menoleh ke belakang.


Ternyata Ifah.


“ kenapa?” sahutku dari jauh. Weh sini lah. Malu lah orang tengah tengok. Macam tak betul pula.


Aku tersenyum saat dia melangkah ke arahku. Bagus. Macam tahu-tahu je aku marah. Hehe..


“ kenapa?” soalku.


“ abang Shah panggil. Sekarang kita kena berkumpul di padang. Kau seorang je yang masih belum pergi. Dia dah marah tu.” Aku tersentak.

“ lah…kan kata pukul 3. Sekarang belum sampai pukul 3 lagi kan..” ujarku tak puas hati.


“ itu aku tak tahu. Sekarang lebih baik kau cepat sebelum terlambat.” Aku mengangguk perlahan.


Abang Shah ni kan… suka hati dia je nak bagi arahan. Huhu…


~Bersambung~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts