Wajah yang berada di hadapan ku kini, ku pandang
dengan tajam. Apa yang telah berlaku semalam, dia sudah tahu segalanya. Itu
lebih baik daripada tidak tahu dan terpaksa rahsiakan.
“ ada apa abang nak jumpa saya?” soalku serius.
“ abang Cuma nak pastikan sama ada betul atau tidak
yang Misya ni adik tiri abang.” Senyuman sinis aku berikan kepada dia.
“ abang nak pastikan apa lagi. Semuanya sudah
terbukti. Ayah sudah beritahu segalanya kan?”
“ tapi abang tetap nak tahu dari mulut Misya.” Aku
mengangguk perlahan.
“ baiklah. Di sini saya Misya ingin mengesahkan yang
saya ni memang betul adik tiri abang Shah. Puas?” aku mengetap bibir geram.
“ Misya… terima kasih.” Aku berkerut dahi.
“ for what?”
“ meluahkan segalanya.” Aku mencebik.
“ whatever. Misya kena pergi dulu. Assalamualaikum.”
Aku terus bangun berdiri tanpa melihat abang Shah.
Baru saja aku ingin melangkah, suara abang Shah buat
langkahku terhenti.
“ abang harap Misya dapat terima abang sebagai abang
tiri Misya. Abang tahu saat ini Misya sukar untuk terima semua ini. Tapi abang
akan tunggu selama mana pun yang Misya mahu. Asalkan kita sekeluarga bahagia.”
Selesai abang Shah berkata demikian aku terus berlalu meninggalkannya.
Adakah aku mampu terima semua ini.. aku tidak tahu
tapi insya-Allah. Aku boleh.
*****
Bibirku menguntum senyuman saat terpandang sekuntum
bunga di meja ku. Siapa pula yang meletakkan di sini.
Aku melihat sekeliling. Tiada orang yang mencurigakan
pun. Aidil ke? Hurmm… tapi aku rasa tak mungkin sebab baru tadi aku berjumpa
dengan dia dan dia sedang makan. Siapa pula yang nak berteka-teki dengan aku
ni.
“ Eh? Misya, bunga dari siapa tu?” soal Dila. Aku
menjongket bahu dan mengambil kuntuman bunga ros itu.
“ tak ada kad ke?” soal Dila lagi. Aku melihat ada
benda tak yang ditinggalkan. Tapi malangnya tiada.
“ tak ada pun.
Siapalah yang bagi ni.” Ujarku lalu duduk.
“ habis kau nak buat apa dengan bunga tu?”
“ entahlah. Takkan aku nak bawa balik. Kau beri jelah
dekat siapa-siapa. Nah..” hulurku kepada Dila kuntuman bunga itu.
Kalau Aidil Nampak nanti jadi teruk pula. Berlaku
salah faham pula.
“ betul ni?” soal Dila meminta kepastian. Aku hanya
mengangguk.
“ ok kalau begitu. Aku bawa balik je lah. Boleh buat
hiasan.” Aku terlopong. Biar betul Dila ni. Bunga ros macam tu pun nak bawa
balik. Ni menunjukkan yang dia terdesak dan ketiaadan wang. Haha…
“ sudah…sudah. Prof sudah sampai.” Ujarku kepada Dila
dan kami bergegas mengambil tempat.
“ Good Morning class. How are you?” aku tersenyum.
Prof ni amat terkenal dengan sikap ramahnya. Kadang-kadang tu agak rimas juga
kerana terlalu banyak Tanya. tapi itu kan bagus.
“ Misya!” aku tersentak dari lamunan.
“ Yes!” sahutku. Apa pula ni. Kenapa Prof panggil aku.
“ anything wrong with you?” aku tersengih.
“ not sir. I’m fine.” Balasku lalu menjeling Dila yang
sedang tersengih itu. Bukannya nak tolong.
Tulah. Aku pun satu. Tahu berangan je. Mentang-mentang
nak bertunang dah. Che wah…
“ weh.. aku perhati dari tadi ada budak laki tu sedang
perhatikan kau.” Bisik Dila apabila Prof mula menulis di papan putih.
Aku yang baru ingin mula menulis terhenti dan memandang
Dila.
“ who that’s guy?” soalku. Dila memuncungkan mulutnya
di belakangku. Aku malas nak menoleh kerana belakang sebelah kiri aku kan ramai
lelaki.
“ kau beritahu jelah siapa nama dia.” Aku kembali
menyambung menulis.
“ aku tak tahu. Tapi mamat tu orang yang kau kata
hensem. Yang berambut keperangan.” Aku tersentak. Mamat tu.
Sampai sekarang aku masih belum tahu nama dia yang
sebenar. Terlalu berahsia sebenarnya lelaki tu. Haissh.. kejap-kejap mamat.
Kejap-kejap lelaki. Sekarang kita panggil dia mamat hensem dahlah. Senang
cerita.
“ biarkan dia. Buat jelah kerja tu. Nanti kena marah
baru tahu.” Pesanku lalu meneruskan kerja.
Aku jadi semakin dan semakin pelik dengan mamat hensem
tu sebenarnya. Macam beberapa hari yang lepas. Aku ada perasan yang dia asyik
tersenyum kepadaku apabila aku bertembung mata dengan dia. Pelik kan? Apa yang
dia mahu sebenarnya.
Kadang-kadang bila aku fikirkan balik, macam tak betul
je mamat hensem tu. Harap muka je hensem. Kan? Ish.. tak baik buruk sangka ni
Misya. Kenapa lah yang mulut celopar sangat ni. Hurm..
*****
Alamak! Buku aku tertinggal dalam kelas. Ayoyo… macam
mana boleh terlupa pula.
“ Dila. Aku nak pergi ke kelas balik lah. Buku
tertinggal.” Ujarku kepada Dila. Dah sekerat jalan baru nak teringat. Apalah.
“ ok. Aku tunggu di kafelah.” Ujarnya. Aku hanya
mengangguk lalu menuju ke kelas. Harap-harap tiada siapa yang mengambil.
Sampai saja aku di sana, aku mengucapkan syukur. Buku
itu masih ada. Aku menuju ke mejaku dan mengambil buku itu. Belum sempat aku
ingin beredar, aku terpandang sepucuk surat di atas kerusiku.
Aku memandang sekeliling. Tiada orang. Aku jadi
teragak-agak sama ada ingin ambil atau tidak. Tapi perasaan ingin tahu aku
sangat kuat.
Alah.. ambil je lah. Pantas aku ambil dan simpan dalam
beg.
Sekarang aku perlu ke kafe bagi menemui Dila di sana.
Aku bergegas ke sana sampai terlanggar orang. Sekali
lagi. Mesti Aidil. Hehe..
“ sorrylah awak. Saya ni cuai sangat la kan, Aidil.”
Ujarku sambil mengutip buku aku yang jatuh.
“ Aidil? Saya bukan Aidil.” Aku tersentak. Kali ni
tersilap orang pula. Aku mendongak dan terkejut.
“ erk..maaf. saya silap orang.” Ujarku gugup. Macam
mana aku boleh terlanggar dengan mamat hensem ni pula.
“ saya ok. Lain kali jalan tengok depan.” Pesannya
bersama senyuman. Aku tersengih.
“ terima kasih atas nasihat itu. Maaf saya pergi
dulu.” Tanpa menunggu balasan darinya. Aku bergegas menuju ke kafe.
Aidil kan kata kalau nak jumpa dengan dia buatlah
terlanggar. Tapi kali ini tersilap orang pula. Apa nak buat. Sebelum ni pun
kebetulan je kan.
~ Bersambung ~
~ Bersambung ~
No comments :
Post a Comment