Bibirku yang mulus ini terus mengulus senyuman apabila
mendapat persetujuan orang tuaku atas permintaan Aidil itu. Aku tak tahu macam
mana dia memujuk ibu dan ayahku kerana aku tidak bersama dalam perbincangan
tersebut. Masa itu aku masuk ke dalam bilik bagi membersihkan diri.
Dan selepas aku turun, mak terus meluru ke arahku dan
memelukku. Masa tu memang aku blurr gila kerana tidak tahu kenapa. Sampai aku
di heret dan di suruh duduk sebelah Aidil.
Aku inginkan sekali jawapan kerana perbuatan mereka
buat aku curiga. Aku juga dapati senyuman mereka sangat bahagia. Lain daripada
yang lain. Jadi aku mengalih pandangan kea rah Aidil bagi mendapat jawapan.
Dia tersenyum ke arahku dan membuat anggukan kecil.
Apakah maksudnya? Adakah….
Ya Allah. Aku terus menekup mulut dan melihat mak.
“ mak dan ayah terima permintaan Aidil dan sangat
setuju. Memang kamu masih muda tapi mak juga risau kalau kamu keseorangan di
luar sana. Jadi dengan adanya Aidil. Mak dan ayah menjadi kurang risau.” Ujar
mak lantas buat aku rasa ingin menitiskan air mata.
“ makcik. Pakcik. Saya masih tak tahu jawapan yang pasti
dari Misya. Jadi saya nak tahu juga.” Ujar Aidil dan buat aku tersenyum.
“ Misya… apakah makna senyuman itu?” soal mak. Ala mak
ni. Itu pun tak faham lagi ke.
“ ala maknyer. Itu pun tak faham lagi ke.” Aku
tersenyum dalam hati. tengok ayah pun tahu. Cayalah.
“ maknanya Misya terima?” soal mak lagi.
Aku membuat anggukan dan tersenyum.
“ Alhamdulilah.” Aku turut bahagia jika mak bahagia.
“ Misya!” sergahan itu buat lamunanku terhenti.
Aku menoleh ke belakang dan mencebik.
“ kalau tak buat aku terkejut tak boleh ke?” soalku
dan memberi ruang untuk dia duduk. Aku sekarang berada di hadapan sawah padi
yang menghijau.
“ tak boleh lah.”
“ macam mana kau tahu aku ada di sini?”
“ kebetulan aku ternampak kau. Jadi aku datanglah. Dengar
kata kau akan bertunang. Betul ke?” aku tersengih. Berita ni juga cepat betul
tersebar. Kan aku suruh mak dan ayah rahsiakan dulu.
“ macam mana kau boleh tahu ni. Kan aku dah
rahsiakan.”
“ rahsia. Ini Azfarlah.” Aku mencebik. Hek eleh.
Perasan.
“ kau cintakan dia?” soal Azfar tiba-tiba dan serius
pula percakapannya itu.
“ kenapa tiba-tiba kau Tanya macam tu?” soalku
kembali.
“ jawab dulu.” Memang serius.
“ ya.. aku cintakan dia. Kalau tidak aku tak terima
lamaran dia. Kenapa?” aku dapat kesan riak kecewa dari wajahnya. Kenapa ya?
“ aku harap kau bahagia. Ingat lah yang aku selalu ada
jika kau perlukan aku.” Aku tersenyum.
“ terima kasih. Aku sangat hargainya.” Dia hanya
tersenyum dan aku dapat rasakan yang senyuman itu tidak seperti biasa. Apasal
pelik sangat ni.
“ kau ni kenapa? Sedih semacam je?” soalku.
“ sedih? Mestilah. Kau kan akan bertunang. Nanti
tinggallah aku seorng. Tak boleh nak kacau kau lagi.” Aku tersengih.
“ ala.. janganlah sedih. Kau carilah seorang buat
peneman hidup kau. Jadi kau takkan rasa sunyi lagi.” Ujarku ikhlas.
“ aku sudah jumpa dia tapi gara-gara perbuatanku yang
terlewat. Dia sudah terlepas ke tangan orang lain.” Aku terdiam.
“ sabarlah. Mungkin itu bukan jodoh kau.” Dia
tersenyum hambar.
“ aku akan cuba lupakan dia.” Kenapa ya sekarang aku
rasa dia berbeza sedikit. Adakah sangkaan aku betul. Tak.. tak mungkin. Jangan
mengarut Misya. Be positif!
~ Bersambung ~
No comments :
Post a Comment