Hari ini genaplah seminggu dan hari
ini hari terakhir orentasi kami. Hari yang penuh menyesakkan akhirnya selesai.
Akulah yang paling seronok. Hehe…
Dan yang menyeronokkan aku adalah
akak Farihah sangat mengerti perasaan aku. Macam akak kandung aku sendiri. Dia
memang sangat baik. Sebab itulah abang Shah pilih dia. Bagus pilihan abang tu.
Hehe..
Abah dan mak. Selepas hari aku
pengsan tu. Aku pohon kepada mereka supaya jangan datang cari aku buat
sementara waktu. Aku perlu focus akan pelajaran terlebih dahulu. Alhamdulilah
mereka faham.
Aidil… kisah ku antara dia masih
belum selesai. Sepanjang seminggu ni, aku lebih banyak berdiam diri apabila
berhadapan dengan dia. Entahlah. Aku masih tidak dapat berikan jawapan.
Bukannya apa. Fikiranku ketika ini
sangat kusut dengan banyak hal. Macam-macam hal yang berlaku dalam beberapa
hari ini. Jadi aku tak dapat buat keputusan. Ya.. aku mengaku yang setiap kali
berhadapan dengan dia. Getaran jantung aku ni berdegup dengan kencang. Aku tak
dapat nafikan itu.
Tapi biarlah dulu. Masih panjang lagi
dan aku pun masih muda. Tak mahu terlibat lagi dalam hal percintaan ini. Focus
yang pertama. Yap…
“ hai adik abang yang tersayang.
Menungkan apa tu?” teguran abang Shah buat aku tersedar dari lamunan.
“ tak adalah.” Ujarku dan bangun
berdiri. Pokok yang rendang belakang padang ini adalah tempat kegemaran ku. Di
sinilah tempat selalu aku termenung dan tenangkan diri. Sebab di sini
pemandangan nya terlalu cantik. apatah lagi jauh di hadapannya terdapat tasik.
“ tengok tu. Termenung lagi.” Aku tersengih
lalu melihat abang Shah.
“ kenapa? Abang ada apa cari Misyah
ni?” soalku.
“tak.. malam nanti kan kita kena buat
persembahan sempena berakhir minggu orentasi. Jadi sekarang Misyah kena
berkumpul di dewan.” Aku tersenyum.
“ yelah. Nanti Misyah menyusul. Abang
pergilah dulu. Bolehkan?”
“yelah. Tapi jangan lewat sangat.
Kawan kamu tengah tunggu tu.” Aku hanya mengangguk.
Selepas aku dapat tenangkan fikiran,
barulah aku bergerak ke dewan . Kau harus kuat Misyah. Tabahkan hati. jangan
asyik bersedih. Allah kan ada. Ya… pasti.
*****
“SUDAH bersedia?” soal abang Shah.
Aku dan Ifah hanya mengangguk. Nafas di tarik dan dihembuskan dengan
perlahan-lahan.
Malam ini aku dan Ifah akan
persembahkan satu nyanyian. Ini pun cadangan aku. Lagipun dah lama aku tidak
menyanyi. Selalunya kalau aku menyanyi ni untuk tenangkan fikiran.
Malam ini adalah atas tujuan untuk
menggembirakan hati semua orang. Aku dan Ifah saja akan buat persembahan. Ahli
kumpulan aku yang lain hanya memerhati dan mendengar. Ringkas saja persembahan
kami. Cukuplah sekadar itu. Kan?
Apabila kami naik saja di atas
pentas, tepukan gemuruh dari semua orang kami dapat. Aku dan Ifah tersenyum
sebelum mulakan persembahan.
“ di sini, saya dan kawan saya ingin
persembahkan satu lagu buat korang semua. Harap anda terhibur.” Ucapku.
Lagu yang menjadi pilihanku dan Ifah
adalah Jangan Bersedih daripada penyanyi Ed coustic.
Ok..1,2 dan 3.
