Aku tersedar dari tidur apabila terasa
ada usapan di kepalaku. Aku ingin membuka mata tapi suara seseorang buat aku
matikan hasrat untuk membuka mata.
“ kenapa abang mesti jumpa dengan Misyah.
Kenapa bang? Abang tak kesiankan dia ke. Sudah banyak harus dia tanggung. Saya
kesian tengok dia bang.”
Itukan suara mak. Apa yang mak buat
di sini.
“ abang rindukan dia. Abang pun ada
hak untuk jumpa Misyah. Dia kan anak abang juga. Awak tak berhak untuk halang
saya.”
Itu suara abah. Kenapa abah dan mak
ada dalam bilik aku.
“ tapi abang buat dia bertambah
runsing. Abang tahu tak semenjak abang pergi. Dia asyik bermurung dalam bilik.
Kesian saya tengok bang. Sekarang saya takut kalau dia kembali bermurung dan
asyik menangis. Abang tahu tak begitu sukar untuk saya pulihkan dia semula.”
Aku rasa sebak tiba-tiba. Mak memang
amat menyanyangi aku kerana dia sudah buat banyak perkara supaya aku sembuh.
“ a..a..abang minta maaf. Abang tak
tahu pula soal itu.”
“ abang memang tidak pernah tahu
sebab abang sibuk dengan perempuan lain. Itu yang abang buat kan sebelum ini.
Abang jangan ingat saya tak tahu.” Aku tersentak.
Betul ke apa yang mak katakan tu.
“ awak jangan nak tuduh-tuduh ya. Itu
pun selepas kita bercerai.” Aku rasa ingin menangis.
“ kira betul juga. Saya nak mulai
esok, abang tidak usah berjumpa dengan Misyah. Abang akan buat dia sakit hati
semula. Abang nak ke kalau begitu.”
“ tapi abang juga ada hak. Ini anak
abang juga. Ikut suka abang lah nak jumpa ke tak dengan dia. Lagipun abang nak
tebus kesalahan abang ni.”
“ abang..”
“ cukup…” jeritku apabila aku sudah
tidak tahan mendengar pertelingkahan mereka berdua. Telingaku cukup sakit
mendengar. Kenapalah aku berpura-pura tidur tadi.
“ akak sudah sedar?” aku bangun dari
pembaringan dengan bantuan mak.
“ tolong… mak dan abah. Tolong jangan
bergaduh di sini. Kalau nak bergaduh tolong keluar. Akak dah tak tahan. Biar
hati akak tenang sikit. Akak minta tolong sangat-sangat. Boleh kan?” pintaku
agar mereka faham akan keadaan aku sekarang.
“ yelah. Akak rehat baik-baik ya.
Nanti mak suruh Ifah masuk temankan kamu.” Aku hanya mengangguk.
“ abah pun.. maafkan abah.” Aku
berdiam diri dan selepas mereka keluar, aku kembali menitiskan air mata. Bagi
aku sekarang, aku sangat murah dengan air mata. Apatah lagi dalam keadaan
sekarang.
“ hei…kenapa ni? Janganlah nangis.”
Tegur Ifah lembut sambil mengusap bahuku.
“ aku sedih Ifah. Kenapa mereka buat
aku macam tak wujud. Buat aku macam budak kecil. Aku tak fahamlah dengan mereka
tu.” Luahku.
“ sabar ya. Kalau aku tahu jadi macam
ni. Aku tak panggil mereka datang.”
“ kenapa?”
“ kau pengsan tadi. Satu jam juga kau
pengsan. Mujur abang Shah dapat faham.”
“ dia tahu ke kenapa dan apa yang
berlaku kepadaku?”
“ tak. Aku Cuma beritahu yang kau
demam. Jadi dia faham dan dia beri kau masa berehat. Jadi hari ini kau tak
usahlah buat aktiviti. Tunggu esok lah.” Aku menghembus nafas lega.
“ terima kasih. Kalau kau tak ada.
Aku pun tak tahulah.” Ifah Cuma tersenyum.
