Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Tuesday 4 September 2012

Hati Ku Yang Kau Miliki (bab 4 & 5 )



Bulan depan aku akan pergi ke Perak bagi menemui sepupuku yang baru balik dari luar Negara. Aku tak mahu pergi tapi atas desakan mak dan ayah aku. Aku terpaksa pergi. Aku tak suka lah nak berjumpa dengan dia.

Buat sakitkan hati aku je. Yelah setiap kali berjumpa mesti bergaduh. Macam anjing dan kucing. Tapi aku je yang selalu bersabar. Dia kan lebih muda dari aku. Jadi kena bawa banyak bersabar. Allah.. muda tiga bulan je pun. Huh! Tu pun nak berkira.

Aku menilik jam di dinding bilik. Sudah pukul 1 pagi. Tapi aku masih tak boleh tidur. Badanku yang letih ni pun boleh buat aku terbuai dalam mimpi. Tapi malam ni tak boleh tidur pula. Kenapa agaknya…

Aku pandang ke atas.  Hanya syiling yang di lihatku. Seolah-olah sama je dengan perasaan ku yang kosong ini. Apa perlu aku buat selepas ini jika bertemu empat mata dengan dia. Empat mata ke dua mata? Ah! Tak kisahlah. Asalkan aku dapat mengelak daripada berjumpa secara berdua dengan dia.

Sama sekali tidak. Mana mungkin aku akan berjumpa dengan dia selepas mendapat balasan message dari dia. Huhu…tolonglah. Malu aku masih ada. Kalau dengan ahli kumpulan yang lain, aku terpaksa tebalkan muka.

Macam petang tadi, aku terpaksa berkerjasama dengan dia. Jadi aku hanya senyum seperti tiada apa yang berlaku antara kami. Tapi dalam hati aku ni. Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan aku yang sebenar.

Kring!Kring!Kring!

Deringan telefon bimbitku mengejutkan aku. Mujur aku tak ada sakit jantung. Siapalah yang hantar message pagi-pagi buta ni. Nasib aku tak tidur lagi.

Belum tidur lagi? – abang Shah.

Aku tersenyum saat menerima message daripada abang Shah. Macam tahu-tahu je aku belum tidur. Sebenarnya aku langsung tidak mahu nombor aku diketahui oleh sebarang lelaki pun. Tapi abang Shah terpaksa ku beri kerana katanya amat penting. Nanti kalau berlaku apa-apa senang. Jadi aku berikan jelah. Tak apa abang Shah baik orangnya.

Belum. Abang ni macam tahu-tahu je.—aku

Biasalah. Tengok orang lah—abang Shah. Aku mencebik. Perasan lah mamat ni.

Sudahlah nak perasan tu. Kenapa tetiba message dengan Misyah ni. Kan makwe abang ada. Message jelah dengan dia.—aku

Abang tak nak ganggu dia sebab dia sudah tidur—abang Shah. Aku tersenyum.

Habis kalau Misyah ni dah tidur macam mana? Abang tetap akan ganggu Misyah juga.—aku.

Balasku bernada sindir. Hehe… sekali-sekala.

Abang tahu yang Misyah belum tidur lagilah yang abang message ni.—abang Shah.

Hek eleh dia ni.

Sudahlah. Misyah nak tidur. Esok ada banyak aktiviti lagi. Selamat malam abangku—aku.

Ala… oklah. Selamat malam kembali adikku—abang Shah.

Aku tersenyum senang. Bila berbual dan bergurau senda dengan abang Shah ni. Aku jadi teringinkan seorang abang. Yelah dalam keluarga aku semuanya perempuan. Kecuali ayah aku lah. Jadi kalau nak abang tu, abang ipar bolehlah

Ermm… tidurlah Misyah. Esok banyak lagi. Dan mungkin kena buli lagi.

Good night…

*****

Alamak! Aku terlambat lima minit dah. Mampuslah aku kena dengan abang Shah tu.

Selepas bersiap dan tanpa sarapan, aku bergegas turun ke tempat berkumpul semua kumpulan. Dari jauh aku dapat lihat muka serius abang Shah. Aku tahu nanti aku akan kena marah.

Yelah angkara dia jugalah, aku tidur lambat. Hurmm…nasib-nasib.

“ kenapa lambat?” soal abang Shah dengan muka serius sambil menatapku tajam.

Aku yang termengah-mengah mengangkat tangan tanda tunggu sekejap. Yelah tak sempat aku nak tarik nafas dia terus Tanya. semput tahu tak.

Selepas aku Berjaya kawal nafas, baru aku jawab pertanyaan abang Shah.

“ maaf, abangku yang tersayang. Tadi terbangun lewat. Lepas tu lupa kunci jam. Saya tahu alasan ini tidak boleh di terima sebab alasan yang langsung tidak boleh di pakai. Jadi apa yang abang nak denda pun dendalah. Adikmu ini tidak kisah kerana adikmu ini tahu kesalahan dia.” Jelasku panjang lebar dengan ayat skema. Kah..kah..kah…

Ambik.. semua orang terlopong dengar penjelasan aku tadi. Nak tergelak aku di buatnya. Bila aku lihat muka abang Shah, terburai ketawa yang di tahan tadi. Terlalu kelakar.

“ Hahahaha…”

“ kenapa gelak pula ni?” soal abang Shah.

“ buang tabiat ke apa..” selepas ketawaku reda, aku kembali serius.

“ ok-ok. Maafkan saya. Jadi boleh teruskan aktiviti seterusnya?” soalku dengan serius. Sebenarnya berpura-pura.

“ erk..ok. lupakan tentang tadi. Aktiviti akan di teruskan……”

Fokusku hilang saat aku sedar ada mata yang sedang memerhatiku dari tepi. Aku tidak hiraukan kerana aku tahu siapa gerangan itu.

“ jadi…Misyah. Hari ini kamu akan ketuai ahli kumpulan ini.” Aku jadi terpinga-pinga saat namaku di sebut.

“ erk..apa abang Shah?” soalku sambil buat muka selamba.

“ Ya Allah kamu ni. Dila beritahu dia apa perlu dia buat sebentar lagi.” Dila hanya mengangguk lalu bisikkan sesuatu di telingaku.

“ kau akan jadi ketua hari ini.” Aku terlopong saat mendengar itu.



 lorh.. kenapa saya pula?” soalku tidak puas hati.


“ ini denda kamu kerana lewat.” Aku mengeluh. Inilah hukuman kau Misyah. Terimalah seadanya.

“ yelah…saya terima tugas itu dengan senang hati. puas?” aku dapat lihat sengihan sindir abang Shah. Tak mengapa. Tengoklah nanti.


Bab 5


“ weh… kau tak perasan sesuatu ke?” soal Iffah ketika aku menikmati makanan yang sedap di hadapanku kini. Laksa kegemaran aku tu.


“ apa benda nye?” soalku pula sambil menyuap laksa ke mulut. Dahlah pagi tadi aku tak sempat sarapan.


“ Aidil…aku perasan semasa kita buat aktiviti tadi. Dia asyik perhatikan kau je. Aku tak naklah beritahu kau sebab takut ganggu kosentrasi.” Aku tersenyum.
 
Air milo di minumku.


“ sabar…sebenarnya aku tahu dah lama tahu soal itu. Tapi aku buat selamba je. Kau jangan risaulah. Aku tahu apa patut aku buat.” Jelasku. laksa di masukkan lagi ke mulut.


“ Hamisyah!!” sergahan itu buat aku tersedak.


Ya Allah. Tak tahu ke aku tengah makan ni. Terbatuk-batuk aku dibuatnya. Sampai merah muka aku rasa.


“ nah..” huluran air milo ku ambil dari seseorang lalu di minum dengan rakus. Ya Allah tak tahan. Teruk gila aku tersedak tadi.


“ sudah ok?” aku hanya mengangguk lalu menoleh ke arah empunya suara.


Aku membulatkan mata saat ternampak sengihan abang Shah.


“ oh..jadi ini orang yang buat aku tersedak sampai merah muka.” Ujarku tak puas hati. iffah yang berada di hadapanku Cuma tertawa kecil.


“ sorry lah. Tak sengaja. Sorry erk? Abang tahulah abang salah.” Pohonnya dan buat aku teruskan makan. Malas nak layan orang yang tidak berapa betul ni.


“ Ifah…kenapa dengan dia ni?” aku lihat Ifah hanya menjongket bahu sambil tersengih. Bagus Ifah. Kaulah kawanku.


“ alah…Misyah. Abang minta maaf.” Pohonnya bersungguh-sungguh. Aku masih tidak endahkan. Biar dia rasa. Hehe…


“ kalau Misyah masih tak mahu maafkan abang. Abang akan cari seseorang untuk pujuk Misyah.” Aku masih lagi tidak endahkan. Aku tahu itu adalah cara buat aku termakan pujuk dia. Tapi ini Misyahlah. Tak senang di tipu.


Aku ni baru tiga hari kenal dengan abang Shah. Tapi dah rapat macam sudah lama kenal. Kan? Pelik sungguh. Mungkin sifat gila-gila kami yang buat kami rapat.


“ weh… abang Shah buat betul-betullah. Dia tak main-mainlah.” Ujar Iffah.


Biar betul. Aku pun menoleh ke belakang dan masa tu aku jadi kehilangan kata-kata.


“ jadi Aidil. Tolonglah ya pujuk dia ni. Abang Shah buat dia tersedak tadi. Tak sengajalah.” 

Aku mendengar tanpa reaksi. Aku memandang Ifah tanda meminta pertolongan. Apabila Ifah mengenyit mata, aku tersenyum dalam hati. terbaiklah kau Iffah.


“ abang Shah. Abang jangan risaulah. Dia sudah maafkan. Lagipun itu memang sikap dia apabila sudah maafkan seseorang. Esok Ifah jamin yang dia akan kembali seperti biasa. Percayalah.” Ujar Ifah dan buat aku nak ketawa pula. Tapi terpaksa di tahan.


Apabila abang Shah melihat aku. Aku buat muka rasa serba salah dan hanya mengangguk. Senyuman abang Shah sudah buat aku lega. Jadi sekarang bawalah Aidil pergi main jauh-jauh. Syuhh….


“ ok. Abang minta maaf ya. Aidil , awak boraklah dulu dengan mereka. Abang nak pergi ke suatu tempat kejap.” Aku terkedu saat mendengar kenyataan abang Shah.


Lorh… bawalah sekali. Apasal ditinggalkan. Ish…


“ ok.” Jawapan Aidil sudah buat aku hampir pengsan. Aiyoo… ini jadi lebih teruk.


“ erk.. Misyah. Aku nak balik bilik dulu. Ada hal. Kau berboraklah dengan Aidil.” 

Aku ternganga. Kau pun nak pergi tinggalkan aku Ifah. Sampai hati kau…huhu…

Kini tinggallah aku dengan dia. Dia kini sedang berhadapan dengan aku. 

Aku langsung tidak hiraukan dia malah teruskan makan. Sebenarnya selera aku sudah hilang saat dia datang tadi. Tapi aku terpaksa berpura-pura.


“ awak apa khabar?” soalnya.


“ baik. Alhamdulilah.” Balasku tanpa melihatnya. 

Aku tak boleh tengok wajah dia sebab hati aku dah berdebar-debar ni. Ni lah masalahnya kalau berada di hadapan orang yang pernah aku sukai. Dan sekarang yang menjadi persoalannya adalah adakah aku masih ada perasaan dekat dia?


“ awak Nampak lain sekarang. Sudah lama juga kita tak berjumpa.” Aku hanya tersenyum.


“ erk…maaf saya perlu balik ke bilik. Ada hal. Nanti kita jumpa lagi.” Ujarku cuba mengelak.


“ Hamisyah!” langkahku terhenti dan memusingkan badan ke arahnya.


“ saya tahu awak malu dan masih belum lupakan soal itu. Betul tak?” aku tersentak. Tak sangka dia juga masih ingat. Malunya aku..