“Dunia ini masih seluas yang kau impikan
Tak perlu kau
simpan luka itu
Sedalam yang
kau rasa “
“Memang ada waktu agar kau bisa kembali semula
Percayalah
padaku kita kan bisa melewatinya”
“Jangan bersedih oh kawanku aku masih ada disini
Semua pasti kan
berlalu aku kan selalu bersamamu
Jangan bersedih oh kawanku aku masih ada disini
Semua pasti kan
berlalu aku kan selalu bersamamu”
“Jalan hidup
tak selamanya indah
Ada suka ada
duka
Jalani semua
yang kau rasakan
Kita pasti bisa.”
Aku dan Ifah saling berpandangan dan tersenyum. Bagus Ifah. Teruskan Ifah.
“Jangan bersedih oh kawanku aku masih ada disini
Semua pasti kan
berlalu aku kan selalu bersamamu.”
“Jangan bersedih oh kawanku aku masih ada disini
Semua pasti kan
berlalu aku kan selalu bersamamu” aku tersenyum lega setelah selesai menyanyikan
lagu itu bersama Ifah.
Tepukan gemuruh yang kami dapat buat kami tersenyum.
Sebenarnya lagu itu khas ditujukan untuk diriku yang sedang bersedih sebelum
ini. Tapi selepas meluahkan perasaan aku dalam lagu ini. Aku jadi lega.
Itulah cara aku luahkan perasaan kalau tak mahu sesiapa
yang tahu. Orang yang fahami aku betul-betul je yang dapat faham perasaan aku.
“ Tahniah Misya. Persembahan kamu berdua sangat bagus.
Misya..kamu nyanyi dengan penuh perasaan.” Ucap abang Shah apabila kami turun
dari pentas. Aku tersenyum.
“ terima kasih abang. Itulah hobi saya kalau tiada apa
yang ingin dilakukan.” Ujarku.
“ sama-sama. Jomlah kita pergi makan.” Aku dan Ifah
hanya mengangguk.
Saat aku ingin mengambil makanan, aku di sapa
seseorang yang langsung tidak aku sangka.
“ hai…sedap suara awak.” Puji dia. Sebenarnya dia tu
adalah lelaki hensem yang aku perhati sebelum ni. Yang rambut perang tu.
Dialah. Tak sangka betul dia akan datang memujiku.
“ terima kasih.” Ucapku sambil tersenyum.
“ saya harap nanti kita dapat jadi kawan.” Aku
tersentak. Serius ke ni?
Belum sempat aku ingin membalas, dia sudah pergi
dengan senyuman manis dia. So sweet… hehe…
“ amboi..berangan Nampak…” tegur Ifah. Aku tersengih.
“ sekali-sekala. Tak sangka aku akan dapat bercakap
dengan dia.” Ujarku teruja sambil mengambil makanan.
“ jaga sikit weh. Aidil tengah perhati.” Aku melihat
Ifah.
“ betul?” Ifah mengangguk.
“ biarlah.” Hanya itu yang mampu aku jawab. Aku masih
tiada jawapan untuk itu. Kenapa dan mengapa? Arrgghh!!!
“ Misya…”
“ hurmm…”
“ tengok kat atas pentas.” Suruh Ifah. Kenapa pula…
Aku melihat juga walaupun malas. Alangkah terkejutnya
aku apabila melihat insan itu berada di atas pentas. Apa yang dia buat tu.
Tengok cara macam nak sampaikan sesuatu je.
“ weh…aku rasa dia nak nyanyi.” Ujar Ifah. Aku
terus-terusan melihat. Mungkin ada betul juga kata Ifah tu sebab tengok cara
pun macam nak nyanyi je.
“ maaf jika terpaksa menarik perhatian korang semua.
Saya Aidil. Berdirinya saya di sini kerana ingin persembahkan sebuah lagu khas
untuk seseorang yang sudah lama bertahta di hati saya ni. Saya harap dia faham
isi hati saya. Terimalah…” aku tergamam.
Aidil..sungguh nekad awak. Tak sangka awak sanggup
lakukan sebegitu untuk saya.
