Aku jadi gerun pula bila tengok muka tegang abang Shah aku
tu. Marah ke? Sepatutnya aku yang marah. Yelah kata pukul 3. Sekarang baru
pukul 2.30 petang. Nasiblah aku dah solat tadi.
Sampai je di depan dia, aku tersengih.
“ maaf.” Hanya itu yang mampu aku ucapkan kerana aku
kehilangan kata-kata saat melihat jelingannya yang tajam tu. Boleh buat aku
takut tu..
“ kenapa lambat?” soalnya dalam nada terkawal.
Aku melihat kawan-kawanku dan mereka hanya menjongket bahu.
“ kan abang Shah kata pukul 3 baru berkumpul. Sekarang masih
awal. Lagi 30 minit baru pukul 3.”
Ujarku bagi membela diri.
“ maknanya 30 minit sebelum pukul 3 kena berkumpul.” Aku
terlopong.
Biar betul abang Shah ni. Tak betul ke…aku tak de pula dengar
macam tu sebelum ni. Kalau macam tu katalah kena kumpul pukul 2.30. senang
cerita.
“ sudah…sudah.. masuk barisan.” Arahnya dan aku menurut. Aku
pun tak de mood dah nak berbalah lama-lama dengan dia. Buat aku geram.
Dan kalau nak tahu, aku je yang boleh berbual atau berbalah
lama dengan abang senior aku ni. Kalau kawan aku yang lain tak berani dah. Aku
pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab perangai gila-gila kami.
“ Shah!! Shahmi!!” laungan seseorang buat aktiviti kami
terhenti seketika.
“ kau kenapa?” soal abang Shah kepada abang Mi. abang Mi
merupakan kawan abang Shah dan juga merupakan abang senior kami. Abang Mi ni
lagi baik dari abang Shah.
“ dengar kata, ada budak baru masuk. Baru tadi.” Berita itu
buat aku dan
kawan-kawan berbisik.
“ siapa agaknya ya?” soal Syifa. Aku hanya menjongket bahu
tanda tidak tahu.
“ baiklah. Korang semua buatlah apa-apa dulu. Saya kena
beredar sekejap. Dan jangan memandai-mandai pergi ke tempat lain.” Ujar dia
berbaur arahan.
Aik! Macam tahu-tahu je dia ni. Haha… apa-apa pun aku tetap
akan buat. Aku ni tak boleh lah kalau duduk lama-lama tanpa berbuat apa-apa. So
kenalah cari satu kerja yang boleh di buat. Berita tadi pun menarik
perhatianku. Agaknya lelaki ke perempuan ya…
“ Hamisyah..” lorh.. kenapa panggil aku pula. Sambil
menjeling lagi.
“ kenapa?” soalku selamba.
“ jangan pergi mana-mana..” aku mendengus lalu mengangguk.
“ jangan risau abang Shah ku. Adik mu ini takkan pergi
mana-mana. Akan ikut perintah.” Ujarku dalam nada manja. Bila aku tengok abang
Shah buat muka
geli-geliman. Aku tersengih dalam hati.
Selepas dia beredar, ketawa kami semua meletus. Tak tahan
betul.
“ kau ni Misya. Hebat betul.” Ujar Ahsan.
“ betul… kalau kami ni tak berani dah.” Ujar Zan pula. Aku
hanya tersenyum.
Mereka berdua juga terdiri dari kumpulan aku. Dua lelaki dan
lima perempuan. Tapi ahli kumpulanku ini semuanya sporting gila. Aku seronok.
“ eh?” aku mengalih pandangan ke arah Iffah.
“ kenapa?” soalku.
“ cuba korang tengok sana..” suruh Ifah sambil menunjukkan
arah yang di katanya.
Aku dan ahli kumpulanku pun tengok.
“ siapa lelaki tu. Jangan-jangan budak baru tu tak.” Ujar
Ahsan. Aku terus memandang.
