“ kenapa lambat?” soal Dila sebaik sahaja aku sampai.
“ tadi aku terlanggar orang. Sebab itu aku lambat.
Sorry.” Ucapku sambil tersenyum.
Dila hanya berdiam diri.
“ tadi aku jumpa sepucuk surat.” Luahku kepada Dila.
“ surat? Untuk siapa?” aku menjongket bahu.
“ entah. Aku jumpa di kerusi di dalam kelas masa aku
ambil buku tadi. Lagipun tiada nama pengirim. Apatah lagi ada di atas kerusi
aku. Jadi aku ambil je lah.” Ujarku selamba.
Dila ternganga. Mungkin terkejut.
“ gila kau. Mana tahu untuk orang lain. Mana tahu
kertas tu terbang ke tempat kau.” Aku menggeleng.
“ aku rasa tak. Kalau terbang pun mesti tak berada
tepat-tepat di kerusi aku. Ni tak. Terletak elok dan kemas di atas kerusi aku.
Jadi kemungkinan surat itu untukku.” Balasku yakin.
“ kau dah baca?” aku menggeleng.
“ nanti bagi aku baca erk…” aku tersenyum.
“ pantang betullah dia ni.” Ujarku dan dia tersengih.
“ kau tahu aku macam mana kan? Mestilah aku nak tahu.
Lagipun kau kan kawan baik aku.” Aku hanya mencebik.
Pemandangan sekeliling di lihat. Hari ini cuaca sejuk
sikit. Mungkin nak hujan. Lagipun dekat seminggu dah tak hujan. Kalau hujan
sangat-sangat bersyukurlah.
“ weh… abang Shah datang sini.” Aku tersentak.
“ hai…” tegur seseorang. Itu semestinya abang Shah.
“ hai.. abang buat apa di sini?” soal Dila. Aku hanya
berdiam diri.
“ kebetulan je lalu di sini. Dila tolong abang boleh
tak. Tolong belikan milo ais untuk abang.” Suruh abang Shah.“ ok.” Dila ni pun. Senang je terima. Aku tahu sebab abang Shah suruh Dila yang pergi beli. Mesti ada apa-apa nak cakap dengan aku lah tu. Tahu dah taktik tu.
Apabila Dila beredar, abang Shah mengambil tempat di
hadapanku.
“ ada perkara yang abang nak beritahu.” Ujarnya. Aku
masih berdiam diri tanpa melihatnya.
“ ayah masuk hospital.” Aku tersentak lalu mengalih
pandangan ke arah dia.
“ apa abang cakap? Cuba ulang balik.” Suruhku dan
dadaku mula berasa tidak sedap hati.
“ ayah masuk hospital. Semalam ayah pengsan di rumah.
Mujur ibu ada.” Aku sekali lagi terkejut besar.
“ macam mana boleh jadi macam tu?”
“ abang tak tahu selanjutnya. Kalau nak tahu kita kena
ke Penang sekarang juga.” Aku pantas mengangguk.
Buat masa sekarang. Tiada apa yang mampu ku fikirkan
dan risaukan. Yang penting keadaan ayah. Walau apapun yang berlaku. Dia tetap
ayah kandungku. Darah daging aku. Hal aku dan abang Shah perlu ku tolak ke tepi
dulu. Yang penting kesihatan ayah.
“ korang nak ke mana?” soal Dila apabila ku bergegas
mengikuti abang Shah.
“ Dila. Aku perlu ke satu tempat. Ada hal penting. Kau
balik dulu dan jangan tunggu aku. Ingat tu. Aku pergi dulu.” Ujarku lalu
beredar dari situ.
Ayah.. harap-harap ayah tidak ada apa-apa. Amin…
****Aku sekarang berada di hospital Seberang Jaya. Aku dapat lihat dari jauh siapa yang turut berada di depan bilik rawatan ayah.
“ Misya!” panggil mak dari jauh. Aku percepatkan
langkah dan menuju ke mak.
“ bila mak sampai?” soalku.
“ lama dah. Mujur kamu dan Shah cepat sampai.” Aku
melihat mak dengan pandangan tertanya-tanya.
“ adakah mak sudah tahu dari dulu yang…” kata-kataku
terhenti saat mak mula menangis.
Ya Allah. Sukar untuk ku percaya semua ini. Rupanya
mak sudah tahu semuanya dari dulu lagi. Kiranya aku yang terlambat untuk
mengetahui semua itu.
Aku terduduk. Air mataku mula bergenang di tubir mata.
“ sabar Misya. Aku tahu kau seorang yang kuat. Yang
penting sekarang keadaan ayah kau.” Pujuk Azfar yang turut berada di situ.
“ maafkan mak Misya. Mak tak beritahu kamu awal-awal.
Salah mak.” Aku hanya berdiam diri. Kalau aku terus bercakap, air mataku akan
mengalir. Aku tidak tahan lagi dengan semua ini. Aku tak nak bertekak dengan
mak. Dengan mereka. Tak sanggup.
Apa yang perlu aku fikirkan sekarang adalah keadaan
ayah.
“ macam mana ayah boleh pengsan?” soalku apabila berdiam
diri daripada tadi.
“ tak tahu. Yang ibu tahu, masa ibu jumpa ayah, dia
telah pun pengsan dan tidak sedarkan diri.” Ujar ibu abang Shah. Aku masih
belum dapat terima mereka lagi. Aku perlukan masa.
“ mak..abah mana?” soalku apabila menyedari abah tiada
bersama kami.
“ dalam perjalanan. Tadi abah kamu pergi melawat kawan
dia.”
Seketika kemudian, doktor pun keluar dari bilik
rawatan.
“ macam mana keadaan ayah saya doktor?” soalku cemas.
“ Alhamdulilah. Keadaan dia kembali stabil. Tekanan
darah dia naik dengan tinggi. Sebab itu dia boleh pengsan. Harap selepas ini
jangan bagi makan yang boleh memudaratkan kesihatan dan jangan bagi dia terlalu
banyak berfikir.” Jelas doktor panjang
lebar.
“ baiklah. Terim kasih doktor.” Ucapku sambil
tersenyum.
“ sama-sama. Saya pergi dulu.” Kami semua hanya
mengangguk.
Tanpa sempat mak ingin menghalang, aku bergegas masuk
ke dalam bilik rawatan ayah.
Semakin dekat, semakin perlahan langkahku. Aku dapat
lihat dari jauh sekujur tubuh yang sedang terbaring lemah di katil. Badan yang
penuh berselirat dengan wayar. Luluh hatiku ketika ini.
“ ayah…” panggilku perlahan saat berada di sisi
katilnya.
“ sabar Misya. Insya-Allah ayah akan sedar.” Pujuk
mak. Aku hanya mampu melihat. Ayah cepatlah sedar. Misya masih rasa bersalah ni.
Misya tahu perbuatan Misya beberapa hari yang lalu buat ayah terasa. Misya rasa
bersalah sangat dan ingin meminta maaf.
“ mak… boleh tak malam ni Misya nak jaga ayah?” soalku
kepada mak. Dengan penuh mengharap. Walaupun aku sudah lama tidak berjumpa dengan
ayah dan masih mempunyai perasaan marah terhadapnya. Namun, dia tetap ayah
kandungku. Ayah yang aku sangat sayangi.
“ Shah.. esok ada kelas?” soal mak kepada abang Shah.
“ Shah ada. Tapi Misya..”
“ mak…bolehlah. Malam ni je. Esok Misya janji. Misya akan
balik ke sana. Tolonglah…” rayuku.
“ berilah dia peluang. Benarkanlah dia.” Ujar ibu
abang Shah bagi membelaku.
“ baiklah. Tapi esok kamu harus pulang.” Aku tersenyum
lalu memeluk mak.
“ terima kasih mak. Misya janji esok Misya akan
balik.” Balasku lalu meleraikan pelukan. Senyuman mak sudah buat aku rasa lega
dan seleganya.
~ Bersambung ~
~ Bersambung ~
No comments :
Post a Comment