“ awak…maaf jika turut buat awak malu. Sebenarnya saya terpaksa tebalkan muka saya untuk menghantar message itu. Dan saya ingat awak takkan balas. Tapi saya tak sangka sebaliknya awak balas dan awak turut terkedu apabila baca message saya. Saya minta maaf jika buat awak rasa serba salah.” Jelasku dengan nada serba salah.


“ saya pun tak tahu apa patut saya buat selepas itu. Dan sekarang saya tak sangka akan jumpa awak lagi. Saya tahu awak mesti pandang saya sebelah mata kan?.. jadi kalau tak nak buat saya terus rasa bersalah atau buat perasaan saya terus berbelah bahgi. Tolong buat macam biasa.” Pohonku agar dia faham perasaan ku ketika ini.


Dia tersenyum.


“ awak… tolong jangan kata begitu. Kalau awak nak tahu, sampai sekarang saya tak boleh lupakan awak. Maaf jika buat hati awak berbelah bahgi. Saya tak bermaksud. Tapi ingatlah yang saya masih ada perasaan dekat awak. Saya harap awak faham.” Aku terkedu dan terus memusingkan badan untuk pergi.


Aku salah dengar kan? Ya Allah… tak sangka aku.


“ Hamisyah… saya masih belum tahu perasaan awak yang sebenar. Tapi saya akan tahu suatu hari nanti.”


Aku terus tinggalkan dia keseorangan. Ifah aku sangat perlukan kau. Aku harus luahkan perasaa aku dekat kau. Aku sangat runsing ni.


*****

Aku sangat terkejut kerana menerima message dari Aidil di FB..


Saya akan tunggu. Saya tahu awak masih ada perasaan dekat saya. – Aidil.


Aku mengetap bibir. Apa perlu aku jawab ni.


“ Ifah. Aku..aku… aku tak tahu.” Luahku. Iffah tersenyum.


“ kau perlu Tanya diri kau sama ada kau masih ada perasaan dekat dia. Aku tak bolehlah nak berikan jawapan kerana aku tak tahu. Apa yang perlu kau buat 
adalah Tanya diri kau sendiri. Tanya hati kau tu.” Aku mengeluh.


“ aku tak tahulah Ifah. Begitu sukarlah. Kenapalah dulu dia pergi luahkan rasa suka dia dekat aku. Kalau itu tidak berlaku, mungkin sekarang kami tak kekok sebegini.” Ujarku.


“ sabarlah… sudahlah. Tutup dulu laptop tu. Kita kena turun ni. Nanti kena marah pula dengan abang Shah.” Aku hanya mengangguk.


Apa kata aku Tanya pendapat abang Shah atau makwe dia. Bagus juga kalau macam tu… kih…kih..kih..

PELUH yang merintik di dahi segera ku seka. Hari ini cuaca begitu panas terik. Sudah seminggu aku rasa tak hujan.


“ Weh.. nah..” huluran tisu dari Ifah aku sambut dengan senang hati.


“ terima kasih.” Ucapku sambil tersenyum. Ifah hanya tersenyum.


Aku memandang sekitar padang itu. Ramai yang masih meneruskan aktiviti yang sepatutnya. Tapi aku dan Ifah curi tulang pula. Yelah boleh berehat lagi. 

Kami berani buat sebab abang Shah tiada.

Dia pergi mana entah. Jadi apa salahnya kami ambil peluang. Betul tak? Hehe…


“ Dila! Syifa! Marilah berehat dulu. Korang tak letih ke?” soal ku sedikit kuat kerana mereka berada jauh dari kami.


“ kejap lagilah. Nak selesaikan kerja dulu ni.” Aku hanya mengangguk.


Pandanganku teralih pula kepada sekumpulan lelaki di sebelah kiriku. Mereka ku lihat sangat khusyuk membuat kerja. Dan aku perasan ada seorang lelaki tu boleh tahan hensem. Hehe…aku ni pantang kalau jumpa orang lelaki yang hensem. Mulalah.


Yang aku tak sangka lelaki hensem yang aku perhati tadi melihat ke arahku. Sambil tersenyum pula tu. Aku terkejut sangat-sangat jadi aku pantas mengalihkan pandangan ke arah lain. 