Apabila muzik di mainkan dia pun mula menyanyi.
“Sempurna...
Cerita yang tak sempurna
Apakah alasannya
Siapakah di hatinya...
Bahasaku...
Mungkin tidak seindah
Lafaz kata pujangga
Namun ku bersumpah...
Mungkin tidak seindah
Lafaz kata pujangga
Namun ku bersumpah...
Rela ku tunggu
Jawapanmu...
Masihkah aku ada
Di hatimu...saat ini
Di hatimu...saat ini
Biar tubuhku kan terpaku
Biar jasadku
Tak bernyawa lagi...
Sampai nanti...
Ooo...ooo..ooo
Ooo...ooo..ooo
jawapanmu...
Masihkah aku ada
Di hatimu...Saat ini
Biar tubuhku kan terpaku
Biar jasadku...
Tak bernyawa lagi...
Masihkah aku ada
Dihatimu...saat ini”
Dihatimu...saat ini”
Aku terpegun. Sangat terpegun akan nyanyian dia. Aku
dapat rasakan luahan hati dia melalui lagu itu. Lagu yang bertajuk cerita dia
dari Drama Band itu.
“ terima kasih…”
“ weh…” teguran Ifah tidak ku pedulikan. Sekarang ni
aku rasa aku nak larikan diri je dari majlis ni. Boleh tak. Masalahnya
sekarang, Aidil sedang bergerak ke sini. Arah aku. Makin dekat langkah dia,
makin aku terundur dua langkah ke belakang.
“ Ifah… aku nak lari boleh tak?” soalku kepadanya
sambil merenung Aidil dari jauh.
“ jangan. Aku rasa sekaranglah waktu yang sesuai untuk
kau berhadapan dengan dia. Kau juga harus percayakan hati kau dan Tanya hati
kau. Siapa di hati kau ketika ini. Adakah dia? Aku tak dapat tolong. Jadi
semoga Berjaya.” Ujar Ifah lalu meninggalkan aku dalam keadaan yang
menyesakkan. Apa perlu aku buat ni.
“ Misya..” panggilan Aidil aku sambut dengan senyuman.
Getaran aku makin kuat dari tadi. Sekarang aku kena Tanya hati aku adakah aku
masih ada perasaan dekat Aidil. Ya Allah tolonglah aku.
“ awak faham kan isi hati saya sekarang ni?” soalnya
dan buat aku terkaku di situ.
“ saya nak awak jujur dengan saya.” Air liur yang
ditelan rasanya pahit sekali.
Ok Misya..kau kena yakin akan isi hati kau sekarang.
Percayalah pada diri kau.
“ baiklah. Aidil. Memang betul saya masih suka dan
masih ada perasaan dekat awak. Tapi saya tak berani nak buat keputusan kerana
saya tak yakin akan diri saya. Saya begitu lemah. Saya taklah sekuat yang awak
sangkakan. Jadi awak terima jawapan saya?”
“ ya..sungguh puas. Terima kasih kerana masih ada
perasaan dekat saya.” Aku tersenyum.
“ tapi maaf Aidil. Saya masih dan tak nak kalau
hubungan kita melebihi kawan. Lagipun kita masih muda. Masih banyak yang perlu
kita lakukan. Jadi kawan?” aku melihatnya dengan serba salah.
Bukan aku ingin hampakan kau. Tapi aku tak boleh. Itu
adalah tekad aku.
“ ya..kita kawan.” Jawapannya buat aku tersenyum lega.
“ terima kasih kerana memahami saya. Jika suatu hari
nanti kita tidak ditakdirkan bersama. Saya harap kita tidak akan saling
menyalahkan. Boleh?” pohonku.
“ ya… pasti.” Aku tersenyum. Baguslah kau memahami
perasaan aku Aidil. Kau memang baik. Kadang-kadang aku rasakan kau tak sesuai
untuk aku. Sebab kau terlalu baik untuk aku yang perangai gila-gila ni. Hehe...
~ Bersambung ~
No comments :
Post a Comment