“ Misya! Misya!” aku mendengus geram. Tak reti nak
sabar kejap ke.
“ sabarlah.” Sahutku.
Sebenarnya aku sedang bersiap-siap untuk ke rumah abang
Shah dan ditemani Azfar. Seganlah kalau aku nak pergi seorang walaupun abang
Shah ada. Mujur juga Azfar tidak keberatan. Lagipun minggu depan aku dah nak
balik ke U.
Selepas bersiap, aku bergegas turun dan masuk ke dalam
kereta abang Shah.
Fuhh!! Penat.
“ lambat…” ujar abang Shah di sebelah. Aku menjeling
geram.
“ tak reti nak sabar kejap ke… dah lah beritahu
last-last minute. Manalah orang tak kalut.” Ujarku geram.
“ yeke… Azfar boleh pun siap awal.” Aku mencebik.
“ korang ni lelaki. Tak apala. Saya ni perempuan. Kena
pakai tudung lagi. Faham?”
Mereka berdua ku lihat tersengih. Malas aku nak layan
dua orang lelaki yang sama kepala ni. Buat sakit hati je.
“ ermm… nanti dekat sana, Misya dan Azfar janganlah
malu-malu. Buat je macam rumah sendiri.” Ujar abang Shah sambil memandu.
“ tak naklah. Bukannya apa, nanti orang kata kita ni
tak ada adab sopan pula.” Ujarku.
“ sesetangah je macam tu. Tapi keluarga abang bukan
macam tu. Percayalah.” Aku hanya menjongket bahu.
Aku lihat Azfar di belakang sangat khusyuk melihat
pemadangan di luar tingkap. Kalau tengok betul-betul, dia macam termenung.
Menungkan sapa lah itu ya? Hehe…
“ tersenyum-senyum kenapa pula ni?” teguran abang Shah
buat senyumanku mati. Dia nilah. Orang nak senyum pun salah, orang diam pun
salah. Habis tu apa yang betul pun aku tak tahulah.
“ urusan Misya.” Ujarku tegas. Aku sempat menjeling ke
arah abang Shah dan ternyata dia tersenyum ke arahku dengan senyuman mengejek.
Eiii… benci…
“ Azfar… kau layan abang Shah cakap boleh. Aku nak
tidur. Kalau tak teman nanti dia tertidur pula.” Ujarku sambil memandangnya
melalui cermin pandang belakang.
“ ok…” aku tersenyum lega. Penat nak lawan mulut
dengan abang Shah. Azfar ok lagi sebab dia diam je.
Aku pun menutup mata untuk tidur. Nanti sampai ada
orang gerak. Jangan risau. Hehe…
*****
“ Misya..Misya..” terdengar suara orang memanggil
namaku.
“ bangun. Kita sudah sampai ni.” Aku membuka mata dengan
perlahan dan menggeliat.
“ kita di mana ni?” soalku kerana keadaan sekeliling
amat asing.
“ rumah abang. Jom turun.” Oh.. patutlah. Aku pun
turun mengekori mereka berdua.
“ erk… ayah abang ada di rumah ke?” soalku.
“ tak. Dia kerja. Kenapa?” aku tersengih lalu melihat
Azfar.
“ aku tahulah kau takut. Betul tak?” aku membuat
anggukan kecil dengan kenyataan Azfar itu.
“ jangan risau
lah. Ayah abang bukannya nak makan orang.” Aku tersengih.
“ entah kau ni… cuba berfikiran positif sikit.” Aku
mencebik. Tahulah salah. Tapi janganlah kau melebih-lebih pula Azfar ooii…
Sampai saja di depan pintu rumah abang Shah, abang
Shah memanggil salam.
“ Assalamualaikum. Ibu.. Shah dah balik ni.” Laung
abang Shah.
Aku melihat sekeliling. Boleh tahan juga rumah ni.
Besar dan cantik. Kalah rumah ayah di kampong tu. Jangan-jangan abang Shah ni orang
kaya tak…
“ menungkan apa lagi tu.. jomlah masuk.” Aku tersengih
dan masuk bersama Azfar.
Wow! Cantiknya. Tadi baru tengok luar dah cantik.
Tengok dekat dalam bertambah cantik.
“ korang duduk dulu. Abang nak ke atas jap.” Aku dan
Azfar hanya mengangguk.
“ besar kan rumah abang Shah dan cantik pula tu.”
Ujarku kepada Azfar sambil melihat sekeliling.
“ mestilah. Weh.. aku nak ke tandas jap. Nak buang
hajat.” Aku memandangnya pelik.
“ baru sampai dah nak buang hajat. Kau ni lah..” dia
tersengih dan pergi meninggalkan aku keseorangan di ruang tamu.
Sambil-sambil aku melihat keadaan sekeliling, mata aku
sempat menangkap satu frame gambar yang terdampar di atas meja di tepi tv itu.
Aku terus menuju ke situ untuk melihat.
Tanganku terketar-ketar ketika memegang frame gambar
itu kerana orang lelaki yang berada dengan abang Shah adalah orang sangat aku
kenali.
Ya Allah.. adakah ini ayah aku. Ayah yang telah pergi
meninggallkan aku.
“ Misya tengah tengok apa tu?” suara abang Shah buat
aku terkejut lalu kembali meletakkan frame gambar itu.
“ erk..abang. lelaki yang berada dalam frame tu
siapa?” soalku takut-takut. Sabar wahai hati. jangan tunjukkan keresahan kau
tu.
“ oh.. itu ayah abang. Kenapa?” aku terkedu. Ya Allah
jadi betullah insan yang berada di hadapanku ini adalah abang tiriku.
Masya-Allah. Sungguh besar percaturan yang Engkau telah aturkan untukku.
“ Misya..are you okay?” soal abang Shah. Mungkin
melihat perubahan aku.
“ erk.. ok. Misya ok.” Balasku cuba berlagak tenang.
Apa patut aku buat selepas ini. Tidak mungkin aku akan
jadi rapat dengan abang Shah seperti sebelum ni. Sangat sukar untukku apabila
mengetahui kau abang tiriku. Ya Allah bantulah aku.
“ Azfar mana?” aku jadi terpinga-pinga saat abang Shah
menanyakan soalan kepadaku.
“ di sini.” Sahut Azfar. Aku menghembus nafas lega.
Mujulah kau muncul Azfar. Sekarang fikiranku jadi berserabut kembali. Kenapa
aku harus setujui cadangan abang Shah. Kalau tidak aku tidak akan menjadi
begini.
Kalau boleh sampai bila-bila aku tak mahu tahu yang
abang Shah adalah abang tiriku. Kerana aku selesa. Tapi sekarang apabila aku
sudah ketahui. Apakah aku dapat belagak seperti tiada apa yang berlaku. Aku tak
tahu.
“ Misya..Azfar. jemput minum. Abang nak ke atas jap.”
Aku dan Azfar hanya mengangguk.
Aku memandang sepi cawan yang berada di hadapanku
kini. Tak rasa ingin minum. Seleraku jadi mati.
“ Misya… kau kenapa ni?” aku tersenyum hambar.
“ apa yang telah berlaku?” soalnya lagi dan buat aku
rasa ingin menangis tapi di tahan. Takut abang Shah tahu.
“ tell me please..” aku mengangguk perlahan dan
memadang frame kecil di atas meja.
“ kau pergilah tengok frame di atas meja tu.” Ujarku
lemah.
Dia memandangku pelik tapi tetap menurut apa yang di
suruh.
Dia mengambil frame itu dan menuju ke arahku.
“ kenapa dengan frame ni?” soalnya. Aku terlupa pula.
Dia mana ingat muka ayah aku macam mana. Kali terakhir dia tengok pun masa
berumur 12 tahun. Mungkin dia terlupa.
“ lelaki yang sebelah abang Shah tu…” kata-kataku
terhenti saat melihat abang Shah dengan seorang wanita. Azfar pun tidak jadi
untuk bertanya lalu meletakkan semula frame gambar itu ditempat asalnya.
“ Misya. Azfar. Ini ibu saya.” Aku dan Azfar hanya
tersenyum. Aku tak tahulah sekarang senyumanku ikhlas atau tidak.
“ ini lah nama yang sering-sering Shah sebut tu.” Ujar
ibu abang Shah sambil melihatku. Aku terus menyalaminya dan tersenyum.
“ ibu. Inilah adik Shah yang nakal tu.” Aku tersenyum
kecil. Memang aku nakal. Tapi mungkin dulu. Selepas ini aku tak tahulah sama
ada sikap aku akan berubah terhadap abang Shah. Maafkan aku abang.
“ erk.. Shah. Aku rasa aku kena balik dulu. Lagipun
ada kerja yang perlu aku uruskan.” Ujar Azfar sambil menjelingku. Kau macam
faham je perasaan aku Azfar.
“oh.. kalau begitu biar aku hantar.” Aku pantas
menggeleng.
“ tak usahlah bang. kami boleh balik naik bas. Lagipun
kami tak nak susahkan abang.” Ujarku pula. Aku sangat perlukan ruang ketika
ini.
“ ermm.. oklah kalau begitu. Azfar jaga dia
baik-baik.” Pesan abang Shah kepada Azfar. Aku tersenyum hambar tapi dia tak
perasan kerana aku mengalih pandangan. Aku tak sanggup melihat wajahnya ketika
ini kerana akan mengingatkan aku kepada ayah.
“ ok. Jom Misya.” Aku hanya mengangguk. Mungkin
selepas ini aku takkan kunjungi lagi di sini.
~ Bersambung~ p:s/ amacam? best tak bab ni? komen sikit..hehe...
No comments :
Post a Comment