Hari ini hari permulaan aku sebagai pelajar U ni.
Yalah.. hari ini hari pertama aku belajar selepas minggu orentasi. Agaknya
siapalah pensyarah aku ya.
“ Misya.. cepat kita sudah lambat ni.” Laung Dila dari
luar bilik.
“ ya.. kejap.” Sahutku.
Baju kurung berwarna hitam dan mempunyai bunga-bunga
kecil menjadi pilihanku dan digandingkan dengan tudung bawal berwarna krim.
Selepas bersiap, aku bergegas keluar dari bilik dan
menuju ke kelas bersama Dila. Dila dan aku ambil dalam sama bidang. Aku memang
tak sangka. Tapi legalah sebab aku ada jugalah kawan.
“ Misya! Misya!” laungan seseorang buat langkah aku
dan Dila terhenti.
Aku menoleh ke belakang dan tersenyum.
“ kenapa ni?” soalku.
“ lepas kau habis kelas ni. Abang Shah suruh kau tunggu di kafe.” Ujar Ifah. Aku dan Dila
sambil memandang.
“kenapa?” soalku dan Dila serentak.
“ entah. Katanya ada hal penting. Oklah. Aku ada kelas
ni. Pergi dulu.”
“ ok..” kenapa abang Shah suruh aku pergi situ ya.
Pelik…
Tak usahlah banyak berfikir. Sekarang kita masuk dulu
ke kelas.
“ weh…ramainya orang.” Ujar Dila teruja. Aku hanya
tersenyum.
Aku dan Dila mengambil tempat di barisan ketiga.
Mujurlah tiada orang lagi yang duduk. Senang sikit kami nak masuk.
“ erk…weh…” aku
berkerut dahi. Kenapa pula dengan kau ni Dila.
Aku tidak hiraukan Dila dan membaca buku sementara
menunggu pensyarah masuk.
“ tengok sebelah kiri kau.” Suruh Dila.
“ kenapa? Tak naklah.” Aku terus membaca walaupun di
asak Dila suruh melihat sebelah kiri. Ada yang sangat penting ke. Setahu aku
sebelah kiri aku ni ramai senior atau junior lelaki yang duduk. Jadi aku tak
nak lah tengok. Nanti kata aku gatal pula.
“ ikut kau lah. Sebab dia dari tadi perhati kau je.”
Aku tersentak dan mengalih pandangan ke arah Dila.
“ dia perhati aku? Siapa?”
“ aku tak tahu. Lagipun aku tak kenal.” Hurmm.. aneh.
Tapi tak nak lah aku. Biarlah.
Jadi aku Cuma menjongket bahu tanda biarkanlah dia.
Dia ada mata jadi ikut sukalah dia nak tengok ke apa ke. Asalkan tak campur
urusan aku. Betul tak?...
Pembelajaran di teruskan apabila pensyarah sampai.
*****
“ buat apa tu?” teguran seseorang itu buat aku
mendongak. Dila di sebelah hanya memerhati.
“ tengah baca buku ke?” soalnya lagi. Aku tersenyum
kecil.
“ tak lah. Tengah tidur.” Ujarku bersahaja. Apalah dia
ni. Sudah tahu bertanya pula.
“ hehe… sorry.” Aku hanya tersenyum dan sambung membaca
buku. Sebenarnya kelas dah habis . Tapi aku dan Dila ambil keputusan ingin
duduk sebentar lagi. Ingin tenangkan fikiran selepas belajar tadi.
Dan tak sangka berdirinya dihadapanku ini adalah
lelaki yang pernah tegur aku masa aku selepas menyanyi tu. Dulu aku jadi teruja
kerana dia sudi tegur dan ingin berkawan dengan aku.
Sekarang kurang sikit rasa itu sebab aku kenalah jaga
penampilan diri . lagipun aku ni kan perempuan. Dan nanti ada orang cemburu.
Siapa lagi kalau bukan Aidil. Walaupun kami kawan tapi perasaan masing-masing
sudah diketahui kan. So?...
“ Dila. Jom gerak.” Arahku sambil mengemas buku dan di
masukkan ke dalam beg.
“ ok.”
Lelaki tadi dibiarkan saja. Malas nak layan.
“ Dila.. kau baliklah dulu. Aku kena jumpa dengan
abang Shah. Ok?” Dila tersenyum.
“ok. Pergi dulu.” Aku mengangguk dan terus berjalan ke
arah kafe.
Saat ternampak kelibat abang Shah dan akak Farihah,
aku terus pergi ke arah mereka dan duduk berhadapan dengan mereka.
“ apa apa abang nak jumpa saya?” soalku.
“ abang ada nak Tanya sesuatu.” Hurmm.. macam penting
je.
“ apa tu?” aku lihat abang Shah seperti ragu-ragu
ingin bertanya. Kenapa?
“ abang Shah. Tanya jelah. Misya tak kisah.” Ujarku
sambil tersenyum.
“ok. Abang nak Tanya. Misya ada abang tak?” aku
berkerut dahi.
“ kenapa abang tanya macam tu. Setahu Misya tak ada.
Sebab Misya anak tunggal.” Ujarku.
“ oh..tak apalah kalau begitu. Mungkin abang silap.”
Kenapa pula ni?
“ abang.. saya ada abang tapi abang ipar adalah. Tu
pun abang ipat tiri.” Jelasku dan buat abang Shah terkejut.
“ abang ipar tiri?” aku mengangguk.
“ mak Misya kahwin lain selepas 5 tahun abah kandung
Misya menghilang.” Mungkin sudah tiba aku beritahu abang Shah. Entah mengapa
aku selesa menceritakan semuanya kepada dia. Mungkin aku sudah menganggap abang
Shah seperti abang aku.
“ sekarang abah Misya?”
“ dia datang cari Misya semula. Baru beberapa hari
yang lalu. sebenarnya abah dan mak Misya telah lama bercerai. Masa tu umur
Misya 13 tahun. Misya sama sekali tak sangka kerana mereka sanggup tipu Misya.
Misya pun bukan budak kecil lagi.” Luahku lirih.
“ sabar Misya. Semua itu ada hikmahnya.” Aku tersenyum
hambar.
“ dan abah pun sudah ada keluarga dia sendiri. Misya
pun tak tahu siapa dan tak pernah jumpa pun dengan keluarga abah. Lagipun Misya
yang minta supaya tidak datang jumpa dengan Misya buat sementara waktu.”
Sambungku lagi.
“ Misya dapat terima jika berjumpa dengan mereka?”
soal abang Shah.
Aku hanya mampu mendiamkan diri. Aku pun tak tahu apa
yang akan berlaku jika aku bertemu dengan keluarga tiriku. Adakah aku kuat?
“ Insya-Allah jika Allah lembutkan hati Misya masa
itu.” Ujarku tenang.
“ yang penting Misya kena banyak bersabar dan meminta
pertolongan dariNya.”
Aku hanya tersenyum akan nasihat yang di beri.
No comments :
Post a Comment