Malu kowt… yang aku suka dekat lelaki tu adalah rambut dia perang. Aku tak tahu sama ada dia bubuh perwarna atau memang asli.


“ Hamisyah… “ terdengar suara orang memanggilku. Tak silap aku dari arah belakang. Aku pun tanpa ragu-ragu menoleh ke belakang.


Aku yang dari tadi duduk terus berdiri tanda terkejut.


“ a..abah..” panggilku.


“ ya ini abah.” Aku yang sedang tersenyum tadi bertukar mengalirkan air mata.


“ betul… ke ni abah Hamisyah?” soalku lagi tanda sukar untuk aku percaya.

“ betul nak.. ini abah kandung Hamisyah. Percayalah.”


“Kenapa abah? Kenapa? Kenapa sekarang baru abah muncul semula.”


“ maafkan abah kerana tinggalkan kamu. Abah terpaksa.” Aku tersenyum sinis.


“ terpaksa ke atau tak sayangkan kami berdua dah ?” sindirku dan sindiran aku sangat pedas.


“ bukan Misyah. Itu bukan sebab abah tinggalkan kamu dekat mak kamu. Mestilah abah sayangkan korang berdua. Abah buat macam tu sebab ada perkara yang abah tidak boleh elakkan.


“ habis? Kenapa abah tinggalkan kami? Kenapa abah? Kenapa juga abah mengambil keputusan untuk ceraikan mak? Kenapa? ” air mataku semakin laju menitis.


“ macam mana Misya tahu?” aku senyum sinis.


“ itu abah tak perlu tahu. Apa yang Misya nak tahu adalah kenapa abah sanggup buat begini kepada kami. Mujurlah ada orang yang sanggup terima kami berdua. Kalau abah nak tahu, ayah tiri Misya lebih baik daripada ayah.”


“ maafkan abah… abah tak bermaksud pun. Abah Cuma perlu tunaikan janji. Lagipun masa itu kita kesempitan wang. Jadi abah cuba cari jalan dengan memnjam kepada seorang along. Tak sangka abah terjerat dengan permainan mereka. Abah hampir terkorban. Tapi ada seorang wanita yang menyelamatkan abah. Janji abah dengan wanita itu terpaksa abah tunaikan.”


Aku terduduk apabila mendengar penjelasan abah sebentar tadi.


Tak aku sangka sama sekali. Sanggup abah dan mak rahsiakan perkara sebesar itu daripada pengetahuan aku. Ya Allah… kenapa mesti jadi macam ni.


“ Misyah… maafkan abah.” Air mata ku seka dan melihat Ifah.


“ Ifah. Nanti tolong beritahu abang Shah. Aku ada dalam bilik. Beritahu dia aku tak sihat. Tolong ya..” pohonku.


“ yelah. Pasti aku akan tolong kau. Pergilah.” Aku tersenyum.


“ abah… abah pergilah balik. Di sini dan hari ini adalah tak sesuai untuk kita bincangkan tentang hal ini. Baliklah.” Ujarku lalu berlari dari situ.


Aku berlari menuju ke bilik. Aku ingin menangis sepuas-puasnya. Aku sangat terasa akan perbuatan abah dan mak. Kenapa mesti di rahsiakan.


Lagipun aku faham sebab masa tu aku sudah pun berumur 13 tahun. Aku mesti akan faham. Aku pun bukan budak kecil lagi.


Sampai saja di bilik, aku terus menghamburkan tangisku. Sudah lama aku tidak menangis selepas kejadian pada umur 13 tahun. Itu adalah kali terakhir aku menangis.


Ayah.. terima kasih kerana sudi menjadi ayah akak. Kakak terima kasih kerana dapat terima mak dan akak dalam hidup korang. Pasti akak tidak akan 
sia-siakan.


“ Ya Allah. Adakah aku dapat terima semua ini dengan hati yang terbuka. Bantulah aku Ya Allah. Hanya pada-Mu patut aku meminta dan memohon.”


~ Bersambung ~

P/s: Agknya apa yang akn terjadi seterusnya? Kalau nk tahu tunggulah sambungannya...

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers