Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Saturday 15 September 2012

Cerpen : Cinta Dari 3 Lelaki


Sudah berejam aku tunggu di sini. Tapi batang hidung Lani masih belum kelihatan pun. Mana dia pergi ni. Dahlah banyak lagi kerja aku kena buat. Haissh…
“ Syirah!” aku menoleh. Akhirnya sampai juga kau Lani.



“ asal lambat?” soalku geram. Dia tersengih.
“ sorrylah. Ada masalah sikit tadi. Janganlah marah erk?” pintanya. Aku hanya tersenyum.


“ jadi? Apa cerita sampai kau nak jumpa aku ni?”



“ ada satu rahsia yang aku nak gitaw kau. Tapi jangan terkejut taw.” Aku hanya mengangguk.
“ kau percaya tak 3 lelaki suka kau?” tersedak aku.



“ weh.. kau jangan main-main. Tak percayalah aku?” mengarutlah Lani ni.
“ Ya Allah. Betul… aku takkan bohong punya. Ini sebab aku ada bukti. Kalau tidak aku takkan cakap dan main tuduh je…” aku terdiam.



“ mereka bertiga ni yang beritahu aku. Sebab aku ni kan kawan rapat kau.” Aku terlopong.
“ Lani? Are you serious?” anggukan Lani buat aku tertawa kecil.



“ asal kau ketawa?” Lani pandang ku pelik.
“ yelah. Dalam masa yang sama, tiga lelaki gitaw kau yang mereka tu suka kat aku. Gitu?” Lani mengangguk.



“ asal? Kelakar tang mana?”
“ entahlah. Hehe… yang pasti aku tak percaya. Kalau kau nak aku percaya, biar aku dengar dari mulut mereka sendiri.” Ujarku lalu tersengih.



“ Terserah kau lah. Tak  apa. Nanti aku suruh mereka yang luahkan sendiri kat kau. Amacam?” aku hanya menjongketkan bahu.
“ okey kalau begitu. Semuanya di tanggung beres!” aku tergeleng-geleng akan keyakinan Lani.



Buatlah apa yang kau rasa betul Lani oii… asalkan tak menyusahkan diri sendiri sudah. Yang aku sangat-sangat tak percaya. Tiga orang lelaki sukakan aku? Haha… terlalu kelakar bagi aku. Hurmm..
*****
“ Saya  sukakan awak Insyirah!”



“ Aku sukakan kau Nurin!”
“ I Love You Syirah!”



Terlopong aku dengar ucapan mereka bertiga yang berada di hadapan mataku kini. Berbeza cara dan percakapan.
“ sekarang kau percaya kan?” soal Lani. Aku membuat anggukan kecil.



“ erk… apa perlu aku buat ni Lani? Aku langsung tak de perasaan dekat mereka bertiga ni..” ujarku sambil melihat mereka bertiga.
Seorang ku lihat kelihatan skema. Seorang ku lihat lebih tahan hensem juga. Seorang lagi ku lihat macam poyo ada jugak. Haih..



“ kau layan je dulu. Nanti aku takut salah seorang daripada mereka kecil hati dengan kau. Itu lagi susah.”
Betul juga apa yang Lani katakan tu.



“ erk… boleh tak sebut nama korang?” soalku kepada mereka bertiga.
“ Saya Fahmi.” Itu nama orang yang mula-mula ucap kat aku.



“ Aku Zamir.” Ini lain pula.
“ I Daniel.” Ini Mat Salleh Cellup mana pulak.



“ erk.. terima kasih kerana sudi perkenalkan diri. Saya Insyirah. Panggil je Syirah.” Ujarku lalu tersenyum.
Apa perlu aku buat selepas ini? Ini parah ni. Tak pernah aku alami kes macam ni. Tiga orang sukakan aku sekaligus. Haih… boleh pengsan aku kalau macam ni.



“ erk… sepatutnya lebih baik kita kenal-kenal dululah. Itu lebih baik kan?” aku menjeling Lani. Dia membuat anggukan kecil tanda menyokong keputusanku.
“ bagus juga cadangan awak tu Insyirah.” Sokong Fahmi.



“ tapi kau harus ingat Fahmi… bukan kau seorang je berhak. Kami pun berhak taw. Kan Nurin?”
Erk… aku hanya mengangguk akan kata-kata Zamir. Berlainan orang, berlainan bahasa dan berlainan ragamnya yang aku dapat lihat sekarang ni. Tergaru-garu aku di buatnya heh!



“ Lani.. balik jom. Aku masih belum keluar dari keadaan Shock ni. Gara-gara kau lah ni.” Bisikku ke telinga Lani. Dia hanya tersengih.
Huhu.. tolonglah katakan yang ini mimpi. Huarhhggg…. Mak.. tolong akak mak… huhu…


*****
Jam di tilik. Aku lambat lima minit. Tak mengapalah. Bukan lambat 10 minit. Tengok-tengok Fahmi belum sampai. Hurm.. betul ke keputusan aku ambil ni.



Sebenarnya aku buat keputusan untuk kenali mereka seorang demi seorang dulu. Kenal hati budi masing-masing. Jika dalam proses perkenalan aku antara mereka bertiga masih belum dapat beri apa-apa dekat aku. Jawabnya jodoh aku masih belum sampai. Itu saja yang dapat aku putuskan.
Hari ini hari pertama sesi sual kenal dengan Fahmi. Dia orang pertama yang akan keluar denganku. Mujur juga Lani sanggup teman. Walaupun berjauhan. Hehe..