“ tak
ada apalah. Perkara biasa je. Dan maafkan aku kerana aku tahu atas apa
yang terjadi dengan kau. Lagipun sebelum ni kau ada ceritakan kepadaku.” Aku
tersenyum.
“ tak
pa. lagipun hanya kepada kaulah aku dapat luahkan segalanya. Aku harap
kau dapat simpan rahsia ni. Ya?”
“pasti. Jangan risau.” Aku tersenyum
senang.
Alhamdulilah. Mujurlah kau ada Ifah.
Kalau tidak aku tak tahulah apa yang patut aku lakukan sekarang.
*****
“ awak ok?” soal abang Shah apabila
aku berhadapan dengannya pada malam itu.
“ alhamdulilah. Saya baik dan ok.
Maaflah jika buat abang risau.” Mohonku.
“ tak
pa. mungkin awak terlalu penat.” Aku tersenyum.
“ erk…abang Shah. Boleh saya buat
satu permintaan?” pintaku dengan teragak-agak.
“ boleh saja…apa tu?” aku tersengih.
“ teman wanita abang ada di sini
tak?” soalku sambil melihat sekitar kantin.
Abang Shah mengangkat kening.
“ kenapa pula?” aku tersengih.
“ala..jawab je lah. Ada tak?”
anggukan abang Shah buat aku tersenyum.
“ mana? Tunjukkanlah. Misyah ada
permintaan ni. Kan Ifah?” Ifah hanya mengangguk.
“ kamu nilah. Macam-macam. Jomlah
ikut.” Aku dan Ifah menahan tawa dari meletus.
Saat sampai di depan meja nombor 3,
abang Shah duduk di sebelah perempuan yang tidak kurang cantiknya. Aku dan Ifah
turut mengambil tempat di hadapan mereka berdua.
“ awak… mereka berdua ni pelajar baru
masuk dan mereka ni ahli kumpulan saya.” Jelas abang Shah.
“oh.. hai. Saya Farihah.” Aku dan Ifah
tersenyum.
“ saya Hamisyah. Ini Ifah. Selamat
berkenalan.” Dia hanya tersenyum.
“ jadi apa permintaan Hamisyah ni?”
soal abang Shah. Aku tersengih lalu melihat mereka berdua.
“ boleh tak saya anggap abang Shah
dan akak Farihah sebagai abang dan kakak saya sendiri. Macam kakak dan abang
angkat. Tapi saya tak nak kalau keluarga angkat. Saya nak anggap macam kakak
dan abang keluarga kandung saya sendiri. Bolehkan?” mohonku dengan
bersungguh-sungguh.
Aku ikhlas dan ingin sangat mereka
berdua jadi abang dan akak aku. Aku pun dah rapat dengan abang Shah. Jadi apa
salahnya.
Ternyata mereka berdua sangat
terkejut dengan permintaanku ini. Sampai tergaru-garu kepala.
“ erk..adakah permintaan saya ni
terlalu melampau?” soalku.
Akak Farihah tersenyum.
“ taklah. Memang kami terkejut tapi
tak sangka adik sangat bersungguh-sungguh dan itu buat akak bangga. Permintaan
adik itu akak terima dengan hati yang terbuka.” Aku tersenyum saat akak Farihah
setuju dengan permintaan ku ini. Cuma abang Shah je belum.
Semua tertumpu kepada abang Shah.
“ jadi abang terima tak?” soalku. Dia
tersenyum.
“ mestilah. Abang pun teringin ada adik
perempuan macam Hamisyah ni. Nakal dan gila-gila begitu. Sama macam sikap abang
ni. Jadi abang terima. Mulai hari ini Hamisyah jadi adik abang dan akak
Farihah. Boleh begitu?”
Aku pantas mengangguk dan tersenyum.
“terima kasih akak. Abang. Saya janji
saya akan hargainya sebaik mungkin.” Tekadku. Mereka hanya tersenyum.
Alhamdulilah. Satu lagi permintaanku
terkabul. Moga selepas ini aku dapat harungi dugaanMu dengan lebih tabah. Amin…
~ Bersambung ~
No comments :
Post a Comment