Aku tidak dapat tengok dengan teliti wajah dia sebab kami
berada jauh. Entah mengapa, aku macam kenal je dengan budak baru tu. Hatiku ini
pun tetiba je berdebar tanpa bersebab.
“ weh…macam kenal je budak tu.” Bisik Ifah. Aku pun tak
tahulah Ifah.
“ weh… dia datang.”
“ siapa?” soalku lantas mengalih pandangan ke arahnya.
“ siapa lagi kalau bukan abang senior kesayangan kita tu.”
Ujar Dila dan buat kami terdiam langsung meneruskan kerja yang tergendala.
Pura-pura je. Hehe…
Aku Nampak dia datang dengan seorang lelaki. Bila aku tengok
dengan teliti. Itu kan budak baru tadi tu.
“ weh..itu kan budak baru tu.” Ujar Syifa. Aku terus-terusan
melihat ke arah mereka berdua dan entah mengapa getaran di dada ni makin
terasa.
Apabila mereka berdua semakin dekat, aku pula mengundur dua
langkah ke belakang. Nasib tiada siapa yang perasan. Aku terus tertunduk kerana
getaran hebat di dada ini makin terasa.
“ kenalkan.. ini Aidil. Budak baru masuk tadi.” Aku
tersentak.
Aidil? Macam pernah dengar nama ini sebelum ini. Aku masih
tidak mendongak.
“ hai.. saya Aidil. Harap dapat berkawan dengan korang.” Aku
tersentak. Suara itu…
Suara garau itu… suara yang hampir 3 tahun aku tidak dengari.
Yang aku tidak mahu dengar lagi kerana ingin melupakan dia. Adakah dia?
“ Misya… are you okay?” suara abang Shah buat aku mendongak
lantas pandanganku terarah ke Aidil.
Ya Allah… ternyata betul itu dia. Dia pun terkejut melihatku.
Kami sama-sama terkejut sebenarnya.
“ Hamisyah.. are you okay?” aku terus menoleh ke arah abang
Shah.
“ yes. I’m okay.” Balasku sambil tersenyum. Aku cuba kawal
rasa getaran
di dada ini. Kenapa aku mesti jumpa dia lagi selepas beberapa
tahun tidak berjumpa. Kenapa dan mengapa?...
Aku baru teringat yang Ifah pun mesti kenal dia jadi aku alih
pandangan ke arahnya. Dia bertanya kepadaku melalui pandangan mata adakah Aidil
itu dia. Aku hanya mengangguk kecil menjawab pertanyaannya.
Dia turut terkejut. Sebenarnya kami bertiga sangat terkejut.
Aku pun tak sangka boleh berjumpa dengan dia lagi.
Kali terakhir aku berbual dengan dia melalui sms di fb. Itu pun
melibatkan perasaan dan masa itu adalah masa yang amat memalukan bagi aku.
Kalau boleh aku langsung tak nak ungkit soal itu. Tapi
masalahnya message itu aku langsung tidak delete. Dan aku tidak sentuh. Biarkan
ia sepi di situ. Asalkan tidak ganggu privacy aku.
“ haih… sempat lagi termenung ye Hamisyah..” suara abang Shah
buat aku tersengih.
“ sorrylah bang. Tak sengaja.” Balasku selamba sambil
menayangkan gigi putih ku ini. Macam iklan colgate pula. Kah…kah…kah…
“ yelah tu. Oklah. Aidil awak boleh masuk dalam kumpulan ini.
Harap dapat bekerjasama dengan Aidil.” Aku hanya melihat.
“ insya-Allah. Saya akan cuba.” Ujarnya sambil tersenyum.
Dia masih tak berubah. Senyuman dia tetap sama. Mungkin
senyuman itu kowt buat aku jatuh suka dekat dia dulu. Ermm.. entahlah.
~ Bersambung ~
No comments :
Post a Comment