Sampai saja di destinasi, aku ternampak kelibat Fahmi.
“ Hai awak. maaf jika saya lambat.” Ucapku sambil tersenyum.



“ tak mengapa. Saya pun baru sampai.” Aku Cuma tersenyum.
Dari penglihatanku ketika ini apabila melihat dia. Dia ni memang skema. Wah! Sedapnya mulut aku berkata. Tengoklah penampilan dia sekarang ni. Baju kemeja yang dia pakai, butang sampai ke atas. Yang buat aku nak ketawa, siap pakai tali leher sekali. Nak pergi kerja ke. Dengan cermin matanya lagi.



Tapi satu yang aku tak dapat nafikan bahawa Fahmi ni boleh tahan hensem juga. Aku rasa kalau dia buang cermin mata tu, mungkin lebih hensem. Jauhnya kau teliti dia ya Syirah. Hehe..
“ erk..awak? awak okey ke?” aku tersentak.



“ maaf.” Ucapku. Tulah jauh sangat mengelamun.
“ jadi bolehkan kalau kita bergerak sekarang?” aku hanya mengangguk. Kami ambil keputusan untuk makan di kedai berhampiran dengan Kolej kami.



“ hurmm..boleh saya Tanya sesuatu?” soalku ketika menunggu makanan sampai.
“ boleh. Tanya sajalah.”



“ macam mana awak boleh kenal dan sukakan saya? Nama pun awak boleh tahu?” soalku penuh minat.
“ semenjak kali pertama saya Nampak awak dua bulan lepas. Masa itu awak di library. Lagipun tahun depan kan last kita di sini. Macam mana saya baru perasankan awak pun tak tahulah.” Terangnya lalu tertawa kecil. Aku hanya tersenyum.



“ mesti awak tertekan kan? Yelah pada masa yang sama kami bertiga luahkan perasaan.” Aku tersenyum lagi.
“ biasalah tu. Hal kecil je lah.” Mak aii! Kecil sangatlah katakan. Haha..



Selepas itu, kami terus berbual. Macam-macam topic di bualkan. Walaupun ada topic yang langsung tidak masuk akal. Aku just layankan je. Nanti dia kecil hati pula. Hehe…
Sambil-sambil aku tengah berbual, aku ternampak kelibat Zamir. Lelaki yang turut luahkan perasaannya kepada aku tempoh hari. Apa yang dia buat dekat sini ya? Dan siapa agaknya perempuan di sebelahnya tu. Hurmm.. tertanya-tanya.



“ awak tengok apa tu?” aku tersentak.
“ tak  ada apa-apa pun.”



Kenapa bila aku pandang muka Zamir tu. Aku rasa tenang je..hurrmm..
*****


“ amacam? Okey tak Fahmi tu?” soal Lani saat aku sampai di bilik.
“ kau ni lah. Kalau ye pun nak Tanya. biarlah aku duduk dulu. Ini tak, taw serang je. Penat tahu tak.” Bebelku lalu duduk di birai katil. Tudung di lucutkan.



“ hehe… jangan marah. Aku excited lah nak tahu.”
“ hurmm.. aku pun tak tahulah nak bagi pendapat. Aku jumpa dulu lagi dua orang dan nilai sehabis baik. Baru aku beritahu kau selanjutnya. Okey?” cadangku.



“ yelah. Jangan lupa pula.”
“ ye…”


****
“ erk.. awak okey ke?”



Aku lihat Zamir ni sejak dari tadi asyik berdiam diri je. Semenjak bertolak dari kolej sampai ke tepian tasik ni. Aku pun tak tahu kenapa aku yang ajak dia datang sini.
“ erm…? Kenapa dengan aku?” keluar juga suara kau ye Zamir.



Walaupun dia gunakan panggilan ‘ kau dan aku’ tapi aku tak rasa kasar. Malah aku selesa. Mengapa ya. Dia pun aku lihat baik je. Che wah..
“ awak ada masalah ke?” soalku lagi.



Tiba-tiba dia bangun berdiri.
“ apa pandangan kau terhadap aku?” aku tersentak. Asal kau Tanya erk?



“ erk…” apa perlu aku jawab ni. Aku takut dia kecil hati pula dengan jawapan aku.
“ gitaw je. Aku takkan marahlah.” Ujarnya tanpa melihatku.



“ erk… mula-mula saya lihat awak dua hari yang lepas. Saya rasa awak ni baik dan hensem jugalah. Walaupun cara awak sedikit tidak sopan. Tapi saya tahu awak baik.” Ujarku berterus-terang.
Dia menoleh ke  arahku lalu tersenyum.



“ terima kasih kerana sudi berterus terang. Ini kali pertama seorang perempuan yang kata begitu. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh jatuh cinta kat kau. Mungkin pandangan kali pertama kowt.. ye tak?”
Aku tertawa kecil.



“ entahlah. Mungkin juga.”
Tiba-tiba pula aku rasa selesa berada dengan dia. Langsung tiada rasa kekok. Malu tu tetap ada. Tapi dia ni bagi aku… apa ya aku nak kata. Lupakanlah!



“ Nurin… aku tahu aku ni taklah sebagus lelaki-lelaki di luar sana. Tapi satu saja yang aku nak kau tahu. Aku ikhlas mencintai kau. Kalau kau nak tahu. Aku  susah nak jatuh cinta. Tapi bila aku bertemu dengan kau, terus aku berubah. Jika betul kau jodoh aku, aku akan usaha jadi lelaki yang soleh dan lebih baik daripada sekarang.” Jelasnya dan buat aku terharu.
Aku tak sangka. Walaupun dari luar penampilan dia aku Nampak macam kasar dan macam kurang adab. Tapi sekarang aku rasa Zamir ni orang yang berbeza. Dan satu lagi aku tak habis fikir. Mengapa dia panggil aku dengan panggilan Nurin?



“ erk.. awak. boleh saya Tanya sesuatu?”
Aku turut berdiri di sebelahnya. Aku sempat melihat senyumannya dan bagi aku senyuman itu manis.



“ kenapa awak panggil saya dengan panggilan nama Nurin? Bukan Syirah or Insyirah?” soalku.
“ kerana bagi aku nama itu sedap. Nama kau kan Nur Insyirah. Jadi aku gabungkan yang hadapan tu. Kenapa? Kau tak suka ke? Maaflah.” Aku menggeleng.


“ tak… saya suka. Cuma saya peliklah. Sebelum ni mana pernah orang panggil saya dengan nama itu. Awak orang pertama tahu tak? Saya rasa selesa pula bila dengar awak panggil saya dengan Nurin. Sedap..” luahku lalu tersenyum.



“ terima kasih.” Aku hanya mengangguk lalu membalas senyumannya.
Dup..dap..dup…dap..



Dadakku sentuh. Kenapa pula ni? Jantung aku berdegup kencang semacam je. Haih… mungkin gementar sangat.
*****
Ya Allah … letihnya aku hari ni. Banyak assignment yang perlu di siapkan. Mujur hari ni aku tiada perjumpaan dengan tiga lelaki tu. Budak Mat Saleh Celup tu kan? Sebenarnya semalam dia bagitaw Lani. Lani kata Mat Saleh Celup tu tarik diri sebab dia ada orang lain.


Aku terlopong bila mendengarnya. Apa nama dia ya? Ha Daniel. Biarlah. Lagi senang kerja aku. Huhu..



“ Syirah!” aku menoleh ke belakang. Sekarang aku berada di kantin. Baru selesai makan.
“ pe hal?” Lani mengambil tempat di sebelahku.



“ Budak Mat Saleh Celup tu nak jumpa kau. Petang ni di depan kelas kita.” Aku menjongket kening.
“ kenapa tiba-tiba pula. Bukan kau kata dia tarik diri ke? Apasal tiba-tiba pula.”


Aku paling tak suka lelaki macam ni. Teragak-agak buat keputusan.
“ entah. Kau pergi je. Kalau kau tak suka, kau just berterus terang je dengan dia. Aku rasa dia macam nak mempermainkan perasaan kau je. Sebab sebelum ni aku ada Nampak dia keluar dengan seorang perempuan. Mesra sekali mereka tu.” Aku terdiam.



Aku teringat sesuatu. Sebelum ni aku juga pernah Nampak Zamir dengan seorang perempuan. Tapi aku tak tahu pula siapa. Lupa nak Tanya pula.
“ kau dengar tak apa yang aku kata tadi?” sergah Lani.



“ ye.. aku tahulah.”
*****
Argh! Belagaknya mamat ni. Mentang-mentang sudah ke luar Negara. Satu perkataan melayu pun dia tak gunakan. Tak menghargai betullah.



“ You like me?” tersedak aku mendengar soalan dia. Apasal dia Tanya soalan tu. Haih…
“ What are you mean?” aku pun pandai juga cakap BI. Dari tadi aku tak keluarkan pun bahasa melayu. Tak  apa. Aku kena tunggu masa je nak gunakan. Aku nak tengok juga apa reaksi dia. Atau dia memang tak tahu bahasa melayu.



“ I love you Syirah. You too right?” senyuman sinis ku berikan  kepada dia.
“ kenapa awak yakin sangat?” akhirnya aku guna juga bahasa Melayu. Aku sudah malas nak gunakan BI. Sampai berbelit-belit lidah aku ni.



“ because I love you.” Aku bangun berdiri.
“ Daniel. Saya tahu awak cintakan saya. Tapi saya tak tahu awak ikhlas atau tidak.”


Tiba-tiba datang seorang perempuan menghampiri meja makan kami.
“ Hai my dear. What are you doing with her?” sah! Aku dah agak. Betul kata Lani. Aku rasa dia playboy. Aku juga rasa dia tidak ikhlas mencintaiku. Bagus juga aku tahu lebih awal.



“ erk..Syirah…” aku menggeleng.
“ tak usah jelaskan. Saya tahu ini girlfriend awak. saya faham. Saya juga takkan ganggu awak lagi. Dan saya tertanya-tanya awak ni anak melayu tulen ke? Nama awak berbinkan nama Islam kan? So? Mana kehormatan awak?” sindirku lalu tersenyum.



“ erk… maafkan saya.”
“ akhirnya. Pandai juga awak cakap dalam bahasa Melayu. Ingatkan awak tak tahu langsung. Nama je duduk Malaysia. Baiklah. Saya pergi dulu. Berseronoklah.”


Usai aku berkata, aku terus berlalu dari situ. Aku senyum puas.
Terasa beban ku sedikit ringan. Terima kasih Ya Allah kerana Kau tunjukkan kebenaran.


*****
Air mataku gugur saat mendapat berita sedih daripada keluarga. Adikku Azlan telah di masukkan ke hospital kerana kemalangan. Ya Allah.. selamatkanlah Azlan.



“ Lani.. kita balik. Aku nak balik kampong. Kau nak ikut tak?” air mataku seka.
“ buat apa? Habis assignment ni macam mana?”



“ adik aku kemalangan. Kalau kau tak nak ikut aku tak kisah. Aku balik dulu.”
Selepas mengemas apa yang patut, aku pantas keluar daripada kelas.

Baru dua langkah aku berjalan meninggalkan kelas. Aku ternampak kelibat Zamir.


“ Syirah! Tunggu akulah.”



Dan siapa perempuan tu? Mengapa tiba-tiba aku rasa sedih dan rasa marah melihat dia bersama perempuan tu.
“ Syirah?” aku tersentak dan menoleh ke arah Lani.



“ jom balik..” arahku. Namun belum sempat aku ingin melangkah, tanganku di tarik.
“ Lani.. kenapa?” soalku lalu melihatnya. Dahlah aku tengah sedih dengan berita adik aku. 
Jangan tambahkan lagi kesedihan aku boleh tak? Dahlah aku tetiba rasa sedih tengok Zamir tu.



Walaupun dah banyak kali  kami berjumpa. Tapi dia tak pernah ceritakan apa-apa pun kat aku. Argh! Fikikan dia lagi..
“ kau menangis?” aku tersenyum hambar.



“ mestilah. Kan aku baru dapat berita sedih daripada keluarga. Sekarang aku nak pergi beli tiket. Aku nak balik kampong. Kau nak ikut tak?”
Lani menggeleng. Kenapa pula?



“ bukan.. kau bertambah sedih sebab melihat Zamir dan perempuan tu kan?” aku tersentak.
“sudahlah… aku balik dulu. Biarkanlah dia. Apa aku kisah.”



Pantas aku berlari daripada situ. Air mataku gugur lagi. Mengapa ni? Adakah aku sudah jatuh cinta dengan Zamir? Argh! Kusutnya fikiran.
*****
“ kau sabar erk?” aku tersenyum hambar.



“ mujur dia tak  apa-apa. Cuma cedera ringan.” Ujarku sambil melihat keadaan Azlan. Satu-satunya adik tunggal aku.
“ Syirah.. maafkan mak sebab buat Syirah tergesa-gesa balik.”



“ mak.. mak tak salah. Walaupun Azlan hanya sakit sikit, Syirah tetap akan balik. Azlan kan adik kesayangan Syirah.” Ujarku agar mak tak salah faham.
“ erk… Syirah… kenapa dengan kau? Pucat je…” aku tersenyum.



“ tak ada apa-apalah. Aku okey je..” biarlah aku berkorban sikit. Yang penting Azlan selamat.
“ kamu tak makan ke dari pagi tadi?” soal ayah aku pula.



“ makan.. tapi sikit je..  mungkin selepas derma darah kat Azlan kowt..”
Aku terduduk di birai katil. Kepalaku tiba-tiba berdenyut-denyut.



“ sepatutnya Syirah berehat. Lagipun Syirah makan sikit je. Sekarang ikut mak pergi beli makanan. Atau kamu tunggu di sini?” aku menggeleng lemah.
“ Syirah okey lah mak. Sikit je jika di bandingkan dengan keadaan Azlan ni.”



“ cuba jangan degil. Ikut je kata mak kamu tu..” ujar ayah. Aku memandang mak dan mengangguk.
*****
Selama seminggu aku berada di kampong. Hari ini aku telah bertolak balik ke Kolej. Bersama Lani.



“ Syirah.. budak Fahmi dan Zamir tu tak kata apa-apa ke? Atau tak Tanya apa-apa?” aku mengjongket kening.
“ yelah.. selama seminggu kau tiada di kolej tu. Dan nombor telefon kau pun mereka tiada.” Aku tersenyum.



“ biarlah… aku malas nak ambil tahu dah pasal mereka tu. Lagipun aku penatlah. Biarlah aku focus pelajaran dulu.” Ujarku mengalah.
Memang betul aku penat. Penat dengan perasaan yang aku sedang alami ini. Jika bersama dengan Fahmi, aku tak rasa pun. Tapi bila dengan Zamir, perasaan yang lain tu hadir. Dan aku penat jika tiba-tiba berasa sedih, kecewa dan cemburu jika melihat Zamir bersama dengan perempuan itu.



Biarlah.. jika benar aku ada jodoh antara mereka berdua. Pasti kami akan bersatu juga.
 *****


“ kenapa dengan kau?” aku pandang Zamir pelik.
Kenapa dengan aku? Sepatutnya aku yang Tanya kau. Kenapa nak jumpa dengan aku? Dengan secara paksa pula tu. Yelah.. aku sedap-sedap duk makan, tiba-tiba dia datang dan suruh ikut dia. Mana tak nya aku bengang.



“ aku ada buat salah ke?” aku berdiri dan bergerak jauh sikit daripada dia.
“ saya tak tahu dan mengapa awak Tanya begitu?” soalku tanpa memalingkan wajah.



“ sebab kau lain. Sudah dua minggu aku cuba bersabar dengan karenah kau yang suka mengelak apabila berhadapan dengan aku. Tapi tidak sekarang. Dua minggu yang lepas, kau menghilang. Lani beritahu yang kau balik kampong. Okey itu aku faham. Tapi minggu lepas. Kenapa kau lain? Mengapa kau macam marah dengan aku? Aku tahu kita masih belum rapat dan masih cuba kenal hati budi masing-masing. Tapi jika kau buat begini, macam mana kita nak jadi rapat. Walaupun kawan?”
Aku berpaling dan berhadapan dengan dia. Aku memadangnya dengan penuh perasaan dan tanda Tanya. argh! Perasaan ini lagi muncul. Sah yang aku memang sudah jatuh cinta dekat dia. Aku sudah sukakan dia.



“ mengapa Nurin?” soalnya lagi dengan penuh mengharap.
“ sebab awak…” balasku dan tanpa di pinta air mataku gugur. Ini kali pertama air mataku gugur di hadapan lelaki. Pantas aku seka.



“ kenapa ni? Kenapa kau menangis? Aku buat salah ke? Cuba beritahu aku.’ Aku menggeleng lemah.
“ taklah.. awak tak salah. Mata saya masuk habuk tadi.” Nafiku lalu memandang ke tempat lain. Tak sanggup bertentangan mata dengan dia.



“ kalau kau tak beritahu apa salah aku, macam mana aku nak tahu?” aku senyum hambar.
“ Zamir.. jika benar antara kita ada jodoh. Pasti suatu hari nanti kita akan bersama dengan izin Allah. Jika benar antara kita tiada jodoh. Walau apapun usaha kita. Kita tetap tidak akan bersama. Saya harap awak faham.. Zamir. Maafkan saya jika kata-kata saya buat awak marah dan kecil hati. saya nak mulai hari ini kita tak usahlah berjumpa. Hiraukan saya. Buat macam tak kenal. Boleh?”



Aku lihat dia tersentak akan kata-kataku.
“ Nurin. Kenapa dengan kau ni? Apasal kau jadi macam ni?” aku senyum dengan soalan dia.



“ awak berhak dapat lebih baik daripada saya. Saya tahu awak akan mendapat seseorang yang jauh lebih baik dari saya. Saya doakan itu. Jangan risau… selepas ini kita tidak akan berjumpa lagi.”
Buat kali terakhir, aku melihatnya dengan senyuman. Aku tahu kau marah dengan tindakanku kini. Tapi aku tak kuat dan aku takut jika aku salah mencintai dan takut di lukai. 

Aku ingin sekali tahu siapa perempuan yang sentiasa bersama kau tu. Aku cemburu kerana layanan kau terhadap dia sangat baik. Cara percakapan awak dengan dia berbeza dengan saya.



Aku tahu aku tak patut cemburu buta. Tapi kalau boleh biarlah aku habiskan pengajian dulu. Aku tak nak sakit kepala memikirkan masalah kita berdua.
Dengan berat hati, aku melangkah pergi. Walaupun hati ini tidak rela aku terpaksa. Aku tahu tindakan ini langsung tidak masuk akal. Aku tahu aku memang patut di persalahkan. 

Namun aku sendiri yang bertekad untuk memustuskan semua ini. Aku pun tak tahu kenapa tapi aku puas hati. selepas ini aku perlu selesaikan masalah dengan Fahmi pula.



*****
“ maafkan saya Fahmi. Saya tak dapat terima cinta awak.” luahku tenang.



“ tak  apa. Saya faham. Mungkin antara kita tiada jodoh.” Aku senyum lega.
“ saya yakin selepas ini awak akan dapat insan yang lebih baik dari saya. Percayalah.”



“ terima kasih.” Aku Cuma tersenyum.
Alhamdulilah. Selesai juga akhirnya. Jadi sekarang aku dapat tumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran. Tak lah rasa sakit kepala lagi memikirkan tentang cinta. Huhu..



“ awak… saya Tanya sesuatu boleh?” soal Fahmi. Aku Cuma mengangguk.
“ awak sebenarnya sukakan Zamir kan?” aku tersentak.



“ ma..macam mana awak tahu?” dia tersenyum.
“ awak mungkin dapat tipu dia. Tapi awak tak dapat tipu orang sekeliling awak. melalui pandangan dan cara awak melihat  dia dari jauh. Itu sudah cukup membuktikan yang awak sukakan dia. Dia memang berhak mendapat perempuan sebaik awak Syirah.” Aku senyum hambar.



“ entahlah Fahmi. Saya pun tak tahu. Saya keliru. Keliru dengan perasaan saya dan keliru dengan Zamir.” Luahku lalu melihat suasan petang yang sememangnya cantik.
“ awak dan dia ada masalah ke?” aku hanya berdiam diri. Aku pun tak mampu untuk menjawab soalan itu sebenarnya.



“ cuba awak beritahu saya apa masalah awak? mana tahu saya boleh tolong.” Aku senyum pahit.
“ entahlah Fahmi. Saya kelirulah. Saya tahu saya tak patut cemburu buta tanpa soal selidik terlebih dahulu. Tapi entahlah.. saya tertanya-tanya siapakah perempuan bertudung yang sentiasa bersama dengan dia tu. Boleh di katakan setiap hari saya Nampak. Setiap kali Nampak mereka, hati saya sedih. Sebab itulah saya keliru.” Jelasku.



“ maksud awak Miza?” aku mengjongket kening. Aku melihat Fahmi minta penjelasan.
“ ya.. perempuan yang awak maksudkan itu adalah Miza. Sepupu rapat Zamir. Awak pasti pelik kan macam mana saya dapat tahu semua ini. Sebab Miza tu adik angkat saya. Zamir pula merupakan kawan saya.”



Aku tercengang apabila mendengar penjelasan dari Fahmi.
“ tapi.. mengapa layanan Zamir terhadap Miza tu berbeza sekali dengan saya. Maksud saya cara percakapan dan cara layanan yang Zamir beri tu lebih mesra daripada saya. Macam Miza tu orang yang istimewa di hati dia.”


Zamir.. gara-gara kaulah aku jadi macam ni. Tahu tak? Huhu..



“ sebab Miza tu dia sudah anggap seperti adik sendiri. Dia yang beritahu saya. Lagipun sikap Miza persis dengan adik kandung dia yang telah meninggal beberapa tahun yang lalu. Sebab itulah mereka rapat. Mereka merupakan adik beradik walaupun hanyalah sepupu.”
Aku terdiam. Terus lidahku kelu untuk berkata-kata. Jadi aku salah? Aku tahu aku memang patut di persalahkan sebab tidak soal selidik. Tapi manalah aku tahu dan aku tiada masa nak tahu semua tu. Jika aku Tanya pun, pasti dia ketawa dan tuduh aku bukan-bukan. Kalau orang lain pun mesti cemburu juga.



Kalau ye pun dah adik, jangan terlebih mesra sampai orang sekeliling salah anggap. Lagipun mereka bukan muhrim. Betul tak cakap aku? Arg! Serabutnya…
“ saya harap awak berbaiklah dengan Zamir. Dia tulus mencintai awak. mungkin dia ada sebab tersendiri atas layanan tu. Yang pasti Zamir akan buat awak bahagia jika awak pilih dia.”



“ tak mungkin Fahmi. Tak mungkin selepas saya buat begitu kepada dia. Saya sendiri yang minta putus. Tak mengapalah Fahmi. Jika benar kami ada jodoh, pasti kami akan di satukan juga. Betul tak?” aku tersenyum hambar ke arahnya.
“ Insya-Allah. Tapi awak juga tak boleh berputus asa. Fikir-fikirkanlah.”



Aku Cuma tersenyum. Puas aku berfikir Fahmi. Ini saja cara terbaik yang boleh di katakan bodoh! Lantaklah apa yang orang nak katakan. Asalkan tidak menganggu hal peribadi aku. Huhu..
*****
“ kita patut berbincang!” kecut perut aku bila lihat muka dia yang tegang itu. Tiada secalit senyuman pun.



“ aku nak kau beritahu apa masalah kau yang sebenar.”
Gurlp!



“ maafkan saya.” ucapku sambil tertunduk. Takut ingin menentang mata dia.
“ kenapa?”


“ sebab..erk..sebab..” aku gigit bibir. Aku tak patut luahkan. Bukan sekarang!



“ sebab apa?” jerkahnya.
“ sebab saya cintakan awak.” balasku terkejut. Ops! Pantas aku tekup mulut. Terlepas cakap pula.



Aku mendongak melihat reaksi dia. Tak sangka yang dia turut memandang ke araku. Pandangan yang sukar untuk aku tafsirkan.
“ maafkan saya..” ucapku lagi lalu memusingkan badan untuk beredar.



“ tunggu!” aku tersenyum dalam hati. aku ingat dia takkan berikan reaksi.
Aku kaku di tempat tanpa menoleh ke arahnya.



“ kenapa kau mengelak dari aku sedangkan kau cintakan aku?” soalnya lalu berhadapan denganku.
“ sebab.. sebab…erk.. sebab saya cemburukan awak…” aku mendongak melihatnya.


Aku Nampak dia tersenyum.
“ itu je ke? Dengan siapa?” aku terlopong. Senangnya dia jawab.


“ awak fikir-fikirkanlah..”



Pantas aku berjalan meninggalkannya. Kalau tidak bukan aku kesiankan Fahmi. Dah lama aku tidak datang berjumpa dengannya. Menyesal aku pergi.
“ Haih…” tak baik mengeluh Syirah. Hurmm..



Belum sempat aku ingin melintas jalan ke seberang, tanganku di tarik.
“ awak… lepaslah.” Arahku kasar. Tapi dia tidak hiraukan langsung atas arahan aku. Ini yang buat aku bengang. Dan ke mana dia nak bawa aku pergi.



“ Zamir… hurmm. Saya tahu saya salah. Saya tahu saya cemburu buta tanpa soal selidik. Saya tahu saya bodoh dalam buat keputusan ini semua. Saya juga tahu saya telah cintakan awak. Tapi saya tak nak kalau saya berserabut memikirkan tentang cinta. Argh! Lepaskanlah!”
Akhirnya peganganku terlepas juga. Itu pun selepas aku luahkan semuanya.


Alamak! Aku lihat sekeliling. Malunya kerana orang tengok. Argh! Tulah. Gatai pi jerit. Haissh..
“ saya nak balik.” Ujarku kepada Zamir. Tapi dia hanya tersenyum. Lantaklah!



“ Syirah!” aku menoleh ke belakang. Ternyata Lani, Fahmi dan erk.. perempuan yang sentiasa bersama dengan Zamir. Erk.. apa yang mereka buat di sini. Senyum pelik pula tu.
“ korang buat apa di sini?” soalku sambil melihat mereka silih berganti. Pelik!



“ Berjaya rancangan kau Zamir.” Ujar Fahmi kepada Zamir. Apa maksud dia? Tak fahamlah.
“ atas jasa kau juga Fahmi. Kalau tidak sampai bila-bila dia ni takkan luahkan apa yang terbuku di hati dia. Terima kasih semua.”



“ Wait! Apa semua ni? Saya tak fahamlah.” Ujarku dalam nada sedikit tinggi.
“ kalau kau nak tahu, kau tanyalah Zamir. Dia yang rancangkan segalanya. Kami hanya membantu apa yang patut. Okeylah Zamir. Now your turns!.”



Zamir tersenyum lalu melihat aku. Aku menjongket kening.
“ Fahmi sudah beritahu segalanya kepada aku.” Aku tersentak.



“ mengapa kau sering mengelak daripada aku. Mengapa kau minta putus dari aku dan mengapa kau sakit hati. betul tak?” aku hanya berdiam diri.
“ Nurin!” tanganku di capai. Mujur berlapik.



“ Aku ikhlas cintakan kau. Aku takkan sia-siakan begitu saja. Maafkan aku jika layanan aku terhadap kau tidak semesra macam kau Nampak sebelum ni dengan Miza. Aku tahu aku salah tapi aku ada sebab.” Aku tunduk memandang lantai.
Dengan perlahan aku cuba menarik tanganku dari pegangannya. Tapi malangnya, tak boleh.



“ Syirah. Jangan marahkan abang Zamir ya. Dia ada sebab. Saya tahu sebab itu tapi saya tak boleh beritahu. Ini rahsia. Percayalah yang antara kami tiada hubungan pun.” Jelas Miza.
Mataku mula berkaca-kaca.



“ mengapa saya mesti jatuh cinta? Dengan awak pula tu. Mengapa saya mesti sakit hati apabila melihat awak? mengapa juga saya harus buat keputusan macam ni. Sedangkan saya baru kenal dengan awak. mengapa?” soalku dalam nada sayu.
Air mataku gugur jua.



“ syyhh… janganlah menangis. Nurin.. aku ada jawapan untuk semua itu.” Aku mendongak melihatnya.
“ sebab kita ada jodoh. Sebab kita ditakdirkan bersama. Sebab Allah yang beri rasa itu kepada kita berdua.” Aku tersenyum dalam tangisan.



“ mungkin betul apa yang awak kata tu. Terima kasih Zamir. Tapi awak tak patut buat saya macam ni.” Ujarku geram. Pegangan di lepaskan.
“ buat apa?” soalnya pelik. Aku mengetap bibir.



“ awak tahu tak yang awak buat saya malu. Malu  dengan kawan-kawan dan semua orang yang berada di sini.” Luahku dalam nada terkawal. Marah ni marah!
Dia ketawa. Kawan-kawan aku pun. Argh! Ni yang tak suka ni. Pantas air mataku seka.



“ sebab kau lah. Kau degil sangat. Sebab itu aku buat macam ni. Supaya kau sedar dan mengaku perasaan kau.” Ujarnya sambil tersengih nakal. Hisshh! Tak sukalah.
“ Syirah… kami tak tahu apa-apa. Semuanya rancangan Zamir erk.. jangan salahkan kami.” Lani tersengih.



“ apa-apa je lah korang ni. Malas nak layan. Apatah lagi awak Zamir. Meluatnya…”
“ meluat pun tapi kau sudah jatuh cinta dengan aku. Hihi…” ujar Zamir dalam nada nakal. Ya Allah… mak… tolong akak…



“ Nurin.. aku nak minta sesuatu boleh?” soal Zamir dalam nada lembut. Bagi aku romantic. Hehe.. hilang terus rasa marah ni.
“ ermm..” aku hanya melihat dia.



“ Sudikah Nurin jadi suri hati Zamir? Selamanya. Cinta Zamir dan Nurin bersama. Sudikah Nurin?” aku menekup tanda terkejut. Ini lamaran ke?
“ jangan cakap yang ini lamaran.”



“ ya.. ini lamaran Nurin. Sudi tak terima?” aku mengecilkan mata melihatnya. Saja nak tengok keikhlasan dia. Nak main-main. Hehe…
“ asal? Kenapa kau tengok aku macam tu?” aku tersengih nakal.



“ betul ke?” soalku.
“ betullah. Takkan tak percaya.” Hurmm..



“ boleh. Tapi saya ada satu permintaan. Boleh awak tunaikan?” aku tersenyum dalam hati. hehe…
“ Alhamdulilah. Terima kasih Nurin. Aku terima je apa permintaan kau tu.” Ujarnya ceria. Aku sudah tersenyum. Tepukan dari kawan-kawan aku buat aku rasa sebak.


“ nanti masa kahwin saya beritahu. Hehe…”


*****
“ Nurin! Sampai hati awak buat saya macam ni…”


Hahaha… kesiannya suami aku ni. Hehe…
“ saya tak buat apa-apa pun kat abang. itu baru sikit taw. Mujur saya tak minta yang susah. Hehe..” aku tertawa melihat muka dia yang cemberut tu.



“ kalau nak minta pun, mintalah senang-senang sikit. Ini tak. Kena basuh periuk dan semua pinggang mangkuk ni? Nurin.. kesiankanlah suami awak ni.” Pohonnya.
Aku tersengih lalu duduk di sisinya.



“ Ya Allah Syirah.. apa yang kau buat dekat suami kau ni.”
Ops! Mak sudah datang. Habislah aku kena basuh habis-habis.



“ Zamir.. sudah-sudah. Pergi masuk. Ini kerja orang lain bukan kamu.” Aku tersengih apabila mendapat jelingan dari mak.
“ tak  apalah mak. Nak buat macam mana. Permintaan isteri jadi saya kena ikut. Bukan selalu.” Jawab Zamir lirih.



Hurmm.. merajuk dah suami aku ni.
“ Syirah!” aku bangun dan tersengih.



“ yelah mak. Maafkan Syirah. Masuklah Zamir ke dalam. Nanti merajuk pula. Hehe..”
Mak tergeleng-geleng dengan telatah aku. Zamir pula sudah cemberut. Merajuk la tu.



“ Syirah masuk dulu mak..” pintaku.
Pantas aku berjalan masuk ke dalam rumah. Sebenarnya nak lari daripada Zamir. Dah dapat jelingan tajam dia tadi. Kecut perut aku jadinya.



“ Nurin.. tunggu!” aku mempercepatkan langkah untuk masuk ke dalam bilik.
“ eh akak? Asal jalan cepat sangat tu?” tegur Azlan. Aku tidak hiraukan malah terus masuk ke dalam bilik.



Belum sempat aku nak menutup pintu, di hadang kaki Zamir. Ops! Mampus aku kena dengan dia.
“ saya masuk mandi dulu erk..” pintaku bagi melarikan diri.



Baru dua langkah aku melangkah, aku di peluk dari belakang. Ya Allah Zamir.. kau nak buat apa ni.
“ awak…” aku memusingkan badan melihatnya.



“ ish.. asal ubah?” ujarnya geram. Aku menjongket kening. Ubah apa?
“ asal? Ubah apa? Saya tak buat apa-apa pun. Awak okey ke?” dahinya ku pegang.



“ ish.. tak sukalah macam ni. Tadi panggil lain sekarang lain.” Dia tarik muncung. Aku tertawa.
“ itu je ke.. okey-okey. Abang tersayang.” Amboi.. manja juga suami aku ni. Huhu..



“ macam tu lah…” aku tersenyum.
“ okeylah.. saya nak mandi lepastu kita solat maghrib berjemaah. Erk?” ujarku sambil cuba lepas dari pelukannya. Tapi tak berhasil.



“ saya ada sesuatu ingin beritahu awak. awak nak tahu sesuatu kan?”
“ awak nak tahu sangat kan kenapa sikap layanan saya berbeza daripada sebelum ni. Kan?” aku mengangguk.



“ sebab saya tak nak kalau kita mesra sebelum berkahwin. Kan bercinta selepas berkahwin lebih indah. Saya juga tak nak kalau saya tak dapat kawal diri apabila berhadapan dengan awak. apatah lagi awak ni cantik sangat. Nanti saya tak tahan. Jadi boleh terima tak sebab saya ni?”
Aku memandang tepat ke matanya. Nampaknya dia betul-betul ikhlas. Aku tersenyum dan kagum akan sikapnya.



“ terima kasih. Jadi boleh awak lepaskan saya?” mohonku.
“ hurmm.. tak selagi awak tak jawab soalan saya tadi.” Aku mencebik. Itu pun kena bagitaw juga ke.



“ nantilah..selepas mandi. Bolehlah…” pohonku lagi sambil mengerdipkan mata berkali-kali. Macam budak-budak pula. Haha.
“ hurmm boleh. Tapi kita mandi bersama lah… hehe..” aku membulatkan mata.



“ abang… tak nak.” Dengan pantas aku keluar dari pelukannya.
Belum sempat aku ingin lari masuk ke dalam bilik air, aku di cempung.



“ abang! Lepaskan sayalah. Jangan macam ni. Nanti saya merajuk kang… abang!” pohonku sambil memukul dadanya. Bencilah macam ni.
“ jawab dulu soalan abang. Kalau tidak abang bawa Nurin masuk ke dalam bilik air. Sejuk tu..” aku mengetap bibir. Haisshh.. tak sukalah macam ni.



“ okey-okey.. sebab itu boleh diterima. Jadi puas? Boleh lepaskan?”
“ okey.. terima kasih..” aku tersenyum.



Bahagianya aku rasa sekarang. Sikap dia kini memang berbeza sebelum ini. Terlebih manja dan romantic. Ini yang buat aku makin sayang ni. Hehe…
“ Zamir cintakan Nurin selamanya…”



“ Nurin pun cintakan Zamir selamanya…”


~ TAMAT ~


p/s: simple je kan? Hehe.. saya dah cuba.. harap anda sudi berikan komen dan saya akan cuba perbaiki lagi..

3 comments :

  1. best giler wei kisah nie.haha,layan laa.nanti buat kisah lain2 lagi tau,tapi yg best macam nie gak,okay..goodluck for the next love story ya.
    i will and still support you from back ;)
    caiyokkk!!! peace yow...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke...terim kasih ye fadzwa..
      terus support supaya aku dpt buat lebih baik..
      thnks friends.. ^^

      Delete
  2. Sampai bila harus kupercaya...firasat hatiku yg terus membisu..segala dendammu..kini telah mnjadi bebanan cinta..saat kau mencari pengganti cinta

    ReplyDelete

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers