Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Friday 7 December 2012

Cerpen: Bahagia Itu Milik Kita


Setelah setahun berhempas-pulas Khairul menyelesaikan projek kerja di Australia.Akhirnya dia dapat pulang ke tanah air iaitu Malaysia.Tak sabar rasanya ingin jumpa orang yang tersayang.

Sudah hampir sebulan dia tidak dengar berita dari orang yang tersayang.Tapi tidak mengapa mungkin mereka sibuk.

"Khai.."

Khairul yang ketika itu sedang mengemas barang menoleh ke arah pintu.

"aku tahulah kau tak sabar-sabar nak balik.Nak jumpa isterilah katakan.Tapi kerja yang dekat bawah tu jangan lupa pula."

Khairul mengerutka dahi.Kerja apa?

"kerja yang kau buat semalam tu.Hadiah khas yang kau buat tu.Takkan kau nak biarkan kat meja depan tu je." jawab Syafik apabila Khairul masih tak tahu.

Syafik bukan tak tahu yang Khairul ni kempunan nak tengok isteri tercinta di Malaysia tu.

Kalau bukan pasal kursus dan kerja ni,dah lama Khairul tu balik.Tapi disebabkan dia ada
tanggungjawab jadi dia harus laksanakan.

"oh..aku hampir terlupa pula.Kejap lagi aku turun.Aku nak kemaskan sedikit je lagi ni."

Khairul memasukkan baju--baju yang terakhir ke dalam beg.Lagi dua hari dia dan Syafik akan balik ke Malaysia.Rindu ni memang tak tertahan dah.

"Anyway..tak silap aku pagi tadi ada orang call.Katanya dari Malasysia." maklum Syafik.

"siapa?" soal Khairul.

"aku pun tak pasti sebab tak sempat nak bercakap lama, talian dah terputus.Jadi aku pun tak tahu."

"pelik.."

"ya..oklah.Aku pun nak sambung kemas barang.Mana boleh kau je yang kemas.Aku pun nak balik juga.Aku lagi rindu daripada kau."

Khairul tersengih.

"Kau tu okey lagi sebab cuma tunang.Aku ni dah berkahwin.So?" Syafik memukul lembut bahu kawannya itu.Khairul hanya tertawa kecil.

"Ye..kau menang."

Khairul hanya tersenyum.Dia memang tak sabar nak balik ke Malaysia.Kalau boleh hari ini dia nak balik.Tiba-tiba dia teringat kenangan lalu yang buat dia berasa berat hati nak tinggalkan Malaysia.

"abang..abang ada masalah ke?" soal Mirza lalu mengurut bahu suaminya itu.

"abang tak tahulah.Yang pasti abang buntu nak buat keputusan."luah Khairul sambil memicit kepalanya.

Mana taknya.Tiba-tiba dia mendapat surat tawaran kerja diAustralia.Selama setahun pula tu.Lagipun dia ketua dan harus selesaikan satu projek disana.Kalau dia tidak pergi,maka projek tu terpaksa dihentikan.Tapi dia berat hati nak tinggalkan Mirza.Isterinya yang baru dinikahi 2 bulan yang lalu.

Mirza tersenyum.

"abang beritahulah Mirza apa masalah abang.Mirza nak tahu juga."

Khairul mencapai tangan Mirza lalu menggenggamnya.Bagai tak mahu melepaskan lagi.

MIrza pula jadi pelik dengan kelakuan suaminya itu.

"abang dapat tawaran dan abang kena selesaikan satu projek diAustralia.Tapi abang kena pergi menetap disana selama setahun."

Maklum Khairul sambil merenung dalam anak mata isterinya.
Takut Mirza tak dapat terima apatah lagi dia.

Mirza mengukir senyuman.

"tahniahlah kalau macam tu.Abang dapat kembangkan lagi kerjaya abang tu."Khairul menggeleng.

"tapi abang terpaksa tinggalkan isteri abang disini selama setahun.Abang tak sanggup."

MIrza mengusap pipi Khairul dengan penuh rasa kasih sayang.Dia tahu yang Khairul amat
menyayanginya.

TApi dia tak mahu kalau demi dia,Khairul jadi terbeban dan terpaksa melepaskan kerja itu.

"abang..Mirza rasa abang patut terima tawaran tu.Abang jangan risau.Ibu kan ada.Ibu boleh jaga MIrza sepanjang abang berada disana.Lagpun hanya setahun.Bukan lebih dari itu.InsyaAllah dengan berkat kesabaran kita berdua, satu tahun tu sekejap je." ujar Mirza lembut agar Khairul faham.

Khairul senyum hambar.Isterinya memang mampu menenangkan hatinya.Tapi..

"abang..abang tak perlu fikirkan lagi.Abang terima je tawaran tu.Lagipun sepanjang abang berada di sana,abang boleh telefon ke sini.Mirza juga boleh hantar emel.Boleh kan?"

Khairul mengangguk kecil lalu tersenyum.Pantas isterinya dipeluk.

"terima kasih sayang.."Mirza tersenyum.

"sama-sama."

*****
Khairul tersenyum lega apabila dia sudah berada diKLIA.Dia bersyukur apabila dapat menghirup kembali udara di Malaysia.Walaupun negara luar lebih cantik,tapi tidak setanding dengan Malaysia.

"bro..kau siapa yang datang ambil." tegur Syafik.

" family aku.Kau?"

"entah..belum tahu.Anyway..kita jumpa dipejabatlah nanti.Aku pergi dulu."

Khairul hanya tersenyum melihat Syafik melangkah.Semestinya dia tidak sabar nak jumpa tunangnya.Yalah lagi dua bulan mereka akan mendirikan rumah tangga.

"Khairul!" Khairul tersentak.Itu seperti suara ibunya.

Khairul melangkah dan melangkah.Akhirnya dia nampak kelibat ibu dan adiknya.TApi isterinya tiada.

"Assalamulaikum ibu.." tangan Puan Kamsiah dikucup.

"waalakumussalam.." Khairul tersenyum.

"abang..rindulah.."ujar Khairiah.

"ye..abang pun rindu.." bahu adiknya dipaut.

"ibu..mana Mirza?Dia tak datang sekali ke?" soal Khairul.

Puan Kamsiah dan Khairiah tersentak.Riak wajah mereka berubah.Takut Khairul tak dapat terima kenyataan.

" ibu..adik..kenapa?" Khairul sudah mula rasa tidak sedap hati selepas melihat perubahan ibu dan adiknya itu.Mesti ada apa-apa yang telah terjadi.

" korang ada rahsiakan sesuatu ke?ibu?" Khairul sudah tidak senang duduk.

Puan Kamsiah tersenyum.Biarlah anaknya tengok sendiri apabila sampai dirumah.

"jom kita balik.Lepas tu abang tengok sendiri apa yang telah berlaku.Jom adik.."

Khairiah hanya mengangguk.Kasihan dengan abangnya yang tidak tahu apa-apa.

Khairiah hanya tersenyum lalu menepuk perlahan bahu abangnya itu.

Khairul yang tidak faham itu jadi semakin tertanya-tanya.Ini yang buat dia tak sabar
nak balik rumah ni.

****

" Rindunya abang dengan rumah ni.."

Khairul melangkah keluar dari kereta.Puan Kamsiah dan Khairiah turut melakukan hal yang sama.

"abang..abang nak jumpa kakak?" soal Khairiah.
Khairul tersenyum.

"mestilah.Dah rindu sangat ni.Mana dia?" Khairiah senyum hambar.Khairiah menoleh memandang ibunya.Puan Kamsiah hanya mengangguk tanda membenarkan Khairul berjumpa dengan Mirza.

"jom ikut adik.." tangan Khairul ditariknya masuk ke dalam rumah.

Khairiah membawa Khairul sehingga ke hadapan bilik abangnya dan kakak iparnya itu.

"abang..adik harap abang bersabar apabila melihat apa yang terjadi dalam bilik ni."
pesan Khairiah.

Khairul mengerutkan dahi.Dia langsung tak faham.

Tanpa membuang masa,dia memulas tombol pintu.Pintu dikuak.Dia memerhati sekeliling biliknya itu. Masih tak berubah.Tiba-tiba matanya terpaku pada seseorang yang sedang terbaring diatas katil.

"itu siapa?"soal Khairul gugup.

Puan Kamsiah muncul bersama minuman kosong.Puan Kamsiah mengajak dua orang anaknya itu masuk ke dalam bilik.

"abang..inilah anak menantu ibu.Isteri kamu." ujar Puan Kamsiah perlahan.

Khairul tersentak.Dengan perlahan-lahan dia mendekati isteirnya dan duduk dibirai katil.

Tangan isterinya diusap.

"macam mana boleh jadi macam ni?"soal Khairul.HAtinya sebak melihat keadaan isterinya itu.

" dua minggu yang lepas,Mirza mengalami kemalangan.Dan dia mengalami koma selama seminggu. Walaupun dia sudah lepas daripada tahap koma. Tapi dia masih belum sedar. Doktor ada juga kata kemungkinan Mirza akan lupa sesuatu saat dia sedar nanti.Sebab semasa kemalangan, kepala MIrza terhentak pada suatu benda yang keras."
jelas Puan Kamsiah.

Air mata Khairul gugur jua selepas mendengar penjelasan ibunya.Sungguh dia tak tahu langsung mengenai hal ini.

"kenapa ibu tak beritahu saya?"

"bukan ibu tak mahu beritahu,tapi ibu takut membebankan kamu.Lagipun kamu ada kerja.JAdi kami tak mahu menyusahkan kamu."

"betul tu bang.Kami tak mahu menyusahkan abang.Abang sabar ye.." bahu Khairul diusap Khairiah.

Khairul mengetap bibir.Sungguh dia merasakan dia suami yang tidak berguna.Buat apa kerja sampai diluar negara sedangkan isteri merana di sini.

'Ya Allah..sembuhkanlah isteriku ini.Aku mohon padaMu.'

"sabar Khairul..minta doa kepada Allah.InsyaAllah Mirza akan sembuh juga."pesan Puan Kamsiah.

Khairul hanya tersenyum pahit.

****
Sebulan berlalu..

Khairul menatap wajah isterinya dengan senyuman.Walaupun dah sebulan berlalu,tapi keadaan Mirza tetap tiada perubahan.Apa-apapun dia hanya mampu bersabar.

"abang rindukan Mirza.Mirza..cepat sembuh ya.."

Khairul mengucup tangan isterinya yang tidak bergerak itu.Sungguh dia sangat merindui saat-saat dulu.Air matanya gugur lagi.Pantas dia seka.

'aku tak boleh lemah begini.Aku harus kuat.Demi Mirza.'

Buat kali terakhir sebelum dia melangkah keluar daripada bilik, dahi Mirza dikucup perlahan.

Khairul tersenyum melihat wajah mulus Mirza.

"tidur ye sayang..abang keluar dulu.."

Khairul melangkah ke arah pintu dengan lesu.SUdah beberapa hari dia tidak dapat tidur dengan nyenyak.

"a..a..abang.."

Khairul tersentak.Pantas dia menoleh ke belakang.

"a.a..abang.."

Khairul pantas melangkah ke arah katil.Tangan Mirza dicapai.

"sayang...sayang buka mata tu.." Khairul mengucap syukur dihati jika benar isterinya dah sedar.

"ibu!" Khairul melaung memanggil ibunya apabila Mirza sudah sedar .

"Mirza..abang ni." Khairul menatap wajah Mirza yang kelihatan tertanya-tanya itu.

"awak siapa?"

Bagai batu yang terhempap diatas kepalanya saat mendengar soalan MIrza.

"ini Khairul.Suami awak.Takkan tak ingat?" soal Khairul.

Mirza memejam mata dan cuba mengingati siapa sebenarnya orang yang bernama Khairul.Tapi malangnya dia tidak ingat. Jadi dia hanya menggeleng menjawab pertanyaan Khairul itu. Khairul terduduk dibirai katil.Air matanya laju mengalir.

'Ya Allah cubaan apa lagi yang harus aku tanggung selepas ini.Tabahkanlah hatiku ini.'

"kenapa Khairul?" muncul Puan Kamsiah dengan cemas.

"ibu..Mirza ibu.." tersekat-sekat Khairul mengeluarkan suara.

Mata Puan Kamsiah teralih pula ke arah Mirza.Puan Kamsiah tersenyum apabila melihat Mirza sudah sedar.Pantas dia melangkah ke arah Mirza dan tubuh Mirza dipeluk.

"syukurlah kamu sudah sedar.."

Puan Kamsiah menatap wajah anak menantunya dengan penuh kasih sayang.

"mak cik siapa pula?" soal Mirza lagi.Lagi dia tertanya-tanya.Siapa sebenarnya mereka semua ni.

Puan Kamsiah tersentak.Pandangannya teralih pula ke arah Khairul.Kelihatan Khairul sedang  menangis.

"ini ibu nak.Ibu menantu kamu.Khairul suami kamu." jelas Puan Kamsiah.

Dia ingatkan apa yang dikatakan doktor itu hanyalah ramalan.Ternyata ia benar-benar terjadi.

'ya Allah..kasihanilah anak aku.Bagaimana lagi dia harus menempuhi semua ini dengan tenang.'

"korang ni siapa?Aku di mana ni?Lebih baik korang keluar.Aku tak kenal korang lah."
ujar Mirza.

Khairul pantas menyeka air matanya. Dia bangun lalu mencengkam bahu Mirza.Matanya merenung Mirza dengan dalam.

"MIrza..nama awak MIrza.Dan Mirza suami kepada seorang lelaki yang bernama Khairul.Abang nilah suami Mirza.Takkan MIrza tak ingat langsung."

Khairul sudah tak tahan jika perkara ini berlanjutan.Dia tak tahan.

" saya tak ingat dan tak kenal langsung dengan awak."

Dengan lesu,Khairul melepaskan cengkamannya.Mukanya diraup berkali-kali.

"sabar Khai..dia hilang ingatan.Kamu kena bersabar." pesan puan Kamsiah.

'Ya Allah tabahkan hati kami untuk menempuhi dugaanMu ini.'

****
Mirza mendengus geram apabila Khairul tak habis-habis mendesaknya supaya mengingati sesuatu.

"saya kata saya tak ingat tu saya tak ingatlah.Yang awak nak mendesak saya tu kenapa?"
ujar Mirza kasar.

Khairul mengeluh kecil.Sikap Mirza sekarang sama seperti sikapnya pada kali pertama berjumpa.

Khairul dah cuba sedaya upaya menyembuhkan MIrza tapi tiada perubahan.Malah dia dibenci sendiri oleh isterinya.

"tolonglah KHai..saya nak balik rumah saya.Saya tak mahu duduk disini.Dengan orang yang tidak saya kenal." pohon Mirza sambil mencengkam tangan Khairul.

Dia sangat merindui keluarganya.Apa yang dia dapat ingat adalah tentang keluarganya.

YAng lain dia langsung tak ingat.Apabila dia cuba ingatkan kembali,kepalanya akan sakit.Perit.

Khairul senyum hambar.Macam mana nak bawa Mirza balik jumpa keluarga.Sedangkan orang tua MIrza sudah lama meinggal dalam kemalangan jalan raya.Itu pun 3 tahun yang lalu.

"MIrza..dengar apa yang abang nak cakap ni."

"awak bukan suami saya lah.Jangan sebut abang lagi." pintas Mirza keras.
Khairul mengangguk perlahan.

"dengar apa yang saya nak katakan ni.Sebenarnya ibubapa awak sudah lama meninggal.Mereka meninggal dalam kemalangan jalan raya.Waktu tu awak berada dirumah saya." jelas KHairul.

MIrza tersentak.Tapi dia tersenyum lalu menggeleng perlahan.Dia tak percaya.

"ini pasti muslihat awak untuk menipu saya kan?Supaya saya tidak keluar daripada rumah ni. Jangan harap saya nak percaya." MIrza bertegas.Dia langsung tak percaya.

Khairul menarik nafas dalam-dalam.Dia takut tahap kesabaran dia akan hilang.Demi isteri dia sanggup bersabar.Tambahan dalam keadaan Mirza sebegini.

"saya cakap perkara yang betul.Kalau awak tak percaya saya boleh bawa awak pergi ke kubur ibu bapa awak.Awak mahu?" soal Khairul.

MIrza terdiam.TApi dia tersenyum sinis.

"okey.Saya ikut awak.Tapi kalau awak bohong, tolong bawa saya pergi dari rumah ni." arah MIrza.

Khairul hanya menjongket bahu.Malas nak bertekak lama-lama dengan isteri sendiri.

****
MIrza tergamam saat berada dihadapan kubur ibubapanya.Puas dia cuba mencerna apa yang terjadi. Akhirnya air matanya mengalir turun.

"sekarang awak percaya kan?" soal Khairul lembut.

Mirza hanya mendiamkan diri.Dia melangkah lebih dekat dan duduk.

"mak..kenapa mak pergi tinggalkan Mirza?"

Khairul berasa sebak.Dia tak sampai hati jika nak lihat isterinya menangis lagi seperti 3 tahun yang lalu.Dia yang akan rasa terseksa jika melihat Mirza menangis.

"MIrza..jangan macam ni.Awak kena redha." pesan Khairul.

"maafkan saya kerana tak percaya.Tapi saya tak sangka yang mereka sudah pergi."

MIrza mengerling Khairul disebelah.Dia tersenyum hambar.

'adakah aku yang terlalu berkasar dengan dia?Tapi betul ke dia suami aku.Kenapa aku langsung tak ingat.Sedangkan tentang keluarga aku ingat.Takkan dia cuba bohong aku?'

****
"kamu nak pergi mana Khai?" soal Puan Kamsiah apabila melihat anaknya Khairul tergesa-gesa turun daripada tangga sambil menjinjit sebuah beg.

"Khai ada urusan dipejabat.Mungkin Khai akan tumpang tidur dirumah Syafik.Lagipun kali ni projek besar." maklum Khairul lalu mengambil tempat dimeja makan.

"kamu sudah beritahu MIrza?" Khairul yang baru nak menuang air terhenti. Khairul mendongak melihat ibunya.Lantas dia tersenyum hambar.

"dia tak mahu jumpa KHairul.Tadi Khairul masuk menjenguk tapi dihalau.Mungkin dia masih  tak dapat terima hakikat yang ibubapa dia dah meninggal."jelas Khairul.

Puan KAmsiah memerhati perilaku Khairul.Wajah Khairul nampak sugul kebelakangan ini.

Sungguh berlainan daripada sebelum ni.

"nanti ibu je lah yang beritahu dia.Khai pergi dulu.Nanti Khai telefon."
Pantas tangan Puan Kamsiah dicapai dan dikucup.

"pergi dulu ibu.."

"yelah.."

Puan Kamsiah jatuh kasihan kepada anaknya.Sudah sebulan lebih berlalu, tapi isterinya masih belum ada sebarang perubahan.Doktor ada kata yang Mirza akan sembuh.Cuma cepat atau lambat saja.

"Argh!"

Jeritan dari atas mengejutkan Puan Kamsiah.Pantas langkahnya diatur ke atas.

Pintu bilik MIrza dikuak.

"MIrza.." panggil Puan Kamsiah.

Mirza yang menggigil kesejukan itu pantas memeluk Puan Kamsiah.Dia sangat takut selepas dapat mimpi ngeri.

"Mirza takut.MIrza mimpi ngeri." luah Mirza perlahan.

Puan Kamsiah mengusap rambut MIrza perlahan.

"tak ada apa-apa.Itu cuma mimpi sayang.Sudah ya..Tak ada apa-apa pun." PUan Kamsiah cuba menenangkan Mirza.Memng kebelakangan ni emosi anak menantunya tidak berapa stabil.

"makcik..Khairul mana?" soal Mirza selepas berjaya menenagkan diri.

Puan Kamsiah tersentak akan pertanyaan Mirza.Patutkah dia beritahu?

"Khairul pergi kerja.Sudah ya..Mirza berehat dulu."

Mirza kembali merebahkan diri dengan bantuan Puan Kamsiah.Dahinya dikucup.

"makcik..betul ke Khairul tu suami saya?"soal Mirza buat sekalian kalinya.
Puan Kamsiah tersenyum.

"apa yang kamu rasa? Makcik taknak memaksa kamu untuk megaku Khairul sebagai suami kamu.TApi makcik nak kamu rasakan sendiri dan kalau boleh biarlah dengan kerelaan hati kamu.Walaupun kamu belum dapat mengingati siapa kami.TApi makcik nak kamu belajar terima orang disekeliilng kamu.Memang betul Khairul tu suami kamu yang sah.Kami tak mahu paksa dan kalau betul kamu rasa Khairul bukan suami kamu, kamu patut tegaskannya.KAmu harus buktikan dengan solat isthikarah.Jika sebaliknya, kamu perlu minta maaf dekat KHairul."

"dia dah banyak berjasa dan berkorban untuk kamu Mirza.Mak cik tak mahu cakap banyak.Yang penting kamu kena berehat.Kamu belum sembuh sepenuhnya.Dan kalau boleh percayakanlah Khairul nak.Dia tak mungkin bohong kamu."

Puan Kamsiah tersenyum melihat wajah Mirza yang berasa bersalah itu.Biarlah MIrza sendiri yang memikirkannya.Dia sebagai orang tua tak patut masuk campur dalam hal rumah anak tangga anak.Biar mereka selesaikan sendiri. Itu lebih baik.

MIrza membalas senyuman Puan KAmsiah.TApi entah mengapa dia masih tak dapat rasakan yang Khairul tu suami dia.

'Ya Allah bantulah aku.Tunjukkanlah kebenaran dan sembuhkanlah aku.Bantulah aku untuk ingat semua yang terjadi sebelum ni semula.'

****
Air mata Mirza menitis saat ternampak frame gambar dua pasangan pengantin yang sedang tersenyum.Dan pasangan pengantin itu adalah dia dan Khairul.

'kenapa aku tidak nampak awal-awal lagi.Kenapa baru sekarang baru aku nampak.Sedangkan ia berada dihadapan meja solek sebelah aku saja.Ya Allah..'

"kak MIrza..Jom turun makan.." suara Khairiah buat Mirza menyeka air mata.Dia meletakkan  kembali frame gambar ditempat asal.

"dik..akak nak tanya sikit boleh?" soal Mirza lalu melangkah ke arah Khairiah yang berada di muka pintu.

"boleh.apa?"

"Abang Khai mana? Dah dua hari akak tak nampak."

Khairiah tersenyum.Adakah kak Mirza dah dapat ingat sesuatu atau dah merindui abang?

"dia ada di rumah kawan.Ada kerja yang perlu diuruskan katanya.Akak jangan risau lagi lima hari dia balik lah." maklum Khairiah.

MIrza terkedu.

'adakah kerana dia penyebabnya.Dia selalu menghina dan mengkritik Khairul tanpa alasan.'

"dik..adakah kerana akak dia tak mahu duduk disni?"
Khairiah tersenyum.

"cuba akak bersikap positif.Tak mungkin abang nak tinggalkan isteri yang amat dia sayang dan cintai.Tak mungkin kan? Jadi bukan kerana akaklah.Dont worry ye..adik tunggu dekat bawah."

Mirza terdiam.Tapi dia tetap rasa bersalah.Dan dia semakin yakin yang Khairul suaminya selepas melakukan solat isthikrah beberapa kali.Walaupun dia masih belum dapat ingat sesuatu.

****
Khairul meraup mukanya berkali-kali.Rasa penatnya dan tak tidur dua hari dua malam berbaloi. Kerjanya siap dalam masa dua hari dua malam.Cukup berbaloi.

"bro..nah minum dulu." Syafik menghulurkan secawan kopi kepada Khairul. Khairul menyambut dengan senyuman.

"terima kasih.."

Air kopi dihirupnya perlahan.

"weh..kau tak balik rumah ke?" soal Syafik.

"belum lagi.Bukan ke ada lagi yang harus diselesaikan.Tapi nasib kerja aku dah siap.Tunggu perbincangan yg selanjutnya.NI tak mengapa ke aku tumpang rumah bujang kau ni?"

Syafik tersengih.

" tak apalah.Lagipun beberapa minggu je lagi aku akan berpindah keluar dari sini." Khairul hanya tersenyum.

"kau tak teringin balik menjenguk isteri kau ke?"
Soalan yang diajukan Syafik buat Khairul tersenyum hambar.

"teringin tu memang teringin sangat.Rindu sangat ni nak tengok wajah dia tu.Tapi kau tahulah kan, setiap kali aku nak masuk bilik dia, dia pasti bagi amaran keras dulu.Kadang-kadang tu tak sempat aku nak masuk lagipun.Biarlah dia tenangkan fikiran dia dulu.Mungkin ini jalan terbaik." luah Khairul.

"kau tak boleh terus-terus macam ni.Kesian aku tengok korang ni.Beri dia waktu.InsyaAllah..pasti ada hikmah disebalik kejadian ni.KAu pun perlu berdoa banyak-banyak.Jangan berputus asa."pesan Syafik.

Dia tak sanggup melihat kawannya jadi sebegini.Kasihan.

***
"Khai dah balik.."

Khairul mengambil keputusan untuk balik lebih awal berbanding apa yang dia katakan kepada  ibunya sebelum ini. Lagipun segala urusan kerja dah pun selesai.Dan dia ambil cuti seminggu bagi merehatkan diri.
Penat sangat.

"awal balik." muncul Puan Kamsiah bersama senyuman manis.

Khairul hanya tersenyum lalu mengambil tempat disofa.Kalau boleh dia nak tidur sekarnag.

"ermm..ibu..Mirza apa khabar?" soal Khairul dalam keadaan mata terpejam.
Penat sangatlah katakan.

Puan Kamsiah tersenyum.Dia rasa bersyukur dan gembira saat ini.Doanya telah dimakbulkan.

"Baik alhamdulilah.Kamu tak mahu menjenguk dia?" Puan Kamsiah cuba memancing Khairul.

"kejap lagilah.Tengok-tengok dia tak mahu jumpa Khai pun.Kejap lagi ya ibu.."
ujar Khairul perlahan.

Dalam beberapa saat saja dia tertidur di sofa itu.Puan Kamsiah hanya tergeleng-geleng melihat Khairul.Bukannya nak pergi mandi dulu.Terus terlelap disini.Bertuahnya punya anak..

"ibu.." panggil Khairiah perlahan.

Puan Kamsiah menoleh.

"abang tidur ke?" Puan Kamsiah hanya mengangguk.Pantas langkahnya diatur ke dapur.

"ibu belum beritahu abang yang akak MIrza dah terima abang?"

"nanti.. biarlah surprise sikit." Khairiah hanya tersengih.

Manakala Mirza yang berada dalam bilik terjaga apabila mendapat satu mimpi yang indah.Dan mimpi itu  telah meyakinkan dia yang Khairul adalah suami dia.Segala kenangan lalu kembali terlayar difkirannya.Walaupun tak banyak tapi ia amat jelas.

'Ya Allah..jadi memang benar KHairul adalah suamiku.Alhamdulilah..Terima kasih atas petunjukMu Ya Allah.'

***
Khairul menjadi pelik melihat perlakuan ibu dan adiknya.Siap tersenyum-senyum lagi.Ada apa-apa ke?

Macam ada perkara yang mereka sedang sembunyikan.

Apabila dia bangun tadi, dia terus bergerak ke bilik Mirza.Ingin menjenguk isteri yang sangat dirindui.TApi yang buat dia terkejut adalah MIrza tidur sambil memeluk frame gambar pengantin yang diambil sebelum ini.

Khairul tersenyum lega.Tapi dia terfiki juga.Adakah Mirza sudah ingat kembali.

"abang..jauh mengelamun." tegur Khairiah.

"abang tak..tapi abang peliklah tengok adik dan ibu.Ada apa-apa yang Khai tak tahu ke?"soal Khairul sambil menjongket kening.

"urmm..kalau betul abang nak tahu,abang pergi masuk bilik akak Mirza.Selepas itu duduk dan berbincang dengan akak sehabis baik.Jangan tinggalkan bilik selagi persoalan abang belum terjawab." ujar Khairiah.

Khairul tersedak.Wajah ibu dan adiknya direnung.Kenapa pula dia disuruh buat begitu.
DIa tak mahu merumitkan keadaan.Takut dia diserang lagi.Dia tak tahan.Dia takut tahap kesabaran dia akan hilang.

"abang jangan risau.Akak dah berubah.Dia tak marah-marah seperti sebelum ni.Percayalah."

Khairul terdiam.Selepas itu dia mengukirkan senyuman.Dia perlu berusaha agar Mirza dapat menerimanya kembali.Dia tak mahu kebahagiaan dia hancur gara-gara semua ini.Dia perlu bersikap lebih  matang.

"pergi sekarang.Adik tak mahu tengok abang disini selagi abang tak dapat pujuk akak.Faham?" Khairul tersengih.

"okey maam.."

Dengan debaran, Khairul melangkah ke bilik yang didiami MIrza.Pintu bilik dikuak perlahan. Dia melangkah masuk dan melangkah ke birai katil.

Khairul tersenyum melihat wajah mulus MIrza.Bilalah agaknya dia dapat bemesra lagi dengan isterinya. Dah kempunan sangat ni nak dapat anak.Sabar jelah.

Kepala MIrza diusapnya.Secara spontan dahi Mirza dikucupnya dengan penuh rasa kasih sayang.

MIrza tersedar dari tidur saat terasa sesuatu didahinya.Matanya dibuka perlahan. Khairul tersenyum melihat MIrza.

"a..abang?" MIrza pantas bangun memeluk Khairul.

Perbuatan spontan itu mengejutkan KHairul.Dia terkaku ditempat.Dia tak sangka yang Mirza akan memeluknya.Adakah itu tandanya yang Mirza sudah ingat?

"abang..maafkan Mirza.Mirza banyak buat salah.Mirza asyik marah abang sebelum ni.Mirza sering salahkan abang.Maafkan Mirza." ucap MIrza dalam pelukan Khairul.

Khairul tersedar.Perlahan-lahan pelukan dileraikan.Wajah Mirza ditatapnya dalam.

"adakah Mirza dah ingat segalannya?" soal Khairul sambil merenung dalam anak mata isterinya. Mirza tersenyum.Matanya berkaca-kaca.

"MIrza ingat tapi tak semua.Abang memang suami Mirza.Maafkan MIrza." pohon Mirza.

Khairul mengucap syukur dalam hati.

'Ya Allah terima kasih kerana menyembuhkan isteriku.Aku sangat beterima kasih kepadaMU.'

"abang..abang boleh marah Mirza.Kalau itu yang buat abang lega."ujar Mirza.

Khairul menggeleng perlahan.Pipi Mirza disentuh.

"tak sayang.Abang takkan buat begitu.Lagipun abang tak sanggup melihat isteri abang dalam keadaan bersalah seperti ini.Mirza tak salah pun.Bukankah MIrza lupa ingatan.Jadi memang patut MIrza jadi sebegitu.Abang dah lama maafkan sayang.."

Tubuh Mirza dipeluknya erat bagai tidak mahu melepaskannya lagi.Air mata jantannya mengalir perlahan.

"terima kasih abang.."

"sama-sama.."

'kami bersyukur padaMu Ya Allah.'

****
Mirza tersenyum saat mengingati kenangan manis setahun yang lalu.TAk kurang juga kenangan pahit.

Segala kenangan dan peristiwa yang dia terlupa akibat hilang ingatan kembali terlayar difikirannya.Kebanyakaannya kenangan bersama suami tercinta.

Mirza mengusap perutnya.Tak lama lagi mereka akan mendapat cahaya mata yang paling berharga.Anugerah Allah yang tidak ternilainya.

"sayang!Abang dah lewat nak pergi kerja ni.Tapi abang tak jumpa henset abang.Ayang ada ambil ke?"

Laungan Khairul buat Mirza kembali melangkah ke dalam bilik daripada duduk dibalkoni bilik.

Mirza tersenyum melihat penampilan Khairul saat itu.Gara-gara nak cepat jadi macam tulah.

"abang..sini jap." panggil Mirza.Ketawanya ditahan agar Khairul tak terasa.

Khairul yang sibuk mencari hensetnya mendongak melihat Mirza.Mirza semakin cantik dengan perut yang makin memboyot itu.

"ada apa sayang?"

Khairul melangkah ke arah Mirza dan menggengam tangan isterinya.

"abang ni betul ke nak pergi kerja? Dengan pakai begini?"soal MIrza dengan sengihan.

Khairul tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Dia menilik pakaiannya.Tapi tiada masalah pun.

"kenapa?Sayang..cepatlah beritahu.Abang dah lambat ni." rayu Khairul.

MIrza mengangguk lantas ditarik tanda harga yang masih setia berada dikemeja suaminya.

MIrza menarik tanda harga itu dan tunjukkannya kepada Khairul.Dia menjongket kening.

"erk..hehe..abang terlupa.."

"itu pun boleh lupa.Kalau orang lain nampak Mirza tak tahu lah."

Mirza membantu Khairul membuang tanda harga itu.

"okey siap.Telefon abang sudah Mirza letakkan dalam beg bimbit tu." maklum Mirza lalu melangkah ke arah beg bimbit kerja suaminya.

" okey sayang..terima kasih banyak.Ni yang buat abang bertambah sayang ni." pinggang isterinya dirangkul.

"ye..sudah..Tadi kata sudah lambat.Jadi pergilah cepat."
Khairul tersengih.Lantas dahi isterinya dikucup lama.

" abang bahagia Mirza.Terima kasih kerana sudi terima abang." bisik Khairul sambil tersenyum.

TAngan Khairul dicapai dan dikucup Mirza.Mirza membalas senyuman Khairul.

"Mirza pun.Terima kasih abang.."ucap MIrza.
Khairul hanya mengangguk lalu tersenyum.

"abang...cepatlah pergi.Dah lambat ni.." Suara Mirza apabila Khairul masih belum berganjak daripada memerhatinya.

"ye..abang pergi!"

Semoga kebahagian ini milik mereka selamanya.Amin!

~Tamat~

4 comments :

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers