Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Saturday 1 September 2012

Novel : Hati Ku Yang Kau Miliki ( Bab 1 )


 
 
Nama aku Nurul Hamisyah Bt Illias. Panggil je aku Misya. Aku sekarang masih belajar. Kebetulan hari ini adalah first day aku masuk kedalam UITM Arau ni, aku rasa sangat seronok. Impianku yang sudah begitu lama akhirnya tercapai.
 
"Misya! Apa lagi yang kau menungkan tu? Cepatlah pergi daftar."
Arahan daripada mak buat aku tersengih.
 
Tengok. Kan dah kena marah. Berangan sangat macam nilah gayanya.
 
" okey mak!"
 
Aku terus menuju ke meja pendaftaran. Selepas mendaftar aku menuju semula ke mak dan ayah. Sebenarnya ayah tiriku.
 
" Dah?" soal mak. Aku hanya mengangguk.
 
" Jom kita pergi tengok bilik." Aku mengangguk lagi.
 
Tiba-tiba aku rasa tak sedap perut. Masa ni jugalah kau nak cari pasal dengan aku perut. Haih.. Mana nak cari tandas ni.
 
" mak.. mak naik dulu. Nanti orang menyusul. Tak sedap perut." ujarku kepada mak dan ayah.
 
" yelah.. mak dan ayah pergi dulu." Aku hanya mengangguk.
 
Pantas aku mencari di mana tandas. Perlu ke aku tanya seseorang. Perlu sangat. Sambil aku melilau, aku ternampak kelibat seorang lelaki yang boleh tahan paras rupanya. Haih.. sempat lagi kau nak tengok dan tilik rupa orang.
 
"erk.. maaf. boleh saya tahu di mana tandas?" soalku sopan.
Dia menoleh ke arahku.
 
" orang baru masuk?" soalnya.
 
" haah... jadi boleh tunjukkan tandas di mana?" soalku lagi. Sempat lagi kau tanya. Aku dahlah tak tahan ni.
 
" erk.. maaf. Adik pergi belakang kantin ni. Belakang tu ada tandas." ujarnya. Aku tersenyum.
 
" terima kasih."
 
Aku terus pergi tanpa menoleh ke belakang lagi. Sakit perut makin terasa.
 
 
AKU melilau di sekitar tempat pendaftaran itu. Tak salah aku, lelaki tadi ada di sini. Mana perginyer dia. Aku nak ucapkan terima kasih sekali lagi. Mungkin dia dah pergi.
 
Aku terus menuju ke bilik.
 
" Assalamualaikum..." aku menjenguk ke dalam bilik. Ternyata mak dan ayah masih berada di dalam bilik.
 
" Waalakumussalam.. masuklah Misya. Apasal lambat?" soal mak. Aku tersengih.
 
" Ada masalah sikit." ujarku lalu melihat ke belakang.
Ada dua orang perempuan. Mereka rakan baru bilikku.
 
" Hai..." tegurku. Mereka mendongak dan tersenyum.
 
" Hai... ini Syifa. Aku Dila. ermm.. Tak salah kan kalau kita guna bahasa kita je. Tak usah formal sangat." aku tersenyum.
 
" Tentu saja. Saya Hamisyah. Panggil je Misya." aku berjabat tangan dengan mereka.
 
" Misya.. mak dan ayah nak pergi dulu." segera aku bersalaman dengan  mereka berdua.
 
" Belajar elok-elok. Kalau ada masalah telefon ayah." pesan mak.
 
" yelah mak. Bawa kereta elok-elok ya ayah."
 
" Yelah. Kami pergi dulu. Assalamualaikum.."
 
" Waalaikumussalam."
 
Aku kembali ke katil selepas menghantar mak dan ayah ke luar pintu bilik.
Moga-moga kehidupan aku di sini akan dapat aku tempuhi dengan tabah.
 
" Misya dari negeri mana?" soal Dila. Kerja mengemas aku biarkan dulu. Bagus juga dapat berbual.
 
" Pulau Pinang. Dekat je. Korang?"
 
" Aku dari Perak. Syifa Kuala Lumpur." Aku mengangguk.

 
 
“ermm.. aku harap kita dapat jadi kawan yang baik.” Ujar Syifa pula. Apabila aku dengar suara dia aku jadi terpegun. Sungguh merdu suara dia. Patutlah Dila je asyik cakap.
 
Memang sesuai dengan rupa dan perwatakan dia sekarang. Akulah orang yang bersyukur kerana dapat jadi kawan mereka.
 
“ aku pun… sebab di sini. Di UITM Arau ni. Cuma aku seorang je. Dan tiada seorang pun orang yang aku kenal.” Ujarku.
Mereka berdua tersenyum.
 
“ jangan risau. Mulai sekarang kita kawan dan kawan yang sanggup menghadapi bersama apabila pada waktu susah mahupun senang.” Kata-kata Dila buat aku kagum.

 
“ terima kasih…” ucapku.
 
“ sama-sama kasih. Oklah. Jom turun. Sebab kejap lagi ada ceramah sikit.” Ajak Dila. Aku dan Syifa hanya menurut.
 
Aku harap aku dapat jalani kehidupan dengan gembira.
 
*****
 
“ Hamisyah…” terdengar suara orang memanggil namaku. Aku yang sedang melihat orang sekeliling  sedang berkumpul itu menoleh ke belakang.
 
“ Hamisyah kan?” teguran itu buat aku tersenyum lebar kerana ia dari sahabat karibku.

 
“Ifah…”
 
“ tak sangka kita dapat berada di U yang sama.” Ujarku. Dia tersengih.
 
“ aku pun. Tapi syukurlah sebab ada juga orang yang aku kenal.”
 
“ aku pun…”
 
“ kau tak nak kenalkan kawan baru kau ke?” soal Iffah. Aku tersenyum.
 
“ mestilah. Dila, Syifa. Kenalkan kawan aku. Iffah. Kami ni kawan dari kecil lagi dan tak sangka dapat belajar di sama tempat.” ujarku sambil tersenyum.
 
“ hai..Dila.”
 
“ Syifa..” Iffah hanya mengangguk lalu tersenyum.
 
“ aku harap kita dapat jadi kawan baik.” Ujarku.

 
“ Amin…”
 
 
~ Bersambung ~
 
 
P/s: Tak best kan bab 1 nikan... Sorry kalau kurang menarik.. Bab 2 mungkin menarik. Jadi kena lah tunggu sambgnnyer.. ^^


2 comments :

  1. tak sabar nk tunggu sambungnnyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih krana sudi komen...
      tggu smbungan nyer nanti
      ia akn jadi lebih menarik...

      Delete

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers